View Categories

Surah Ali-‘Imran : Ayat 83-85

JANGAN CARI AGAMA SELAIN ISLAM, BERIMAN DENGAN SEMUA NABI AS & SELAIN ISLAM TIDAK DITERIMA.

Full video : https://youtu.be/eblq8GZNrRM?si=ERYu4Ov1RRUmy5DE

MUQADIMMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 83, 84 & 85, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang ketiga.
  1. Dalam siri ini Allah SWT larang & marah kepada golongan yang mencari selain dari Islam sebagai agama. 
    Allah tempelak mereka yang tidak cerdik ini; Undang-undang Syari’ah ada kenapa cari undang-undang lain!
  1. Kita juga wajib beriman dengan semua Nabi-nabi AS yang Allah sebutkan tentang sebahagiannya di dalam ayat ini.
  1. Sekali lagi Allah SWT menegaskan bahawa selain Islam, tidak diterima agama lain. 
    Jika tidak kamu akan menjadi manusia yang rugi di dunia & celaka di Akhirat.
  1. Munasabah ayat dengan ayat yang sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT telah sebut bahawa beriman dengan nabi Kita Muhammad SAW adalah satu perundangan yang Allah telah tetapkan.
    Serta Allah telah perwajibkan kepada semua nabi-nabi & umat yang terdahulu kena beriman kepada Allah Azza wa Jalla & mengakui Nabi akhir zaman yang akan datang! 
    Maka sesiapa yang tidak suka & benci dengan Nabi SAW, yang mencari petunjuk lain selain daripada petunjuk Rasulullah SAW maka dia telah mencari agama lain selain daripada agama Allah!

    ii- Maka dalam ayat ini Allah SWT sebut; apakah kamu nak cari agama lain selain daripada agama Allah? Kamu nak cari Syari’at lain selain daripada Syari’at Allah? Nak cari Syari’at lain selain daripada Syari’at Nabi SAW? 

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 83- {PATUTKAH SESUDAH (MENGAKUI DAN MENERIMA PERJANJIAN) ITU, MEREKA MENCARI LAIN DARI AGAMA ALLAH? PADAHAL KEPADANYALAH TUNDUK TAAT SEKALIAN MAKHLUK YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI, SAMA ADA DENGAN SUKARELA ATAUPUN TERPAKSA, DAN KEPADANYA LAH MEREKA DIKEMBALIKAN.} (ALI-‘IMRAN 3:83)

  1. Patutkah sesudah beriman, mengakui dan menerima perjanjian & kebenaran Islam, tiba-tiba mencari agama lain selain dari agama Allah!
  1. Allah juga SWT ungkit di sini padahal tunduk taat kepada Allah sekelian makhluk lain sama ada yang di bumi atau di langit! Kamu manusia keras kepala, tidak mahu, patuh & beriman kepada Allah tetapi segala makhluk lain sebaliknya!
  1. Kepada Allahlah semua makhluk di langit & di bumi seperti malaikat tunduk patuh kepada Allah. 
  1. Kemudian sama ada secara sukarela atau terpaksa; manusia yang akur & tidak akur, yang taat & tidak taat, yang suka & tidak suka; semuanya akan kembali kepada Allah pada hari Kiamat kelak. 
    Inilah iradah kauniyyah : Mereka terpaksa tunduk akur.
    Walaupun mereka ingkar dari sudut iradah Syar’iyyah yang kita orang Islam patuhinya seperti beriman & solat dan lain-lain perintah Allah SWT.
  1. Firman Allah SWT:
    {Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.} (Ar-Ra’d 13:15)
  1. Apabila berlaku Kiamat kelak- semuanya akan mendapat pembalasan mengikut apa yang kita buat & semua itu menunjukkan keadilan Allah SWT. 
    Maka buatlah yang terbaik untuk mendapat limpah kurnia Allah & balasan yang baik di Akhirat kelak!

