CIRI-CIRI AHLI KITAB YANG BERIMAN, MENUNAIKAN TUGAS AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR & SEGERA MELAKUKAN KHAIRAT.
Full video : https://youtu.be/-TLwkq1qaH8?si=bt_jxc8856ytSeLI
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 113 sehingga 115, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang keempat.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan ciri-ciri ahli kitab yang beriman.
Bahawa bukan semua ahli kitab itu kafir, ada yang beriman yang menunaikan tugas amar makruf nahi mungkar serta bersegera melakukan khairat kebajikan.
- Ayat ini sangat penting kerana Allah didik kita untuk menjadi manusia yang bersikap insof iaitu adil & telus dalam menilai sifat & kedudukan manusia.
- Bukan semua mereka atau musuh yang kita benci itu buruk atau bukan semua orang yang kita sayangi itu 100% baik, pasti ada kelemahannya!
Bukan semua golongan itu jahat atau sebaliknya, kita tidak boleh pukul rata.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Allah SWT ajar kepada kita ayat-ayat ini masih lagi nak menceritakan tentang ahli kitab & sifat mereka.
Allah telah sebut dua golongan mereka- ada sedikit dari kalangan mereka yang beriman & ramainya yang fasiq & jahat.
Kemudian Allah nyatakan sikap ahli kitab yang fasiq & kedudukan mereka di Akhirat kelak.
ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan pula tentang kedudukan ahli kitab yang telah menjadi mukmin yang beriman & istiqomah dalam menunaikan perintah Allah!
Mereka adalah orang yang taat patuh akur kepada agama, mengikut Al-Quran & Rasulullah SAW! Yakni ada di kalangan mereka yang baik, taat & dengar kata.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 113- {AHLI-AHLI KITAB ITU TIDAKLAH SAMA. DI ANTARANYA ADA GOLONGAN YANG (TELAH MEMELUK ISLAM DAN) TETAP (BERPEGANG KEPADA AGAMA ALLAH YANG BENAR) MEREKA MEMBACA AYAT-AYAT ALLAH (AL-QURAN) PADA WAKTU MALAM, SEMASA MEREKA SUJUD (MENGERJAKAN SEMBAHYANG).} (ALI-‘IMRAN 3:113)
- Allah nyatakan bahawa golongan ahli kitab itu bukan semuanya sama, dari feel perangai sikap & pegangan.
Bukan semua jahat dan suka putar belit!
Ada dari kalangan yang yang telah memeluk Islam beriman kepada Allah & ikut Rasulullah SAW.
- Mereka adalah orang yang istiqomah, yang jujur ikhlas & mantap imannya!
Mereka beriman & betul-betul mengikut Al-Quran dan petunjuk Sunnah Nabi SAW serta menjadi pembela Islam!
- Antara ahli kitab yang disebut nama mereka, yang masyhur dengan jujur & ikhlas, diketuai oleh Sayyidina Abdullah bin Salam RA (pendeta besar yahudi), Tha’labah bin Tha’nah, Asid bin Sa’nah/Sa’yah, Asad bin Ubaid dan lain-lain serta ramai yahudi lain pengikut mereka yang benar-benar beriman dan ikut Rasulullah SAW serta menjadi pembela Islam.
- Setelah memeluk Islam Abdullah bin Salam RA berjumpa Rasulullah SAW. Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah kaum yang sangat suka memutar belit. Tanyalah mereka mengenai aku sebelum mereka mengetahui keislamanku.” Kemudian orang-orang Yahudi datang, lalu Nabi SAW bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Salam?” Mereka menjawab: “Dia adalah seorang alim dan anak dari seorang yang alim dan orang yang paling mulia antara kami dan anak orang yang paling mulia antara kami.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?” Mereka menjawab: “Semoga dia dilindungi Allah dari perbuatan itu.” Baginda mengulangi pertanyaannya kepada mereka, Namun mereka tetap menjawab seperti tadi. Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Maka mereka berkata: “Dia ini orang yang paling buruk di antara kami dan anak dari orang yang jahat.” Mereka terus saja menghina Abdullah bin Salam. Lalu Abdullah bin Salam berkata: “Inilah yang aku bimbangkan tadi, wahai Rasulullah.” [HR al-Bukhari (3938)].
- Kerana itu jika ada yahudi atau mana-mana kafir nak berkawan dengan kita hati-hatilah!
Kita tidak perlu kita terlalu berlunak dengan orang kafir- atas nama toleransi- mereka bukan hormatpun agama kita- kita perlu tegas dalam pendirian & agama kita.
Kerana bukannya memberi kesan yang baik pun. Bagi mereka agama mereka bagi kita agama kita!
Kita puji mereka ahli kitab yang baik tetapi jangan berlebihan menunjukkan kasih sayang & pujian terhadap mereka orang kafir.
Hati-hati kita generasi akan datang jadi liberal; kita yang ada saham dalam mempromosi sikap ini!
- Sikap mereka ahli kitab yang beriman ini antaranya ialah:
i- Mereka baca Al-Quran ketika bangun solat malam.
ii- Waktu malam yang sunyi adalah waktu yang mustajab untuk membaca Al-Quran dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla.
AYAT 114- {MEREKA BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, DAN MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK, DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (BURUK DAN KEJI), DAN MEREKA PULA SEGERA SEGERA PADA MENGERJAKAN BERBAGAI-BAGAI KEBAJIKAN. MEREKA (YANG DEMIKIAN SIFATNYA), ADALAH DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH.} (ALI-‘IMRAN 3:114)
- Sikap mereka ahli kitab yang beriman ini lagi ialah:
i- Beriman kepada Allah dan hari akhirat,
ii- Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
iii- Dan melarang daripada segala perkara yang salah buruk dan keji,
iv- Dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan.
Inilah mereka orang-orang yang soleh!
- Munasabah ayat:
i- Allah sebut sifat ummat ahli kitab yang beriman; yang suka bangun malam bertahajjud dan baca Quran, dengan cara ini hasilnya meningkatkan keimanan & taqwa mereka kepada Allah.
ii- Mereka beriman kepada Allah dan segala perkara yang berkait dengan kehidupan selepas mati!
Yakni selepas mati kita akan bangkit semula, dikumpulkan di padang Mahsyar & dibalas segala perbuatan kita.
Buat baik layak ke syurga, balasan yang buruk kepada orang tak baik iaitu neraka- wal’yazu billah!
- Tetapi ingat- orang baik tidak bakhil!
Apabila sudah merasai kemanisan iman, mereka tidak berhenti setakat itu tetapi mereka berbuat kebaikan dan mengajak orang buat baik (amar ma’ruf).
Mereka juga melakukan nahi mungkar, melarang orang dari berbuat kemungkaran.
- Yakni kita ini apabila sudah jadi baik, jangan lupa kebajikan & kemanisan yang kita sudah dapat, amalan Sunnah yang kita pelajari;
i- kita kena ajar orang lain terutamanya keluarga & sahabat terdekat, kita kena sampaikan tentang agama ini.
Inilah yang terbaik dan inilah yang diamalkan oleh Nabi SAW, para sahabat, para Salafus-Soleh.
ii- Kita kena larang daripada keburukan- yakni membaik pulih kerosakan yang dibuat oleh orang sama ada dari sudut aqidah, amalan, ibadat dan seumpamanya.
Jika kita mampu & berkuasa tegurlah dengan tangan (tindakan), kemudian dengan perkataan & jika tak mampu, selemah iman adalah ingkar keburukan dengan hati jika tidak mampu.
iii- Menyeru orang berbuat baik iaitu apa yang diperintah Allah & dia sendiri apabila ada peluang untuk melakukan kebajikan, ibadat, tambah ilmu; dia bersegera melakukannya!
- Kita hidup atas dunia ini tak lama & kita akan melalui beberapa fasa kehidupan!
i- Betapa ramai orang yang dulunya bersama kita puasa & solat tarawih- tetapi pada Ramadhan tahun ini sudah tiada lagi!
Ada yang sudah mengadap Allah SWT berada di dalam kubur, kita doakan agar kubur mereka adalah taman-taman syurga yang penuh dengan rahmat-Mu.
Ada juga dari kalangan kita yang sedang terlantar atas katil diuji dengan kesihatan.
Nak pergi masjid & solat jemaah tidak boleh lagi!
Kita doakan agar Allah sembuhkan penyakit kita & mereka semua.
- Alhamdulillah kita yang masih hidup ini, masih sihat wal-afiat ini, yang masih ada peluang untuk melakukan pelbagai kebajikan ini pula; masih cuai lalai & malas!
Ambillah peluang semasa masih ada jangan sampai peluang hilang baru nak cari!
- Hadis- Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan hal ini dengan bersabda:
“Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesihatan dan waktu lapang.” [HR Bukhari].
Yakni kita tidak akan terasa & menghargainya sehinggalah kita kehilangan nikmat itu!
- Di mana ada peluang disitulah segera kita rebutnya; kerana peluang itu adakalanya Allah hanya beri sekali & ia tidak akan berulang lagi!
Allah SWT yang dapat membantu & memberi hidayah kepada kita untuk memenuhi masa yang ada ini dengan melakukan amal ibadat & amal kebajikan sebagai peneman kita di dalam kubur kelak!
- Hadis- Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Yang mengikut mayat sampai ke kubur ada tiga, dua akan kembali dan satu tetap bersamanya di kubur. Yang mengikutinya adalah keluarga, harta dan amalnya. Yang kembali adalah keluarga dan hartanya. Sedangkan yang tetap bersamanya di kubur adalah amalnya.” [HR Bukhari]
- Mereka yang telah menjalankan tugas tersebut sama ada dari kalangan ahli kitab atau orang mukmin asal; mereka itulah orang yang soleh yang sentiasa beribadat kepada Allah & tunduk akur patuh kepada perintah Allah!
Ya Allah jadikan kami dari kalangan orang yang soleh ini!
AYAT 115- {DAN APA SAHAJA KEBAJIKAN YANG MEREKA KERJAKAN, MAKA MEREKA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DIINGKARI (ATAU DISEKAT DARI MENDAPAT PAHALANYA). DAN (INGATLAH), ALLAH SENTIASA MENGETAHUI AKAN KEADAAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.} (ALI-‘IMRAN 3:115)
- Semua kebajikan yang manusia buat pahalanya adalah untuk dirinya sendiri kecuali mereka yang merosakkan ibadatnya sendiri!
- Pahala & ibadat ini boleh menjadi rosak dengan beberapa perkara:
i- Riyak : Buat kerana nak menunjuk kepada manusia! Contoh- live dalam ibadat.
ii- Mengungkit : Buat kebaikan seperti beri bantuan kemudian ungkit-ungkit serta menyakitinya pula. Yakni ibadat rosak & pahala boleh hilang dengan sebab tidak ikhlas kerana Allah!
- Orang yang baik, orang bertaqwa semuanya akan diberi pahala oleh Allah SWT!
ini kerana Allah SWT amat Mengetahui, tahu semua perbuatan & niat mereka, tidak ada yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah!
Serta Allah akan membalasnya dengan setimpal & adil! Tidak ada yang dapat menyekatnya daripada sampai kepada pelakunya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 113- {Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama.}-
Tidak sama semua ahli kitab itu
Ayat ini nak memberi satu keadilan kepada ahli kitab setelah Allah nyatakan dalam ayat yang lepas (Ayat 110) bahawa ramai dari kalangan mereka yang fasiq.
Tetapi Allah nyatakan lagi tidak semua mereka kafir & fasiq serta tidak sama sifat mereka; ada dari kalangan ahli kitab yahudi & nasrani yang baik, telah ikhlas beriman kepada Allah & Rasulullah SAW serta menjadi mukmin yang patuh & taat.
Maka sebagai orang yang insof kita kena nilai mereka dengan adil.
Ayat ini menyatakan keadilan Allah SWT yang maha Bijaksana dan Dia memberikan setiap manusia haknya!
Allah cela ahli kitab tetapi puji juga sebahagian daripada mereka!
Apabila kita nak menilai orang kita kena nilainya dengan adil!
Kena sebut dua-dua apa yang positif & negatifnya.
Jika banyak kebaikannya ada sedikit keburukan; jangan besarkan keburukan itu saja!
Cara Allah didik kita amat sempurna.
