Allah SWT Pilih Nabi Musa AS Menerima Risalah, Bersyukur Dan Beramallah Dengan Taurat & Akan Lihat Kebinasaan Musuh.
Full video : https://youtu.be/csGgqqslzZo?si=fvSq_QDpSpJTzDrB
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 144 sehingga 145 dalam juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT setelah Allah permintaan Nabi Musa untuk melihat-Nya; Allah sejukkan hati Nabi Musa dengan Allah SWT kata Dia pilih nabi Musa AS menerima risalah & berkata-kata dengan-Nya.
- Walaupun tidak dapat lihat Allah, bersyukurlah kepada Allah dan beramallah dengan Taurat yang diturunkan.
Bukan semua rasul dapat berkata-kata dengan Allah.
- Kemudian Allah nyatakan apa yang terkandung dalam kitab Taurat sebagai peringatan, ajaran, perundangan dan hukum-hakam.
Maka ambillah ia dengan sepenuhnya sebagai panduan hidup dan perintahkan kaummu untuk ambil ajaran & hukum yang terkandung di dalamnya.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang setelah Nabi Musa berkata-kata dengan Allah, sangat rindu untuk tengok Allah; tetapi Allah tak izinkannya.
ii- Maka dalam ayat ini Allah sebut beberapa nikmat & anugerah yang banyak yang Allah telah berikan kepada Musa supaya dia tak kecewa & sedih.
Syukurlah kepada Allah walaupun tak dapat apa yang kamu minta.
Kadang kita tak sedar banyak lagi anugerah & nikmat yang ada berbanding dengan yang tak ada; maka kita kena syukurinya.
Menunjukkan ayat-ayat al-Quran yang tertibnya tersusun indah, ini menunjukkan adalah dari sumber yang satu & Esa.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 144- {ALLAH BERFIRMAN: “WAHAI MUSA! SESUNGGUHNYA AKU MEMILIHMU MELEBIHI UMAT MANUSIA (YANG ADA PADA ZAMANMU), DENGAN MEMBAWA PERUTUSANKU (KITAB TAURAT) DAN DENGAN KALAMKU; OLEH ITU, TERIMALAH APA YANG AKU KURNIAKAN KEPADAMU, DAN JADIKANLAH DIRIMU DARI ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR”.} (AL-A’RAF 7:144)
- Allah menyeru Nabi Musa AS direct dengan memanggil namanya {يَـٰمُوسَىٰٓ}.
Bukan seperti Nabi kita Muhammad SAW yang Allah hanya panggil dengan jawatannya saja {يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ} atau {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ}.
- Allah menyebut beberapa nikmat & anugerah yang telah diberikan kepada Nabi Musa AS :
i- Memilihnya melebihi umat manusia yang ada pada zamannya itu.
Yakni pada zamannya Musa adalah manusia yang terbaik kerana dia dilantik menjadi rasul.
ii- Dengan membawa perutusan Allah iaitu Kitab Taurat.
- Kenapa dikatakan Musa terpilih dengan membawa risalah dari Allah sedangkan para nabi lain juga diberi risalah atau kitab juga?
- Jawapan ada beberapa pandangan:
i-Kata Imam al-Baghawi : Allah pilih Nabi Musa untuk zaman itu, Nabi Musa dilantik menjadi rasul yang terpilih & terbaik pada zaman dan waktunya itu!
ii- Kata ar-Razi pula : Rasul & nabi lain menerima risalah dengan perantaraan malaikat biasanya. Tetapi Nabi Musa menerima Taurat direct dari Allah tanpa perantaraan & berkata-kata dengannya.
Inilah kelebihan yang dikatakan itu.
- Maka Allah perintahkan nabi Musa untuk:
i- Ambil & berpegang dengan kitab Taurat dengan sepenuhnya.
Ajar dan perintahkan kaumnya untuk berpegang & beramal dengan perundangannya.
ii- Serta bersyukur kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan jangan sedih & sempit dada kerana permintaan kamu untuk melihat Allah tidak dipenuhi kerana banyak lagi nikmat & kelebihan lain yang Allah telah berikan kepada kamu.
- Syukur itu tidak sama kategorinya; contoh:
i- Syukur dengan ilmu yang ada, sebarkannya untuk beri manfaat kepada masyarakat.
Jangan sekat.
ii- Ada harta, syukurinya dengan infaq.
iii- Orang ada pangkat lain pula, bantu permudahkan urusan orang & tolong mereka.
AYAT 145- {DAN KAMI TELAH MENULISKAN BAGI NABI MUSA PADA LAUH-LAUH (TAURAT) ITU, DARI PELBAGAI JENIS NASIHAT PENGAJARAN DAN PENJELASAN BAGI TIAP-TIAP SESUATU (DASAR SYARIAT DAN HUKUM-HUKUMNYA). OLEH ITU, TERIMALAH DIA (DAN AMALKANLAH WAHAI MUSA) DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN SURUHLAH KAUMMU BERPEGANG (SERTA MENGAMALKAN) YANG SEBAIK-BAIKNYA (IAITU SURUHAN-SURUHANNYA). AKU AKAN PERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN NEGERI ORANG-ORANG YANG FASIK – DERHAKA”.} (AL-A’RAF 7:145)
- Munasabah ayat;
i- Dalam ayat lepas Allah sebut bahawa dia telah khususkan Nabi Musa dengan sifat kerasulan.
ii- Maka dalam ayat ini Allah perincikan sifat & tugasan seorang rasul yang perlu dijalankan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
- Allah kata Dia telah tuliskan kepada kepada Nabi Musa akan kitab Taurat itu di “Alwaah”.
Yakni Kitab Taurat adalah sebuah kitab yang lengkap siap bertulis ayat-ayatnya.
- Maksud perkataan al-Alwah { ٱلْأَلْوَاحِ} ialah jamak kepada Lauh (لوح) iaitu papan tulisan.
Kitab Taurat ini apabila Nabi Musa terimanya ia telah siap tertulis/tercetak atas lembaran-lembaran sama ada papan atau batu atau daun papyrus yang kemudiannya menjadi kertas (paper).
Pokok papyrus adalah pokok yang tumbuh meliar di sekitar Lembah Sungai Nil.
Pokok ini dijadikan sebagai kertas pada zaman Mesir Purba.
- Berbeza dengan al-Quran:
i- Yang Allah wahyukan turun ke dalam hati Rasulullah SAW yang tersemat kukuh di dalamnya.
ii- Kemudian dihafaz juga oleh para sahabat, melekat tersemat juga dalam dada mereka.
iii- Kemudian Nabi SAW perintahkan mereka menulisnya atas tulang, belulang dan lainnya sehinggalah munculnya kertas, sebagaimana yang dihafaz Baginda dan disemak dengan para sahabat yang huffaz itu.
- Kerana itu al-Quran tidak boleh diubah, ditukar atau di seleweng ayatnya, Allah telah berfirman:
{إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ}
{Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.} (Al-Hijr 15:9)
- Kerana itu al-Quran tiada siapa boleh kacaunya.
Orang kafir hanya boleh seleweng kepala hukum Islam dengan tidak membenarkan kita mengamalkan hukum-hakam al-Quran!
Menjadikan anak orang Islam sendiri tidak mahu menerima & takut untuk beramal dengan hukum-hakamnya.
Kata DDAAM : Perkara ajaib yang kelapan dalam dunia ini ialah anak orang Islam sendiri yang tolak agama Islam & tidak mahu kepada al-Quran.
Hadis, Nabi Musa & Adam berdebat:
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi SAW, sabdanya:
” احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى، فَقَالَ لَهُ مُوسَى يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُونَا خَيَّبْتَنَا وَأَخْرَجْتَنَا مِنَ الْجَنَّةِ. قَالَ لَهُ آدَمُ يَا مُوسَى اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِكَلاَمِهِ، وَخَطَّ لَكَ بِيَدِهِ، أَتَلُومُنِي عَلَى أَمْرٍ قَدَّرَ اللَّهُ عَلَىَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَنِي بِأَرْبَعِينَ سَنَةً. فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى، فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى ” ثَلاَثًا.
Maksudnya: Berlaku perdebatan antara Adam dan Musa.
Musa berkata: “Wahai Adam, kamu adalah bapa yang telah mengecewakan dan mengeluarkan kami dari syurga”.
Adam berkata: “Wahai Musa, kamu dipilih oleh Allah SWT dengan dianugerahkan Kalam-Nya dan mendatangkan catatan wahyu dengan kekuasaan-Nya, lalu kamu mencelaku atas perkara yang telah ditakdirkan Allah SWT ke atasku empat puluh tahun sebelum Dia menciptaku.”
Maka seperti itu hujah Adam mengatasi hujah Musa, hujah Adam mengatasi hujah Musa. Disebut sebanyak tiga kali. [HR al-Bukhari (6614)].
