BERSUMPAH BAGI MENOLAK TUDUHAN QURAISH, SIFAT JIBRAIL YANG KUAT DAN AMANAH & BERLAKU DENGAN KEHENDAK ALLAH.
Full video : https://youtu.be/XzW-SY2fXYM?si=u-FOUo0iOsCwdwBE
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah SWT bersumpah bagi menolak tuduhan kafir Quraisy yang mengatakan al-Quran itu tidak betul, Rasulullah SAW itu gila majnun!
- Allah SWT menyatakan bahawa Jibril, malaikat yang menurunkan al-Quran itu sifatnya adalah kuat dan amanah serta gagah perkasa.
- Allah SWT menegaskan bahawa semua yang berlaku atas dunia ini adalah dengan kehendak Allah.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 15- {OLEH ITU, AKU BERSUMPAH DENGAN BINTANG-BINTANG YANG TENGGELAM TIMBUL;} (AT-TAKWIR 81:15)
- Allah SWT bersumpah dengan { بِٱلْخُنَّسِ} sebuah bintang besar yang tenggelam timbul.
- Ahli tafsir kata : Maksudnya {ٱلْخُنَّسِ } ini jenis bintang!
Tetapi ada juga kata ia adalah:
i- Bintang 7 iaitu; matahari, bulan, zuhal, utarid, marikh, musytari & zuhrah.
ii- Atau bintang 5 iaitu semua yang di atas kecuali matahari & bulan.
iii- Semua bintang yang ada di langit. Kesemuanya tenggelam timbul, pada waktu malam jelas ada, apabila siang hilang.
AYAT 16- {YANG BEREDAR, JUGA YANG TETAP PADA TEMPATNYA;} (AT-TAKWIR 81:16)
- Bintang ini juga tetap berada pada tapaknya (paksi).
- Ada ulama’ kata : Makna { ٱلْكُنَّسِ} ialah tersembunyi iaitu hilang pada siang hari!
AYAT 17- {DAN MALAM, APABILA IA HAMPIR HABIS,} (AT-TAKWIR 81:17)
- Allah juga bersumpah dengan waktu permulaan malam sehingga ia habis/hilang { عَسْعَس} semula pada waktu subuhnya!
AYAT 18- {DAN SIANG, APABILA IA MULAI TERANG;} (AT-TAKWIR 81:18)
- Juga dengan waktu subuh apabila mula muncul & cerah {تَنَفَّسَ}.
- Apabila ia muncul cahayanya mula keluar & tersebar, lalu dari malam yang gelap bertukar menjadi siang yang cerah!
AYAT 19- {SEBENARNYA AL-QURAN ITU, SUNGGUH-SUNGGUH KALAMULLAH (YANG DISAMPAIKAN OLEH JIBRIL) UTUSAN YANG MULIA,} (AT-TAKWIR 81:19)
- Allah bersumpah dengan semua itu untuk menyatakan bahawa al-Quran itu adalah Kalamullah!
- Yang disampaikan kepada Rasulullah ASW oleh utusan yang sangat mulia, iaitu malaikat Jibril AS.
- Maksudnya {رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ} ialah utusan yang elok rupanya dan akhlaknya juga baik!
AYAT 20- {YANG KUAT GAGAH, LAGI BERKEDUDUKAN TINGGI DI SISI ALLAH YANG MEMPUNYAI ARASY,} (AT-TAKWIR 81:20)
- Jibril ini satu malaikat yang gagah {ذِى قُوَّةٍ}.
- Ia juga mempunyai kedudukan yang tinggi {مَكِينٍۢ} di sisi Allah.
AYAT 21- {YANG DITAATI DI SANA (DALAM KALANGAN MALAIKAT), LAGI DIPERCAYAI.} (AT-TAKWIR 81:21)
- Semua malaikat dilangit taat {مُّطَاعٍۢ} kepadanya, kerana Jibril adalah ketua segala malaikat yang dilantik Allah.
- Malaikat Jibril juga sangat amanah & jujur {أَمِينٍۢ} dalam menjalankan perintah Allah SWT!
- Antaranya ialah menyampaikan wahyu kepada para rasul & nabi tanpa menambah atau menguranginya sedikitpun!
Ianya adalah 100% benar dan authentic!
AYAT 22- {DAN SEBENARNYA SAHABAT KAMU (NABI MUHAMMAD) ITU (WAHAI GOLONGAN YANG MENENTANG ISLAM), BUKANLAH IA SEORANG GILA (SEPERTI YANG KAMU TUDUH);} (AT-TAKWIR 81:22)
- Sesungguhnya Rasulullah SAW bukanlah seorang yang gila seperti yang kamu tuduh wahai para kafir ahli Makkah!
- Munasabah ayat:
i- Setelah Allah SWT puji al-Quran bahawa ia dibawa turun oleh utusan Allah yang sangat dipercayai, yakni malaikat Jibril.
Apa yang diterimanya disampaikan pula kepada para rasul 100% tanpa kurang & tambah!
ii- Jadi dalam ayat ini Allah SWT puji pula utusan-Nya dari kalangan manusia iaitu Rasulullah SAW! yakni wahyu dari Jibril tadi diterima oleh Rasulullah SAW yang benar & amanah juga.
Apa yang diterimanya disampaikan pula kepada umatnya 100% tanpa kurang & tambah!
- Firman Allah SWT:
{Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.} (Al-A’raf 7:184)
- Mereka kenal Nabi Muhammad SAW sejak lahir bahkan menggelarnya al-Amin selama hampir 40 tahun, kemudian tiba-tiba mendustakanya!
Apakah kamu tidak berfikir!
AYAT 23- {DAN (NABI MUHAMMAD YAKIN BAHAWA YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA IALAH WAHYU DARI TUHAN, KERANA) DEMI SESUNGGUHNYA! NABI MUHAMMAD TELAH MENGENAL DAN MELIHAT JIBRIL DI KAKI LANGIT YANG NYATA.} (AT-TAKWIR 81:23)
- Rasulullah SAW juga yakin bahawa apa yang diterimanya adalah wahyu dari Allah SWT!
Utusan yang datang adalah malaikat Jibril yang dikenalinya, bukan jin atau syaitan yang menyamar!
- Allah nyatakan bahawa Baginda SAW mengenal dan telah melihat Jibril dalam rupanya yang asli di kaki langit yang nyata.
- Berapa kali Rasulullah SAW tengok malaikat Jibril ini?
Riwayat dari Ibnu Mas’ud RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW tidak melihat rupa asli Malaikat Jibril kecuali sebanyak dua kali.
Jibril mempunyai 600 keping sayap yang memenuhi ufuk langit. [HR Bukhari & Muslim].
- Rasulullah SAW melihat Jibril dalam rupanya yang asli dari ufuk langit pertama ketika di Makkah & kedua ketika naik Mi’raj.
- Dalilnya firman Allah SWT:
{Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah,
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal,
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”. (An-Najm 53: 5-15)
AYAT 24- {DAN BUKANLAH NABI MUHAMMAD SEORANG YANG BOLEH DITUDUH DAN DISANGKA BURUK, TERHADAP PENYAMPAIANNYA MENGENAI PERKARA-PERKARA YANG GHAIB.} (AT-TAKWIR 81:24)
- Rasulullah SAW bukanlah seseorang yang boleh kamu tuduh & sangka buruk dalam penyampainnya dalam perkara ghaib!
- Baginda SAW sangat bersemangat untuk menyampaikan al-Quran & dakwahnya kepada semua manusia! Ia bukanlah seorang yang bakhil dalam menyampaikan al-Quran & mengajar orang!
AYAT 25- {DAN SEBENARNYA AL-QURAN ITU BUKANLAH PERKATAAN SYAITAN YANG KENA REJAM.} (AT-TAKWIR 81:25)
- Al-Quran bukan sesekali perkataan syaitan yang dilaknat, jauh dari rahmat Allah SWT & yang direjam!
AYAT 26- {(DENGAN YANG DEMIKIAN) MAKA KE MANAKAH KAMU HENDAK PERGI (KIRANYA KAMU MASIH MENYELEWENG DARI JALAN AL-QURAN)? (AT-TAKWIR 81:26)
- Jika kamu masih menyeleweng & tak mahu ikut al-Quran, kamu mahu ikut siapa?
Ke mana kamu nak pergi????
- Munasabah ayat:
i- Allah SWT tidak akan biarkan stau ruang pun untuk orang kafir putar belit fakta untuk mencela Rasulullah SAW.
ii- Maka di sini Allah SWT bawa hujjah & bukti yang nyata & dalil yang mantap! Maka di sini Allah tanya ke mana lagi mahu pergi? Apa lagi yang kamu mahu?
- Kata Imam Ibnu Kathir RHM : Ke mana pergi akal & kewarasan kamu ketika mendustakan al-Quran yang benar & nyata datang dari Allah SWT ini????
AYAT 27- {AL-QURAN ITU TIDAK LAIN HANYALAH PERINGATAN BAGI SELURUH PENDUDUK ALAM:} (AT-TAKWIR 81:27)
- Di sini Allah SWT sebut tentang kedudukan al-Quran.
- Ia adalah satu { ذِكْرٌۭ} peringatan, nasihat & amaran bagi seluruh penduduk alam.
- Kata Ibnu Asyur RHM : Jika dikatakan zikir { ذِكْرٌۭ} ia mengandungi banyak makna dan sangat luas artinya, antaranya ialah:
i- Berdoa, berzikir dengan mulut & hati.
ii- Nasihat untuk buat baik, larang dari melakukan kebatilan & kesesatan.
iii- Al-Quran ini menjadi peringatan kepada semua manusia untuk memperbetulkan aqidah tauhid mereka, mengabdikan diri taat kepada Allah SWT, membersihkan jiwa mereka daripada akhlak & perangai huduh, mengelokkan cara muamalat interaksi sesama manusia, adab akhlak dan lain-lain.
- Yakni dalam al-Quran itu ada semuanya, sangat lengkap & sempurna!
- Maksud { لِّلْعَـٰلَمِينَ} pula ialah seluruh alam ini, termasuk malaikat, manusia & jin.
AYAT 28- {IAITU BAGI SESIAPA DARI KAMU YANG MAHU TETAP TEGUH DI ATAS JALAN (ISLAM) YANG BETUL.} (AT-TAKWIR 81:28)
- Iaitu al-Quran ini adalah panduan peringatan bagi sesiapa yang mahu tetap berada di atas jalan Islam yang betul.
AYAT 29- {DAN KAMU TIDAK DAPAT MENENTUKAN KEMAHUAN KAMU (MENGENAI SESUATUPUN), KECUALI DENGAN CARA YANG DIATUR OLEH ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SELURUH ALAM.} (AT-TAKWIR 81:29)
- Manusia tidak dapat menentukan dan memilih jalannya kecuali dengan izin Allah SWT!
- Allah SWT bagi kita akal & otak untuk memilih mana yang baik & buruk, maka kita boleh gunakannya untuk memilih jalan yang lurus dan diredhai Allah.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 15- {Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;} &
Ayat 16- {Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;}-
Allah SWT bersumpah dengan bintang yang nampak pada waktu malam & hilang pada waktu siangnya untuk menegaskan bahawa al-Quran itu benar dari-Nya Azza wa Jalla, diturunkan melalui Jibril yang amanah kepada Rasulullah SAW!
Ulama’ tafsir kata : Allah bersumpah dengan keadaan bintang yang zahir. Iaitu siangnya ia tidak nampak & tersembunyi.
Yang berjalan di atas landasannya yang telah ditetapkan, tidak pernah tersasar dan mengganggu perjalanan yang lain.
Apakah hikmah Allah SWT bersumpah dengan bintang?
i- Kerana ia cerah, terang & menjadi pedoman kepada para musafir pada waktu malam (zaman dahulu).
ii- Al-Quran ini sangat jelas kamu berjalan atas bumi untuk menuju keredhaan Allah SWT adalah melalui al-Quran, sebagaimana bintang menerangi musafir pada waktu malam. Keduanya adalah pedoman untuk dunia & akhirat manusia.
- Ayat 15- {Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;} SEHINGGA
Ayat 18- {Dan siang, apabila ia mulai terang;}-
Allah SWT mulakan sumpahnya dengan alam atas (عالم العلوي) iaitu langit dan isi kandungannya! Kenapa????
Munasabahnya:
Kerana Allah SWT mahu menberitahu bahawa utusannya malaikat Jibril itu dari alam langit. Tetapi dengan kuasa & kelajuannnya dia dapat turun naik dari langit ke bumi dalam masa yang siangkat & mudah!
- Ayat 19- {Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,} & Ayat 20- {Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,}-
Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan (رَسُولٍۢ) kepada malaikat Jibril.
Kenapa?
Jawapan:
Ini untuk memberi isyarat bahawa Jibril itu hanya utusan yang menyampaikan, bukan dia yang buat atau reka.
Allah SWT juga menggunakan perkataan utusan (رَسُولٍۢ) ini kepada Rasulullah SAW sebagaimana dalam firman-Nya ini:
{Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul (رَسُولٍۢ) yang mulia.
Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.} (Al-Haaqqah 69: 40-41)
Maka ulama’ membuat rumusan bahawa ayat-ayat ini menunjukkan bahawa utusan (رَسُولٍۢ) itu ada & boleh jadi dari kalangan manusia & malaikat!
