Suasana di Negara kita nampak sibuk – meriah dengan perbincangan mengenai istilah golongan ulama’ dan profesional.

Dalam semangat ini tempias juga soalan diajukan: Ustaz ni kumpulan mana? Susah nak jawab, kerana soalan tersebut ditujukan hanya semata-mata kerana ingin tahu apakah kecenderungan seseorang, khasnya dalam musim pemilihan, selepas itu ianya akan hilang buat seketika. Apa yang kami faham, soalan bukan ditanya di atas semangat ingin belajar atau menimba ilmu.

Selain dari pecahan pertama di atas pihak media pula sentiasa membuat ulasan mengenai pecahan yang kedua, iaitu pro itu dan pro ini.

Untuk mamahami apakah “Ciri-Ciri Pemilihan Penyandang Jawatan Mengikut Ajaran Islam” para pembaca disarankan agar meneliti cirri-ciri tersebut yang dipetik daripada tulisan Imam Ibnu Taimiyyah Dari Kitabnya: As-Siyasatu as-Syar‘iyyatu fi Islahi ar-Ra’ie wa ar-Ri’ayyah. Sila ke: http://muqabalah2009.blogspot.com/2009/05/ciri-ciri-pemilihan-penyandang-jawatan.html

 

Setiap orang yang bercakap juga hendaklah menjaga adab, jangan mencela dan mengaibkan orang semata-mata kerana pro… ingatlah pesanan Rasulullah saw agar menjaga lidah;
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=90021