- Dalam kitab Taurat, tertulis, terdapat semuanya dengan lengkap iaitu:
i- Dari pelbagai jenis nasihat pengajaran
ii- Dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu dasar Syariat
iii- Dan hukum-hukumnya, suruhan larangan, aqidah akhlak dan semuanya.
- Maka Allah perintahkan Nabi Musa ambil dan beramal dengan Kitab Taurat dengan bersungguh, dengan kesabaran & semangat yang kuat serta aktif untuk melaksanakan segala perintah & larangannya.
Yakni bukan terima saja, kena terima & amal. Jika tidak apa faedah ada kitab!
- Dan suruhlah kaummu berpegang serta mengamalkan yang sebaik-baiknya iaitu suruhan-suruhannya.
Apa yang Allah suruh itu semua baik & apa yang Allah larang itu juga mengandungi kebaikan untuk kamu maka tinggalkannya!
- Kemudian Allah bagi amaran di akhir ayat, jika kamu tak dengar kata juga, buat juga apa yang dilarang; maka:
Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka { دَارَ ٱلْفَـٰسِقِينَ }.
- Apakah makna negeri orang fasiq ini?
Kata ulama’ :
i- Neraka Jahannam
ii- Negeri orang fasiq, negeri orang kafir.
iii- Negeri orang derhaka yang telah Allah binasakan seperti kaum Thamud, kaum Ad, kaum Lut dan sebagainya.
Allah nak tunjukkan kepada kita, apabila kita berjalan kita akan lihat, boleh ambil pengalaman & pengajaran.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 144- {Allah berfirman: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu…}-
Allah seru Nabi Musa AS dengan memanggil namanya khas { يَـٰمُوسَىٰٓ}.
Kata ulama’ : Panggilan ini adalah untuk melembutkan hati Musa dan tenang balik selepas permintaanya untuk melihat Allah ditolak.
Allah pujinya dengan mengatakan Musa bukan seperti manusia biasa yang lain, dia adalah manusia yang terpilih pada zamannya! Memang orang terbaik & istimewa di kalangan umatnya!
Maka apabila Allah beri anugerah ini:
i- Musa kena bersyukur & jangan jadi orang yang sombong!
ii- Allah didik Nabi Musa dari awal lagi.
Maka kitapun kena ingat bila kita dapat ilmu & belajar apabila kita jadi orang besar, orang berpangkat, jangan sombong sehingga tidak boleh ditegur, aku Prof aku begitu begini; rasa kita tahu belaka sedangkan banyak lagi yang kita tidak tahu!
- Ayat 144- {Allah berfirman: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu),…}-
Allah pilih Nabi Musa AS melebihi manusia lain {عَلَى ٱلنَّاسِ}, sebagai manusia yang terbaik pada zamannya itu.
Bukannya yang terbaik sepanjang zaman kerana selepas Musa itu akan datang Nabi Muhammad SAW & Baginda adalah manusia yang terbaik.
Musa terbaik untuk zaman dia.
- Ayat 145- {… Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh,…}-
Allah perintahkan Nabi Musa AS untuk menerima risalah Allah itu dengan penuh semangat & bersungguh-sungguh!
Apabila kita meneriman perutusan dari Allah ini dengan semangat maka ketika itu pastilah kita juga akan semangat untuk menyebarkan dan mengamalkanb & melaksanakannya!
Kata ulama’ : Jika kita nak tahu apa yang Allah beritahu & bercakap kepada kita, kita kena dengar & baca al-Quran serta memahaminya.
Jika nak tahu apa yang Nabi SAW pesan & tinggalkan kepada kita; kita kena belajar Sunnah, belajar hadis Baginda SAW.
Dua ini menjadi tonggak & sumber pegangan umat Islam seluruh dunia, kemudian baru datang ijma’ ulama’. qiyas dan lain-lain.
Setiap perkara kita kena teliti & baca biar sudah ayatnya!
Ambil dengan penuh semangat bukan dengan sepintas lalu atau sambil lewa.
Contoh:
Tersilap baca & ingat tarikh dijemput kenduri.
Silap tengok kad orang jemput 25 April, 25 Mac kita dah pergi!
Bila beli tiket kapal terbang, mahu yang waktu p.m tetapi ambil yang a.m, maka kena tinggallah jawabnya!
Peringatan & nasihat bagi yang baca al-Quran dengan hand phone dalam solat atau bila-bila saja, jangan letak hp dengan skrinnya terbuka dengan ayat al-Quran, jangan letak ikut suka di kaki.
