Surah Al-Baqarah : Ayat 75-78

JANGAN MENGHARAPKAN YAHUDI BERIMAN, MEREKA BERPURA-PURA & ORANG AWAM HANYA PAK TURUT.

Full video : https://youtu.be/ivEBDli1Xhw?si=Wd1MpiuJSH9Z7R48

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 75 sehingga ayat 78 bagi surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang pertama.
  1. Dalam siri ini Allah SWT nak tenangkan hati nabi SAW, maka dimaklumkan agar Baginda jangan terlalu mengharapkan yahudi beriman. Ini kerana kita telah belajar tentang sifat mereka yang degil keras kepala, maka untuk berubah tidak mudah!
  1. Ada juga yang mengikut, tetapi mereka hanya berpura-pura saja beriman di lidah, tetapi hati mereka tetapi kufur & menolak!
    Yakni ada juga golongan munafiq dari kalangan yahudi di Madinah, bukan orang Arab saja.
  1. Kemudian Allah sebut juga tentang orang awam yang hanya pak turut, mereka tidak tahu hakikat sebenar hanya ikut ketua, diperbodohkan oleh para pendeta mereka!
    Sama saja seperti dunia hari ini. Manusia masih diperbodohkan oleh ketua atau pembesar mereka!
  1. Munasabah ayat ini dengan ayat sebelumnya:
    i- Allah sudah nyatakan akan kekerasan hati yahudi ini kerana mereka banyak buat maksiat & berani sangat lawan perintah Allah SWT, kerenahnya sangat buruk. Maka hatinya sudah terhijab, terdinding dengan tabiat & dosa-dosa itu lalu menjadi keras, lebih keras daripada batu.
    Maka apabila hati keras; pastilah ia juga jauh, terdinding & tersekat dari menerima cahaya iman!

    ii- Maka datang ayat ini mengingatkan orang mukmin agar sedar, jangan tamak mengharapkan mereka beriman & menerima dakwah Rasulullah SAW.
    Lalu orang mukmin mula sedar apabila Allah nyatakan sedemikian bahawa dakwah kita kepada yahudi melalui jalan sukar & tidak mudah.
    Jika mereka datang & menerimanya alhamdulillah, jika tidak pun tidak mengapa!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 75- { (SESUDAH KAMU – WAHAI MUHAMMAD DAN PENGIKUT-PENGIKUTMU – MENGETAHUI TENTANG KERASNYA HATI ORANG-ORANG YAHUDI ITU) MAKA BOLEHKAH KAMU MENARUH HARAPAN BAHAWA MEREKA AKAN BERIMAN KEPADA SERUAN ISLAM YANG KAMU SAMPAIKAN ITU, PADAHAL SESUNGGUHNYA TELAH ADA SATU PUAK DARI MEREKA YANG MENDENGAR KALAM ALLAH (TAURAT), KEMUDIAN MEREKA MENGUBAH DAN MEMUTARKAN MAKSUDNYA SESUDAH MEREKA MEMAHAMINYA, SEDANG MEREKA MENGETAHUI (BAHAWA PERBUATAN ITU SALAH)?} (AL-BAQARAH 2:75)

  1. Allah SWT berfirman tanya kepada Rasulullah SAW, sesudah kamu & orang Islam pengikutmu, sudah kenal akan feel perangi kaum yahudi ini yang amat keras hatinya serta banyak helah & karenahnya. Kita ni jangan kena tipu banyak kali, jika banyak kali kena tipu maka dipanggil bodohlah itu!
  1. Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan beriman kepada seruan dakwah Islam yang kamu sampaikan itu?
    Masihkah lagi mengharapkan mereka ini ikut kamu?
    Rasulullah SAW ini sangat tamak, loba, nak sangat orang masuk Islam kerana Baginda mahu semua umatnya selamat dari api neraka!

    TETAPI kita kena kenal & tahu agar tidak menghabiskan masa, usaha & harta untuk berdakwah kepada orang yang tentu jelas tidak akan menerimanya!
  1. Sudah ada sekumpulan mereka yang ubah dan memutarkan apa yang Allah sebut dalam Kitab Taurat padahal mereka amat memahaminya & tahu bahawa perbuatan mereka itu salah- mereka sembunyikan fakta itu dan telah menjadi auta!
    Mereka mengubah & menukar maksudnyanya sesudah mereka mengetahuinya!
  1. Mereka buat setelah tahu bahawa ia salah, mereka dah faham & tahu apa yang Allah sebut dalam kitab-Nya; iaitu tentang tauhid kepada Allah, tentang Nabi akhir zaman yang namanya Ahmad, yang akan dinagkitkan di tempat yang banyak pokok tamar iaitu Madinah.
    Tentang kebangkitan Rasulullah SAW, sifat & ciri-cirinya. Mereka sembunyikan semuanya walaupun mereka tahu & nampak dengan jelas semua itu!
  1. Sekali lagi Allah ulang : Sedangkan mereka tahu kebenarannya & mereka tahu mereka telah ubah perjalanan kitab Taurat & mereka-reka pembohongan ke atas Allah Azza wa Jalla!
    Bukan setakat buat pembohongan ke atas Nabi, ke atas Allah pun!

AYAT 76- {DAN APABILA MEREKA (ORANG-ORANG YAHUDI PADA ZAMAN RASULULLAH) BERTEMU DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA BERKATA: “KAMI TELAH BERIMAN”; DAN APABILA MEREKA BERJUMPA SESAMA SENDIRI, MEREKA BERKATA: “PATUTKAH KAMU CERITAKAN KEPADA MEREKA (ORANG-ORANG ISLAM) DENGAN APA YANG TELAH DITERANGKAN OLEH ALLAH KEPADA KAMU (DI DALAM KITAB TAURAT MENGENAI KEBENARAN NABI MUHAMMAD) UNTUK MENJADIKANNYA HUJAH (BUKTI) YANG DAPAT MENGALAHKAH KAMU DI SISI TUHAN KAMU? TIDAKKAH KAMU BERAKAL?”} (AL-BAQARAH 2:76)

  1. Kaum yahudi sudah ubah kitab Taurat mereka dahulu, kemudian mereka ubah lagi pada zaman Rasulullah SAW.
    Ada ulama’ kata : Ayat ini ditujukan kepada pendeta yahudi yang menyembunyikan hukum rejam ke atas orang yang berzina.
    Mereka ingat ia tidak akan ada lagi di dalam Al-Quran tetapi rupanya ada dinyatakan perbuatan mereka itu!
  1. Apakah pula sikap orang yahudi pada zaman Rasulullah SAW apabila bertemu dengan Rasulullah SAW & orang beriman?
    Mereka pun mengaku bahawa mereka juga telah beriman! Ini adalah golongan munafiq dari yahudi!
    Munafiq dari kalangan Arab diketuai oleh Abdullah Bin Ubai Bin Salul.
  1. Mereka mengaku beriman di depan orang mukmin dengan lidah sedangkan dalam hati mereka tiada sekelumit iman pun!
  1. Kemudian apabila mereka bertemu dengan sesama mereka iaitu yahudi munafiq bertemu dengan yahudi yang kafir tulen : Mereka berpesan agar jangan ceritakan kebenaran tentang Rasulullah SAW yang ada dalam Taurat itu kepada orang Islam.
  1. Mereka berkata sambil berpesan:
    i- Kerana jika kamu (munafiq) ceritakannya rahsia kita ini, ia akan mejadi hujjah ke atas kita (semua yahudi yang tidak beriman) di hadapan Allah di akhirat nanti!

    ii- Tidakkah kamu (si munafiq) ada akal & berfikir bahawa ada perkara yang kita sembunyikan. Jangan sampai Nabi Muhammad dapat gunakan pula ia (maklumat) itu sebagai hujjah ke atas kita di dunia & di akhirat nanti!
  1. Jangan lupa dapatkan buku Tahzib Sirah ini yang menceritakan sifat & keistimewaan khas Rasulullah SAW: https://dartaibah.com/?page_id=179…

AYAT 77- { (MEREKA BERANI BERKATA DEMIKIAN) DAN TIDAKKAH MEREKA KETAHUI BAHAWASANYA ALLAH MENGETAHUI APA YANG MEREKA RAHSIAKAN DAN APA YANG MEREKA LAHIRKAN?} (AL-BAQARAH 2:77)

  1. Allah dedahkan bisikan sesama mereka ini dengan menyatakan bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan!
  1. Berani sekali mereka berkata sedemikian yakni cuba sembunyikan apa yang ada dalam Taurat seolah Tuhan tidak akan tahu perbuatan mereka itu!

AYAT 78- {DAN DI ANTARA MEREKA PULA ADA ORANG-ORANG YANG BUTA HURUF, MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN ISI KITAB TAURAT SELAIN DARI PENERANGAN-PENERANGAN BOHONG (DARI KETUA-KETUA MEREKA), DAN MEREKA HANYALAH BERPEGANG KEPADA SANGKAAN-SANGKAAN SAHAJA.} (AL-BAQARAH 2:78)

  1. Ada juga di kalangan yahudi itu yang buta huruf. Mereka tidak tahupun apakah isi kandungan Taurat yang sebenar kerana tidak bacanya sendiri.
    Ini adalah masyarakat awam atau orang biasa.
  1. Mereka ini hanya ikut apa yang mereka dengar dari penerangan & pembohongan para pendeta & rahib mereka (ketua-ketua) yang berdusta & berbohong!
  1. Mereka hanya berpegang dengan sangkaan semata-mata, agama hanya sangkaan bagi mereka, tiada ilmu pun.
    Bagi kita agama ini adalah fakta & maklumat yang sahih dari Rasulullah SAW. Tetapi orang hari ini ada juga yang tukar dari fakta kepada auta. Autalah jika reka & buat ibadat yang Nabi tak ajar!
  1. Ayat ini ditafsir dengan firman Allah ini:
    {Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.} (An-Nisaa’ 4:157)
  1. Apakah pula maksudnya perkataan { إِلَّآ أَمَانِىَّ} penerangan bohong atau cita-cita yang batil ini:
    i- Ada ulama’ tafsir salaf yang mengatakan maksudnya ialah angan-angan yang batil. Mereka bercita-cita Allah SWT masukkan mereka ke dalam syurga, kalau masuk neraka pun hanya sekejap sahaja.

    ii- Pandangan kedua : Allah telah letakkan golongan yahudi ini satu taraf dengan kaum Quraisy yang buta huruf. Ini kerana walaupun mereka pandai membaca tetapi mereka hanya pandai baca Taurat yang telah diseleweng & disembunyikan faktanya, atau hanya sekadar baca saja tanpa memahami isi kandungannya!
  1. Peringatan: Kita mengata yahudi jangan sampai terkena kepada kita sendiri! Periksa diri kita & orang yang disekeliling kita- apakah kita baca & faham Al-Quran? Atau sekadar baca tanpa penghayatan apatah lagi mengamalkannya.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 75- {(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu.}-

    Ayat ini sebagai penenang kepada hati Rasulullah SAW yang ditentang.
    Ini agar hilang rasa sedih & kecewa apabila berdepan dengan puak yahudi yang keras kepala degil & enggan menerima kebenaran ini.
    Untuk baca cerita lanjut tentang yahudi di Madinah boleh baca kitab ini: https://dartaibah.com/?page_id=179…

    Bacalah kisah bagaimana salah seorang pendeta mereka yang dihormati & alim; Abdullah Bin Salam memeluk Islam setelah melihat kebenaran Rasulullah SAW & bagaimana kaum yahudi menolak serta memburukkannya!
    Allah jelaskan kepada Rasulullah SAW sifat sebenar & perangai buruk yahudi, maka kita pun jika nak dakwah orang kena kenal sifatnya bagaimana.
    Jika jenis mudah dia akan ikut. Jika jenis keras kepala & degil dia tidak akan ikut walaupun dia solat sekali dengan kita.

    Contoh kita ajar zikir selepas solat sebagaimana yang Nabi SAW ajar, berapa lama dah tetapi mereka tetap degil tak mahu buatnya, masil amalkan apa yang mereka nak!
  1. Ayat 75- {(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu}-

    Allah turunkan ayat ini supaya Rasulullah SAW kenal betul-betul yahudi, jangan mudah koyak, jika mereka lawan & tak ikut memang sifatnya begitu.
    Dalam ayat ini Allah SWT ajar kepada Rasulullah SAW jikalah secara zahir pun mereka si yahudi yang kafir itu tidak mahu beriman apatah lagi yang tersembunyi dalam hati yang secara batinnya!
    Mereka sudah dengar & baca apa yang terkandung dalam Taurat tentang sifat-sifat & ciri-ciri rasul akhir zaman, tetapi mereka sembunyikan atau selewengkan fakta, tukar & ubahnya itu kerana mereka tidak mahu menerimanya!
    Bagaimana pula dengan orang yang tak dengar lansung? Lagilah mereka tidak faham!
    Maka Allah ajar kepada Rasulullah SAW jika secara zahir pun mereka tidak beriman maka jangan harapkan mereka akan beriman dengan sesungguhnya!
  1. Ayat 75- {kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?}-

    Mereka ubah, tukar, auta fakta setelah tahu kebenaran, inilah kejahatan yang paling dashyat mengubah perjalanan & menukar fakta setelah tahu!
    Mereka pendeta Yahudi mengubah semua fakta yang mereka tidak mahu terimanya.
    Jika orang yang jahil buat, mungkin diberi keuzuran dengan sebab kejahilannya.
    Tetapi jika orang alim yang ada ilmu buat, maka dosa golongan ini lebih besar daripada golongan orang biasa yang tiada ilmu.
    Orang biasa hanya ikut & sandarkan perbuatannya hanya ikut orang alim.

