View Categories

Surah Ali-‘Imran : Ayat 72-74

TAKTIK JAHAT YAHUDI, JANGAN PERCAYA KEPADA ORANG MUKMIN & HIDAYAH MILIK ALLAH SWT.

Full Video : https://youtu.be/heZ-pq9STtE?si=fuYvXtiCN7xXsU20

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini, selepas lebih dua minggu bercuti, kita dapat teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 72 sehingga 74, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang ketiga.
  1. Dalam siri ini Allah SWT dedahkan tentang taktik jahat yahudi, yang berpura beriman paginya serta petangnya kembali kufur! Ini untuk menimbulkan kecelaruan di kalangan orang Islam.
  1. Mereka juga telah buat ketetapan dalam kongress mereka agar jangan percaya kepada orang beriman sama sekali- hanya percaya sesama mereka sahaja. 
  1. Lalu Allah nyatakan bahawa hidayah milik Allah SWT. 
    Akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya & akan terhalang orang yang Allah tidak kehendaki. 
    Maka kita hendaklah sentiasa berdoa agar Allah memberi hidayah petunjuk-Nya kepada kita: {ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ}- Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai.
  1. Munasabah ayat ini dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat sebelumnya Allah SWT menceritakan tentang ahli Kitab yang lari daripada kebenaran. Walaupun mereka tahu tentang kebenaran Rasulullah SAW & kebenaran Al-Quran, mereka tetap berpaling menolak Islam.

    ii- Maka Allah gambarkan dalam ayat ini sikap mereka yang sangat memusuhi Islam & sangat loba untuk menyesatkan orang yang beriman dari terus beriman dan mahu agar mereka lari keluar dari Islam. 
    Mereka lupa bahawa orang beriman adalah orang yang cerdik; jika ada yang lari itu adalah orang yang munafiq!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 72- {DAN BERKATALAH SEGOLONGAN DARI AHLI KITAB (SESAMA SENDIRI): “BERIMANLAH KAMU KEPADA AL-QURAN YANG DITURUNKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU: PADA SEBELAH PAGI, DAN KUFURLAH (INGKARLAH) PADA PETANGNYA, SUPAYA MEREKA (MERASA RAGU-RAGU, LALU) KEMBALI MENJADI KAFIR SEMULA”.} (ALI-‘IMRAN 3:72)

  1. Puak yahudi buat perancangan jahat sesama mereka.
    Ini adalah satu perancangan dan strategi yang dibuat oleh ahli kitab iaitu:
    i- Untuk beriman dengan Al-Quran pada waktu pagi & pada waktu petang ingkar, lari keluar!

    ii- Tujuannya untuk mencelarukan orang yang telah beriman agar menjadi panik & ragu-ragu dengan kepercayaan mereka itu. Mudah-mudahan mereka akan lari juga keluar dari Islam seperti mereka!
  1. Ini adalah perancangan yang sia-sia dan tidak berjaya kerana hanya sesama munafiq saja akan bersikap seperti mereka itu, manakala orang yang benar-benar beriman tidak akan koyak dengan mudah!

AYAT 73- {DAN (MEREKA BERKATA LAGI): “JANGANLAH KAMU PERCAYA MELAINKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGIKUT AGAMA KAMU”. KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “SESUNGGUHNYA PETUNJUK YANG SEBENAR BENARNYA IALAH PETUNJUK ALLAH”. (MEREKA BERKATA PULA: “JANGANLAH KAMU PERCAYA) BAHAWA AKAN DIBERI KEPADA SESIAPA SEPERTI APA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KAMU, ATAU MEREKA AKAN DAPAT MENGALAHKAN HUJAH KAMU DI SISI TUHAN KAMU”. KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “SESUNGGUHNYA LIMPAH KURNIA ITU ADALAH DI TANGAN ALLAH, DIBERIKANNYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA; DAN ALLAH MAHA LUAS LIMPAH KURNIANYA, LAGI MELIPUTI PENGETAHUANNYA.} (ALI-‘IMRAN 3:73)