Cuma jika perkataan nabi ia khas untuk manusia, dari kalangan malaikat tidak ada nabi!
Sebagaimana yang dapat kita lihat dari Hadis ini Rasulullah SAW membetulkan bacaan sahabat yang tertukar sebut antara perkataan rasul & nabi!
Ini kerana rasul boleh membawa makna malaikat atau utusan-utusan Allah yang lain! Juga utusan yang Rasulullah SAW hantar.
Tetapi jika perkataan NABI ia khas kepada manusia para anbiya’ yang diberi wahyu oleh Allah SWT!
Daripada Al-Bara’ Bin ‘Azib RA bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وقُلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ، فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ
Maksudnya: Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah seperti mana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ،
Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan. [HR Al-Bukhari].
Sahabat apabila ulang balik doa yang diajar Rasulullah SAW ini telah membaca lafaz (وَبِنَبِيِّكَ -dengan Nabi-Mu) dengan lafaz (وَبِرسولكَ -dengan Rasul-Mu)- Baginda SAW membetulkannya dengan menyuruhnya membaca yang asal iaitu (وَبِنَبِيِّكَ -dengan Nabi-Mu).
Inilah pentingnya kita menjaga & membaca doa, zikir, selawat dan lain-lain ajaran dengan lafaz Nabawi sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW sendiri.
Bukan mudah-mudah, kata ikutlah boleh baca semuanya sama dan bagus!
Inilah pentingnya dalam sudut amalan & bacaan kita agar bertepatan dengan ajaran & Sunnah Rasulullah SAW yang sahih!
- Ayat 19- {Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,} & Ayat 20- {Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,}-
Dalam ayat ini Allah SWT sifatkan utusan-Nya malaikat Jibril itu dengan 5 sifat.
Iaitu malaikat Jibril sifatnya:
i- Mulia & cantik : (كَرِيمٍۢ).
ii- Kuat : (ذِى قُوَّةٍ).
iii- Mempunyai kedudukan di sisi Allah SWT : (مَكِينٍۢ).
iv- Semua malaikat lain taat kepadanya- (مُّطَاعٍۢ).
v- Sangat amanah & beritegriti dalam menjalankan tugasnya- (أَمِينٍۢ)!
Ini untuk menyatakan bahawa utusan Allah SWT yang membawa al-Quran dalam menyampaikan wahyu itu adalah sangat layak!
Kenapa Allah SWT gambarkan malaikat ini mempunyai kekuatan (ذِى قُوَّةٍ) & kedudukan (مَكِينٍۢ)?
i- Kekuatan malaikat ini dapat menghalang syaitan dari mendekati al-Quran.
ii- Malaikat yang kuat yang membela Rasulullah SAW yang didustakan oleh puak kafir!
iii- Sesiapa yang memusuhi Nabi SAW akan dimusuhi oleh malaikat.
iv- Mempunyai kuasa & kekuatan dalam menjalankan apa saja perintah Allah SWT.
Itulah malaikat yang dipilih oleh Allah SWT untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah SAW!
- Ayat 28- {Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.}-
Sesiapa yang mahu kebaikan dan berada di atas jalan yang benar maka pilihlah al-Quran.
Yakni manusia mempunyai pilihan sendiri dengan akalnya nak pilih jalan baik atau salah!
Tetapi ingat; Semuanya adalah di bawah kehendak Allah SWT!
Kita hanya boleh merancang & buat strategi tetapi pergantungan kita hanya kepada Allah SWT!
Yakni kita berada di bawah ihsan Allah SWT! Apa yang Tuhan mahu akan terjadi, apa yang Dia tidak mahu tidak akan terjadi!
Agama Islam ini sesuai untuk semua tempat, zaman & masa!
Bukan hanya pada zaman Nabi SAW dulu!
Allah SWT yang jaga Rasulullah SAW dulu juga yang menjaga syariat sampai kepada kita hari ini!
Fahaman kita ahli Sunnah wal-Jama’ah; semua perkara berlaku dengan kehendak Allah SWT serta dalam masa yang sama manusia mempunyai pilihan sendiri dengan akalnya untuk berfikir dan memilih.
Bukan seperti fahaman beberapa ajaran sesat seperti Mu’tazilah, Qadariyah & Jabariyah.
Alhamdulillah tamatlah siri tafsir bagi Surah At-Takwir ini, semoga kita mendapat pengajaran & mengambil peringatan manfaat darinya!
Semoga al-Quran menjadi peringatan dan pemandu kita sehingga ke hari Kiamat untuk mendapat keredhaan Allah SWT!
Wallahu A’lam.