SURAH AL-ANBIYA\’ : AYAT 1-5

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, MANUSIA LUPA TENTANG HARI HISAB DAN SEBAB MEREKA TIDAK MEMPERCAYAINYA

Full video: https://youtu.be/IRl_z5K4xAA

MUQADDIMAH SURAH :

1. Surah al-Anbiya’, surah ke 21 dalam tertib susunan al-Quran, dalam juz ke 17 dan nengandungi 112 ayat.
2. Ijma’ ulama\’ mengatakan ia adalah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Ada juga yang menyatakan Makkiyyah kecuali ayat 114 yang diturunkan di Madinah.
3. Sebab dinamakan surah al-Anbiya’, jamak (plural) kepada nabiyyun yang bererti nabi-nabi kerana banyak disebutkan nama dan kisah para nabi. Perihal nabi disebut pada ayat 48 sehingga 91. Antaranya ialah Musa & Harun, Ibrahim & Lut, Ishak & Yaakob, Nuh, Ayub, Daud & Sulaiman, Ismail, Idris, Yunus dan Zakaria a.s.
4. Dalil namanya: Hadis Ibnu Mas’ud tentang 5 surah yang terawal turun, yang awal dihafaz dan dibaca oleh para sahabat di Makkah.
i- Surah al-Isra’, ii- Al-Kahfi- iii- Surah Maryam. iv – Surah Toha & v- Surah al-Anbiya’.
5. Kelebihan pun seperti hadis di atas, antara surah yang terawal turun dan dihafaz oleh para sahabat.

INTISARI:

1. Peringatan kepada manusia untuk menghitung segala nikmat yang diberikan kepada mereka serta bahawa mereka akan ditanya tentangnya di hari Kiamat kelak.
2. Menolak permintaan kaun kafir Quraisy yang mahukan seorang malaikat diutus kepada mereka, mereka menolak untuk beriman kepada Rasulullah s.a.w kerana dia adalah seorang manusia seperti mereka.
3. Allah s.w.t menegaskan bahawa semua rasul-rasul itu adalah seorang manusia lelaki yang makan dan minum.
4. Allah juga menegaskan tentang penciptaan alam ini supaya manusia menggunakan nikmat2 Allah s.w.t ini dengan sebaiknya.
5. Ditegaskan pula tentang alam langit yang ada di atas kita, matahari bulan, bintang dan lain-lain banyak lgi. Juga tentang alam bumi yang pada awalnya bercantum dengan langit kemudian dipisahkan lalu masing-masing terapung seperti sekarang. Ini terbukti dengan kajian modern hari ini.
6. Pada hari Kiamat alam baru yang kekal abadi akan dicipta serta seluruh makhluk akan dibangkitkan semula, untuk hisab dan pembalasan.
7. Rasulullah s.a.w adalah satu nikmat terbesar kepada manusia, maka untunglah yang mengikutinya dan celaka yang tidak ikut.
8. Surah ini ditutup dengan perintah agar Rasulullah sentiasa memohon doa kepada Allah s.w.t untuk memberi pertolongan ke atas mereka yang menentangnya. Doa ini termakbul lalu Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk alam.

MAQASID KANDUNGAN SURAH:

1. Maksud utama untuk meletakkan asas tanda tauhid dan dakwah para nabi-nabi.
2. Menetapkan berlakunya Kiamat dan membawa dalil tentang akan berlakunya.
3. Kaitan dengan surah Toha yang lepas:
i- Dekatnya tempoh turun azab ke atas orang-orang yang derhaka, jika Allah tidak tangguhkannya.
ii. Cabaran untuk orang yang mendustakan Rasulullah untuk menunggu hari Kiamat, maka surah ini menceritakan tentang dekatnya hari itu.
iii. Peringatan agar jangan kagum atau terpengaruh dengan kehidupan dunia, ini kerana Kiamat itu sudah dekat. Dunia ini samada kita tinggalkan ia atau ia tinggalkan kita. Jadilah orang yang zuhud yang meletakkan dunia hanya di tanngan bukan di hati.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


AYAT 1- {TELAH HAMPIR DATANGNYA KEPADA MANUSIA HARI PERHITUNGAN AMALNYA SEDANG MEREKA DALAM KELALAIAN, TIDAK HIRAUKAN PERSEDIAAN BAGINYA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:1)
1. Allah s.w.t memulakan surah ini dengan menegaskan bahawa Kiamat itu sudah dekat dengan manusia. Kiamat ini untuk menghitung segala amalannya serta ditanya tentang nikmat yang diberi, bagaimana telah digunakan.
2. Tetapi manusia itu masih dalam keadaan lalai, lagha serta tidak hiraukan persediaan baginya.
3. Ini kerana samada dia tidak percaya (orang kafir), manakala bagi orang Islam, percaya tetapi keyakinannya tidak kuat-mana maka tidak takut untuk langar SOP Syariah, on-off, ketika ingat takut, ketika lupa berani buat maksiat.
4. Maksud dekat ini kata ulama\’:
i- kerana kita adalah umat yang terakhir, maka tiada lagi umat selepas umat nabi Muhammad ini, maka kitalah yang palina hampit dengan Kiamat.
ii- ada juga yang kata kiamat kecil itu kematian yang dekat bagi setiap manusia.

AYAT 2- {TIDAK DATANG KEPADA MEREKA ITU SEBARANG PERINGATAN YANG DITURUNKAN DARI TUHAN MEREKA LEPAS SATU: SATU, MELAINKAN MEREKA MEMASANG TELINGA MENDENGARNYA SAMBIL MEREKA MEMPERMAIN-MAINKANNYA -} (AL-ANBIYAA\’ 21:2)
1. Setiap kali datang wahyu kepada Rasulullah s.a.w untuk memberi peringatan, pengajaran dan maklumat kepada mereka, mereka mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya.
2. Yakni bukan mendengar untuk ambil pengajaran atau iktibar, bahkan untuk mengejek-ejek.

AYAT 3- {DENGAN KEADAAN HATI MEREKA LEKA DARIPADA MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN MAKSUDNYA. DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU, BERBISIK-BISIK SESAMA SENDIRI DENGAN BERKATA: \”BUKANKAH (MUHAMMAD) INI HANYALAH SEORANG MANUSIA BIASA SEPERTI KAMU? MAKA PATUTKAH KAMU TURUT HADIR MENDENGAR SIHIR YANG DIBAWANYA ITU SEDANG KAMU NAMPAK DAN MENGETAHUI KARUTNYA?\”} (AL-ANBIYAA\’ 21:3)
1. Punca kerosakan hati manusia adalah kerana lalai, tidak mengambil peringatan dari al-Quran serta tidak berfikir tentang apa yang Allah s.w.t kemukakan kepada mereka dari apa yang terdapat dalam ayat ini.
2. Maka mereka akan berterusan berada dalam kesesatan.
3. Mereka menimbulkan syubhat dengan berbisik-bisik bahawa nabi Muhammad itu hanyalah seorang manusia biasa, orang kampung mereka, seorang anak yatim maka tidak patut mereka juga terpengaruh dengan sihirnya sedangkan mereka yakin itu adalah karut.
4. Yakni berbisik-bisik meningkari kebenaran Rasulullah s.a.w serta mengatakan al-Quran itu adalah ayat-ayat sihir.

AYAT 4- {(BAGI MENJAWAB MEREKA, NABI MUHAMMAD) BERKATA: \”TUHANKU MENGETAHUI TIAP-TIAP PERKATAAN (YANG DILAHIRKAN ATAU DISEMBUNYIKAN OLEH MAKHLUK-MAKHLUK) DI LANGIT DAN DI BUMI; DAN DIA LAH JUA YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI\”.} (AL-ANBIYAA\’ 21:4)
1. Allah s.w.t bawa ayat ini untuk menjawab tuduhan jahat mereka itu. Jika ada hujjah kena jawab dan jangan biarkan.
2. Ini kerana kata cerdik pandai: “Apabila orang yang ada ilmu dan tahu kebenaran diam, maka masyarakat akan menyangkakan sesuatu perbuatan itu adalah baik!”
3. Jawapan Rasulullah s.a.w: Yakni meskipun kamu berbisik-biski serta mneymbunyikannya, Allah s.w.t mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

AYAT 5- {(MEREKA BUKAN SAHAJA MENYIFATKAN AL-QURAN ITU SIHIR) BAHKAN MEREKA MENUDUH DENGAN BERKATA: \”AL-QURAN ITU PERKARA KARUT YANG DIMIMPIKAN OLEH MUHAMMAD, BAHKAN PERKARA YANG DIADA-ADAKAN OLEHNYA, BAHKAN MUHAMMAD SENDIRI SEORANG PENYAIR. (KALAULAH IA SEBENARNYA SEORANG RASUL) MAKA HENDAKLAH IA MEMBAWA KEPADA KITA SATU MUKJIZAT SEBAGAIMANA MUKJIZAT-MUKJIZAT YANG DIBAWA OLEH RASUL-RASUL YANG TELAH DIUTUS DAHULU\”.} (AL-ANBIYAA\’ 21:5)
1. Mereka meneruskan lagi tuduhan dan fitnah mereka. Bukan hanya kata al-Quran itu satu sihir, bahkan tambah lagi ia adalah hanya mimpi Nabi s.a.w, penyair yang mereka-reka ayatnya, bahkan gila pula. Itulah modal mereka untuk mendustakan kebenaran Rasulullah s.a.w.
2. Serta mencabar untuk bawa mukjizat lain pula walaupun al-Quran itu adalah mukjizat yang teragung. Ini kerana mata hati mereka sudah tertutup!!!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Maksud ayat: {Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan..}, sebagai peringatan kepada kaum yang beriman bahawa kematian itu amat dekat dengan kita, maka kita akan sentiasalah muhasabah diri dan perbuatan kita,tidak akan berani langar peraturan Allah s.w.t. insya\’ Allah.
2. Peringatan; jangan jadi orang yang menzahirkan maksiat.
Daripada Abu Hurairah RA: “Rasulullah SAW bersabda; setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosa pada malam yang Allah SWT menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): “Saya melakukan dosa itu dan dosa tadi malam tadi, sedangkan Allah SWT menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah SWT menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyakkan perlindungan yang disediakan oleh Allah sendiri.” [HR Bukhari & Muslim].
3. Apakah maksud (dekat) hampir waktu perhitungan ini sedangkan janji ini sudah berlalu 1400 tahun dulu?
i- kerana kita adalah umat yang terakhir, tiada lagi umat selepas umat nabi Muhammad ini, maka kitalah yang paling hampir dengan Kiamat berbanding dengan umat-umat lain sebelumnya.
ii- Mengikut kata-kata ahli sejarah, setiap yang akan datang itu dekat walaupun lambat lagi.
iii- Dekat di sisi Allah s.w.t. wallahu a’lam.
4. Keyakinan kita al-Quran itu adalah “Kalamullah”, bukan makhluk sebagaimana iktikad golongan Muktazilah.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs