SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 1

\"\"

MU\’JIZAT AL-ISRA\’ DAN AL-MI\’RAJ.

Full video: https://youtu.be/B-fcXiC41_E

MUQADDIMAH SURAH AL-ISRA\’.
1- Surah ke 17 dalam Juzuk 15.
2- Diturunkan di Makkah, surah Makkiyyah, mengandungi 11 ayat.
Dinamakan surah al-Isra’ – الإسراء yang bererti (Perjalanan Pada Malam Hari) kerana peristiwa Rasulullah s.a.w di bawa Isra’ pada malam hari dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, ada di sebutkan dalam ayat pertama.
3. Ada juga khilaf mengatakan ada beberapa ayat yang turun di Madinah. Dikatakan tetapi asasnya turun di Makkah kerana Isra’ Rasulullah s.a.w berlaku di Makkah sebelum hijrah.
4. Ada juga ulama\’ berkata surah ini dinamakan (Subhana- سبحان) kerana perkataan pertama di awal surah ini.
5. Terkenal juga dalam hadis dengan nama surah Bani Israil, kerana menceritakan tentang kisah anak-anak Bani Israil. Dalilnya: Hadis daripada UM Aisyah R.A:
(“Rasulullah tidak pernah tidur hingga beliau membaca surah Bani Israil (Al-Isra’) dan Az-Zumar, setiap malam.” (HR Ahmad, Tirmidzi dan Hakim).
Serta ada juga athar (perkataab sahabat) tentang nama surah Bani Israil ini.

KELEBIHAN DAN CIRI KEISTIMEWAANYA:
1. Rasulullah s.a.w membacanya setiap malam sebagaimana hadis Aisyah r.a.
2. Antara Surah yang terawal turun di Makkah.

INTISARI:
1. Menerangkan tentang tujuan dan hikmah berlakunya Isra’ dan Mi’raj.
2. Tentang kaum yahudi yang sentiasa berbuat jahat kepada Allah s.w.t dimuka bumi ini, Kerana itu mereka telah dimusnahkan pada dua kali. Pada akhir zaman orang Islam akan membunuh semua yahudi nanti.
3. Allah menegaskan tentang al-Quran sebagai pemberi petunjuk kepada umat manusia.
4. Tentang kitab surat amalan manusia di akhirat nanti, maka banyakkan amalan baik kita agar mendapat balasan syurga.
5, Tentang rezeki manusia yang berbeza-beza bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat nanti jua. Ada pelbagai tingkat syurga dan juga pelbagai tahap azab neraka.
6. Solat lima waktu telah difardhukan pada mlm Isra’ dan Mi’raj. Diceritakan juga waktunya. Juga tentang keistimewaan solat Subuh untuk manusia memulakan hari mereka berpagi-pagi dengan beribadat kepada Allah s.w.t.
7. Penutupnya dengan menerangkan cara memuji Allah s.w.t sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat-Nya.
Ayat 1- {Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.}

(AL-ISRAA\’ 17:1)
1. Allah s.w.t memulakan surah ini dengan kalimah SubhanalLah (Maha Suci Allah untuk menceritakan tentang satu peristiwa yang besar.

2. Peristiwa besar itu berlaku pada suatu malam, iaitu Isra’ dan mikraj Rasulullah s.a.w.
a- Isra\’ – maksudnya Rasulullah saw dibawa berjalan malam, iaitu dari Masjidilharam di Makkah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada satu malam.
b- manakala Mi\’raj- pula bererti Baginda dinaikkan dari Baitulmaqdis ke langit menuju beberapa tingkat hingga langit yang ketujuh terus ke Sidratul-muntaha
c- Tidak disebut bilakah tarikh yang tepat berlakunya. Kenapa? Supaya kita tidak sibuk-sibuk menyambutnya kerana ia bukanlah perbuatan Nabi s.a.w.

3. Allah s.w.t menyebut dengan jelas bahawa Dia yang membawa Rasulullah (menjalankan hamba-Nya) bukan Nabi sendiri yang mengaku berjalan pergi.
4, Disebut Masjid Aqsa sebagai masjid yang jauh, sebelum ini namanya Masjid Iliya. Kenapa jauh? Kerana akan ada masjid yang dekat selepas itu iaitu MAsjin Quba dan Masjid Nabi s.a.w di Madinah.
5. Ini untuk memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. untuk menguatkan keimanan dan keteguhan hati Baginda s.a.w.
6. Allah s.w.t Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui tentang segala perbuatan kaum musyrikin terhadap Nabi s.a.w.

PEGANGAN ULAMA\’ YANG JELAS:
1. Nabi s.a.w Isra\’ & Mi\’raj dengan tubuh dan jasadnya.
2. Dalil Mi\’raj surah an-Najmi ayat 11-

ADA BANYAK SEKALI PENDAPAT ULAMA TENTANG TARIKH ISRA\’ DAN MI\’RAJ INI:
1. Ada yang kata berlaku pada thn awal Kenabian. Ada kata thn ke 5 kenabian, ada kata 27 Rajab thn ke 10, bulan Rmdhn thn ke 12, ada kata bulan Muharam thn ke 13.
2. Imam Nawawi saja 3 tarikh yang berlainan dalam bulan Rajab.
Maka tidak perlu kita sibuk-sibuk berbalah tentang bilakah tarikhnya kerana Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak menyebutnya dengan jelas.

PENUTUP :
1. Tentang kalimah Subhana – menjelaskan sifat kesempurnaan Allah s.w.t dan menafikan segala kekurangan-Nya.
2. Allah sebut dengan perkataan HAMBA-NYA, kepada Rasulullah s.a.w, bukan nabi atau rasul, ini adalah gelaran atau sifat teringgi Rasulullah s.a.w, sebagai seorang hamba-Nya. Maqam tertinggi yang Allah anugerahkan kepadanya.
3. Ayat ini menunjukkan kelebihan Masjid Aqsa juga. Hanya 3 masjid yang digalakkan untuk pergi ziarah.
Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Baitul-Maqdis). (HR Bukhari).
4. Pahala solat di Masjidil Haram (di Makkah) 100,000 kali ganda,
Masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) 1000 kali ganda manakala
Masjid al-Aqsa (di Baitul-Maqdis) dikatakan 500 kali ganda.

Powered by BetterDocs