View Categories

SURAH AT-TAKATHUR : AYAT 8

\"\"

NIKMAT YANG ALLAH ANUGERAHKAN AKAN DIPERSOALKAN, PERINGATAN KEPADA PENCINTA DUNIA LUPA AKHIRAT & LIMA FAWAID SURAH.

Full video : https://youtu.be/6mcIhOFBhp8?si=Igba2sR8iRaxe6qF

MUQADDIMAH :

  1. Dalam ayat ke-8 ini Allah s.w.t menyatakan bahawa setiap nikmat yang Allah anugerahkan akan dipersoalkan.
  2. Dalam ayat-ayat yang lepas kita telah mendengar huraian ulama\’ tentang celaan & peringatan kepada pencinta dunia lupa akhirat.
  3. At-Takathur iaitu memperbanyakkan apa saja untuk kepentingan dunia saja seperti mengumpul harta, anak cucu, pangkat kedudukan adalah dikeji.

Manakala memperbanyakkan amalan untuk bekalan Akhirat & ketaatan kepada Allah itu dipuji!

  1. Jangan sampai berlaku kesilapan dengan mengambil jalan yang terbalik- bekalan untuk akhirat sedikit usahanya tetapi untuk dunia diperbanyakkan!
  2. Dalam siri ini kita akan menggali lima fawaid kelebihan dari surah At-Takathur ini.

AYAT 8- {SELAIN DARI ITU, SESUNGGUHNYA KAMU AKAN DITANYA PADA HARI ITU, TENTANG SEGALA NIKMAT (YANG KAMU TELAH MENIKMATINYA)!} (AT-TAKAATHUR 102:8)

  1. Kemudian Allah s.w.t tutup surah ini dengan mengingati manusia bahawa: Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya.
  2. Kita ambik nikmat tetapi lupa kepada Pemberi Nikmat iaitu Allah Azza wa Jalla.
  3. Pada hari akhirat masing-masing akan ditanya tentang nikmat yang dianugerahkan kepada mereka di dunia dulu samada yang mukmin atau yang kafir:

i- Orang-orang mukmin akan ditanya tentang nikmat-nikmat itu kerana hendak menyatakan kemuliaan mereka dengan sebab mereka bersyukur dengan menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu pada perkara-perkara yang diredhai Allah.

ii- Sebaliknya orang-orang kafir pula akan ditanya tentang nikmat-nikmat itu kerana hendak menyatakan kejahatan dan kehinaan dengan sebab mereka menyalahgunakan nikmat-nikmat yang besar itu.

4. Ulama\’ mengatakan lagi bahawa orang mukmin akan ditanya juga tentang nikmat yang dia dapat; samada syukur atau tidak.

Juga tentang nikmat yang wajib seperti harta- infaq atau tidak, keluar zakat atau tidak!
Yang Allah perintah buat atau tidak, yang Allah larang langgar atau tidak! kewajipannya.

5. Beberapa hadis yang dibawa oleh ulama\’ dalam mentafsirkan ayat ini:

i- Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Bahawa antara perkara awal yang akan ditanya pada hari Kiamat ialah tentang nikmat yang telah diberikan kepada kamu!

Bukakah Allah telah beri kepada kamu tubuh badan yang sihat dan seterusnya..
hatta tentang air sejuk yang diminum pun akan ditanya! [HR at-Tirmizi].

ii- Hadis ru\’yah yang panjang- riwayat Abu Hurairah r.a antaranya:

Allah s.w.t bertemu dengan manusia pada hari akhirat kemudian bertanya: Wahai manusia tidakkah Aku muliakan kamu, Aku berikan keketuaan kepada kamu, Aku berikan kepadamu pasangan, Aku berikan kamu kuda & unta untuk digunakan… kemudian semua nikmat akan dipersoalkan – ditanya apakah kamu syukur atau angkuh. [HR Muslim].

Semua akan dipersoalkan, kerana itulah kata ulama\’- semua jawatan & perlantikan itu adalah satu tanggung-jawab bukan hanya kemuliaan & kemegahan.

iii- Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa ketika Abu Bakar dan Umar sedang duduk, maka datanglah Nabi s.a.w kepada keduanya, lalu baginda S.a.w bertanya,
\”Apakah yang membuat kamu berdua duduk di sini?\”
Keduanya menjawab, \”Demi Tuhan Yang telah mengutus engkau dengan hak, tiada yang menyebabkan kami keluar melainkan rasa lapar.\”
Nabi S.a.w bersabda; \”Demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, tidak ada yang mendorongku keluar selain dari alasan yang sama.\”
Lalu mereka pergi hingga sampai di rumah seorang lelaki dari kalangan Ansar, maka mereka disambut oleh seorang wanita, dan Nabi S.a.w bertanya kepada wanita itu, \”Ke manakah si Fulan (suaminya)?\”
Wanita itu menjawab bahawa suaminya sedang pergi untuk menyejukkan air minum buat dia dan keluarganya.
Tidak lama kemudian datanglah orang yang dicari mereka dengan membawa qirbah wadah airnya, dan dia langsung berkata menyambut mereka, \”Marhaban (selamat datang), tiada seorang tamu pun berkunjung kepada seseorang lebih afdal daripada Nabi yang hari ini datang berkunjung kepadaku.\”
Lalu dia menggantungkan qirbah wadah airnya ke pohon kurma dan dia pergi, kemudian datang lagi dengan membawa setandan buah kurma. Maka Nabi S.a.w bersabda kepadanya, \”Bukankah engkau telah memetik buah kurmamu?\”
Lelaki itu menjawab \”Aku ingin menghormati kalian dengan menyajikan makanan yang masih segar menurut kesukaan kalian.\”
Kemudian dia mengambil pisau besar (untuk menyembelih kambing), maka Nabi S.a.w bersabda, \”Janganlah kamu sembelih kambing yang sedang menyusu.\”

Dia menyembelih kambing buat mereka di hari itu dan mereka makan makanan yang telah disajikan, lalu Nabi S.a.w bersabda:

\”لَتُسْأَلُنَّ عَنْ هَذَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ. أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمُ الْجُوعُ، فَلَمْ تَرْجِعُوا حَتَّى أَصَبْتُمْ هَذَا، فَهَذَا مِنَ النَّعِيمِ\”

Sungguh kamu akan ditanyai mengenai hal ini kelak di hari kiamat. Kamu keluar kerana terdorong oleh rasa lapar, dan sebelum pulang kamu telah mendapatkan semua ini, dan ini termasuk dari nikmat. [HR Muslim].

iv- kata az-Zubair Ibnu Awwam rhm.: Apabila ayat 8 ini diturunkan:
{Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!}- dia pergi bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
Wahai Rasulullah, nikmat manakah yang kami akan dipersoalkan? Sedangkan di rumah kami hanya ada dua benda hitam iaitu air & tamar? Apakah kami akan ditanya juga?

Rasulullah s.a.w menjawab ya! Kamu akan ditanya tentangnya apakah kamu bersyukur atau tidak dengan nikmat itu! [HR at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad].

Bagaimana dengan nikmat yang kita yang begitu banyak hari ini???

Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur dengan nikmat yang Engkau anugerahkan, orang sentiasa menjaga nikmat itu, bukan orang yang kufur nikmat, membazir & boros serta jangan sombong & angkuh!

PENUTUP :

  1. Ayat 1- {Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),}- telah dirosakkan kamu dengan leka lagha kerana sibuk mencari harta, kedudukan dunia sehingga lupa akan Allah & akhirat.

Kata ulama\’: sekadar untuk memperbanyakkan harta, anak-isteri sahaja tidak dikeji, tetapi tujuan sebalik itu yang harus dilihat! Iaitu apabila ada sifat sombong, mencari kedudukan, kebanggaan & kemenangan!

Banyak menuntut ilmu itu dituntut & dipuji- tetapi hati-hati-
Walaupun ada ilmu agama dengan takabbur & bermegah dengannya tetap dikira sombong & dicela!

Ada ilmu dunia sombong & angkuh juga dengan nikmat Allah- lebih mencari kesalahan orang daripada muhasabah diri.

PERHATIAN :

Perbezaan antara sibuk mencari harta sahaja tetapi tidak leka dari agama & mengingati Allah; dengan dilekakan dengan mencari harta- cari harta sehingga lagha & lupa agama itu yang dikeji!

  1. Ayat 3- {Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!}
    Ayat 4- {Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!}

Ayat 5- {Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).}

Tiga kali Allah s.w.t ulang perkataan {كَلَّ} dalam surah ini. Ia sebagai satu jerkahan & sentapan untuk memperingatkan kita agar jangan lupa & lalai, kamu akan tahu akan hakikat dan ini ke mana hala-tujunya, kamu akan tahu nanti akan kesan & akibatnya lupakan Allah s.w.t di akhirat nanti!

Maka rugilah jika kita hanya membacanya tanpa terasa apa-apa.

Kata ar-Razi rhm.: Ayat ini juga satu amaran keras untuk para ulama\’- ahli ilmu & ahli agama! Jika mereka faham betul-betul & yakin sungguh nescaya dia akan kenal penyakit gilakan harta ini!

Mereka akan ambil berat peringatan dalam ayat ini & pasti mereka akan menjauhi dan tidak bermudah- mudah dalam bab agama ini!

Maka celakalah orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya!

  1. Ayat 2- {Sehingga kamu masuk kubur.}
    Ulama\’ kata dalam al-Quran hanya ayat ini yang Allah s.w.t sebut tentang masuk dalam kubur. Tiada dalam ayat lain.

Maka kata ulama\’ ziarah kubur adalah menjadi penawar yang cukup mujarab bagi hati yang keras!

Penawar bagi hati yang keras untuk melembutkannya:
i- kena banyak ingat & sebut akan mati, yang dapat menghilangkan kerakusan & kelazatan dunia.
Kerana kita akan berpisah dengan orang yang kita sayang, segala harta dunia yang ada akan ditinggalkan, jika kita mati dalam maksiat siapa yang akan jaga anak-anak kita?

Hati-hati juga para penuntut ilmu & huffaz al-Quran jangan sampai hilang keberkatan ilmu.

ii- banyakkan ziarah orang sakit & orang nak mati! Betapa ramai kita lihat orang yang dekat nazak, dapat menginsafkan kita!

iii- banyakkan ziarah kubur orang muslim seorang diri & ketika sunyi sebaiknya. Kita akan ingat akan nasib kita bila masuk ke dalam kubur nanti, amalnya sedikit bekalannya ringan! Kita akan menangis & takut sekali!

Persoalan:
Kenapa Allah sebut { زُرْتُمُ} dengan maksudnya sehingga kamu ziarah kubur? Kenapa hanya ziarah bukan tinggal masuk ke dalam kubur?

JAWAPAN :

Ini kerana penghuni kubur bukan penghuni tetap, tetapi hanya sementara kerana pada hari Kiamat akan keluar semuanya!

Mati & masuk kubur bukan perjalanan terakhir setiap manusia itu!

Perkataan itu salah- ia hanya perjalanan terakhir kita di dunia & perjalanan awal kita menuju ke akhirat. Alam kubur di panggil sebagai alam barzakh- iaitu alam peralihan & pemisah antara dunia & akhirat.

Kena perbetulkan anggapan atau percakapan bahawa mati itu perjalanan terakhir seorang manusia. Ia adalah permulaan perjalanan kita menuju ke akhirat, pintu masuk ke Akhirat. Siapa yang lepas azab kubur maka selamatlah dia di akhirat, siapa yang kena azab dalam kubur maka celakalah dia!

  1. Ayat 5- {Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).} & Ayat 6- {(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.}-

Allah s.w.t sebut mula-mula dengan ilmu yang yakin {علم اليقين} kemudian dengan penglihatan yang yakin {عين اليقين}.

Dikatakan ilmu ini ada 3 peringkatnya:
i- ilmu yakin {علم اليقين} iaitu kita yakin & tahu semasa atas dunia ini.
Seperti kita orang beriman percaya tentang syurga. Ini baru ilmu yakin.

ii- kemudian lihat dengan mata kepala sendiri {عين اليقين}. Kemudian setelah kita lihat sendiri syurga maka itulah ainul-yaqin!

iii- lalu jadilah ia sesuatu yang benar {حق اليقين}. Setelah kita sendiri masuk & merasa nikmat dalam syurga itulah haqqul-yaqin yang tidak berbelah-bagi lagi!

  1. Ayat 8- {Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!}- tentang apakah yang kita akan ditanya itu nanti?

Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).\” [HR at-Tirmizi].

Awalnya kamu telah dilekakan dalam mengumpul harta, anak & pangkat dunia sehingga lupa akan akhirat;
Maka akhirnya kamu akan dipersoalkan tentang nikmat yang telah kamu terima & kumpulkan selama ini!

Maka orang yang berakal apabila mengetahui semua ini akan ditanya, dipersoalkan, maka apabila mahu kumpul harta dia akan pastikan semuanya halal & baik, dia akan pilih antara halal & haram.
Ini kerana yang halal pun akan dihisab, yang haram pun akan dihisab!

Kita sebagai orang beriman kena fikir & ingat bahawa semua perbuatan, perkataan kita ada kaitan dengan agama, ada dosa & ada pahalanya!

Kita ingat apakah kesannya apakah akan memberi kesan & pulangan yang baik untuk agama & negara!

Allah beri kita nikmat bercakap & menulis jangan salah gunakannya- ingatlah hasil tangan yang kita kerjakan hari ini akan dipersoalkan di akhirat kelak-!

Jangan sampai masuk kubur baru kita menyesal dengan banyaknya dosa, kerana segala pahala yang dibuat telah hilang, bahkan dicampakkan pula dosa orang lain atas kepala kita.

Ya Allah jadikan kami orang yang sentiasa ingatkan mati, ingatkan akhirat, yang lembut hatinya, banyak ketaatan & amal kebaikannya.
Jangan jadikan kami orang yang lagha atas dunia ini & muflis pula di akhirat kelak!

Powered by BetterDocs