KISAH KE-2: PEMILIK KEBUN YANG KAFIR DAN INGKAR KIAMAT, SIFAT SOMBONG DENGAN KEKAYAANNYA, SEORANG BERIMAN YANG PERCAYA KEPADA ALLAH SWT
Full video: https://youtu.be/6hkPau0YJGA
MUQADDIMAH :
1. Sebelum ini kita telah tamat kisah pertama dalam surah al-Kahfi iaitu tentang kisah Ashaabul-Kahfi, sekumpulan pemuda yang lari keluar dari negeri mereka untuk menyelamatkan Iman dan agama mereka.
2. Ini adalah tentang kisah fitnah agama dan akidah.
3. Siri kita kali ini tentang kisah yang kedua dalam surah al-Khafi; iaitu bandingan seorang pemilik kebun yang tidak beriman serta sombong, takabbur dengan seorang kawannya beriman. Iaitu kisah godaan dunia terhadap manusia.
4. Sesiapa yang selamat dari godaan itu, maka dialah manusia yang bahagia, sesiapa yang kecundang maka celakalah dia.
AYAT 32- {DAN BERIKANLAH KEPADA MEREKA SATU CONTOH: DUA ORANG LELAKI, KAMI ADAKAN BAGI SALAH SEORANG DI ANTARANYA, DUA BUAH KEBUN ANGGUR; DAN KAMI KELILINGI KEBUN-KEBUN ITU DENGAN POHON-POHON TAMAR, SERTA KAMI JADIKAN DI ANTARA KEDUANYA, JENIS-JENIS TANAMAN YANG LAIN.} (AL-KAHFI 18:32).
1. Mulai ayat ini Allah s.w.t memberi misal perbandingan antara orang kafir dan orang yang beriman. Kerana dalam ayat yang lepas kita telah diterangkan tentang akibat balasan bagi orang kafir dan yang beriman.
2. Juga kerana orang musyrikin memandang hina kepada kaum muslimin yang miskin dan faqir, menyuruh Rasulullah s.a.w menghalau mereka ini dari majlisnya.
2. Allah menyuruh Nabi Muhammad s.a.w memberi satu contoh perbandingan kepada kaum musyrikin itu tentang dua orang lelaki; seorang kafir dan kaya, pemilik kebun yang subur dan indah. Seorang lagi yang beriman tetapi miskin.
4. Menjadi perbincangan juga samada benar-benar wujud dua orang lelaki ini atau hanya sebagai bandingan, ulama\’ tafsir kata hanya sebagai misal.
AYAT 33- {KEDUA-DUA KEBUN ITU MENGELUARKAN HASILNYA, DAN TIADA MENGURANGI SEDIKITPUN DARI HASIL ITU; DAN KAMI JUGA MENGALIRKAN DI ANTARA KEDUANYA SEBATANG SUNGAI.} (AL-KAHFI 18:33).
1. Kedua kebun itu sangat subur dan mengeluarkan hasil yang sangat banyak.
2. Ia juga sangat indah serta ada sungai yang mengalir di antara dua kebunya itu.
AYAT 34- {TUAN KEBUN ITU PULA ADA MEMPUNYAI HARTA (YANG LAIN); LALU BERKATALAH IA KEPADA RAKANNYA, SEMASA IA BERBINCANG DENGANNYA: \”AKU LEBIH BANYAK HARTA DARIPADAMU, DAN LEBIH BERPENGARUH DENGAN PENGIKUT-PENGIKUTKU YANG RAMAI\”.} (AL-KAHFI 18:34).
1. Selain daripada dua kebun itu dia juga mempunyai harta yang lain. Buah-buahan yang sangat besar dan sedang masak ranum.
2. Lalu dia pun membangga-banggakn dirinya kepada kawannya yang beriman dan miskin itu. Bahawa dia mempunyai harta yang banyak, lagi berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut.
AYAT 35- {DAN IA PUN MASUK KE KEBUNNYA (BERSAMA-SAMA RAKANNYA), SEDANG IA BERLAKU ZALIM KEPADA DIRINYA SENDIRI (DENGAN SEBAB KUFURNYA), SAMBIL IA BERKATA: \”AKU TIDAK FIKIR, KEBUN INI AKAN BINASA SELAMA-LAMANYA.} (AL-KAHFI 18:35),
1. Lalu dia mengajak rakannya itu masuk ke dalam kebunnya, sedangkan dia seorang yang zalim kepada dirinya sendiri iaitu kufur tidak beriman.
2. Dikatakan seseorang itu zalim kepada diri sendiri kerana dengan sebab tidak beriman itu dia akan mendapat balasan buruk dan azab di akhirat kelak.
3. Sekali lagi si pemilik kebun membanggakan hartanya dengan menyangka ia tidak akan binasa selama-lamanya.
AYAT 36- {DAN AKU TIDAK FIKIR, HARI KIAMAT KAN BERLAKU; DAN KALAULAH AKU DIKEMBALIKAN KEPADA TUHANKU (SEBAGAIMANA KEPERCAYAANMU), TENTULAH AKU AKAN MENDAPAT TEMPAT KEMBALI YANG LEBIH BAIK DARIPADA INI.} (AL-KAHFI 18:36).
1. Dengan sombongnya berkata lagi bahawa dia tidak percaya akan berlaku hari Kiamat sebagaimana yang dipercayai oleh rakannya yang beriman itu.
2. Bahkan katanya lagi jika dia dibangkitkan semula, pasti dia akan mendapat segala harta dan kekayaan yang lebih baik yang dia miliki di dunia ini.
3. Perkataannya itu menunjukkan samada dia jahil dan tidak percayakan sungguh kebenaran tentang hari Kebangkitan itu, atau kerana kesombongan; iaitu seorang manusia itu tahu akan hakikat kebenaran, cuma menambahkan kekufuran iktikad dengan kekufuran perbuatan.
AYAT 37- {BERKATALAH RAKANNYA KEPADANYA, SEMASA IA BERBINCANG DENGANNYA: \”PATUTKAH ENGKAU KUFUR INGKAR KEPADA ALLAH YANG MENCIPTAKAN ENGKAU DARI TANAH, KEMUDIAN DARI AIR BENIH, KEMUDIAN IA MEMBENTUKMU DENGAN SEMPURNA SEBAGAI SEORANG LELAKI?} (AL-KAHFI 18:37).
1. Sebagai seorang muslim atau pendakwah, kita kena kenal-pasti dulu hala tuju dan pemikiran seorang, dengar dulu apa kefahaman yang ingin disampaikannya.
2. Kemudian boleh mula berdakwah dan memberi nasihat. Sebagaimana kawannya yang beriman itu mula berdakwah dengan berkata:
{\”Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?}
AYAT 38- {TETAPI AKU SENDIRI PERCAYA DAN YAKIN DENGAN SEPENUHNYA BAHAWA DIA LAH ALLAH, TUHANKU, DAN AKU TIDAK SEKUTUKAN SESUATU PUN DENGAN TUHANKU.} (AL-KAHFI 18:38).
1. Sedangkan aku sendiri benar-benar beriman dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
2. Yakni kita kena iklankan kita punya pegangan dan akidah yang benar.
AYAT 39- {DAN SEPATUTNYA SEMASA ENGKAU MASUK KE KEBUNMU, BERKATA: (SEMUANYA IALAH BARANG YANG DIKEHENDAKI ALLAH)! (TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH)? KALAU ENGKAU MEMANDANGKU SANGAT KURANG TENTANG HARTA DAN ANAK, BERBANDING DENGANMU,} (AL-KAHFI 18:39).
1. Kawannya terus berdakwah lagi dengan berkata: “Sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu,dan melihat semua yang indah dan baik ini, maka hendaklah berkata: Masya’ Allah ما شاء الله (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)!
La haula wa la quwwata illa billah لا حول ولا قوة الا بالله (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)”.
2. Inilah adab dan sunnah apabila kita melihat sesuatu yang cantik dan lawa daripada makhluk kejadian Allah ini, apa saja; pemandangan, manusia, binatang, harta-benda, kita kena ucap: Masya’ Allah, tabarakallah, ما شاء الله تبارك الله
(Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah dan semoga Allah memberkatinya.)
3. Rakan itu berkata lagi: Walaupun engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, walaupun aku miskin, tetapi hati-hati saudara…. Nasihat dalam ayat seterusnya.
AYAT 40- {MAKA MUDAH-MUDAHAN TUHANKU AKAN MENGURNIAKAN DAKU LEBIH BAIK DARIPADA KEBUNMU, DAN (AKU BIMBANG) DIA AKAN MENIMPAKANNYA DENGAN BALA, BENCANA DARI LANGIT, SEHINGGALAH MENJADILAH KEBUNMU ITU TANAH YANG LICIN TANDUS.} (AL-KAHFI 18:40)
1. Walaupun sekarang aku miskin dan hina, mungkin Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu.
2. Marilah kita beriman, kerana aku bimbang nanti Tuhan akan datangkan ujian-Nya samada: Tuhan akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
AYAT 41- {ATAUPUN AIR KEBUN ITU AKAN MENJADI KERING DITELAN BUMI, MAKA DENGAN YANG DEMIKIAN, ENGKAU TIDAK AKAN DAPAT MENCARINYA LAGI\”.} (AL-KAHFI 18:41)
1. Atau mungkin Tuhan akan timpa bala ke atasnya dengan menjadikan air sungai dalam kebun itu kering sehingga ditelan bumi, maka dia tidak akan dapat mencarinya lagi.
PENGAJARAN & FAEDAH:
1. Orang yang sombong dan terpedaya dengan dirinya sendiri akan merasa dia hebat dan kuat. Maka dia akn mendapat kemurkaan Allah s.w.t dan kerugian.
2. Antara ajaran yang diajar oleh rakan pendakwah tadi adalah kalimat yang sangat baik. Apabila kita kagum dan takjub dengan sesuatu, maka kita ucaakan zikir itu dengan niat menyerahkan segala urusan kita ke bawah jagaan Allah s.w.t.
i- Masya’ Allah, tabarakallah, ما شاء الله تبارك الله
(Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah dan semoga Allah memberkatinya.)
ii- La haula wa la quwwata illa billah لا حول ولا قوة الا بالله (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)”.
3. Begitulah tugas dan sifat pendakwah yang sepatutnya, apabila melihat sesuatu yang tidak betul, kena tegur dan nasihat dengan sebaiknya.
4. Begitu juga ucapan terimakasih bagi orang yang buat kebaikan untuk kita, ucapkan penuh جزاك الله خيرا (Semoga Allah membalas kebaikan kamu). Jangan ucap separuh Jazakalllah – semoga Allah membalas kamu, kerana boleh jadi dua-dua samada balas baik atau buruk.
Wallahu a’lam.