View Categories

Surah Al-Nahl : Ayat 73-77

\"\"

*SYIRIK SATU JENAYAH BESAR.*
Live Pagi Selasa 04 Rajab 1442H = 16/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (13) Ayat [73-77];
-Sembahan orang kafir tiada kuasa.
-dua bandingan bagi berhala.
– hamba yang tiada kuasa dan lelaki yang bisu
https://fb.watch/3GOG1ioBjx/

Muqaddimah:
Kuliah lepas tentang peringkat umur manusia, doa minta lindung daripada nyanyuk, mati yang mengejut tanpa persediaan, bahawa sumber dan kadar rezeki setiap manusia berbeza, nikmat berkeluarga dan tentang mereka yang tetap juga kufur dengan segala nikmat Allah s.w.t.
Dalam siri ini Allah s.w.t mengupas tentang kelemahan sembahan mereka yang tidak ada kuasa itu.

*Ayat 73 {Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.}
1. Dalam ayat ini Allah menempelak orang-orang kafir yang kufur dan ingkar akan nikmat-nikmat Allah s.w.t dengan menyembah yang selain daripada Allah s.w.t. Menyembah sesuatu yang tidak mampu/berkuasa memberi sebarang rezeki dan manfaat kepada mereka, makhluk itu juga yang tidak akan mampu memiliki kuasa sama sekali.
2. Ulama\’ kata: Mungkin seseorang itu tidak memiliki lagi sesuatu sekarang ini tetapi dia mungkin akan mampu memilikinya di depan hari dengan usaha dan kemampuannya.
Tetapi dalam ayat ini Allah menafikan sama sekali akan ada yang berkuasa dan mampu memiliki kuasa seperti-Nya selama-lamanya.

*Ayat 74 {Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.}
1. Jangan sekali-kali membandingkan Allah s.w.t dengan sesuatu yang segalanya adalah mahkluk-Nya.
Allah ta’ala berfirman tentang diri-Nya,
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Asy-Syuura: 11)

2. Kena ingat nama dan sifat Allah s.w.t bukan sekadar hafalan dan lagukan sahaja, kena sebati dalam diri kita, hayatinya dan percaya sepenuhnya, maka ia akan dapat menghalang manusia daripada melakukan segala perbuatan maksiat dan kemungkaran.
a. Allah juga menegaskan: {…sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya}.
Ibnu Jauzi membawa empat huraian tentang ayat ini:
1. Allah s.w.t . mengetahui bagaimana nak buat perbandingan.
2. Allah s.w.t tahu apa yang kamu sekutukan itu .
3. Allah s.w.t maa mengetahui salah apa yang kamu buat bndingan itu.
4. Allah s.w.t tahu apa yang sudah berlaku dan apa yang akan berlaku sedangkan kamu tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa manusia itu lemah.

*Ayat 75 {Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).}
Ayat 75 ini membawa bandingn pertama; iaitu antara orang merdeka yang kaya dengan hamba yang miskin.
1. Takrir untuk memasakkan akidah, Allah swt membuat bandingan tentang orang yang memiliki harta dan berkuasa membelanjakannya sebegaimana yang dia kehendaki:
2. Dengan seorang hamba yang miskin dan pastilah tidak berdaya melakukan apa-apa sama sekali. Tiada kuasa dan harta.
3. Mantapkan tauhid bahawa hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak dan layak disembah dan tempat meminta segala pertolongan.

*Ayat 76 {Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?}
Ayat 76 Allah swt membawa bandingan kedua;
1. Antara seorang yang bisu dan pekak, tidak boleh bercakap dan mendengar serta menjadi beban kepada penjaganya. Hanya mengikut sahaja arahan penjaganya dan dia tidak dapat memberi faedah kepadanya.
Adakah sama seseorang yang demikian sifatnya dengan:
2. Seorang yang dapat bercakap dan menyuruh ke arah kebaikan dan keadilan serta dia sendiri juga berada di jalan yang benar.
**Bandingan ini menunjukkan samalah keadaannya dengan berhala yang bisu & pekak, yang tidak dapat memberi apa-apa manfaat faedah kepada penyembahnya.
* Ini hanya bandingan, bukan untuk menghina golongan yang kurang upaya. Mereka ini keistimewaan khas kepada mereka.
*ini juga dapat mengingatkna kita kepada keadaan manusia di hari Kiamat kelak, semua anggota terkunci tidak dapat bercakap menhadi saksi.

*Ayat 77 {Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.}
Ayat 77: Setelah Allah s.w.t membuat bandingan tadi, Dia menutup hujjah dengan menegaskan bahawa:
1. Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi;
2. Hari kiamat itu akan datang seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi;
3. sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Penutup:
1. Syirik adalah satu dosa besar dan kezaliman ke atas diri sendiri.
2. Jangan sekali-kali membuat perbandingan dengan Allah s.w.t. kerana:
a. Tidak ada sesuatu yang sama dengan Allah s.w.t.
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ {Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya} [Asy-Syuura: 11]. Maka jangan sekali buat perbandingan dengan Allah s.w.t.
b. Jika kita buat bandingan ini, manusia akan berbeza dalam pandangan, maka akan timbul banyak kekeliruan dan percanggahan.
c. Menafikan secara total antara sifat Allah s.w.t dengan sifat manusia juga ada perbezaan. Mungkin ada persamaan dari sudut lafaz atau bahasa tetapi pastinya tidak sama dari segi kedudukan dan kenyataannya.
3- Kiamat itu akan datang tiba-tiba, maka buatlah persediaan untuk menghadapinya, samada mati atau hari Kiamat yang hakiki.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Selasa, 16 Feb 2021.

Powered by BetterDocs