PERJANJIAN PARA NABI, MEMBENARKAN SEMUA AJARAN MEREKA & GOLONGAN FASIK TETAP INGKAR.
Full video : https://youtu.be/iGnkgDsoR8U?si=sgxLTU9gb6H2lgwE
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 81 sehingga 82, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang ketiga.
- Dalam siri ini Allah SWT menceritakan tentang perjanjian para nabi, semua nabi-nabi telah berjanji untuk memberi sokongan dan menyatakan kepada umatnya tentang kedatangn Rasulullah SAW.
- Atau perjanjian sesama mereka yang membenarkan semua ajaran mereka, nabi yang sebelumnya akan membenarkan nabi yang akan datang selepasnya.
Ini kerana mereka semua dari sumber wahyu yang satu (من مشكاة واحدة) iaitu dari Allah SWT!
- Kemudian Allah nyatakan bahawa golongan yang ingkar dan menentang, lari daripada ikut Nabi SAW adalah golongan yang fasiq & jahat. Mungkin mereka baik sesama manusia tetapi mereka jahat dari sudut aqidah, dari sudut syirik terhadap Allah Azza wa Jalla.
- Munasabah ayat ini dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat-ayat sebelum ini sehingga ayat yang kita baca ini, Allah SWT mendedahklan secar khusus tentang pengkhianatan kaum yahudi & nasrani yang mengubah kalam Allah, yang mengubah sifat-sifat Nabi SAW yang ada dalam kitab mereka.
Sepatutnya merekalah orang yang pertama beriman kepada Allah & kepada Rasulullah SAW berdasarkan ilmu maklumat dan buki yang mereka ada. Tetapi malangnya, apa boleh buat mereka yang tunggu Rasulullah SAW menjadi orang pertama yang menentang & mengingkari!
ii- Maka dalam ayat ini Allah bawa hujjah bawa sudah ada perjanjian sebelum ini lagi antara para nabi dari kalangan mereka (yahudi & nasrani) sehinggalah nabi yang terakhir mereka iaitu Nabi Isa AS yang menyatakan kepada pengikutnya tentang kedatangan nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Tetapi kenapa mereka ini menyeleweng, kenapa mereka menolak dan tidak menerimanya?
Ini kerana akibat penyelewengan yang dilakukan oleh para pendeta & rahib mereka sebelum ini yang mengubah ayat-ayat Allah SWT serta menukar dalil-dalil yang ada.
Ini adalah satu jenayah yang besar kerana telah membunuh jiwa manusia daripada tauhid kepada syirik kepada Allah Azza wa Jalla serta orang yang mengikutnya akan kekal di dalam neraka wal ‘yazu billah.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 81- {DAN (INGATLAH) KETIKA ALLAH MENGAMBIL PERJANJIAN SETIA DARI NABI-NABI (DENGAN FIRMANNYA): “SESUNGGUHNYA APA JUA KITAB DAN HIKMAT YANG AKU BERIKAN KEPADA KAMU, KEMUDIAN DATANG PULA KEPADA KAMU SEORANG RASUL YANG MENGESAHKAN APA YANG ADA PADA KAMU, HENDAKLAH KAMU BERIMAN SUNGGUH-SUNGGUH KEPADANYA, DAN HENDAKLAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH MENOLONGNYA”. ALLAH BERFIRMAN LAGI (BERTANYA KEPADA MEREKA): “SUDAHKAH KAMU MENGAKUI DAN SUDAHKAH KAMU MENERIMA AKAN IKATAN JANJIKU SECARA YANG DEMIKIAN ITU?” MEREKA MENJAWAB: “KAMI BERIKRAR (MENGAKUI DAN MENERIMANYA)”. ALLAH BERFIRMAN LAGI: “JIKA DEMIKIAN, MAKA SAKSIKANLAH KAMU, DAN AKU JUGA MENJADI SAKSI BERSAMA-SAMA KAMU.”} (ALI-‘IMRAN 3:81)
- Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan kepada para ahli kitab sekali lagi. Ada juga yang kata seruan ini khusus kepada Rasulullah SAW. Ulama’ mutakhir berkata kedua pandangan ini boleh diterima.
- Yakni Allah panggil & seru kerana mahu mengingatkan akan satu perjanjian yang Allah buat kepada semua nabi iaitu:
i- Iaitu perjanjian ketika Allah SWT mengeluarkan bani Adam daripada belakang Adam AS lalu Allah bertanya kepada semuanya apakah kamu mengakui Allah sebagai Tuhan. Semuanya mengakui.
ii- Atau perjanjian yang diambil secara khusus daripada setiap nabi AS apabila mereka dibangkitkan; muncul nabi Nuh ambil perjanjian, muncul nabi Ibrahim diambil perjanjian!
Ulama’ tafsir kata : Tidak bercanggah antara dua pandangan ini- boleh diterima keduanya!
- Allah kata apa saja kitab dan hikmah yang datang kepada kamu terimalah!
Sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam ayat yang lepas tentang ilmu, hikmah & pangkat kenabian yang Allah berikan kepada orang yang dikehendaki-Nya.
Boleh baca buku ini tentang hikmah & keindahan di sebalik hukum-hakam Islam: https://dartaibah.com/…/Keindahan-Islam-Cetakan-Baru…
- Kemudian datang seorang nabi iaitu Rasulullah SAW yang akan menjadi saksi & membenarkan semua risalah & dakwah para nabi yang terdahulu!
Ada juga yang mengatakan tafsirnya ialah para nabi itu membenarkan nabi-nabi yang sebelum daripada mereka.
Ini kerana ajaran mereka datang dari sumber yang satu (من مشكاة واحدة) iaitu semuanya wahyu dari Allah Azza wa Jalla.
- Sebagaimana firman Allah SWT:
i- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”.} (Al-Nahl 16:36)
Setiap umat ada rasul, dakwahnya untuk manusia sembah Allah (dakwah tauhid) & jauhkan semua taghut yang tidak betul.
ii- {“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.} (Al-A’raaf 7:157)
Yakni para rasul & nabi sebelum ini telah menyatakan tentang kedatangan & kebenaran rasul akhir zaman serta perintah supaya manusia beriman & menyokong dakwahnya!
- Dengan kedatangan Rasulullah SAW:
i- Semua orang wajib beriman dengannya serta mendokong dan menyokong dakwahnya.
Jika tiada pengikut dakwah Nabi SAW tidak akan berjalan sebagaimana semasa di Makkah hanya menamam keimanan dan tauhid dalam jiwa pengikutnya.
Semasa di Madinah barulah dakwah Rasulullah SAW berkembang, perlaksanaan Syari’ah & jihad serta daulah Islamiyyah yang kuat dapat ditubuhkan.
ii- Dengan kedatangan Rasulullah SAW segala Syari’ah iaitu perundangan nabi-nabi yang terdahulu terbatal & kena ikut Syari’ah & perundangan yang dibawanya.
Tetapi agama mereka tetap satu iaitu Islam, tauhid kepada Allah SWT.
- Hadis : riwayat dari Jabir bin Abdullah RA : Sabda Nabi SAW: “Kalau sekiranya Nabi Musa masih hidup, dia tidak ada pilihan kecuali mengikut syariat aku”. [HR Ahmad dan lain-lain].
- Yang peliknya ahli kitab hari ini tak mahu Al-Quran tetapi mahu Bible (bukan lagi Taurat atau Injil- kitab Allah yang asli) iaitu ayat-ayat yang telah diubah- penuh kesyirikan terhadap Allah SWT!
- Sedangkan Al-Quran tiada siapa yang boleh kacaunya kerana Allah SWT telah berjanji untuk menjaganya dengan firman-Nya ini:
{Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.} [Surah al-Hijr: 9].
Yang bolehnya penjajah kafir telah berjaya menjauhkan umat Islam daripada beramal dengan ajaran & hukum-hakam Al-Quran.
- Kemudian Allah tanya lagi apakah kamu semua sudah berikrar mengakui & beriltizam untuk menerima dan ikut Islam & menerima perjanjian ini?
- Semua para nabi & rasul itu menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”
Yakni para nabi & pendakwah juga kena bersaksi atas diri mereka sendiri kemudian Allah sendiri yang menjadi saksi akan perjanjian & ikrar ini!
AYAT 82- {KEMUDIAN SESIAPA YANG BERPALING INGKAR SESUDAH MENGAKUI PERJANJIAN SETIA ITU, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG FASIK.} (ALI-‘IMRAN 3:82
- Sesiapa yang tidak ikut, belot & berpaling ingkar selepas daripada perjanjian ini; iaitu lari daripada beriman, membela, mengikut ajaran Nabi SAW : Itulah orang yang fasiq, yang keluar daripada agama Allah, yang menetang tidak mahu taat kepada ajaran Allah & Rasulullah SAW itulah orang yang kafir!
- Manakala di kalangan kita orang yang tidak mahu mengikut ajaran nabi SAW, lari daripada Sunnah Nabi saw, mereka bukan orang fasiq tetapi ahli bid’ah yang mereka-reka amalan & ibadat dengan otak sendiri sendiri; itulah orang yang tidak mahu berhenti atas landasan yang dibawa oleh Rasulullah SAW!
- Sangat ajaib, nak agama tetapi tidak mahu ikut tuan Syari’ah (Allah); sayangkan Rasulullah SAW tetapi tidak mahu ikut cara Nabi ikut cara orang lain; amat pelik!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 81- {Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi..}-
Iaitu janji Allah:
i- Dengan nabi-nabi yang terdahulu untuk meyokong nabi-nabi yang akan datang terkemudian selepasnya.
ii- Janji dengan nabi-nabi yang terkemudian untuk membenarkan ajaran dakwah yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu sebelumnya.
Inilah silang dakwah atau kesinambungan kerana agama ini ia tidak putus. Ini kerana semua agama ini datang dari Allah, dari sumber yang satu.
Ini adalah dalil bahawa para nabi & Rasulullah telah diberi tugas & tanggungjawab yang berat dari Allah, mereka telah dididik oleh Allah untuk buat perjanjian dan tunaikan janji itu!
Mereka diberi amanah & tugas serta diambil perjanjian dengannya.
Dapat kitab Allah; sebarkan amalkan!
Yang kita bimbang kita hari ini, belajar Kitab Allah; tetapi dari sudut akhlak tidak ikut kitab Allah, dari sudut amalan tidak ikut juga Kitab Allah!
Ayat ini juga menjadi tanda & dalil akan tingginya kedudukan nabi kita Rasulullah SAW dan keagungannya.
Dialah rasul yang paling afdhal & penutup segala nabi & rasul.
Bahkan Rasulullah SAW sendiri telah menyatakannya: عن أبي سعيد قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أنا سيد ولد آدم يوم القيامة ولا فخر
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri RA, telah bersabda Nabi SAW : Aku adalah penghulu segala anak Adam di hari kiamat, dan bukan aku sombong. [HR ]
Boleh baca kitab ini tentang kelebihan Rasulullah SAW berbanding dengan para rasul & nabi yang lain:
https://dartaibah.com/…/Buku-41-Kelebihan-Rasulullah…
- Ayat 81- {Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu,..}-
Ayat ini adalah satu khabar atau cerita yang mengandungi hukum.
Iaitu Allah perintahkan sesiapa yang hidup serta bersama Rasulullah SAW (tidak kira yahudi, nasrani atau kafir lainnya) wajib beriman dengannya serta menyokongnya.
Sesiapa yang tidak beriman maka itu adalah orang yang rosak & fasiq!
Kita yang datang selepas Rasulullah SAW juga wajib beriman serta menyokong Sunnah Rasulullah SAW!
Neracanya : Islam vs kafir.
Bila dah Islam sama ada ikut jalan Sunnah vs jalan bid’ah.
Jalan yang beragama inilah yang kita kena pilih!
Kita ikutlah Sunnah walaupun jalannya sempit, insya’ Allah selamat!
Jalan bid’ah itu luas kerana mereka guna hujjah benda baik apa salahnya; ini untuk perkara dunia bolehlah- sedangkan dalam bab agama benda baik atau amal ibadat itu kena ada dalilnya dari Allah atau Rasulullah SAW!
- Ayat 81- {Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”.}-
Kata ulama’ : Ayat ini menjadi dalil boleh kita buat perjanjian.
Bahkan harus terutamanya dalam sesuatu perjuangan atau isu yang besar untuk kita buat perjanjian secara bertulis atau ikrar dengan lidah bahawa kita tidak akan lari daripada perjuangan dan kita akan ikut.
Tetapi jangan perjanjian yang zalim atau menekan yang melampaui batas syarat-syaratnya.
Perjanjian kita adalah perjanjian yang adil & telus, perjanjian untuk memihak kepada agama Allah Azza wa Jalla.
Dalam ayat ini juga Allah nyatakan bahawa kita kena saksikan atas diri kita sendiri {قَالَ فَٱشْهَدُوا۟}! Bukan hanya sekadar buat surat akaun sumpah seperti zaman kita ini.
Dalam Islam kita wajib ikrar & amanah!
- Ayat 81- {hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”.}-
Wajib beriman dan menyokong Rasulullah SAW!
Tidak mungkin ada lorong yang benar, yang sampai kepada keredhaan Allah SWT jika tidak beriman kepada Rasulullah SAW. Syari’ah kita ini ada peraturan dan SOP-nya.
Jangan senang-senang melantik wali yang tidak terurus dan tidak menepati ajaran Islam yang sebenar.
Rasulullah SAW sendiri adalah seorang yang amat indah dan kemas penampilan & sukakan kebersihan.
Jalan nak pergi ke syurga, jalan nak selamat di dunia, jalan nak bahagia & aman di Akhirat ialah dengan mengikut Rasulullah SAW; jika tidak- tidak mungkin!
- Ayat 81- {Kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”.}-
Ayat ini adalah satu perintah yang jelas, apabila datang rasul, orang dulu mesti beriman, mengikut dan menyokongnya.
Ayat ini sekaligus menjadi dalil kepada orang yang mengatakan bahawa nabi Khidir itu sudah wafat & tidak ada lagi sekarang ini; kerana jika dia masih ada, wajib dia menzahirkan dirinya serta menyatakan keimanan & sokongan kepada Rasulullah SAW & juga kepada Al-Quran.
Jadi tidak ada riwayat yang sedemikian, yang ada cuma pengikut-pengikutnya yang menyatakan zikir & doa-doa yang diambil dari Khidir tetapi tidak ada orang yang boleh mengesahkannya bahawa dia benar-benar berjumpa dengan Khidir.
Hanya melalui mimpi dan dakwaan-dakwaan yang tiada dalilnya!
Manakala sanad & riwayat amalan yang di ajar oleh Rasulullah SAW adalah amat jelas dan sahih, maka apa yang kita takut kerana sanad kita bersambung & amalan kita telus daripada Rasulullah SAW!
Ayat 82- {Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.}-
Kata ulama’ : Apabila sudah dinyatakan dalil & ayat -ayat yang jelas tetapi seseorang itu tetap tidak mahu beriman, mahu lari juga; maka dia akan dicop sebagai seorang yang fasiq!
Satu kaedah yang dibuat oleh para ulama’ : Syari’at itu tidak lazim (tidak wajib) sebelum ada ilmu tentangnya.
Contohnya : Nabi SAW terima wahyu semalam, maka tidak mengapa, tidak berdosa para sahabat belum buatnya kerana Baginda SAW belum memberitahunya kepada mereka!
Kita hari ini segala ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW sudah ada, dalam Al-Quran, dalam kitab-kitab Sunnah yang sahih!
Kerana itu jika nak belajar Sunnah kita kena ambil daripada sumbernya yang asli, daripada kitab-kitab yang bersanad.
Begitu juga jika nak belajar aqidah kena aqidah musnadah yang ada sanad yang bersambung dari para tabi’en, kepada para sahabat sehingga kepada Rasulullah SAW!
Bukan hanya sekadar sanad dari tok guru kepada tok guru lain.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.