BALASAN AMALAN BAIK DAN BURUK, IKUT AGAMA NABI IBRAHIM & SEMUA AMALAN UNTUK ALLAH SWT.
Full video : https://youtu.be/RKy_63kLQEw?si=BR6lhYwev-XYAEKq
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-An’am ini dengan ayat 160 sehingga 163 dalam juzu’ kelapan.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang balasan amalan baik akan digandakan sehingga 10 kali atau ada sehingga 700 kali ganda manakala balasan buruk hanya satu atau seumpamanya sahaja, tidak digandakan.
- Kemudian Allah perintahkan untuk ikut agama yang murni yang dibawa oleh datuk kamu Nabi Ibrahim, agama tauhid yang murni yang tidak terjebak dengan syirik.
- Allah nytakan juga kita kena isytiharkan bahawa semua amalan kita buat untuk Allah SWT. semata-mata bukan kepada yang lain.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan kepada kita supaya ikut siratul mustaqim serta jangan berbalah & berpecah.
ii- Maka datang ayat ini membawa peringatan bahawa kurnia Allah itu luas.
Jika kamu buat kebaikan pahala minimunnya ialah 10 kali ganda kebaikan, ada yang sehingga 700 kali ganda bahkan ada yang unlimited seperti pahala puasa & sabar.
Manakala balasan untuk keburukan tidak berganda hanya balasan seumpamanya sahaja. Ini menunjukkan rahmat Allah tidak menzalimi hamba-Nya.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 160- {SESIAPA YANG MEMBAWA AMAL KEBAIKAN (PADA HARI KIAMAT), MAKA BAGINYA (BALASAN) SEPULUH KALI GANDA (DARI KEBAIKAN) YANG SAMA DENGANNYA; DAN SESIAPA YANG MEMBAWA AMAL KEJAHATAN, MAKA IA TIDAK DIBALAS MELAINKAN (KEJAHATAN) YANG SAMA DENGANNYA; SEDANG MEREKA TIDAK DIANIAYA (SEDIKITPUN).} (AL-AN’AM 6:160)
- Allah menyatakan bagi sesiapa yang bawa amal kebaikan pada hari Kiamat, maka baginya balasan sepuluh kali ganda dari kebaikan yang sama dengannya.
- Contoh: Jika sedekah RM1 balasan pahalanya ialah RM10.
Iaitu apa saja kebaikan & perbuatan yang diredhai Allah, yang zahir atau batin, perkataan atau perbuatan, beri nasihat kepada orang atau kita sendiri buat, sama ada yang berkait dan hak Allah atau kak manusia, baginya pahala 10 kali ganda!
- Ini adalah satu tawaran istimewa dari Allah menunjukkan luasnya nikmat & limpah kurnia Allah ke atas hamba-Nya.
Kenapa kita tidak mengambil peluang keemasan ini?
Jika signal keimanan lemah, apabila Allah sebut apa kebaikan sekalipun tidak dengar atau tidak ada respon!
- Ini pula menunjukkan rahmat Allah kepada hamba-Nya, sesiapa yang buat kejahatan maka ia tidak akan dibalas melainkan dengan kejahatan atau balasan buruk yang sama dengannya; satu sama satu, tidak berganda.
- Tetapi balasan itu pastilah ikut jenis dosa itu besar atau kecil, contoh orang buat dosa dalam masjid atau di Makkah, pasti tak sama dosanya dengan buat di tempat lain!
Atau buat dosa maksiat di bulan Ramadhan tidak sama kesalahannya pada hari lain.
Yakni dari sudut kuantiti tidak berganda tetapi dari sudut kualiti pastilah ikut jenis dosa itu!
- Kemudian Allah nyatakan sedang mereka tidak dianiaya sedikitpun.
Yakni Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya, yang baik diganda yang tidak baik tidak.
AYAT 161- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “SESUNGGUHNYA AKU TELAH DIBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH OLEH TUHANKU KE JALAN YANG BETUL LURUS, (KEPADA) AGAMA YANG TETAP TEGUH, IAITU AGAMA NABI IBRAHIM YANG IKHLAS, DAN TIADALAH IA DARI ORANG-ORANG MUSYRIK”.} (AL-AN’AM 6:161)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan keadaan manusia yang terbahagi dua, orang yang mendapat hidayah & yang sesat.
Yang sesat akan memecah belahkan agamanya manakala yang baik akan menyatukannya.
ii- Maka datang ayat ini Allah perintahkan Rasulullah SAW untuk membuat deklarasi di hadapan khayalak ramai – membuat perisytiharan terbuka tentang pegangan & pendirian agamanya, agama yang aku bawa ini bukan baru tetapi menyambung apa yang dibawa oleh datukku Nabi Ibrahim AS, agama tauhid yang jauh dari syirik.
- Dalam ayat ini (Qul yang pertama-قُلْ) Allah perintahkan Nabi SAW untuk menyatakan dengan tegas & terang kepada kaum Quraisy itu akan pegangan dan agama yang dibawanya, yang jelas & teguh tidak boleh digoyang lagi serta tanpa sebarang penyelewengan.
- Apakah agama itu, Allah suruh Nabi SAW jelaskan; iaitu agama yang teguh, yang mantap, yang adil dalam aqidah, ibadat, muamalat, pemerintahannya dan lain-lain semuanya adil. Ia adalah Syari’at ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim AS.
- Maka kamu puak kafir jika kamu mendakwa ikut Ibrahim maka marilah bersama ikut agama ini juga agama yang murni bertauhid kepada Allah SWT.
Mereka ini hanya mengaku saja tetapi tidak ikut pun!
- Nabi Ibrahim menjadi mangsa rebutan dan perisytiharan puak kafir yahudi & nasrani yang mendakwa ikut nabi Ibrahim tetapi sebenar tidak ikutpun ajaran agamanya yang suci!
AYAT 162- {KATAKANLAH: “SESUNGGUHNYA SEMBAHYANGKU DAN IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU, HANYALAH UNTUK ALLAH TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.} (AL-AN’AM 6:162)
- Dalam ayat ini Allah perintahkan Rasulullah SAW untuk membuat perisytiharan kedua, iaitu Katakanlah (قُلْ) wahai Muhammad SAW:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
i- “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
وَنُسُكِى- Ibadatku : Ada jug ulama yang menafsirkannya sebagai sembelihanku.
- Ayat ini menjadi bacaan kita beberapa kali dalam setiap hari iaitu di dalam doa iftitah solat.
- Kita kena ikhlaskan amalan kita semata-mata kerana Allah SWT.
Kita letak awal-awal lagi bahawa semua pekerjaan buat kita adalah untuk Allah!
- Kita menyatakan bahawa hidup & mati kita {وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى} semua juga adalah bagi Allah.
Ketika hidup kita buat baik amal ibadat sedekah apa semuanya untuk Allah, maka kematian kita pun kita serah kepada Allah.
i- Semasa hidup segala amal perbuatan kita kerana Allah.
ii- Selepas kematian pun kita ikut & serahkan jiwa kita kepada Allah SWT.
AYAT 163- {TIADA SEKUTU BAGINYA, DAN DENGAN YANG DEMIKIAN SAHAJA AKU DIPERINTAHKAN, DAN AKU (DI ANTARA SELURUH UMATKU) ADALAH ORANG ISLAM YANG AWAL PERTAMA – (YANG BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH DAN MEMATUHI PERINTAHNYA)”.} (AL-AN’AM 6:163)
- Kemudian kita isytiharkan lagi bahawa Allah itu Tuhan yang disembah, tiada sekutu bagi-Nya. Segala ibadat kita hanya untuk Allah SWT.
- Maksud { وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلْمُسْلِمِينَ}-
Kata ulama’ tafsir : Dalam umat ini Nabi SAW adalah orang yang pertama menerima Islam, bukan maksudnya yang pertama sebelum Nabi Adam a.s lagi!
Yang pertama menerima tauhid dan agama dari Allah dari kalangan umat ini pastilah Nabi Muhammad SAW.
- Maksud:- ini pula adalah:
i- Bahawa Nabi Muhammad SAW adalah orang yang pertama menerima Islam.
ii- Atau umat Muhammad ini umat pertama yang dibangkitkan di Akhirat kelak!
- Hadis:- dalil Nabi SAW baca doa iftitah dalam permulaan solat:
i- Daripada Ali RA, apabila Nabi SAW bangun mendirikan solat, baginda akan membaca:
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.
Aku menghadapkan wajah ku dengan ikhlas (di dalam Islam) kepada yang telah menciptakan langit dan bumi, dan tidaklah aku di kalangan orang-orang Musyrikin. Sesungguhnya solatku, korbanku, kehidupanku, dan kematianku adalah untuk Allah. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada kalangan kaum Muslimin. Ya Allah, Engkauhlah Raja, Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau adalah Tuhanku, dan aku merupakan hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri, dan aku mengaku tentang dosaku. Maka ampunkanlah dosa-dosa ku kesemuanya. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku ke arah akhlak yang terbaik. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada ku kea rah akhlak yang terbaik melainkan Engkau. Selamatkan diriku dari akhlak yang terburuk. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku daripada akhlak yang terburuk kecuali Engkau. Aku di sini dan aku berbahagia untuk berkhidmat kepadaMu. Semua kebaikan di tanganMu, kejahatan pula bukan daripadaNya. Aku bersama Engkau, aku bersamaMu dan kepadaMu wahai yang penuh barakah dan Maha Tinggi. Aku memohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadamu” [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 771]
ii- Antaranya juga : UM Sayyidah Aisyah RA menyatakan bahawa apabila Nabi SAW bangun pada waktu malam, baginda membuka solatnya dengan membaca:
اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ ، وَمِيكَائِيلَ ، وَإِسْرَافِيلَ ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hambaMu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkilah aku dengan izinmu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kea rah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki”. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 770]
Terdapat banyak bacaan yang dibaca oleh Nabi SAW sebagai pembuka solat boleh lihat dalam kitab Perisai Muslim: https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 160- {Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya;…}-
Siapa buat baik Allah gandakan sehingga 10 kali ganda bagi setiap kebaikan itu.
Tetapi kejahatan tidak berganda.
Ini adalah balasan di Akhirat, di dunia ini bukan begitu.
Gandaan pahala adalah limpah kurnia dari Allah.
Manakala tidak bergandanya kejahatan adalah rahmat dari Allah.
Ayat ini mendetailkan beberapa ayat lain seperti firman Allah ini:
i- {Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.} (An-Naml 27:89)
ii- {Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.} (An-Nisa’ 4:40)
10 kali ganda ini adalah minimum gandaan bagi balasan pahala.
Manakala maksimumnya pula adalah 700 kali ganda sebagaimana firman Allah SWT ini:
{Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.} (Al-Baqarah 2:261)
Ada juga pahala yang tidak boleh dihitung iaitu unlimited sebagaimana pahala puasa hanya Allah yang membalas ikut kehendaknya:
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipat-gandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabb-nya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau harum kasturi.” (HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)
Begitu juga pahala sabar, bergantung kepada tahap ujian & tahap kesabaran seseorang itu.
Firman Allah SWT:
{Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.} (Az-Zumar 39:10)
Masya Allah betapa luasnya kurnia & rahmat Allah kepada kita!
- Ayat 160- {… dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya;…}-
Siapa yang buat jahat balasannya satu sama satu, one by one, seumpamanya sahaja.
Persoalan:
Kenapa ada juga kita dengar dikatakan dosa dalam masjid atau di Makkah berganda?
Dosa pada bulan Ramadhan juga berganda?
Jawapannya:
i- Tidak berganda di sini maksudnya dari segi bilangan atau kuantiti dosa. 1 dosa tak jadi 10 dosa.
ii- Tetapi satu dosa itu menjadi besar berdasarkan tempat dan masa iaitu dari segi kualitinya.
Seperti yang kita nyatakan tadi buat jahat dalam masjid, di Makkah, semasa haji dan seumpamanya pastilah tak sama dosanya di tempat biasa lain.
Sebagaimana firman Allah SWT ini:
{… dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.} (Al-Hajj 22:25)
Untuk melihat hukum Tanah Haram boleh lihat buku Makkah & Madinah ini:
https://dartaibah.com/…/Makkah-al-Mukarramah-Kelebihan… &
https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
- Selepas 160 ayat, di akhir surah ini Allah perintahkan Nabi SAW untuk mengisytihar menyatakan prinsipnya:
i- Pertama: { قُلْ إِنَّنِى هَدَنِى رَبِّىٓ}
ii- Kedua: { قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى}
iii- Ketiga: { قُلْ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَبْغِى رَبًّۭا}- ini dalam ayat yang akan datang.
Yakni di akhir surah cukulah berbalah dengan puak kafirnya, sekarang ini adalah masa penggulungan hujjah, perisytiharan yang dibuat oleh Nabi SAW untuk menyatakan aqidah dan pegangan kita yang berpandukan al-Quran, Sunnah Nabi SAW dan berdasarkan huraian para ulama’ yang terawal.
Agama kita datang dri Allah dari Rasul
- Ayat 161- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus,…}-
Allah suruh kita ikut Siratul-Mustaqim.
Tetapi sirat ini adalah umum apakah ia?
Maka datang ayat ini menerangkan & menjelaskannya:
Ayat 162- {Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,…}-
Dalam ayat ini Allah khususkan dengan bawa satu point yang besar iaitu bahawa solatku dan lain-lain ibadatku adalah untuk Allah SWT.
Allah sebut dua yang besar di sini:
i- Solat : Kerana solat adalah mercu tanda agama, tiang agama seseorang, dan yang lebih afdhal lagi jika mantap keimanannaya dia dapat jaga solat jemaah!
ii- Nusuki : Semua ibadat kita yang lain seperti sembelih, haji, zakat puasa dan seumpamanya.
Allah sebut dua ini kerana ia perkara ibadat yang jelas dan nampak, jika buat orang nampak, walaupun soal hati adalah hanya dengan Allah. Ikhlas atau tidak hanya Allah yang tahu.
- Ayat 163- {Tiada sekutu bagiNya…}-
Kita kena isytiharkan bahawa tiada sekutu bagi Allah.
Islam adalah agama yang suci, agama tauhid, agama ikhlas semata-mata kepada Allah dalam ibadat & semua muamalat kita barulah kita tidak akan kerugian dunia & Akhirat.
Semua perbuatan jika kita ikhlaskan niat kepada Allah akan dapat pahala, hatta senyum kepada orang, makan-minum, berkahwin nikah, bersama suami isteri, apatah lagi perbuatan baik & amal ibadat yang jelas nyata.
Kerana itu kita kena letak bahawa kita ini termasuk dalam orang yang awal menyerah diri kepada Allah SWT.
Ya Allah jadikan kami & keluarga kami orang yang betul-betul ikhlas, patuh kepada perintah Allah, betul-betul murni Aqidah, tiada syirik, tiada mungkar.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita hari ini semoga mendapat manfaat & faedah dunia Akhirat.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.