Boleh baca buku Islam Adalah Cara Hidup.
Kerana ada satu bab bertajuk al-Insof- adil dalam menilai: https://dartaibah.com/…/*NEW-Buku-Islam-Cara-Hidup…
- Ayat 113- {mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam,}-
Mereka ahli kitab yang beriman ini juga banyak baca Al-Quran pada waktu malam!
Kata ulama‘ : Ayat ini menunjukan galakan & kelebihan membaca Al-Quran pada waktu malam yang sunyi!
Jika kita ada banyak kerja & tugas- siapkan dulu tugas keduniaan pada waktu siang- malam khas untuk beribadat seperti dengan tahjjud- solat, membaca & tadabbur Al-Quran.
Ini kerana pada waktu malam yang sunyi kita akan lebih khusyuk & jauh daripada riyak kepada manusia! (ini sebelum zaman langit terbuka- sekarang ini semuanya boleh live untuk satu dunia melihatnya!).
Ibadat kita cukuplah kita dengan Allah tak perlukah cerita kepada manusia lain.
Ingatlah kita buat ibadat untuk siapa????
Untuk manusia atau untuk Allah?
- Ayat 114- {Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,}-
Allah sebut beriman dengan hari Akhirat selepas sebut orang yang baca Al-Quran dalam ayat sebelumnya.
Kenapa?
Ini kerana tidak mungkin seseorang itu beriman dengan sesuatu perkara melainkan selepas dia ada ilmu tentangnya.
Maka apabila baca Al-Quran- kita yang sudah beriman- akan makin kuat makin mantap & tinggi iman kita setelah kita banyak baca & tadabbur Al-Quran.
Bukan baca dulu baru nak beriman!
Tetapi ada juga begitu- seperti dalam kes orang kafir yang baca & kaji Al-Quran kemudian mereka menemui kebenaran melaluinya lalu beriman!
Inilah rahsianya kenapa Allah sebut baca Al-Quran dulu (ayat 113) kemudian baru beriman (ayat 114).
- Ayat 114- {Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),}-
Ayat ini menunjukkan kepetingan tugas amar ma’ruf & nahi munkar.
Apabila kita sudah beriman & sudah merasai kemanisan iman kita berusaha apa yang kita sudah dapat ini agar sampai kepada orang lain juga & mereka dapat merasai kemanisan iman ini!
Apabila kita sudah jadi baik, kita kena usaha sebarkannya kepada manusia lain juga.
Adapun orang yang tak baik kita kena usaha menyekat agar dia tak buat keburukan, sekat dengan nahi munkar.
Sentiasa berusaha sedaya upaya untuk tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, naikkan darjat supaya kita semua dapat duduk di bawah kasih sayang Allah Azza wa Jalla.
- Ayat 114- {Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat,}-
Dalam ayat ini Allah SWT sebut dua rukun iman saja iaitu: beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Kenapa Allah hanya sebut dua sahaja sedangkan rukun iman ada enam semuanya? Mana yang lain lagi?
Jawapan, kata ulama’ :
i- Ini kerana apabila disebut beriman kepada Allah, semua yang lain seperti beriman pada kitab, malaikat, rasul dan lain-lain akan turut hadir & tersemat dalam jiwa raga orang yang beriman.
ii- Manakala beriman kepada hari Akhirat akan menyebabkan kita ingat mati, apabila ingat mati; kita tak akan buat maksiat lagi. Inilah orang yang takut & ingatkan mati.
Allah nyatakan di akhir ayat bahawa Allah tahu sifat orang yang bertaqwa!
Ini kerana Allah nak galakkan kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.
Kerana dengan bertaqwa kita akan mendapat kasih sayang Allah, layak ke syurga & layak mendapat syafaat Nabi SAW.
Ya Allah jadikan kami orang yang beriman, muslihin yang membaik pulih kerosakan yang dibuat oleh masyarakat, orang yang menyampaikan dakwah ini kepada orang lain serta orang yang sentiasa bertaqwa dengan mengikut petunjuk Al-Quran & berpegang Sunnah Nabi SAW serta menjauhi segala syirik, mungkar, bid’ah dan segala perkara yang dimurkai Allah & dibenci oleh Rasulullah SAW!
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.