KAFIR MENYALAHKAN TAQDIR, ALLAH MENYATAKAN HUJJAH & JANGAN IKUT HAWA NAFSU.
Full video : https://youtu.be/7wlssK31exI?si=5Jx9xX6A0I1vRCWD
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-An’am ini dengan ayat 148 sehingga 150 dalam juzu’ kelapan.
- Dalam siri ini Allah SWT menceritakan bahawa kafir menyalahkan taqdir, mereka marah kenapa Allah yang buat mereka kafir!
- Lalu Allah balas balik hujjah yang cukup mantap: Allah kata akal sudah diberi, jalan benar sudah ditunjuki tetapi kamu yang pilih yang sesat!
- Kemudian Allah minta dari mereka yang mengharamkan apa yang Allah halalkan dan sebaliknya untuk bawa saksi & dalil!
Kita sebagai orang Islam jangan kita ikut hawa nafsu & karenah mereka yang ikut nafsu semata, tidak ikut dalil.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang ahli jahiliyyah yang telah membuat hukum sendiri tentang halal haram dalam haiwan ternakan.
Mereka buat ikut otak mereka sendiri tanpa dalil dari Allah SWT.
ii- Dalam ayat ini Allah bawa keraguan yang ditimbulkan oleh puak kafir yang mencari helah kenapa mereka kafir, iaitu kerana Allah yang buat mereka begitu!
Mereka menyalahkan taqdir dan menyalahkan Tuhan.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 148- {ORANG-ORANG MUSYRIK AKAN MENGATAKAN: “KALAU ALLAH MENGHENDAKI TENTULAH KAMI DAN DATUK NENEK KAMI TIDAK MEMPERSEKUTUKANNYA (DENGAN SESUATU YANG LAIN), DAN TIDAK PULA KAMI HARAMKAN SESUATU APA PUN”. DEMIKIANLAH JUGA ORANG-ORANG YANG DAHULU SEBELUM MEREKA TELAH MENDUSTAKAN (RASUL-RASUL) SEHINGGA MEREKA MERASAI AZAB SEKSA KAMI. KATAKANLAH: ADAKAH KAMU MEMPUNYAI (SESUATU KETERANGAN YANG BERDASARKAN) ILMU SUPAYA DAPAT KAMU TUNJUKKAN KEPADA KAMI? TIADALAH KAMU MENURUT MELAINKAN SANGKAAN SEMATA-MATA, DAN KAMU PULA TIDAK LAIN HANYALAH BERDUSTA”.} (AL-AN’AM 6:148)
- Golongan kafir bermain dengan hujjah kenapa mereka tidak menerima Islam; iaitu menyalahkan taqdir Allah yang menjadikan mereka kafir!
Allah yang sudah tetapkan begitu maka menunjukkan perbuatan mereka itu mendapat restu dari Tuhan, kerana Tuhan yang taqdirkan mereka begitu!
Maka tidak boleh salahkan mereka!
Anak orang Islam jangan guna hujjah ini juga!
- Ayat ini dijelaskan lagi dengan firman Allah SWT ini:
Maksudnya: {Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: “Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, – (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya”. Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?} (Al-Nahl 16:35)
- Allah ceritakan lagi kepada Nabi SAW, sebagaimana puak kafir Quraisy menentang ajaran yang Baginda bawa ini, melarang syirik kepada Allah, larang haramkan apa yang Allah halalkan, begitulah juga para nabi terdahulu sebelum ini mendapat tentangan & pendustaan dari kaum mereka.
- Cuma berbeza kaum kafir terdahulu yang menentang para nabinya, akan diturunkan bala lalu mereka akan dimusnahkan kesemuanya!
Manakala umat Nabi Muhammad SAW tidak ada yang kena azab begitu, iaitu dimusnahkan secara total, cuma ada sebahagian saja yang kena bala tetap ada.
- Allah perintahkan Nabi SAW untuk berhujjah dengan puak kafir itu lagi:
i- Apa yang kamu dakwa iaitu kamu kafir kerana Allah telah tetapkan ini adalah sangkaan buruk kamu terhadap Allah.
Jika benar dakwaan kamu itu maka bawalah saksi & dalilnya??
ii- Tapi sebenarnya apa yang kamu dakwa bahawa kamu kafir kerana taqdir Allah adalah satu sangkaan buruk kamu terhadap Allah.
Hanya sangkaan semata-mata tanpa saksi, dalil & bukti yang nyata!
AYAT 149- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD: “KALAU KAMU SUDAH TIDAK ADA SESUATU BUKTI) MAKA ALLAH MEMPUNYAI BUKTI YANG TEGAS NYATA. OLEH ITU, JIKA IA MENGHENDAKI TENTULAH IA AKAN MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA KAMU SEMUANYA”.} (AL-AN’AM 6:149)
- Allah perintahkan Nabi SAW untuk berhujjah dengan puak kafir itu lagi:
i- Jika kamu sudah tidak ada bukti lagi, tidak dapat bawa apa-apa kenyataan untuk menyokong dakwaan kamu itu;
ii- Maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata.
- Allah tegaskan lagi jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayah petunjuk kepada seluruh manusia semuanya supaya mengikut kebenaran.
- Tetapi apa boleh buat Allah tidak mengkehendaki sedemikian!
Maka akan berlakulah perselisihan antara makhluk-Nya, manusia ini ada muslim ada kafir, ada soleh ada toleh, ada yang baik ada yang jahat, ada yang haq ada yang batil.
Sudah menjadi ketetapan dua golongan ini akan sentiasa bertembung sehingga Kiamat datang.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini:
i- Maksudnya: {Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.} (As-Sajdah 32:13)
Ya Allah jauhkam kami dari neraka!
ii- Maksudnya: {Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi.} (Yunus 10:99)
- Tetapi Allah tidak menetapkan demikian, pertambungan akan berlaku antara haq & batil.
Maka sesiapa yang memilih jalan kebenaran akan selamat manakala sesiapa yang memilih jalan yang batil akan sesat & kufur.
AYAT 150- {KATAKANLAH: “BAWALAH SAKSI-SAKSI KAMU MEMBERI KETERANGAN BAHAWA ALLAH MENGHARAMKAN (BENDA-BENDA YANG KAMU HARAMKAN) INI”. KEMUDIAN JIKA MEREKA (TERGAMAK) MENJADI SAKSI (SECARA DUSTA), MAKA JANGANLAH ENGKAU TURUT SAMA MEMBENARKAN MEREKA MEREKA; DAN JANGANLAH ENGKAU TURUT HAWA NAFSU ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI, DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT, SEDANG MEREKA PULA MENYAMAKAN (SESUATU YANG LAIN) DENGAN TUHAN MEREKA.} (AL-AN’AM 6:150)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa Dia telah batalkan hujjah puak kafir dengan hujjah yang mantap dari Allah SWT.
ii- Dalam ayat ini Allah nyatakan lagi bahawa tiada saksi bagi menyatakan apa yang mereka buat hukum itu benar.
- Mereka buat dakwaan buruk terhadap Allah dengan mengatakan bahawa Allah yang membenarkan hukum yang mereka buat & tukar itu!
- Maka Allah suruh Nabi SAW cabar mereka yang buat pendustaan terhadap Allah itu supaya membawa saksi dari segi para pendeta & ahli ilmu kitab mereka bahawa penghukuman yang mereka buat itu adalah dari Allah!
- Kemudian Allah nyatakan dari awal lagi; jika ada saksi yang mereka bawa sekalipun mereka itu adalah saksi palsu juga kerana dakwaan mereka itu bohong & jahat.
- Allah pesan lagi kamu jangan ikut hawa nafsu & jangan ikut puak yang mendustakan ayat-ayat Allah.
Iaitu puak kafir yang memutar wahyu Allah; mengatakan Allah haramkan perkara ini, halalkan benda ini; sedangkan mereka sendiri yang buatnya dengan ikut nafsu dan kepala otak mereka.
- Mereka juga mendustakan hari Akhirat. Tambahan lagi mereka berdosa & syirik kepada Allah dengan mengatakan bahawa berhala-berhala mereka adalah sama dengan kuasa Allah.
Kemudian mereka modified sikit bahawa berhala itu hanya perantara mereka dengan Tuhan saja.
- Kita orang beriman hati-hati juga jangan sampai terpedaya dengan alasan seumpama ini; kami tetap minta dengan Tuhan tetapi nak menyatakan juga kepada para alim atau wali di dalam kubur mereka itu agar mereka tolong rekmen doa kita ini kepada Tuhan!
Na’uzu billah!
- Inilah permainan yang diajar oleh syaitan untuk merosakkan manusia secara terangan.
Atau secara berlapik, menyesatkan manusia dengan menghiasi dengan kata-kata yang menampakkan perbuatan yang salah itu macam betul tetapi risikonya membawa kesyirikan kepada Allah SWT amat tinggi.
Inilah yang amat bahaya & menakutkan.
- Inilah yang kita dok kuliah, ceramah nak ajar kepada masyarakat untuk menjaga tauhid & murnikan aqidah agar tidak buat perkara bercampur dengan perkara khurafat, tahyul dan syirik!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 148- {Orang-orang musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”…}-
Berkata puak kafir jika Tuhan nak, mereka tidak akan kafir dan tidak akan buat segala perbuatan yang Allah larang itu.
Tetapi mereka jadi begitu, jadi kafir kerana Tuhan yang pilih untuk mereka. Maka betullah perbuatan mereka itu. Ini permainan syaitan yang cukup bahaya!
Kata ulama’ tadabbur : Kita semua wajib ikut arahan Allah, jangan mencari hujjah, bergantung dengan kehendak & taqdir Allah.
Kerana taqdir Allah tidak menjadi keuzuran kepada kita untuk buat perkara-perkara yang menyalahi peraturan Allah.
Ini kerana kita tidak tahu apakah taqdir Allah ke atas kita!
Menjadi kewajipan bagi setiap orang ikut perintah Allah!
Allah perintah kita suruh solat, puasa, buat baik sesama manusia, jangan mencuri dan lain-lain, maka wajib kita buat!
Jangan pembuat dosa & jenayah berkata: Aku tidak solat atau mencuri ini kerana taqdir Allah, maka polis tidak boleh tangkap kita!
Kerana kita wajib mengikut perintah Allah! Tidak boleh kita mencari alasan & keuzuran menggunakan taqdir Allah!
Tujuan kita belajar semua qadha’ & qadar ini supaya kita redha menerima & berlapang dada dengan apa natijah keputusan yang telah berlaku.
Contoh:
i- Pelbagai ikhtiar & usaha telah dibuat sebelum peperiksaan tetapi kita tak dapat juga keputusan cemerlang yang dikehendaki, maka itu taqdir Allah.
ii- Tetapi jika tiada apa-apa usaha & ikhtiar kemudian gagal lalu nak guna alasan itu salah.
iii- Pencuri & penjenayah yang ditangkap polis semuanya boleh lepas kerana guna alasan taqdir Allah!
Allah sudah beri kepada kita akal & pemikiran untuk usaha dan memilih, maka jangan salahkan taqdir.
Ayat ini menjadi dalil untuk menolak hujjah orang yang tidak mejalankan hukum Tuhan & buat jenayah dengan taqdir!
Ini satu kesalahan yang besar dengan alasan taqdir untuk menyalahkan Tuhan.
- Ayat 148- {Orang-orang musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”…}-
Selagi akan berkata puak kafir, yakni Allah SWT wahyukan kepada Nabi SAW bahawa puak kafir akan berkata begitu!
Ayat ini menjadi salah satu mukjizat Nabi SAW kerana Allah SWT ceritakan kepada Baginda apa yang akan berlaku.
Kemudian berlaku sungguh apa yang Allah nyatakan ini, tepat sebagaimana yang Allah beritahu, puak kafir mengatakan begitu.
Allah beritahu awal kepada Nabi SAW supaya Baginda dapat bersedia untuk berhujjah dengan mereka.
Firman Allah SWT tentang ini lagi:
i- {Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: “Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya”. Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?} (Al-Nahl 16:35)
ii- {Dan mereka berkata: “Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu”. (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah orang-orang yang berdusta!} (Az-Zukhruf 43:20)
Sebagaimana dalam ayat ini juga, puak kafir akan berkata: سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ }
{Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?”}
Ayat ini turun sebelum berlakunya pertukaran Kiblat maka Allah beritahu awal-awal lagi kepada Nabi SAW apa yang akan mereka kata & permainkan supaya Baginda dapat bersedia dengan hujjah untuk menjawabnya!
Maka inilah yang dinamakan mukjizat Nabi SAW.
- Ayat 148- {…Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”.}-
Allah suruh Nabi SAW cabar puak kafir itu: jika kamu ada ilmu, bawa mari tunjukkan kepada kami!
Dalam ayat ini Allah cela puak kafir:
i- Kamu nak bercakap tentang hukum halal haram kamu kena ilmu. Jika tiada ilmu ikut putar belit saja tidak akan diterima & diiktiraf oleh Allah!
ii- Celaan kepada orang yang ikut nafsu saja, mereka hanya ikut sangkaan & agakan semata-mata.
iii- Ini semua adalah pendustaan terhadap Allah SWT.
Kita orang Islam nak buat amalan, nak kata sesuatu itu baik atau buruk, kena ada dalil & bukti dari al-Quran & Sunnah Nabi SAW.
Jika tidak itu hanya sangkaan dan ikut nafsu semata.
Yang berat lagi, tipu & buat pendustaan atas nama Allah & Rasulullah SAW.
Maka kita jagalah al-Quran & Sunnah Nabi SAW ini agar tidak ditunggang dan dipermain-mainkan oleh mereka yang nak cari habuan dunia!
- Ayat 150- {… dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat,..}-
Kamu jangan ikut hawa nafsu orang yang mendustakan ayat-ayat Allah & mereka itu tidak beriman dengan hari Akhirat.
Kata ulama’ : Ini menunjukkan kepentingan beriman kepada hari Akhirat kerana ia akan menghalang seseorang itu dari buat maksiat & perkara yang tidak baik.
Ini kerana dia tahu: jika aku buat Allah akan dedahkan di Akhirat kelak, kalau aku buat Allah tayang balik nanti, malaikat akan bukanya.
Kita ada Akhirat nanti di mana nak sembunyikan muka kita nanti, malu di khalayak ramai, malu kepada guru dan murid, itulah hari yang tiada guna lagi penyesalan!
Beriman kepada hari Akhirat adalah satu brek yang paling hebat & kuat sekali untuk menghalang manusia daripada melakukan dosa & maksiat!
Jika tidak kita rasa orang tak lihat tiada orang tahu kita akan selamat!
- Ayat 150- {… maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,…}-
Kamu jangan ikut orang yang ikut hawa nafsunya.
Dalam ayat Allah menyatakan tiga sifat buruk yang amat besar serta larangan tentangnya.
Tiga sifat buruk itu ialah:
i- Ikut nafsu semata-mata. {تَتَّبِعْ أَهْوَآءَ}
ii- Mendustakan ayat-ayat Allah {كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا} serta mengajak orang lain juga.
iii- Tidak beriman dengan hari Akhirat. {لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْـَٔاخِرَةِ}.
Kerana itu tingkatan kafir itu tidak sama:
i- Ada kafir yang tidak beriman sahaja.
ii- Ada yang dusta, bohong, mendustakn dan kempen orang juga untuk tinggalkan Islam.
Kerana itu kita orang Islam kena bersatu menghadapi ancaman dan strategi orang kafir yang mahu merosakkan umat & agama Islam ini.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita hari ini yang ringkas tetapi penuh dengan perbahasan yang menarik.
Semoga mendapat manfaat & faedah dunia Akhirat.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.