    Imam Al-Ghazali dalam kitab Tasaufnya mengatakan terdapat beberapa dosa kecil menjadi besar disebabkan kriteria orang yang melakukannya.
    Inilah bahayanya orang alim yang menyelewang tanpa ilmu kerana dia akan menjadi ikutan.

    Kata AAM : Hari ini kita tengok ramai orang berilmu (ustaz-ustaz) juga terjebak dengan skim-skim cepat kaya. Kempen menjual insuran dan seumpamanya.
    Hati-hati kerana orang awam yang tiada ilmu akan ikut kamu!
    Orang alim perlu jujur dengan ilmu & dakwahnya. Jangan buat perkara yang menyalahi Syariah, jangan tunggang agama demi kepentingan tertentu.
    Ilmu ialah yang Allah SWT beri & buka kefahaman.
    Apabila Allah buka ilmu & kefahaman, barulah kita dapat manfaat daripada ilmu tersebut.
    Jika tidak kita tak tahu apa.
  1. Ayat 76- {Tidakkah kamu berakal?”}-

    Di akhir Allah kata apakah kamu tidak berakal?
    Dalam ayat ini Allah cela & kutuk yahudi kerana mereka tidak guna akal mereka dengan waras!
    Maka kita orang beriman yang sepatutnya ada akal, kita hendaklah ikut ilmu yang kita belajar, jangan ikut nafsu yang menyeleweng!
    Jangan kita bercakap kecuali berdasarkan fakta & maklumat yang sahih, jangan kita buat kecuali kita tengok dulu apakah kesan dari perbuatan kita itu!
    Jika tidak rugilah kita jika terjebak dengan perkara yang tidak baik!
    Begitulah perangai yahudi suka tipu, suka bohong, kelemtong dan seumpamanya.
    Inilah perangai & amalan munafiq di kalangan yahudi!
    Jangan ikut perangai yahudi

    Afala ta’kiluun : Allah cela golongan Yahudi. Tabiat mereka suka menipu dan berbohong. Inilah amalan munafiq dikalangan Yahudi.
  1. Ayat 78- {Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kita.}

    Ada di kalangan masyarakat ini orang awam yang tak faham kitab!
    Kata ulama’ tadabbur : Ayat ini celaaan untuk orang yang tidak mahu berusaha untuk memahami Quran maka mereka ini tidak tahu beramal.
    Mereka ada Al-Quran ditangan mereka tetapi tidak ikut apa suruhan & yang Allah perintahkan.
    Mereka hanya sekadar mengikut sangkaan semata, hanya ikut-ikut.
    Iman begini adalah taqlid dan tidak sah.

    Maka ayat ini menunjukkan batal & tidak sahnya taqlid dalam aqidah & usul ahkam. Hati-hatilah.
    Contoh:
    i- Apakah kamu orang yang beriman? Ya…
    Apakah buktinya? Adanya alam yang sebesar ini tidak mungkin tiada Penciptanya iaitu Allah Azza wa Jalla!
    Maka sah & mantap keimanannya.

    ii- Tetapi jika ditanya apakah bukti adanya Allah?
    Jawapannya: Kerana ayah saya kata.
    Tidak sah iman itu kerana dia hanya taqlid apa yang ayah dia kata tetapi dia sendiri tak kata!

    Contoh dua:
    i- Kenapa kamu solat? Kerana ayah suruh. Salah begini!
    Kita solat sebab Allah yang suruh & nabi yang suruh.
    Dalam ayat ini Allah kata mereka hanya ada sangkaan lalu berdusta dalam bercakap sedangkan mereka tak tahu pun apa yang mereka ucapkan!
    Jelaslah bahayanya taqlid & ulama’ salaf telah ijma’ di awal Islam & ahli kurun ke-3 yang terpilih bahawa: Batalnya taqlid dalam bab aqidah!

    Sebagaimana kata-kata orang badwi yang simple: Tahi unta menunjukkan adanya unta; maka ada alam ini menunjukan adanya Allah Tuhan yang menciptanya!
    Nantikan terbitan semula buku rukun Iman terjemahan AAM Insya’ Allah!

    Kita berhenti dulu setakat ini & sambung dalam siri yang akan datang Insya’ Allah.

Powered by BetterDocs