AYAT 84- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH, DAN KEPADA APA YANG TELAH DITURUNKAN KEPADA KAMI, DAN KEPADA APA YANG TELAH DITURUNKAN KEPADA NABI-NABI: IBRAHIM, DAN LSMAIL, DAN ISHAK, DAN YAAKUB, DAN KETURUNANNYA, DAN KEPADA APA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA NABI-NABI: MUSA DAN ISA, DAN SEKALIAN NABI-NABI DARI TUHAN MEREKA. KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN SESEORANG PUN DI ANTARA MEREKA, DAN KEPADA ALLAH JUALAH KAMI BERSERAH DIRI (ISLAM)”.} (ALI-‘IMRAN 3:84)

  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat-ayat yang lepas Allah telah nyatakan bahawa Dia telah membuat perjanjian dengan para rasul & para nabi bahawa; yang awal menyatakan akan kedatangan yang selepasnya, manakala yang kemudian mesti menyatakan akan kebenaran para nabi yang telah lepas. 
    Inilah kesinambungan perjanjian antara yang awal & yang kemudian.

    ii- Maka Allah SWT nyatakan dalam ayat ini antara sifat Rasulullah SAW ialah membenarkan semua nabi-nabi & rasul sebelumnya! 
  1. Katakanlah wahai Muhammad SAW, nyatakan kepada puak kafir itu yang mencari selain daripada Allah SWT dengan jelas; bahawa kami beriman dengan Allah dan dengan semua apa yang diturunkan kepada kami iaitu jika kepada Nabi SAW ialah Al-Quran! 
    Prinsip dan pegangan kita kena jelas & nyata!
  1. Ini menunjukkan bahawa kita wajib beriman dengan Al-Quran yang diturunkan melalui perantaraan Jibril & Sunnah Nabi SAW yang diturunkan Allah SWT.
  1. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
    {Dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.} (An-Nisaa’ 4:113)
  1. Kemudian Allah nyatakan kena beriman juga bahawa telah diturunkan wahyu kepada Nabi-nabi dahulu seperti: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub dan keturunannya { وَٱلْأَسْبَاطِ}.
  1. Nabi Yaakub inilah yang dinamakan Israil maka anak cucu keturunan {الأسبط} Nabi Yaakub yang dipanggil bani Israil. 
    Iaitu ada 12 orang semua anaknya sebagaimana yang disebut dalam surah Yusuf.
  1. Jalur keturunan utama atas dunia ini melalui dua jalur:
    i- Anak cucu nabi Yaakub melalui anaknya Ishak : Inilah kaum bani Israil dan ramai para nabi dari keturunannya.

    ii- Anak cucu nabi Yaakub melalui anaknya Ismail : Inilah keturunan Arab yang lahir nabi Kita Muhammad SAW.
  1. Allah SWT juga telah nyatakan dalam surah al-‘A’la bahawa telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim beberapa lembaran Suhuf.
    Firman Allah SWT: 
    {Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.} [Al-A’laa 87: 18-19].

    Antara isi kandungan suhuf itu ialah:
    {(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.} (Al-A’laa 87: 16-17)
  1. Kemudian Allah SWT nyatakan pula apa yang diturunkan kepada Nabi Musa & Isa. 
    Allah sebut dua orang Nabi ini secara khusus kerana Allah turunkan kitab kepada mereka (Taurat & Injil) serta kerana mereka mempunyai mukjizat yang amat besar.
  1. Serta sekalian Nabi-nabi yang diutuskan Allah. Kita tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, wajib beriman dengan semua mereka bukan sebahagiannya sahaja.
  1. Ayat ini menyindir kaum yahudi yang pilih-pilih untuk beriman dengan sebahagian para nabi & menolak sebahagiannya!
  1. Ayat ini ditafsirkan juga dengan firman Allah SWT:
    {Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.} (Al-Baqarah 2:285)
  1. Allah tutup ayat ini dengan memerintahkan agar kepada Allah jualah kita berserah diri iaitu dengan menjadi Islam.

AYAT 85- {DAN SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM, MAKA TIDAK AKAN DITERIMA DARIPADANYA, DAN IA PADA HARI AKHIRAT KELAK DARI ORANG-ORANG YANG RUGI.} (ALI-‘IMRAN 3:85)

  1. Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama, anutan, pegangan atau undang-undang perlembagaannya; Allah SWT tidak akan menerimanya! 
    Berilah teori apapun Allah tidak akan terima!
  1. Kita wajib menerima Islam dalam seluruh kehidupan kita, Islam dalam agama, Islam sebagai pegangan & Islam sebagai perundangan kita dalam segenap segi kehidupan!
    Bukan berpegang dengan undang-undang lain yang bertentangan dengan apa yang Allah turunkan kepada Nabi SAW! 
  1. Atas dunia ini janganlah kita mencari & mengambil selain daripada agama Islam yang diterima Allah; nanti di Akhirat kelak kita akan susah, kecewa & menyesal kerugian, menjadi dari golongan orang-orang yang rugi!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 83- {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?}-

    Dalam ayat ini Allah menegakkan hujjah bahawa tidak layak bagi mana-mana manusia tunjuk pandai & tunjuk samseng di hadapan undang-undang Allah SWT!
    Apabila Allah kata haram maka haramlah, apa yang Allah kata halal makai ia adalah halal! 
    Apa yang Allah perintah kita buat, apa yang Allah larang kita tinggalkan!
    Apa yang Allah suruh buat kita akur, apa yang Allah larang kita tinggalkan. 
    Bukan mencari hujjah lain selain dari dalil Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi SAW untuk membenarkan apa yang mereka lakukan.
    Ayat ini dimulakan dengan bentuk soalan {Patutkah} untuk mencela, mengingkari perbuatan mereka yang mencari agama & perundangan selain Syari’ah Allah SWT!
    Ianya amat tercela dan akan binasa.
    Ia untuk mereka yang tidak mahu pakai undang-undang yang diturunkan dalam Al-Quran & cari yang dibuat oleh orang kafir!
    Inilah yang kita takut, nampak keras kepala sangat kita dalam menolak undang-undang Allah SWT!
    Kerana itu penggubal undang-undang yang beriman kena ingat bahawa kita telah mencabar undang-undang Syari’ah Allah SWT dengan membuat perundangan lain!
  1. Ayat 83- {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?}-

    Apakah tergamak kamu mencari {يَبْغُونَ } undang-undang lain selain daripada undang-undang Allah SWT untuk beragama dengannya!
    Ayat ini memberi peringatan memberi amaran bahawa kamu orang Islam wajib mencari, meneliti & mengkaji ayat-ayat Allah. 
    Jangan rasa undang-undang manusia lebih 
    Realiti semasa kita sekarang ini dicengkam oleh undang-undang manusia, tidak ikut akan ditangkap!
    Maka kita ikut dengan perbuatan tetapi dalam hati kita tetap kita mengingkarinya, nak kepada undang-undang Allah. 
    Maka beristighfarlah kepada Allah selalu! 
  1. Ayat 84- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah}-

    Kita orang beriman wajib tadabbur ayat ini bahawa:
    i- Wajib kita katakan kita beriman dengan lidah.

    ii- Dalam hati juga wajib tasdiq iaitu yakin dengan hati

    iii- Kemudian diikuti dengan amalan anggota!
    Ianya wajib diikuti dengan tertib yang disebut ini.
    Ayat ini juga menunjukkan susunan yang cukup indah; iaitu dimulakan dengan beriman kepada Allah, kemudian beriman dengan para nabi dan seterusnya.
  1. Ayat 84- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi..}-

    Allah sebut dalam ayat ini { وَٱلنَّبِيُّونَ} selepas dia sebut beberapa nama nabi.
    Ini menunjukkan bahawa wajib kita beriman dengan semua para nabi & rasul tanpa pengecualian!

    Jika berdasarkan kitab-kitab:
    i- Para nabi itu amat ramai iaitu 124 ribu (seketi, dua laksa & empat ribu)

    ii- Manakala para rasul pula ialah 314 atau 315 orang & yang wajib di ketahui 25 orang & rasul yang ulul azmi ada 5 orang.
    Kita semua orang Islam, akur kepada semua yang datang kepada Allah & wajib beriman dengan semua para nabi tanpa perbezaan.
  1. Ayat 85- {Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.}-

    Allah nyatakan dengan tegas di sini bahawa siapa cari selain daripada agama Islam tidak akan diterima- digunakan lafaz {فَلَن يُقْبَلَ}- yakni tidak akan sekali-kali diterima.
    Apabila Allah tidak terima maka akan berlakulah kesan buruknya iaitu; {dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.}
    Maka kita wajib berusaha agar kita tidak menjadi manusia yang tidak rugi, manusia yang celaka & menyesal di Akhirat kelak! 

    Tambahan : Ilmu tajribah dari Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili, dalam kitabnya, tentang ayat 83 ini:
    Jika kita menghadapi masalah : Anak isteri tak dengar kata, suami yang tidak bertanggung-jawab atau lemah dalam ibadat:
    Maka ambil ayat 83 ini, baca dan tiup kepada mereka!

Semoga kita mendapat faedah & kelebihannya insya’ Allah.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs