ARAHAN ALLAH S.W.T AGAR BERSYUKUR, DALIL KEESAAN DAN QUDRAT ALLAH & DUA JENIS DALIL DALAM QURAN
Full video : https://youtu.be/y70nEHRSXwo
🎀 Muqaddimah:
- Dalam siri ini membincangkan tentang arahan Allah s.w.t agar kita bersyukur kepada Allah selalu.
- Juga akan dibawa dalil-dalil tentang Keesaan dan Qudarat Allah s.w.t.
- Kemudian diretangkan bahawa da dalam al-Quran ini ada dua jenis dalil iaitu:
i- dalil penciptaan
ii- penjagaan - Dalam siri yang lepas kita telah membincangkan tentang keajaiban susunan al-Quran serta keindahannya yang tidak akan jemu membacanya walaupun diulang-ulang.
- Saidina Uthman r.a. berkata: \”Kalau hati sudah bersih, cinta pada Allah, kita tidak jemu mendengar Al Quran, kerana ia Kalamullah, kata-kata Allah\”. [Az-Zuhd, Imam Ahmad]
AYAT 59- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA HAMBA-HAMBANYA (NABI-NABI) YANG DIPILIHNYA. MANAKAH YANG LEBIH BAIK? – ALLAH (YANG DEMIKIAN KEKUASAANNYA) ATAU BENDA-BENDA YANG MEREKA JADIKAN SEKUTU-SEKUTU BAGINYA?} (AN-NAML 27:59)
- Setelah Allah s.w.t menceritakn tentang perihal nabi-nabi yang lalu; Musa a.s, Daud, Sulaiman a.s, Soleh dan Lut dan peristiwa-peristiwa yang berlaku, yang membuktikan kekuasaan Allah s.w.t serta mukjizat yang diberi untuk membuktikan kebenaran para nabi dan Rasulullah itu. Juga Allah s.w.t membinasakan kaum-kaum yang zalim.
- Maka Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk memuji Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya dan pertolongannya di dunia akhirat, juga kerana Allah memang selayaknya di puja dan dipuji. Yakni ucap – Alhamdulillah.
Ada ulama\’ kata masih lagi arahan bersyukur kepada Nabi Lut, tetapi ramai ulama\’ kata ini adalah arahan untuk Rasulullah s.a.w, kerana kisah Lut sudah berakhir dalam ayat 58 sebelum ini. - Juga diajar untuk berdoa dan memberi salam kepada para hamba-hamba-Nya yang terpilih, iaitu para rasul dan nabi yang terpilih, kerana dengan hasil usaha dakwah merekalah sampai kepada kita nikmat agama Islam dan kebenaran. Allah akan tetap memberi keselamatan dan memelihara orang-orang yang beriman. Jika para rasul, dijaga dengan menjadikan mereka ma\’sum, iaitu terpelihara daripada dosa.
- Sebagaimana selawat dan salam dalam bacaan tasyahhud atau tahiyyat dalam solat. Bacaannya yang sahih sebagaimana dalam Hadis riwayat Bukhari & Muslim.
- Maka begitulah yang sepatutnya dalam berdoa, berucap atau menulis hendaklah dimulakan dengan menyebut nama dan memuji Allah s.w.t kemudian selawat ke atas Nabi s.a.w.
- Kemudian Allah s.w.t bertanya kepada kaum kafir musyrikin Makkah, manakah yang lebih baik antara Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa atau sembahan mereka yang lemah, tidak dapat memberi manfaat mahupun mudharat.
AYAT 60- {BAHKAN SIAPAKAH YANG TELAH MENCIPTA LANGIT DAN BUMI, DAN MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT UNTUK KAMU? LALU KAMI TUMBUHKAN DENGAN AIR HUJAN ITU TANAMAN KEBUN-KEBUN (YANG MENGHIJAU SUBUR) DENGAN INDAHNYA, YANG KAMU TIDAK DAPAT DAN TIDAK BERKUASA MENUMBUHKAN POHON-POHONNYA. ADAKAH SEBARANG TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH? (TIDAK!) BAHKAN MEREKA (YANG MUSYRIK ITU) ADALAH KAUM YANG MENYELEWENG DARI KEBENARAN (TAUHID).} (AN-NAML 27:60)
- Dalam ayat ini adalah dalil pertama yang termasuk dalam dalil Penciptaan dan Rekaan – دليل الاختراع والإنشاء
- Dalil pertama sekali adalah dalam dalam penciptaan langit dan hujan yang diturunkan serta hasil hujan yang menghijaukan bumi dengan tumbuhnya pokok-pokok yang subur.
- Kenapa sumber utama air turun dari langit bukan keluar dari bumi? Kerana jika turun dari atas lebih mudah untuk sampai dan mencapai ke seluruh ceruk dan pelusuk bumi samada yang tinggi atau rendah, naik ke atas bukit gunung dan lain-lain. Jika dari bawah bukan senang untuk sampai ke atas pula. Hujan juga Allah turunkan dengan sukatannya yang khas mencukupi dan maka jika sekali-kala yang lebih itu maka akan berlakulah banjir dan pelbagai kerosakan sebagai ujian pula,
- Kemudian Allah sw tanya adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Ini hanyalah pertanyaan menjentik supaya mereka sentap dan berfikir.
- Ini kerana jawapannya pastilah (Tidak!) sekali-kali. Bahkan mereka yang musyrik itu adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran tauhid.
AYAT 61- {ATAU SIAPAKAH YANG TELAH MENJADIKAN BUMI TEMPAT PENETAPAN DAN TELAH MENJADIKAN SUNGAI-SUNGAI DI ANTARA BAHAGIAN-BAHAGIANNYA DAN TELAH MENJADIKAN UNTUKNYA GUNUNG-GANANG YANG MENETAPNYA; DAN JUGA TELAH MENJADIKAN DI ANTARA DUA LAUT (YANG MASIN DAN YANG TAWAR) SEKATAN (SEMULA JADI) YANG MEMISAHNYA? ADAKAH SEBARANG TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH? (TIDAK!) BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA (YANG MUSYRIK ITU) TIDAK MENGETAHUI. (AN-NAML 27:61)
- Allah s.w.t memberi soalan lagi supaya manusia berfikir, tentang bumi pula, dengan segala kejadiaanya yang indah dan ajaib, laut, lembah dan gunung-ganang.
- Antara keajaiban ciptaan Allah s.w.t tentang laut dan air sungai:
i- pemisah antara dua laut.
ii- pemisah antara laut yang airnya masin dengan air sungai yang tawar,
Banyak sudah manusia membuat kajian tentang ini, hatta para saintis kafir, boleh kita dapatinya tentang hikmah kejadian dua laut dan lain-lain ini. - Kenapa ada beza antara air laut yang masin dan air sungai yang tawar? Apa faedah ciptaan ini? Kita cuba tadabbur:
- Air tawar: Biasanya sungai-sungai dan mata-mata air yang airnya tawar lagi baik, Allah jadikan membelah di celah-celah bukit dan gunung, hadir di kalangan manusia dalam kampung dan penempatan, sebagai minuman dan kegunaan harian manusia, haiwan dan tumbuhan.
Airnya juga mengalir ke arah yang sesuai di berbagai belahan bumi.dan bergerak ke laut, yakni jika ada bangkai binatang atau apa-apa yang rosak pasti akan dikeluarkan oleh manusia sekitarnya atau akan hanyut dibawa ke laut, yakni tidak sempat busuk dan berbau lalu merosakkan udara dan alam sekitar. - Air masin – jika air laut ini tawar maka akan rosak udara dan persekitaran bumi ini! Air laut diciptakan masin agar tidak mencemari udara dengan baunya. Kerana banyak binatang dan hidupan yang mati lalu rosak di dalam laut yang luas dan besar itu, yang jauh ke dalam tidak dijumpai manusia atau bergerak mengalir airnya! Maka masin atau garam di dalam laut itu seolah menjadi pengawet/ pembasmi kuman atau bau dari bangkai-bangkai itu. Maka ini adalah keajaiban alam semulajadi ciptaan Allah yang dapat dikaji dan difahami oleh para saintis hari ini. Bahkan jika mahu udara segar kita pergi berehat di tepi pantai yang tenang dan luas.
- Setelah itu Allah s.w.t bertanya: {Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.}
Yakni walaupun begitu masih ramai yang tidak tahu tentang ini maka terus sesat dan kufur.
AYAT 62- {ATAU SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG MENDERITA APABILA IA BERDOA KEPADANYA, DAN YANG MENGHAPUSKAN KESUSAHAN, SERTA MENJADIKAN KAMU PENGGANTI (UMAT-UMAT YANG TELAH LALU) MENDIAMI DAN MENGUASAI BUMI? ADAKAH SEBARANG TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH? AMAT SEDIKIT DI ANTARA KAMU YANG MENGINGATI (NIKMAT ALLAH ITU). (AN-NAML 27:62)
- Allah s.w.t bertanya lagi untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya tentang doa. Hanya Allah s.w.t. tempat yang diseru, memohon pertolongan, perlindungan dan memperkenankan doa orang yang ditimpa kesusahan, musibah dan ujian. Hanya Allah yang mampu menghilangkan semua itu.
- Allah s.w.t. juga yang menjadikan manusia mendiami dan berkuasa di bumi serta mereka hidup berganti-ganti atau bergiliran. Hidup, mati kemudian lahir yang lain.
- Sekali lagi Allah s.w.t ulang ayat ini { أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ } {Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).}
- Hadis Nabi s.a.w tentang doa. Abu Tamimah al-Hujaimi meriwayatkan seorang lelaki dari Balhujai bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Kepada siapa kamu berdoa? Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Berdoalah kepada Allah s.w.t yang Esa. Apabila kamu ditimpa mudharat lalu berdoa kepada Allah, Dia akan lepaskan! Apabila kamu sesat di padang pasir lalu berdoa kepada Allah s.w.t maka Dia akan hantar kamu balik. Apabila kamu ditimpa kemarau lalu berdoa kepada Allah s.w.t, Dia akan tumbuhkan bumi (dengan turunkan hujan).\” [HR Ahmad]
AYAT 63- {ATAU SIAPAKAH YANG MENUNJUKKAN JALAN KEPADA KAMU DALAM GELAP-GELITA DARAT DAN LAUT, DAN YANG MENGHANTARKAN ANGIN SEBAGAI PEMBAWA BERITA YANG MENGEMBIRAKAN SEBELUM KEDATANGAN RAHMATNYA? ADAKAH SEBARANG TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH? MAHA TINGGILAH KEADAAN ALLAH DARI APA YANG MEREKA SEKUTUKAN DENGANNYA.} (AN-NAML 27:63)
- Ini pula doa untuk keperluan yang khas. Allah s.w.t bertanya siapa yang memberi petunjuk dan menyelamatkan kamu jika berada dalam gelap-gelita samada di darat dan laut? Seperti dalam gelora laut para musyrikin itu berdoa kepada Allah s.w.t, tetapi bila selamat dan kembali ke darat, kembali menyembah berhalanya.
- Lalu Allah s.w.t. memimpin, memberi petunjuk, memudahkan jalan manusia di daratan dan lautan dengan bintang-bintang di langit pada malam hari dan tanda batas bukit-bukit di bumi pada siang hari.
- Allah s.w.t. menghantar angin yang membawa rahmat dan khabar gembira. Dia melepaskan angin, menggerakkan awan dan menyatukannya sebelum diturunkan Rahmat-Nya, iaitu hujan yang menyuburkan tumbuh-tumbuhan.
- Kemudian Allah bertanya kembali: {Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?} Tiada Tuhan selain-Nya – {Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.} tetapi mereka menyekutukan Allah dengan menyembah selainNya kerana ikut-ikutan dan tidak mengetahui dengan sebenarnya.
AYAT 64- {ATAU SIAPAKAH YANG MEMULAKAN KEJADIAN SEKALIAN MAKHLUK, KEMUDIAN DIA MENGEMBALIKANNYA (HIDUP SEMULA SESUDAH MATINYA). DAN SIAPAKAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU DARI LANGIT DAN BUMI? ADAKAH SEBARANG TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH? KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”BAWALAH KEMARI KETERANGAN-KETERANGAN KAMU, JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BENAR \”.} (AN-NAML 27:64)
- Kali ini membangkitkan pula dalil tentang asal kejadian manusia. Allah s.w.t. menciptakan makhluk dari permulaan, mematikannya dan menghidupkannya kembali di hari kebangkitkan.
- Allah s.w.t. menurunkan hujan sebagai rezeki dari langit, lalu air hujan itu meresap ke dalam tanah, kemudian dari dalam tanah keluarlah berbagai macam tumbuhan sebagai rezeki di bumi.
- Kemudian Allah bertanya kembali: { Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?} Tiada Tuhan selain-Nya – {Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.} tetapi mereka menyekutukan Allah dengan menyembah selainNya kerana ikut-ikutan dan tidak mengetahui dengan sebenarnya.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Allah s.w.t perintahkan kepada Rasulullah untuk memulakan ucapannya dengan menyebut nama Allah dan memuji-Nya kemudian memberi salam kepada para nabi dan rasul. Samada dalam percakapan atau penulisan inilah adabnya.
- Tiada yang lain selain daripada Allah s.w.t yang dapat melepaskan kesusahan segala makhluk. Kata Ulamak Salaf: \”Iman kita ialah apa yang pertama keluar dari mulut kita ketika kesusahan\”.
- Ayat 63 {Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita} – Ayat ini menunjukkan wajib hati kita bergantung dan minta kepada Allah sepenuhnya, kemudian tidak salah untuk mengambil petunjuk atau ikhtiar.
- Ayat 59- {Katakanlah (wahai Muhammad): \”Segala puji tertentu bagi Allah} – menunjukkan kita wajib sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah s.w.t dalam setiap keadaan dan masa, walaupun ketika sakit dan ditimpa apa-apa ujian.
- Dalam al-Quran disebut dua jenis dalil:
i- Dalil Penciptaan dan Mengadakan. دليل الاختراع والإنشاء
ii- Dalil Penjagaan dan Hikmah – دليل العناية والحكمة - Kata-kata yang menarik dari Syeikh Alamuddin as-Sakhowi: Ketahuilah bahawa ada 3 kategori kita dengan al-Quran:
i- yang baru nak belajar, kena ada guru, maka wajib baca pendek dan ulang selalu. Tak perlu banyak ayat tetapi perlu banyak ulangnya.
ii- yang nak tadabbur ayat – ambil satu ayat, kaji fikir dan berhenti pada setiap point.
iii- baca untuk ambil pahala bacaan – maka bacalah sebanyak mana yang mungkin. [Jamal Al-Qurra\’ ms 665]
Wallahu a\’lam.