View Categories

Surah An-Nisa’ : Ayat 5-6

TANGGUHKAN SERAH HARTA SELAGI BELUM MATANG, ADAKAN UJIAN KEMATANGAN & MESTI ADA SAKSI WAKTU SERAH HARTA ANAK YATIM.

Full video : https://youtu.be/RR7vr_NVr10?si=8al4PeDQ-j0p-opf

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir ayat 5 sehingga 6 bagi Surah An-Nisa’ dalam juzu’ keempat.
  1. Perbincangan kita dalam siri ini ialah tentang arahan Allah kepada para wali, penjaga anak yatim untuk tangguhkan dulu serah harta selagi belum matang, 
  1. Hendaklah diadakan ujian kematangan mereka dalam mengurus harta itu sebelum serahkannya. Ini supaya harta itu tidak hilang & habis begitu saja tanpa pengurusan yang bijak & berhemah,. 
  1. Allah SWT juga perintahkan mesti adakan saksi sewaktu mahu serah harta anak yatim. 
  1. Allah SWT ajar, beri panduan & hukum dengan jelas & terperinci dalam bab harta pusaka ini. Allah SWT sendiri yang membahagikan bahagian & penerimanya! Maka jika kita beramal dengan hukum Allah sepenuhnya; hati akan tenang & tiada sengketa insya’ Allah. Tenang apabila ada harta & apabila nak membahagikannya.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan kepada para wali untuk menyerahkan harta anak yatim (ayat 2) & beri mahar kepada wanita yang ingin dikahwini (ayat 4).

    ii- Kemudian datang ayat 5 ini Allah ajar agar jangan serahkan lagi harta mereka jika mereka belum cukup cerdik & pandai untuk menguruskan harta mereka itu (ٱلسُّفَهَآءَ).
    Yakni asal ayat suruh serah; tetapi ada waktunya tidak boleh serah lagi kerana kepentingan & kebaikan anak yatim itu sendiri. 
  1. Susunan ayat sangat teliti, Allah SWT sangat mengambil berat untuk menjaga kepenting anak yatim & wanita. Tidak ada mana-mana undang-undang & human right atas dunia ini dapat menandinginya!
    Ya Allah jadikan kami dari golongan hamba-Mu yang bertaqwa, bersyukur serta sabar & redha atas segala ketentuan-Mu! 

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 5- {DAN JANGANLAH KAMU BERIKAN (SERAHKAN) KEPADA ORANG-ORANG YANG BELUM SEMPURNA AKALNYA AKAN HARTA (MEREKA YANG ADA DALAM JAGAAN) KAMU, (HARTA) YANG ALLAH TELAH MENJADIKANNYA UNTUK KAMU SEMUA SEBAGAI ASAS PEMBANGUNAN KEHIDUPAN KAMU; DAN BERILAH MEREKA BELANJA DAN PAKAIAN DARI PENDAPATAN HARTANYA (YANG KAMU NIAGAKAN), DAN JUGA BERKATALAH KEPADA MEREKA DENGAN KATA-KATA YANG BAIK.} (AN-NISA’ 4:5)

  1. Allah memberi peringatan kepada para wali & penjaga amanah anak yatim agar tangguh tidak menyerahkan harta mereka yang dalam jagaan mereka sebelum anak-anak yatim itu matang & mampu menguruskan harta mereka sendiri.
    Kemudian apabila mereka matang diuji dulu kemampuan mereka dalam menguruskannya. 
  1. Allah sebut dengan lafaz harta kamu {أَمْوَٰلَكُمُ} di sini sedangkan itu adalah harta anak yatim; Ini supaya para wali & pemegang amanah menjiwai, merasai walaupun harta itu bukan miliknya tapi terasa harta itu seperti harta mereka juga maka pastilah penjagaan & cara perbelanjaannya lebih teliti & cermat.
  1. Yakni apa saja kategori tidak matang (ٱلسُّفَهَآءَ) itu kamu kena tolong jaga & uruskan dulu.
    Sama ada mereka masih kanak-kanak, belum cukup umur, atau sudah besar tetapi kurang upaya, kurang cerdik atau memang tidak mampu terus. 
  1. Juga wajib keluarkan belanja untuk pengurusan hidup & nafkah mereka- makan-minum, pakaian, keperluan asas yang sepatutnya daripada harta mereka itu. 
    Jika perlu kepada pengasuh & pembantu- upahlah- kerana mereka ada harta.
  1. Allah juga ajar harta itu dilaburkan atau diniagakan supaya ianya subur berkembang & bertambah demi masa depan anak yatim itu.
    Juga supaya harta itu tidak habis untuk kegunaan & segala keperluan mereka di masa depan.
    Tetapi ingat jangan melabur ikut suka- cari mana-mana skim yang patuh Syari’ah & berdaftar dengan kerajaan- supaya anak yatim itu tidak makan harta haram nanti!
    Juga jangan pula tertipu & terkena skim cepat miskin!
    Contoh yang senang- Tabung Haji. 
  1. Kemudian Allah SWT pesan khas untuk bercakap & berkomunikasi dengan mereka secara baik- jangan tengking herdik mereka, apatah yang lebih buruk lagi mendera secara fizikal mereka yang lemah & tiada pelindung lain lagi itu!
    Jaga anak yatim dengan penuh hati & perasaan; jangan merungut & mengungkit!
  1. Sedangkan Rasulullah SAW sudah bersabda- satu kelebihan & kemuliaan yang besar bagi penjaga anak yatim yang jujur amanah & baik.
    Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
    Maksudnya: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi ﷺ mengisyaratkan dengan dua jari baginda ﷺ) di syurga”. [HR Muslim, 2983].
  1. Janganlah peluang ke syurga & bersama Rasulullah SAW ini menjadi jalan ke neraka pula bagi kamu wahai para wali & penjaga anak yatim! 
    Jangan salah guna anak yatim untuk kepentingan dunia kamu pula!

AYAT 6- {DAN UJILAH ANAK-ANAK YATIM ITU (SEBELUM BALIGH) SEHINGGA MEREKA CUKUP UMUR (DEWASA). KEMUDIAN JIKA KAMU NAMPAK DARI KEADAAN MEREKA (TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA) TELAH CERDIK DAN BERKEBOLEHAN MENJAGA HARTANYA, MAKA SERAHKANLAH KEPADA MEREKA HARTANYA; DAN JANGANLAH KAMU MAKAN HARTA ANAK-ANAK YATIM ITU SECARA YANG MELAMPAUI BATAS DAN SECARA TERBURU-BURU (MEREBUT PELUANG) SEBELUM MEREKA DEWASA. DAN SESIAPA (DI ANTARA PENJAGA HARTA ANAK-ANAK YATIM ITU) YANG KAYA MAKA HENDAKLAH IA MENAHAN DIRI (DARI MEMAKANNYA); DAN SESIAPA YANG MISKIN MAKA BOLEHLAH IA MEMAKANNYA DENGAN CARA YANG SEPATUTNYA.} (AN-NISA’ 4:6)

  1. Kemudian Allah SWT perintahkan kepada para penjaga harta anak yatim itu untuk menguji dulu mereka sebelum diserahkan kembali harta mereka. 
    Apabila mereka menghampiri umur baligh ()- ujilah mereka secar berperingkat.
  1. Kena pastikan mereka sudah matang, cerdik dan berkemampuan menjga harta mereka itu.
    Mesti pandai jaga agama, diri & harta kesemuanya.
    Bukan hanya pandai jaga harta tetapi pandai & tahu untuk ikut SOP Syari’ah dan kepentingan dirinya juga.
  1. Mereka mesti kena:
    i- Cerdik {رُشْدًۭا} – yakni cerdik dalam agama & jaga harta.

    ii- Umur yang matang & sudah baligh {بَلَغُوا۟ ٱلنِّكَاحَ} lalu pandai jaga diri.
    Maka kewajipan penjaga juga untuk beri pendidikan ilmu dunia & agama kepada mereka dengan hantar sekolah dan seumpamanya.
  1. Firman Allah SWT juga:
    {Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri);} (Al-An’aam 6:152)
  1. Bila telah dapat dipastikan kematangan, kemampuan & kecerdikan mereka untuk mengguruskan harta mereka itu- maka serahkanlah kembali seluruh harta mereka yang kamu jaga itu. 
    Jangan pegang atau tahan apa-apapun harta mereka walaupun sedikit.
  1. Jangan kamu ambil kesempatan dengan rebut peluang guna harta mereka tanpa hak, ketika mereka masih kecil dan tidak reti apa. Lalu dia cepat-cepat guna & buat apa saja dengan harta itu ikut kehendaknya.
  1. Jika kamu sendiri kaya & mampu yakni ada harta sendiri dan tidak perlu kepada harta anak yatim, mampu untuk memenuhi keperluan diri, ahli keluarganya dan anak yatim tersebut; maka lebih baik jangan kamu ambil & guna harta mereka!
  1. Jangan tamak & ambil peluang- walaupun kamu boleh ambil dengan cara baik- tetapi jika tak ambil lagi baik dan lebih dekat kepada kesucian jiwa, maka hendaklah dia menahan (dilarang mengambil) harta anak yatim tersebut.
  1. Islam itu tidak sempit. Diberi hak kepada para wali & penjaga yang miskin untuk mengguna harta anak yatim sekadar keperluan yang tidak melampaui & tanpa hak dan zalim. 

    i- Hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr RA: Bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Saya tidak memiliki harta, namun saya mengasuh anak yatim.” Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Makanlah dari harta anak yatim tersebut tanpa berlebihan, tidak mengambil dari hartanya untuk kamu kumpulkan dan tidak boleh kamu menyimpan hartamu. Dan sebagai gantinya kamu menggunakan harta anak yatim tersebut untuk memenuhi keperluanmu.” [HR Abu Daud, an-Nasei & Ahmad].

    ii- Hadis riwayat Urwah bin az-Zubair RA mendengar UM Aisyah RA menafsir ayat ini: {Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya.} Ayat ini turun kepada penjaga-penjaga harta anak yatim agar bersih jiwa mereka tidak ambil harta anak yatim tanpa keperluan. Tetapi jika penjaga anak yatim itu dari golongan miskin, maka dia dibolehkan untuk mengambil dengan cara sepatutnya (makruf) dan sekadar memenuhi keperluan yang wajib. [HR Bukhari & Muslim].
  1. Inilah cara & hukum penjagaan harta anak yatim yang digariskan sendiri oleh Allah SWT!
    Betapa besarnya penjagaan & ambil berat Islam terhadap anak yatim.
    {Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).} (An-Nisa’ 4:6)
  1. Sekarang tiba masanya, si anak yatim sudah cukup umur dan matang cerdik untuk menerima kembali hartanya. 
    Kita lalu serahkan semuanya- Alhamdulillah Allah selamatkan kita daripada tergoda terjebak dari perangkap syaitan untuk mengambil harta anak yatim.
  1. Lalu Allah ajar dan perintahkan untuk mengadakan saksi-saksi yang menyaksikan penyerahan & penerimaan harta anak yatim itu.
    Inilah pentingnya ada saksi & dokumen bertulis dalam apa-apa urusan kita supaya tidak timbul dakwaan & masalah di kemudian hari!
    Islam ajar & ambil berat semua ini!
  1. Allah tutup ayat ini dengan menegaskan bahawa bahawa cukuplah Allah sebagai Pengawas akan segala yang kamu lakukan.
    Yakni Allah sebagai pengawas, penghisab menjadi saksi bahawa segala harta anak yatim kamu sudah jaga dengan baik, sekarang sudah serah kembali kepada mereka, kamu relax sekarang & tunggulah pahala yang besdar dari Allah SWT di Akhirat kelak.
  1. Ayat ini juga sebagai ayat sentap kepada para wali & penjaga yang ada dalam hati mereka niat & keinginan atau cubaan untuk ambil harta anak yatim di bawah jagaan mereka. 
    Cukuplah Allah sebagai pelindung, sebagai Penghitung, Allah sebagai saksi! 
  1. Jika orang lain kita boleh kelenton; tetapi dengan Allah nak kelentong bagaimana- kerana semua ilmu & maklumat dibawah pengawasan & penguasaan Allah SWT!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 5- {Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu,}-

    Kamu jangan serah harta anak-anak yatim yang belum matang.
    Kenapa dalam ayat ini Allah sebut dengan lafaz harta kamu {أَمْوَٰلَكُمُ} sedangkan itu bukan harta kamu tetapi adalah harta anak yatim?
    Jawapan:
    Yakni Allah sandarkan harta anak yatim yang masih belum matang ini kepada wali- harta kamu- yakni harta yang kamu jaga itu!
    Maka harta ini seolah harta kamu- maka kamu pasti tidak mahu serahkannya kepada orang yang belum matang & cerdik untuk uruskannya.
    Yakni letakkan keadaan harta itu seperti harta kita sendiri baru kita berasa sayang dan jaga kepentingannya.
    Ayat ini mengajar kepada kita bagaimana nak menguruskan harta anak yatim- iaitu mengajar kita untuk peduli- bukan kata tidak peduli dan terserahlah! 

    Ulama’ tadabbur ambil istinbat juga dari ayat ini bahawa : Ayat ini juga sekaligus mengajar & memberi peringatan kepada kita bahawa kita kena jaga ilmu ini daripada diberi kepada orang yang boleh merosakkannya iaitu tidak pandai menggunakannya untuk kebaikan.
  1. Ayat 5- {dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan),}-

    Gunakanlah untuk belanja & nafkah kepada anak yatim dengan harta mereka yang telah diniagakan.
    Ayat ini mengajar bahawa sepatutnya para wali penjaga harta kena kembangkan harta itu sama ada dengan perniagaan, pelaburan dan seumpamanya agar ia bertambah banyak dan memberi keuntungan & pulangan yang baik. 
    Perniagakanlah harta anak yatim itu supaya ia tidak habis dengan guna sentiasa & dikeluarkan zakat sahaja.

    Hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: اتَّجِروا في مالِ اليتَامَى لا تَأكلُهَا الزكاة
    Maksudnya: “Niagakanlah harta anak yatim, sehingga ianya tidak habis dimakan zakat.” [Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’ (592)

    Tetapi kena ikut SOP. Kena melabur & diniagakan pada tempat yang kita yakin halal & patuh Syari’ah. Kita yang bertanggungjawab atasnya, biarlah tidak banyak keuntungannya tetapi terjamin bersih & halal!
  1. Ayat 1-{Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan}-

    Allah mulakan surah ini dengan seruan kepada manusia agar bertaqwa : { يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ}. 
    Kemudian dibawa perbincangan tentang harta anak yatim, tentang maskahwin & tentang harta wanita.

    Kata ulama’ : Ini isyarat bahawa harta yang berlegar di kalangan kita ini ada pemiliknya di atas dunia ini buat sementara. 
    Memanglah semua ini milik Allah yang kekal abadi.
    Semua pemiliknya ada hak sementara ke atas harta itu untuk buat apa saja atas dunia ini- pilihlah jalan mana yang kamu mahu. 
    Nak buat baik dengan infaq fi-sabilillah- sedeqah, zakat, nafkah, derma dan seumpamanya. 
    Jika salah pilih jalan maka harta itu akan menjadi alatnya ke neraka- wal-‘iyazu billah.

    Allah jadikan harta berlegar di kalangan manusia sama ada dengan:
    i- Orang kaya yang meniaga dan untung banyak- maka zakat & sedekahnya boleh diberi & sampai kepada orang miskin.
    Maka orang miskin jangan sombong jika tiada orang kaya siapa yang nak beri bantuan, gaji, upah & kerja kepadanya?

    ii- Menumpang orang miskin menumpang orang kaya dengan cara berkerja & ambil upah dengannya.
    Maka orang kaya jangan sombong jika tiada orang miskin siapa yang nak berkerja & berkhidma tuntuknya?

    Kesimpulannya kedua-dua pihak jangan sombong kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain!
    Allah nyatakan harta ini berlegar di kalangan manusia dan manusia ini sayang kepada harta, mereka akan cari harta, mereka akan guna harta tetapi semuanya mesti di bawah skop; Jangan menipu, jangan bakhil, jangan khianat, jangan makan riba & buat benda haram.
  1. Ayat 6- {Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa)-

    Kamu ujilah anak yatim itu terlebih dahulu.
    Dalam Islam ini diterima amalan melalui ujian & kajian. (العمل بالتجربة)
    Ada perkara yang boleh dilakukan setelah dibuat ujian yang menunjukkan kebaikannya.
    Anak-anak yatim yang masih kecil boleh buat amalan & pendapat mereka diterima tetapi dengan kawalan & pantauan para ibu bapa & wali yang ada.
    Allah ajar kepada kita untuk jaga harta anak yatim dengan baik; iaitu mahu kita terasa & jaga harta anak yatim ini seolah jaga harta kita sendiri.
    Kaedahnya juga jika si penjaga berkemampuan & kaya; jangan ambil harta anak yatim. 
    Tetapi jika dia miskin & tidak mampu; boleh ambil dengan cara baik!

    Ada ulama’ instibat ayat ini dengan mengatakan : Harus bagi imam, guru, pendakwah/penceramah yang mengajar al-Quran & hadis serta ilmu agama dan seumpamanya untuk ambil upah/gaji secara baik. 
    Ambil dengan cara baik- kerana jika mereka tak ada pendapatan dan pergi cari kerja sehingga terpaksa menutup kelas pengajian maka rugilah.
    Jangan salah guna duit derma atau waqaf orang, kita dibenarkan ambil atau guna dengan cara baik {بِٱلْمَعْرُوفِ} ikut keperluan. 
    Apatah lagi guna anak yatim untuk mencari duit derma lalu disalah guna pula!
  1. Ayat 6- {Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka.}-

    Apabila melakukan serahan harta wajib adakan saksi!
    Isu persaksian dalam semua transaksi sangat penting! 
    Islam sangat ambil berat tentangnya. 
    Dalam ayat sebelum ini Allah telah perintahkan untuk adakan saksi dan tulis apabila nak berhutang!

    Firman Allah SWT:
    {Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).} [Al-Baqarah: 283].
    Kemudian Allah tutup ayat ini dengan menegaskan bahawa: {Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).}

    Yakni jika dalam hati kamu ada iman- kamu tidak akan berani buat penyelewengan, khianat, makan harta anak yatim, harta orang secara haram dan buat apa saja keburukan- kerana kamu tahu Allah adalah Saksi & Pengawas akan segala yang kamu lakukan.

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs