SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 9-11

\"\"

Full video: https://youtu.be/GWlCOKjFFiA

MUQADDIMAH: MUNASABAH AYAT INI DENGAN AYAT YANG SEBELUMNYA:-
1. Menenangkan hati kaum mukmim selepas mendengar bala yang diturunkan ke atas bani Israil.
2. Peringatan untuk kita agar menjauhkan diri dari sifat-sifat yang boleh membawa kepada kebinasaan.
*Maka Quran membawa khabar gembira bagi yang melakukan amalan baik dan khabar ancaman buruk bagi yang ingkar.
3. Taat kepada Allah membawa kebahagian dunia akhirat manakala maksiat sebagai ibu kepada segala dosa.

AYAT 9- {SESUNGGUHNYA AL-QURAN INI MEMBERI PETUNJUK KE JALAN YANG AMAT BETUL (AGAMA ISLAM), DAN MEMBERIKAN BERITA YANG MENGEMBIRAKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG MENGERJAKAN AMAL-AMAL SOLEH, BAHAWA MEREKA BEROLEH PAHALA YANG BESAR.} (AL-ISRAA\’ 17:9)

Objektif Allah swt turunkan al-Quran:-
Sebagai petunjuk, pembimbing manusia ke jalan yang benar.

SIFAT AL-QURAN:
1. Jadi pembimbing/hidayah bagi seluruh umat manusia.
2. Memberikan berita yang mengembirakan bagi yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh.

AMAL-AMAL SOLEH YANG BENAR ITU IALAH YANG:
1. Ikhlas dan
2. Ikut sunnah yang tepat dan sahih.

AYAT 10- {DAN BAHAWA ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT, KAMI SEDIAKAN BAGI MEREKA AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-ISRAA\’ 17:10)

-Lagi sifat Al-Quran:
1. Memberi amaran kepada mereka yang tidak beriman dan ingkar, Allah s.w.t sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi.

AYAT 11- {DAN MANUSIA BERDOA DENGAN (MEMOHON SUPAYA IA DITIMPA) KEJAHATAN SEBAGAIMANA IA BERDOA DENGAN MEMOHON KEBAIKAN, DAN SEMEMANGNYA MANUSIA ITU (BERTABIAT) TERBURU-BURU.} (AL-ISRAA\’ 17:11)
1. Manusia jika berdoa ketika marah adalah sangat bahaya.
2. Kerana bercakap biasa pun akan hilang kewarasan apabila marah, akan mengeluarkan kata-kata dan doa yang tidak sepatutnya hatta ke atas diri dan keluarga sendiri, meminta keburukan dan kecelakaan. Nauzubillah.
3. Sememangnya manusia itu bersifat:
i- Gopoh dan terburu-buru.
ii- Tidak sabar, tidak dapat mengawal lidah dan sifat marah.

Dari Jabir r.a bahawa dia pernah berjalan bersama Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan, kelihatan seseorang lelaki sedang menungang unta unta itu berjalan dengan perlahan, marah dengan keadaan itu lelaki berkenaan memaki untanya, katanya: “Berjalanlah semoga Allah melaknati kamu.”
Mendengar lelaki itu sedang memaki untanya itu Nabi s.a.w lalu bersabda:
“Turunlah kamu dari unta yang kamu tungangi itu, juga usahlah kamu menyertai kami dengan sesuatu yang telah di laknat.”
Nabi S.A.W menegur lelaki berkenaan menunjukkan bahawa Baginda tidak suka umatnya melaknat dan melemparkan kata-kata yang kesat walaupun kepada binatang.

FAEDAH-FAEDAH DARI AYAT-AYAT INI:
1. Menunjukkan ketinggian al-Quran sebagai petunjuk yang benar dalam semua sudut, siapa yang ikut al-Quran adalah manusia yang baik, mendapat bimbingan dari Allah s.w.t.
2. Kerja al-Quran ada dua – Memberi khabar gembira kepada orang yang berbuat kebaikan serta memberi amaran kepada yang ingkar dan membuat kejahatan. Begitulah kerja para pendakwah, kerja amar makruf & nahi munkar kena seiring.
3. Allah mencerca manusia yang bersifat gopoh. Sifat gopoh adalah mengikut keinginan hawa nafsu dan juga daripada syaitan.
Nabi s.a.w melarang umatnya daripada berlari tergesa gesa berkejar hatta ke masjid. Ambillah solat setakat yang kamu mampu. Maka apatah lagi dalam hal lain.
Tetapi ada juga cepat yang digalakkan seperti: cepat bertaubat, cepat minta maaf, bersegera dalam berbuat kebaikan, bersegera uruskan jenazah, bersegera nikahkan anak perempuan jika ada jodoh yang baik.
4. Allah s.w.t beri jaminan dengan ayat al-Quran akan keselamatan bagi yang ikut Quran.
5. Kenapa ada juga khabar gembira untuk orang kafir dalam al-Quran? Sebenarnya ia adalah seperti perli atau ancaman juga, bergembiralah sebelum menerima balasan azab di akhirat kelak.
6. Satu khabar gembira yang dapat menenangkan hati orang yang dalam perjuangan apabila orang yang menentangnya selama ini telah terkena balasan. Ini hanya khas untuk musuh penentang agama dan perjuangan dakwah, bukan sesama mukmin atau kafir yang tidak menyakiti.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs