Kehinaan Ke Atas Yahudi, Bertebaran Merata Di Bumi, Mengambil Harta Haram & Orang Soleh Berpegang Dengan Kitab Allah.
Full video : https://youtu.be/W0JPfxvnHl8?si=ZHGTOrFdx52yKiHu
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 167 sehingga 170 dalam juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan kehinaan ke atas orang-orang yahudi, kerana mereka degil, tak dengar kata lalu mereka bertebaran merata di bumi, tak ada negara, tak ada tanah air khas.
Apabila Allah berikan kepada mereka bumi Baitul Maqdis dulu, mereka buat karenah dan ingkar.
- Antara sifat rakus mereka juga mengambil harta haram sama ada secara riba, rasuah, penipuan dan seumpamanya.
Banyak kekarutan yang mereka buat.
- Allah tutup ayat ini menyatakan akan ada golongan yang berpegang dengan Kitab Allah, mendirikan solat & melakukan ketaatan kepada Allah.
Begitulah manusia ini ada yang baik ada yang buruk, begitulah yang Allah nyatakan.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT telah sebut beberapa kejahatan & buruk perangai yahudi, mereka menukar arahan Allah.
Memutar belit fakta yang Allah beri & menggunakan helah untuk menghalalkan apa yang Allah haramkan lalu Allah menukar mereka menjadi monyet.
ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan hukuman yang akan ditimpa ke atas mereka & keturunan mereka iaitu kehinaan & segala keburukan sehingga ke hari Kiamat.
Kerana itu mereka bertebaran atas muka bumi tanpa negara, tetapi merampas hak umat Islam di Palestin dengan merampas tanah mereka dan mendirikan negara haram Israel pada hari ini.
Kita yakin dengan janji Allah SWT dan berdoa semoga balasan & pertolongan Allah datang segera kepada mereka yang tertindas dan dizalimi.
Terkumpulnya yahudi di bumi Palestin untuk menunggu hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka iaitu akan dibunuh oleh umat Islam.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 167- {DAN (INGATLAH WAHAI MUHAMMAD) KETIKA TUHANMU MEMBERITAHU: BAHAWA SESUNGGUHNYA IA AKAN MENGHANTARKAN KEPADA KAUM YAHUDI ITU, (TERUS MENERUS) HINGGA HARI KIAMAT, KAUM-KAUM YANG AKAN MENIMPAKAN MEREKA DENGAN AZAB SENGSARA YANG SEBURUK-BURUKNYA (DISEBABKAN KEJAHATAN DAN KEKUFURAN MEREKA). SESUNGGUHNYA TUHANMU AMAT CEPAT AZAB SEKSANYA, DAN SESUNGGUHNYA DIA JUGA MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AL-A’RAF 7:167)
- Ingatlah wahai Nabi SAW, Allah nyatakan dengan satu pernyataan yang teguh bahawa Allah akan menghantar ke atas kaum yahudi, azab sengsara yang terus-menerus sehingga ke hari Kiamat; yang mesti mereka hadapi & laluinya atas dunia ini lagi sebelum azab Akhirat kelak pula!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini dengan lebih panjang & terperinci :
{Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).}
(Al-Isra’ 17: 4-8)
Dalam ayat ini Allah ceritakan kemurkaan-Nya dan hukuman yang akan ditimpa ke atas bani Israil dengan sebab mereka jahat, degil, keras kepala.
- Mengikut ahli sejarah seperti al-Qurtubi, antara azab yang awal menimpa mereka ialah:
i- Datangnya Raja Bukhtanashar (Nebuchadnezzar), iaitu pemerintah Dinasti Babylon yang menyerang dan menawan Judah and Jerusalem, membunuh 70 ribu yahudi menghancurkan penguasaan Bani Israil di Palestin.
Baki yahudi yang hidup di bawa ke Babylon lalu sebahagian besar mereka telah kehilangan identiti mereka.
Pengusiran Bani Israil ini dikenali sebagai Pengusiran Kali Pertama dan penjarahan keatas mereka ini merupakan penjarahan yang pertama yang menimpa mereka setelah Bani Israil mengecapi nikmat berkerajaan di Palestin.
Para ulama’ kata : Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah ini:
{Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.} (Al-Isra’ 17:5)
ii- Ada ulama’ kata : Itu dulu, ayat ini diturunkan pada zaman kedatangan Nabi SAW di Madinah; di mana satu demi satu kaum yahudi dihalau keluar bermula dengan bani Qainuqa’, bani an-Nadhir, kemudian pembunuhan beramai-ramai kaum yahudi bani Quraizah yang khianat, yang melanggar perjanjian mereka untuk membela Nabi SAW maka mereka ayak dijatuhkan hukuman yang berat.
Boleh baca buku ini untuk maklumat lebih lanjut tentang cerita yahudi di Madinah, satu fakta sejarah yang perlu dihayati & difahami:
Madinah Munawwarah.
https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
iii- Ada juga yang menyatakan bahawa kehinaan itu ialah apabila Nabi Musa tetapkan ke atas mereka untuk membayar jizyah/pampasan cukai.
- Serta beberapa pendapat lagi, yang senangnya Allah telah letakkan kehinaan ke atas mereka dengan terpaksa bayar cukai & lain-lain kehinaan sehingga ke hari Kiamat.
- Ini adalah disebabkan mereka kufur kepada Allah, derhaka & ingkar serta membuat helah untuk menghalalkan apa yang telah Allah haramkan.
Contoh yang baru kita lalui adalah kisah ashabus, Sabti yang menangkap ikan pada hari Sabtu yang Allah haramkan lalu Allah turunkan azab ke ats mereka menjadi monyet yang hina kemudian binasa.
Mereka bukan hina semasa itu sahaja tetapi sehingga ke hari Kiamat.
Walaupun sekarang keadaan mungkin nampak memihak kepada mereka, tetapi mereka akan tetap binasa akhirnya.
- Sesungguhnya Allah akan segera membalas, amat cepat azab seksa-Nya ke atas mereka yang kafir, apabila sudah sampai waktunya.
Bila sudah sampai masanya tiada siapa boleh lepas!
- Begitulah sifat Allah SWT keras tindakan & azab-nya ke atas orang derhala; tetapi sesungguhnya Dia Maha Mengasihani bagi orang yang taat dan beriman, juga Maha Pengampun bagi hamba-Nya yang bertaubat.
Itulah harapan dan cita-cita kita untuk mendapat pengampunan dari Allah SWT.
AYAT 168- {DAN KAMI PECAH-PECAHKAN MEREKA (KAUM YAHUDI ITU) BERPUAK-PUAK (YANG BERTABURAN DI MERATA-RATA) DUNIA INI. DI ANTARA MEREKA ADA YANG SOLEH DAN DI ANTARANYA JUGA YANG TIDAK DEMIKIAN. DAN KAMI UJI MEREKA DENGAN NIKMAT PEMBERIAN YANG BAIK-BAIK DAN BALA BENCANA YANG BURUK, SUPAYA MEREKA KEMBALI (BERTAUBAT).} (AL-A’RAF 7:168)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelumnya Allah telah mengiklankan hukuman ke atas yahudi.
ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan sebab kamu jahat & keras kepala; antara hukuman-Nya ialah Dia telah pecahkan kaum yahudi itu merata atas muka bumi kepada kumpulan yang banyak.
Di mana saja kita pergi ada saja kaum yahudi ini tetapi mereka berada dalam kehinaan.
Tetapi hasil dari perjanjian dengan kaum kafir lain serta sebahagian pemimpin Islam yang menjadi tali-barut mereka; yahudi ada tapak sementara di Palestin yang mereka rampas.
- Tetapi kita yakin dengan janji Allah bahawa akan tiba suatu waktu yahudi akan dihina & dimusnahkan, mereka pergi ke Palestin untuk menunggu dibunuh oleh umat Islam.
Pada hari itu tiada tempat perlindungan bagi mereka hatta pokok & batu akan bercakap mengatakan ada yahudi bersembunyi di sebalik mereka!
Islam mengajar kepada keadilan.
Begitulah atas dunia ini pasti ada dua keadaan, positif & negatif, ada manusia yang baik & jahat, yang soleh & yang toleh.
Al-Quran mengajar kepada kita dalam kalangan yahudi itu ada juga yang soleh & beriman.
Iaitu ada di kalangan kecil yahudi yang beriman kepada Nabi SAW seperti Sayyidina Abdullah bin as-Salam RA dan beberapa orang lagi, tetapi yang ramainya yang keras kepala.
- Allah SWT juga kata manusia itu akan diberi ujian sama ada dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk.
- Ayat ini menceritakan tentang ujian ke atas bani Israil:
i- Ada yang diuji dengan kesenangan seperti kekayaan, pangkat kenamaan & kedudukan yang tinggi.
ii- Ada waktunya dengan kesusahan seperti kemarau, penyakit dan pelbagai lagi musibah yang ditimpakan ke atas yahudi yang telah ditetapkan Allah SWT!
- Terdapat banyak lagi beberapa firman Allah yang menyatakan bahawa ujian itu ada dua dimensi, kesusahan & kesenangan:
{وَنَبْلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلْخَيْرِ فِتْنَةً}
{… dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.} (Al-Anbiya’ 21:35)
Sama ada Allah mulakan dengan kebaikan dulu baru keburukan seperti dalam ayat kita ini {بِٱلْحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّيِّـَٔاتِ} atau dimulakan kesusahan dulu diikuti dengan kesenangan {بِٱلشَّرِّ وَٱلْخَيْرِ}!
- Yang penting Allah nyatakan ujian itu ada dalam dua bentuk, maka jangan kita ingat orang senang atau orang kaya itu bukan ujian!
- Apakah hikmah di sebalik segala ujian ini? Allah nyatakan di akhir ayat bahawa Allah uji bani Israil dengan kebaikan & keburukan supaya supaya mereka kembali bertaubat kepada Allah SWT dengan meninggalkan segala maksiat & kembali melakukan ketaatan.
AYAT 169- {MAKA MEREKA KEMUDIANNYA DIGANTIKAN OLEH KETURUNAN-KETURUNAN YANG JAHAT YANG MEWARISI KITAB (TAURAT). MEREKA MENGAMBIL KEBENDAAN YANG HINA DI DUNIA INI SAMBIL BERKATA: “AKAN DIAMPUNKAN KELAK DOSA KAMI” PADAHAL JIKA DATANG KEPADA MEREKA KEBENDAAN YANG HINA SEPERTI ITU MEREKA AKAN MENGAMBILNYA LAGI. BUKANKAH TELAH DIAMBIL PERJANJIAN SETIA DARIPADA MEREKA DI DALAM KITAB TAURAT BAHAWA MEREKA TIDAK MEMPERKATAKAN TERHADAP ALLAH MELAINKAN YANG BENAR? DAN MEREKA PULA TELAH MEMPELAJARI APA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA? DAN JUGA (MEREKA MENGETAHUI BAHAWA) NEGERI AKHIRAT ITU LEBIH BAIK BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA. TIDAKKAH KAMU MAHU MENGERTI?} (AL-A’RAF 7:169)
- Puak yahudi ini jahat, apabila mereka terima Taurat mereka bukan beramal dengannya tetapi kacau Taurat, putar belit, tukar fakta dan lain-lain penyelewengan yang banyak.
- Munasabah ayat:
i- Setelah Allah nyatakan dalam ayat yang lepas ada di kalangan yahudi orang yang soleh yang beramal dengan kitab Taurat dengan sebenarnya.
Ambil kitab Taurat, belajar & beramal dengan sebenarnya.
ii- Selepas mereka ini ada keturunan mereka yang menerima Taurat sebagai pewaris, tetapi apa yang mereka buat; mereka ambil kehinaan atas dunia ini sambil berkata, akan diampunkan kelak dosa-dosa kami!
- Ini adalah angan-angan mereka bukan cita-cita, setelah buat perbuatan jahat, selewengkan kitab, mereka kata Allah akan ampunkan kejahatan mereka itu!
Inilah satu kepelikan buat benda jahat kemudian berangan agar Allah ampunkan dosa mereka.
- Pengikut Taurat yang jahat buat perkara buruk seperti mengambil harta secara haram seperti riba, rasuah, batal perjanjian & penipuan.
Taurat ada tetapi mereka tidak beramal dengannya, mereka menggunakan Taurat untuk menghalalkan perbuatan mereka, inilah yang dikatakan menunggang kitab untuk kepentingan dunia.
- Mereka juga berangan-angan, sombong menyangka Allah akan mengampunkan mereka kerana mereka adalah keturunan bani Israil, anak cucu keturunan Nabi Yaakub, keturunan nabi-nabi yang baik!
Inilah permainan bodoh yang dimainkan oleh puak yahudi.
Mereka terpedaya berangan-angan kepada Allah dengan angan-angan yang batil!
- Mereka ini apabila berhadapan dengan mata benda yang bernilai di dunia walaupun benda buruk yang diharamkan; mereka akan cuba menghalalkannya dengan buat helah tukar hukum dan lain-lain!
Mereka tidak akan insaf, mereka sanggup buat apa saja untuk membenarkan keburukan mereka bagi mendapat habuan dunia yang sedikit!
Sedangkan mereka telah buat perjanjian setia dengan Allah, telah berjanji dalam kitab Taurat, bahawa mereka penerima kitab Taurat ini telah berjanji tidak akan berkata kecuali yang benar, tidak akan tipu apa yang Allah tak kata & tidak akan reka ibadat yang Allah tidak suruh!
- Antara perjanjian mereka khianati adalah sebagaimana firman Allah ini:
i- {Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”.
Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit.
Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.} (Ali’Imran 3:187)
- Mereka tidak buat apa yang Allah telah perintahkan, mereka campak arahan & hukum-hakam dalam Taurat.
Mereka telah menjual Taurat dengan nilai harta benda dunia yang sedikit.
- Sedangkan mereka tahu semua hukum itu, ada ilmu kerana mereka baca, belajar & faham Taurat ; tetapi mereka tetap memutar belit, seleweng, menipu sembunyi fakta untuk kepentingan & habuan dunia yang sedikit!
Orang alim ada ilmu buat benda pelik, tak sama; berbeza dengan orang yang jahil tidak ada ilmu lalu buat kesalahan!
- Mereka ini juga tahu bahawa negeri Akhirat itu lebih baik orang yang bertaqwa.
Mereka tahu sifat Nabi SAW itu jelas diterangkan dalam Taurat tetapi Nabi SAW dibangkitkan, mereka sembunyi maklumat, seleweng fakta buat auta kerana tak mahu ikut Nabi SAW, kerana mahu jaga kepentingan dunia mereka!
- Betapa berat orang yang tahu seleweng & tak buat. Inilah kejahatan ahli kitab zaman dulu termasuk juga ahli al-Quran hari ini yang menyeleweng lari daripada fakta yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW!
Sanggup buat perkara yang menyalahi ilmu yang ada padanya kerana takut hilang harta, kedudukan & pengikut!
- Di akhir ayat Allah tanya & tegur dengan begitu keras: Apakah kamu tidak berakal?? Tidak adakah orang baik & yang berakal di kalangan kamu untuk menegur & melarang perbuatan buruk ini???
AYAT 170- {DAN ORANG-ORANG YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN KITAB ALLAH SERTA MENDIRIKAN SEMBAHYANG, SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK AKAN MENGHILANGKAN PAHALA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI (KEADAAN HIDUPNYA).} (AL-A’RAF 7:170)
- Kemudian Allah nyatakan bagi orang yang baik, yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan solat, Allah akan beri pahala & kebaikan kepadanya.
- Munasabah ayat:
i- Allah nyatakan kejahatan yahudi yang dapat kitab kemudian seleweng.
Ada ilmu tetapi sembunyi kerana nak dunia.
Inilah masalah besar dalam dunia hari ini, tahu perkara benar & betul tetapi tak berani nak buka mulut & berkata kerana takut hilang semua kedudukan dunia.
ii- Maka dalam ayat ini Allah janjikan pahala yang tidak akan hilang bagi mereka yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang dan orang-orang yang berusaha memperbaiki keadaan hidupnya.