  1. Mereka puak yahudi berpakat lagi agar jangan percaya kepada orang yang beriman, jangan beri keyakinan kepada orang-orang Islam yang mengikuti Rasulullah SAW. 
  1. Juga jangan beri ilmu & maklumat yang mereka ada kepada orang yang bukan seagama dengan mereka! 
    Inilah teknik yang cuba mereka pakai untuk lawan Islam.
  1. Lalu allah SWT perintahkan rasulullah saw agar memberitahu kepada mereka kaum yahudi bahawa: “sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk allah”. Yakni:
    i- Taufiq yang benarnya adalah dari Allah Azza wa Jalla- kamu buat apa saja jika mereka dah dapat hidayah dari Allah mereka tidak akan lari.

    ii- Tetapi jika seseorang itu tidak dapat taufiq & hidayah dari Allah; mereka akan mudah lompat & lari ke sana ke sini!
  1. Mereka si yahudi berkata dan mengaku lagi bahawa mereka adalah orang yang paling sempurna & hebat. 
    Bahawa Allah hanya memberi petunjuk kepada mereka, tidak ada orang yang lain yang dapat ilmu & petunjuk seperti mereka! Lalu mereka tidak mahu menceritakan maklumat kepada orang Islam.
  1. Yahudi ini bangsa yang bakhil- 
    i- Mereka mahu sembunyikan & monopoli ilmu itu, mahu ia hanya berlegar di kalangan mereka kerana menyangka Allah tidak beri ilmu kepada orang lain!

    ii- Juga kerana takut orang lain akan pandai & tahu seperti mereka juga, lalu digunakan hujjah itu untuk melawan mereka pula! Maka mereka mahu sembunyikannya daripada pemgkiut Nabi Muhammad SAW.
    Berbeza dengan orang Islam yang benar-benar beriman; mereka tidak akan sembunyikan ilmu, sesiapa sahaja yang nak belajar sila datang!
  1. Inilah kerosakan & kejahatan utama kaum yahudi; 
    i- Mereka ada ilmu & maklumat tentang kebenaran Rasulullah SAW & tentang Islam tetapi kerana mereka tidak mahu menerimanya kerana hasad dengki.

    ii- Lalu mereka mahu sembunyikan ilmu & maklumat yang benar itu!
  1. Yahudi & nasrani sudah tahu & yakin akan kebenaran Rasulullah SAW;
    i- Hujjah telah tertegak, sudah ada maklumat yang nyata & jelas dalam kitab Taurat & Injil kepunyaan mereka tentang sifat Rasulullah SAW!

    ii- Tetapi kerana sikap degil, angkuh, hasad & keras kepala mereka menolaknya walaupun sudah jelas dalam kitab mereka itu.
  1. Inilah punca yang mencelakakan manusia atas dunia ini; 
    i- Nafsu yang menguasai diri,

    ii- Syaitan yang menghalang daripada menerima kebenaran,

    iii- Sifat hasad dengki dalam diri yang tidak mahu tunduk untuk menerima kebenaran!
  1. Allah SWT perintahkan Rasulullah SAW untuk menyatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu di bawah kuasa Allah! 
    Diberikan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya & dihalang sesiapa saja yang tidak dikehendaki-Nya! 
    Amat luas limpah kurnia & pengetahun Allah SWT!
  1. Alhamdulillah inilah keimanan yang Allah SWT ajar kepada kita, katakan wahai Rasulullah SAW:
    i- Tiada orang yang boleh menyekat & menghalang rezeki & kurniaan apabila Allah kehendaki-Nya.

    ii- Orang yang diberi taufiq untuk beriman, petunjuk untuk masuk Islam dan ihsan keyakinan yang sebenar kepada Allah serta buat baik kepada manusia, Allah akan beri kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari kalangan hamba-Nya.
  1. Allah anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW banyak keistimewaan dan beberapa kelebihan ke atas bani Israil! 
    Ini adalah kenyataannya kenapa mahu dengki & sembunyikannya!
  1. Kenapa dalam al-Quran ini kadang-kadang Allah guna perkataan bani Israil {بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ} & kadang-kadang yahudi {يَهُودِي} kepada mereka ini:
    i- Apabila Allah mahu cela & marah kepada mereka Allah panggil mereka yahudi.

    ii- Apabila Allah mahu puji & berdakwah kepada mereka; mereka dipanggil bani Israil.
  1. Allah amat luas limpah kurnia-Nya & lagi meluas ilmu pengetahuan-Nya. 
    Allah akan beri kelebihan kepada mana-mana hamba-Nya yang disayangi & terpilih; dengan ilmu & hikmah yang ada pada-Nya. 
    Segalanya dengan ilmu, perancangan & strategi yang telah Allah susun dengan mantap, bukan dengan sia-sia atau saja-saja tanpa perancangan!

AYAT 74- {ALLAH MENENTUKAN PEMBERIAN RAHMATNYA ITU KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA; DAN (INGATLAH), ALLAH MEMPUNYAI LIMPAH KURNIA YANG BESAR.} (ALI-‘IMRAN 3:74)

  1. Allah tentukan pemberian rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki seperti:
    i- Anugerahkan pangkat rasul & kenabian, kepada orang yang terpilih.

    ii- Pilih umat untuk menerima Islam & al-Quran kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. 
  1. Allah juga beri kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi untuk menerima anugerah iman, amal & taqwa di dunia serta syurga di Akhirat kelak!
  1. Dalam hadis Nabi SAW- Allah beri dunia kepada semua yang disayangi atau tidak (beriman atau kafir); tetapi beri kebaikan Akhirat hanya kepada hamba yang dikasihi-Nya.
    Bahkan pada pemerhatian kita ramai orang kafir yang lebih kaya & maju daripada orang yang beriman! 
    Tetapi untuk Akhirat Allah tidak akan beri kecuali kepada orang yang disayangi-Nya!
  1. Boleh baca buku ini tentang kelebihan Rasulullah SAW berbanding dengan rasul & nabi yang lain berdasarkan hadis yang sahih: https://dartaibah.com/…/Buku-41-Kelebihan-Rasulullah…

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 72- {Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): “Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula”.}-

    Ahli kitab mahu buat perancangan jahat sesama mereka, nak beriman sekejap kemudian kufur kembali! 
    Kata ulama’ tadabbur : Faedah Allah nyatakan rahsia & pecahkan tembelang perancangan jahat yahudi ini kepada kita umat Islam kerana beberapa sebab:
    i- Yahudi itu buat perbincangan secara rahsia- di dalam tempat yang tertutup sesama mereka- tiada orang luar yang tahu! 
    Maka apabila Allah dedahkan dalam ayat al-Quran ini, ia adalah satu ledakan kejutan kepada orang yahudi; siapa yang dedahkan rahsia ini? 
    Siapa yang bagi maklumat. 
    Siapa yang bocorkan rahia mereka? 
    Maka jelaslah ia adalah mukjizat Rasulullah SAW.

    ii- Apabila Allah dedahkan helah jahat yahudi ini, maka orang Islam akan tahu dari awal lagi ia adalah perancangan yahudi, lalu mereka tidak akan terpedaya atau koyak, terpengaruh dengan diayah mereka ini!

    iii- Apabila yahudi tahu tembelang mereka telah pecah & terdedah- maka mereka tidak berani untuk teruskan lagi rancangan jahat mereka itu!
    Kerana itu jika kita tahu perancangan & strategi orang kafir; kita kena dedahkannya segera agar orang mukmin lain boleh ambil tindakan & langkah berjaga-jaga yang sepatutnya!
  1. Ayat 72- {dan berkatalah segolongan dari ahli kitab (sesama sendiri): “Berimanlah kamu kepada Al-quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula”.}- “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk allah”.}-

    Rancangan yahudi ini nak masuk Islam sekejap kemudian kembali kafir untuk mengelirukan orang Islam.
    Ayat ini memberi amaran kepada orang Islam agar berhati-hati dengan perancangan jahat orang bukan Islam atas nama Islam, yang cuba menganggu-gugat keimanan orang Islam.
    Mereka sama ada berselindung seperti atas nama seni, budaya yang sebenarnya (tipu-daya). 
    Betapa banyak hari ini atas nama seni- bini orang boleh jadi bini dia- boleh bersentuhan laki perempuan berlakon duduk sekatil yang bukan mahram!
    Betapa banyak juga amalan bid’ah dan permainan maksiat yang dimatikan oleh para ulama’ cuba dihidupkan balik seperti mandi safar dan seumpamanya!
    Jika orang Islam tengok kafir tulen buat & ajar; kita tidak akan percaya terus tolaknya! 
    Tetapi jika dijual atas nama ahli Sunnah, ahli-ahli bid’ah menghiasai ajaran mereka dengan nama Sunnah dan ibadat walaupun ajaran mereka sebenarnya batinyyah iaitu terkeluar daripada Sunnah; maka mereka akan mudah terpengaruh dan terikut!
    Antara perkara ajaib yang kelapan atas dunia ini ialah; anak-anak orang Islam sendiri yang menolak ajaran Islam! 
    Semasa kuasa di tangan kita orang Islam, kenapa tidak cuba mengangkat Syari’ah Islam? Sekarang ini malangnya kuasa sudah bercampur-campur bulan milik mutlaq kita lagi! Allahu al-musta’an!
  1. Ayat 73- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah”.}-

    Ayat ini memberi pengajaran bahawa sesiapa yang mencari petunjuk atau hidayah tidak ikut al-Quran & Sunnah; dia akan sesat tidak akan jumpa lorongnya!
    Jika kita cari sumber lain; kita tidak akan jumpa lorong yang sebenar yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
    Sesungguhnya orang muslim apabila mahu menolak hujjah ahli batil- kita kena kata petunjuk yang benar datang dari Allah! 
    Walaupun pun mereka nak sekat agama & cuba nak halang kita; jika Allah tidak benarkan ia tidak akan berlaku!
    Kita jangan mudah percaya atau koyak dengan diayah orang kafir! 
    Allah bawa ayat ini ditengah-tengah cerita yahudi- untuk menyatakan petunjuk kebenaran itu dari Allah, taufiq itu di bawah kuasa Allah; bukan dari kaum yahudi 

    Hidayah ada dua jenis:
    i- Hidayah irsyad- memberi bimbingan kepada manusia itu kerja Rasulullah SAW disambung oleh para sahabat & semua pendakwah atas dunia ini!

    ii- Manakala hidayah taufiq- untuk membuka pintu hati, melapangkan dada orang menerima hidayah ini; ini adalah kuasa Allah SWT! Maka walaupun orang kafir nak sekat, nak padamkan cahaya agama Allah, kita orang Islam yakin dengan petunjuk & hidayah milik Allah!
  1. Ayat 73- {dan (mereka berkata lagi): “janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut agama kamu”.}-

    Allah nyatakan bahawa yahudi ini apabila dia buat rancangan jahat maka dia mula takut jika terdedah rahsia & perancangan jahat mereka itu!
    Maka kita orang beriman jangan sekali-kali ikut sikap orang yahudi ini! 
    Dakwah kita ini kepada semua orang tetapi dalam masa yang sama kita kena ingat jangan mudah beri kepercayaan kepada orang kafir! 
    Kita orang beriman kena ingat- yahudi dan lain-lain kafir pun tidak percaya kepada kita sebenarnya; kenapa kita mudah-mudah mahu percaya kepada mereka???? 
    Hati-hati; ingat inilah kepercayaan orang yahudi jangan kita ikutinya!
  1. Ayat 73- {“katakanlah (wahai muhammad): “sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan allah maha luas limpah kurnianya, lagi meliputi pengetahuannya.}-

    Allah ajar kepada kita untuk yakin & percaya kepada Allah, berusaha untuk menjadi hamba Allah yang tebaik! Yang betul-betul beriman & ingat kepada Allah!
    Ini kerana apabila kita buat benda baik, bila yakin dengan pertolongan Allah & betul-betul beriman kepada Allah, Dia akan sayang & curahkan limpah kurnia-nya kepada kita!
    Kita nak suruh Allah sayang kepada kita tetapi kita tidak buat perkara yang Allah suruh, tidak ikut perintah-Nya, yakni seolah kita tidak sayang kepada Allah!
    Sama seperti kita nak suruh ibu kita sayang kepada kita tetapi kita tidak ikut katanya!
    Allah akan berikan limpah kurnia-nya kepada orang yang beriman dengan syarat mereka patuh, akur & taat kepada Allah.

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran. 
Wallahu A’lam

Powered by BetterDocs