Jika tiada tempat nak letak juga tutup dulu skrin hp itu biar gelap bukan menyala dengan ayat-ayat al-Quran.
Berhati-hati dalam jaga kehormatan al-Quran.
- Ayat 145- {… dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya).}-
Kemudian Allah perintahkan nabi Musa untuk sampaikan kitab Taurat ini kepada umatnya supaya beramal dengan keindahan Syari’ahnya.
Sampaikan dan minta agar mereka berpegang & mengambil segala hukum-hakam dan perundangan yang ada di dalamnya!
Taurat adalah sebuah kitab = yang lengkap dan sempurna ajarannya!
Yakni ada dua perintah di sini:
i- Allah perintahkan Nabi Musa AS untuk ambil kitab Taurat dengan kemas & berpegang dengan teguh dengannya.
ii- Allah perintahkan Nabi Musa untuk menyampaikan ajaran & isi kandungan Taurat kepada kaumnya dengan kemas & bersungguh juga!
Apa yang kamu mahu semuanya ada dalam kitab ini lengkap ajaran & hukum-hakam perundangannya.
- Ayat 145- {… Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka”.}-
Allah kata Dia akan tunjukkan kepada Nabi Musa (dan manusia seterusnya), kepada orang-orang yang tak dengar kata: negeri-negeri orang fasiq & derhaka yang telah binasa.
Kerana itu penting ntuk menginsafkan & melembutkan hati; kita ziarahlah tempat begini untuk ambil iktibar & pengajaran.
Kerana itulah juga kita digalakkan untuk ziarah kubur.
Di kubur kita boleh lihat; ini batu nisan orang kaya, ini kepunyaan ahli politik, korporat, ini batu nisan orang miskin, penoreh, pengayuh beca semua ada; tetapi semua sama & serupa saja!
Yang berbezanya ialah apa yang terjadi di dalam kubur, yakni yang membezakan kita ialah amalan kita!
Maka pada waktulah kita boleh insah & sedar diri.
Kerana itu Rasulullah SAW melarang membuat binaan atas kubur supaya orang yang hidup ini tidak bermegah-megah dengannya.
Apatah lagi apabila tok guru mati dibuat binaan yang tinggi & besar!
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk hari ini, semoga memberi manfaat & kebaikan dunia Akhirat.
Malam ini adalah malam yang ke-25 Ramadhan, salah satu malam yang diharapkan berlakunya Lailatul Qadr.
Maka kita kuatkan semangat, tingkatkan usaha untuk terus dapat beribadat kepada Allah SWT!
Peluang Infaq Akhir Ramadhan 1446H, Untuk projek:
i- Komplek Pusat Dakwah atau Masjid Cebu 2 (Pulau Olango) yang mengandungi:-
●Masjid
●Rumah ustaz/daie
●Dapur & dewan makan
● Dan lain² prasarana saperti tandas/bilik air, store.
●Lokasi di Mukim Tingo, Pulau Olango, Cebu.
●Keluasan tanah yg telah dibeli 1,500 meter persegi.( +/_ 16000 kaki persegi
●Tujuan pembinaan adalah utk memenuhi keperluan dakwah tauhid kpd masyarakat belum Islam dan dakwah bimbingan kpd keluarga yang telah masuk islam yang semakin bertambah bilangannya dan tidak dapat dipenuhi oleh pusat dakwah/masjid Olango yg ada sekarang kerana jarak yg agak jauh.
●Bajet/keperluan RM350,000.00
InsyaAllah.
Untuk keterangan sila ke;
https://www.facebook.com/share/p/169bpXMtWw/
ii- Infaq Tabung Pembinaan “Mabna Ayah Haji” [Tuan Guru Hj. Abdul Rahman] Pondok Sungai Durian [PSD]. *Mabna: Bangunan.
Bangunan Akademik, Kelas Pengajian & Bilik Kuliah Tempat Pengajian Para Pelajar Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kuala Krai
Sumbangan & Infaq untuk diri sendiri dan keluarga boleh disalurkan melalui akaun ini;
Nama Akaun:
Madrasah Muhammadiah Sg Durian.
Maybank: 5530-2961-0334.
Bank Islam: 03-072-01-0119839.
“Jazakumullahu Khaira”.
Akhukum,
Dr. Abu Anas Madani, PSD.
Jumaat 20 Ramadhan 1446H / 21 Mac 2025.
Lihat Penjelasan Di;
https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/videos/909938607769157
Wallahu A’lam.