- Kita yang ada ilmu ini walaupun sedikit; kita minta Allah anugerahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat yang dapat mengawal kita daripada terjebak dengan perkara mungkar & maksiat.
Walaupun banyak ilmu tetapi jika tidak beramal dengannya itu ilmu yang tidak bermanfaat.
- Kerana itu sentiasa kita memohon & berdoa kepada Allah, minta Allah tambah ilmu kepada kita, tetapi ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang menjerut leher sendiri, ada ilmu sembunyikan kebenaran, ada ilmu seleweng fakta!
Dia tahu perkara yang benar tetapi tak berani nak berkata buka mulut kerana takut hilang kedudukan & seumpamanya!
- Yakni kesimpulannya dalam ayat ini Allah nyatakan sesiapa yang beriman, berpegang teguh dengan kitab Allah, mendirikan solat & segala perintah Allah, amar ma’ruf nahi munkar, serta sentiasa berusaha mengislahkan diri serta memperbaiki kerosakan; maka pahala mereka tidak akan hilang!
- Doa minta tambah ilmu sebagaimana dalam al-Quran: {رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا}, “Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepada aku ilmu pengetahuan.” (Surah Taha: 114)
- Kemudian mintalah ilmu yang bermanfaat sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima“.
[HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu As-Sunni].
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 167- {Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat,…}-
Allah beri satu pengiklanan & perisytiharan dengan jelas & tegas dalam ayat ini bahawa akan ditimpakan ke atas kaum yahudi sehingga ke hari Kiamat orang-orang yang akan menganyang dan menghina mereka!
Ayat ini dituju khas kepada puak yahudi ahli kitab dulu, zaman Taurat & Injil, juga puak yahudi zaman Rasulullah SAW yang diusir keluar dari Madinah sebagaimana yang telah disebut di atas tadi, bani Nadhir, Quraizah & Qainuqa’ yang jahat dan telah dihukum oleh Rasulullah SAW.
Serta tokoh-tokoh jahat yahudi seperti Huyai bin Akhtab dan Ka’ab bin Asyraf yang telah diperintahkan oleh Nabi SAW untuk dibunuh di Madinah.
Serta kehinaan mereka akan berterusan sehingga ke hari Kiamat, itu janji Allah yang benar.
Jangan kita lihat kekuatan yahudi atas dunia hari ini, jangan bimbang itu hanya sementara untuk berkumpul dan akhirnya dibunuh oleh umat Islam.
Buat sementara ini sabar & jangan takut, tidak ada perjuangan tanpa kesabaran!
Teruskan perjuangan, Islam akan menang!!!
Mereka adalah umat yang hina, dihina oleh Allah SWT.
Jika kita lihat sejarah yahudi yang panjang, bacalah untuk memahaminya, kita akan faham apa yang disebut Allah SWT ini, akan dihantar pengguasa atau umat yang lain untuk menghina mereka!
- Ayat 168- {Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini.}-
Allah pecah-belahkan mereka kepada kumpulan yang kecil-kecil.
Untuk menjadikan mereka bertebaran atas dunia ini, tidak berkumpul dan tidak bersatu, tidak ada tempat & negara.
Mereka orang kafir tidak ada pakatan & kesatuan sebenarnya walaupun secara zahir nampak mereka seolah bersatu. Ia mereka bersatu dalam melawan dan memerangi Islam tetapi hakikatnya hati mereka berpecah.
KERANA itu kita umat Islam jangan berpecah, kena bersatu, hatta sesama pendakwah, barulah Islam kuat & akan menang!
Kita minta agar Allah satukan hati kita, kekuatan kita untuk berada di atas landasan yang benar untuk kekuatan & kemuliaan Islam.
Jika kita berpecah maka Islam akan lemah dan umatnya akan dipandang lemah & rendah.
Sedangkan kita ada al-Quran sebagai satu alat perpaduan dan kesatuan yang utuh!
- Ayat 168- {… Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).}-
Allah uji manusia dengan kesenangan dan kesusahan.
