Masjid Ar-Rahman Pondok Sungai Durian, telah siap pembinaannya pada tahun 2009M. Masjid ini digunakan sepenuhnya sebagai tempat ibadat; Solat jemaah harian dan Jumaat serta tempat murid-murid dan warga pondok belajar, menadah kitab. Pembinaannya telah menelan belanja hampir 2 juta ringgit Malaysia. Setakat hari ini [23 Mei 2010 M] kami masih terhutang dengan syarikat pembinaan sebanyak RM287,310.20.
Jadi bagi sesiapa yang ingin menderma dan menyumbang untuk baki pembayaran tersebut, bolehlah menyalurkannya melalui akaun BIMB ini: Nama Akaun: Masjid Ar-Rahman. No. Akaun: 03-072-01-011294-2. Atau hubungi: Abu Anas (09-9664161). Laman Madrasah Muhammadiyyah, Pondok Sungai Durian JazakumulLahu khairan kathira.