Ujian itu dalam pelbagai bentuk, ada ujian dengan kesenangan, ada ujian dengan kesusahan!!
Maka kamu jangan ingat yang senangn itu Tuhan sayang atau yang susah itu Tuhan benci!
Keduanya ada hikmah, matlamat dan sebabnya.
Ada orang Allah beri senang; maka jika dia bersyukur alhamdulillah.
Tetapi jika senang jadi kufur nikmat, tidak bersyukur kepada Allah bahkan lagi sombong takabbur, lagi derhaka kepada Tuhan, molek-molek asal lelaki tukar jadi perempuan maka itu bala namanya!
Ujian senang, kaya, pangkat kedudukan, ramai pengikut & follower, semua itu ujian yang Allah beri nak tengok hamba-Nya.
Ada orang diuji senang lalu dia tawadhuk, sabar, menghadapi karenah manusia, itu ujian juga.
Atau Allah beri dia susah & musibah itu ujian juga.
Itu agar dia sedar & insaf kembali kepada Allah!
- Ayat 169- {Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat).
Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami”.}-
Allah kata selepas daripada ‘ulama-ulama’ soleh yang muslihun (pembaiki), datang pula kaum yang Taurat ada di tangannya, belajar hukumnya & tahu halal-haram; tetapi pergi ambil mata benda yang murah, yang tiada nilai di sisi Allah SWT untuk meraih kesenangan dunia yang sementara!
Kata ulama’ tadabbur : Kita belajar dari ayat ini bahawa sifat tamak hendakkan dunia ini adalah perangai & asas sifat yahudi bani Israil yang jahat.
Maka rosaklah kedudukan mereka, menjadi jahat & buruk kerana nakkan dunia sehingga sanggup jual Akhirat.
Sama juga dengan kita umat Islam hari ini penerima al-Quran kitab yang mulia ini, baca al-Quran, hafaz al-Quran, buat kelas al-Quran online tak online tetapi perangai tidak seperti ahli Quran.
Mengajar al-Quran lelaki atau perempuan, jangan tidak beradab dengan al-Quran, gunakan al-Quran sebagai alat dan bahan untuk meraih dunia.
Ini adalah kejahatan ahli kitab yahudi yang degil dan jahat serta ahli kitab al-Quran juga jika berbuat sedemikian.
- Ayat 170- {Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya….}-
Setelah kita dengar kejahatan yahudi yang ada kitab seleweng, ada kitab buat main: Maka Allah nyatakan orang yang baik tetap ada, iaitu mereka yang berpegang dengan kitab, yang mendirikan solat.
Inilah orang yang baik, yang akan selamat.
Ya Allah jadikan kami orang yang berpegang dengan al-Quran & Sunnah, orang yang menjaga agama ini daripada selewengan, orang yang menyebarkan Sunnah untuk diamalkan, mudah-mudahan kita layak mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.
Biarlah apa dikata, dilabel dituduh oleh orang yang tertutup hatinya; kita tetap akan mempertahankan Sunnah dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah dengan mengamalkannya, mengajar & menyebarkannya dan mengajak orang kepadanya!
Di akhir ayat Allah kata: {… sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (ٱلْمُصْلِحِينَ) (keadaan hidupnya).}
Perbezaan antara:
i- Orang yang soleh (الصالحين), orang baik.
Jika kita jadi orang soleh saja orang tak marah, kerana dia warak dan baik untuk dirinya, tak kacau orang.
ii- Orang muslihin (ٱلْمُصْلِحِينَ), yang membaik-pulih kerosakan orang.
Sifat ini amat besar cabaran & halangannya!
Inilah sifat ghuraba’ yang cuba membaik-pulih kerosakan yang dilakukan manusia atas muka bumi ini!
Pastilah akan dimusuhi dan dimarah orang yang tidak mahu ditegur itu.
Terutamanya jika dalam bab yang berkait dengan khurafat dan bid’ah yang begitu berleluasa dalam masyarakat kita bahkan seluruh dunia.
الله المستعان
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk hari ini, semoga memberi manfaat & kebaikan dunia Akhirat.
Wallahu A’lam.