SUMPAH PALSU PUAK KAFIR, BERSIKAP SOMBONG DAN PERANCANGAN JAHAT & SUNNAH ALLAH S.W.T TETAPKAN KE ATAS PENENTANG ISLAM.
Full video : https://youtu.be/7dupv2ceCL4
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menceritakan tentang sumpah palsu yang dimainkan oleh pihak Quraisy sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. Perkara ini tiada orang yang tahu kecuali Allah s.w.t!
- Mereka bersumpah jika diutus seorang rasul kepada mereka sepertimana rasul-rasul yang terdahulu, mereka akan mebela dan mendokonganya sepenuh hati!
- Kononnya mereka baik jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu yang pernah diutus para utusan terdahulu kepada mereka, iaitu orang-orang Yahudi, Nasrani dan selainnya. Ini mereka dengar ceritanya.
- Mereka juga membuat perancangan jahat, tetapi telah digagalkan oleh Allah s.w.t setiap perancangan jahat mereka itu.
- Kemudian Allah s.w.t ceritakan pula Sunnah Allah S.W.T tetapkan ke atas penentang Islam.
AYAT 42- {DAN MEREKA BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DENGAN SEBEBAR-BENAR SUMPAHNYA: DEMI SESUNGGUHNYA JIKA DATANG KEPADA MEREKA SEORANG RASUL PEMBERI INGATAN DAN AMARAN, SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENJADI ORANG-ORANG YANG LEBIH BETUL JALAN AGAMANYA DARI SEBARANG UMAT YANG LAIN. SETELAH DATANG KEPADA MEREKA SEORANG RASUL PEMBERI INGATAN DAN AMARAN, (MAKA KEDATANGANNYA ITU) HANYA MENYEBABKAN MEREKA BERTAMBAH LIAR DARI KEBENARAN,} (FATHIR 35:42)
- Kaum musyrikin Arab di Makkah bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah, dengan sumpah yang sesungguh hati (جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ) sebelum Rasul diutus kepada mereka;
- Ini kerana selepas mereka mendengar cerita dari ahli Kitab (yahudi dan Nasrani) tentang kejahatan dan penolakan kaum terdahulu terhadap rasul yang diutuskan kepada mereka!
- Lalu mereka bersumpah demi sesungguhnya bahawa jika rasul itu datang kepada mereka memberi peringatan, tentulah mereka akan menjadi salah satu umat yang paling mendapat hidayah petunjuk, menjadi pengikut yang paling setia dan patuh.
- Mereka ini terlalu tinggi angan-angan dan nak tunjuk baik! Kononnya mereka lebih baik jika dibandingkan dengan umat terdahulu. Namun kenyataannya, mereka tidak memenuhi sumpah dan janji ini. Maka kita jangan (ghuluw) terlalu melampau dan cuai dalam apa-apa perkara terutama dalam hal ibadat dan agama.
- Firman Allah s.w.t: {Supaya kamu tidak mengatakan: \”Bahawa Kitab (agama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka\”. Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: \”Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka\”.} (Al-An\’aam 6:156 & 157)
- Malangnya merekalah menjadi penentang Rasulullah s.a.w yang paling tegar sehinggalah kebanyakkan dari mereka gugur mati dibunuh oleh tentera Islam dalam Peperangan Badar!
- Tapi ketika datang Rasulullah s.a.w datang kepada mereka dengan membawa Kitab Al-Quran yang mulia yang diturunkan kepadanya, memberi peringatan dan amaran, mereka tidak menerimanya sepertimana sumpah mereka.
- Bahkan mereka bertambah liar, ganas, sesat dan tidak jadi mendapat hidayah untuk menjadi lebih baik daripada umat terdahulu, mereka tetap saja sesat seperti sebelumnya dan sama saja seperti umat terdahulu yang menentang rasulnya.
- Ini kerana sumpah mereka itu bukan ikhlas dan benar-benar untuk mencari kebenaran. Mereka bersumpah untuk kepentingan diri mencari sokongan dan followers. Agar mereka disebut sebagai orang yang berada di atas kebenaran, sehingga orang yang tertipu, akan tertipu kepadanya dan para pengikut akan ikut di belakang mereka.
- Kerana itu kita jangan buat main dengan sumpah ini, ia bukan sesuatu yang ringan, juga jangan terlalu ghuluw (melampau) juga jangan cuai!
Kita jangan jadi orang yang suka bersumpah terlebih lagi yang menggunakan nama Allah, bersumpah hanya jika ada keperluan dan terpaksa! Sesiapa yang betul-betul bersumpah untuk mencari kebenaran Allah s.w.t insya\’ Allah, Allah akan buka lorong untuknya. - Jika kita nak berubah, bukalah hati dan minda terlebih dahulu, bukan terus bersumpah. Jangan mula dengan minda yang sesat dan negatif terus, tidak akan dapat jumpa kebenaran dan petunjuk!
AYAT 43- {SAMBIL BERSIKAP SOMBONG TAKBUR DI MUKA BUMI DAN BERUSAHA MERANCANGKAN RANCANGAN-RANCANGAN JAHAT (TERHADAP RASUL ITU), SEDANG RANCANGAN YANG JAHAT ITU TIDAK MENIMPA MELAINKAN ORANG YANG MENJALANKANNYA. (DENGAN KEADAAN YANG DEMIKIAN, MAKA) TIDAK ADA YANG MEREKA TUNGGU SELAIN DARIPADA BERLAKUNYA KEBINASAAN MENIMPA MEREKA (SEBAGAIMANA YANG TELAH MENIMPA) ORANG-ORANG KAFIR YANG TELAH LALU. KERANA ENGKAU TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENDAPATI SEBARANG PERUBAHAN BAGI \” SUNNATULLAH \” (UNDANG-UNDANG PERATURAN ALLAH), DAN ENGKAU TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENDAPATI SEBARANG PENUKARAN BAGI PERJALANAN \”SUNNATULLAH\” ITU.} (FATHIR 35:43)
- Tetapi hakikatnya, kaum Quraisy itu apabila dihantar rasul kepada mereka:
i- Mereka menjadi sombong takabbur (سْتِكْبَارًا), tidak mahu beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
ii- mereka juga telah buat perancangan jahat (وَمَكْرَ السَّيِّئِ) konspirasi ke atas Rasulullah s.a.w!
- Ulama\’ memberi beberapa pendapat tentang maksud perancangan jahat (وَمَكْرَ السَّيِّئِ) ini ialah:
i- Syeikh Al-Biqa\’i berkata untuk memadamkan dakwah Baginda, mereka menghina dan melempar fitnah gila, ahli sihir & penyair ke atas Rasulullah kepada orang yang ramai yang datang dari Makkah terutamanya pada musim Haji agar mereka menjauhinya.
ii- kata Syeikh As-Sam\’ani pula perancangan jahat itu:-
a) ialah syirik kepada Allah s.w.t.
b) konspirasi untuk menghalang dakwah Rasulullah s.a.w serta untuk membunuhnya juga.
iii- Al-Wahidi dan lain-lain pula kata perancangan jahat ialah untuk menyakiti dan membunuh Baginda Nabi s.a.w.
- Tetapi malangnya perancangan jahat mereka itu hanya akan menimpa orang yang merancangnya sendiri, iaitu makar jahat (وَمَكْرَ السَّيِّئِ) mereka kembalinya menimpa mereka sendiri.
Senapang makan tuan, atau siapa yang gali lubang untuk orang, dia sendiri akan jatuh ke dalamnya akhirnya.
Terlalu kuat dakyah, di\’ayah dan serangan akan menyebabkan orang cari dan jadi ingin tahu!
Jangan kita promosi keburukan orang terlebih sangat akn menjadi sebaliknya! - Perbuatan mereka itu membuatkan orang luar bertambah ingin kenal dan tengok siapakah Muhammad yang diviralkan itu, bahkan apabila mereka berjumpanya mereka dapati Baginda s.a.w adalah seorang yang sangat berbeza daripada apa yang mereka sebarkan dan tuduh itu!
Seorang yang hebat, fasih kata, tidak merapu, lemah-lembut dan baik akhlaknya. - Pengajarannya jangan kita terlebih promosi, sebut kesalahan yang dilakukan oleh orang itu jangan sebut nama dan viralkan tuannya pula!
Seolah bagi kredit, free iklan dan marketing, mempromosi mereka pula! - Lalu Allah s.w.t katakana bahawa sekarang mereka hanyalah menunggu sebagaimana berlakunya ketentuan yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu.
Sunnatul awwaliin (سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ) di sini bermaksud sunnah Allah- undang-undang peraturan yang Allah s.w.t buat dalam bertindak kepada makhluk-Nya yang terdahulu, iaitu azab atau siksaan Allah yang akan menimpa diri mereka akibat mendustakan rasul-rasulNya dan menentang mereka yang membawa perintah Allah s.w.t.
Siaran ulangan akan berlaku pula, maka tunggulah! - Firman Allah s.w.t juga: {Maka orang-orang yang tersebut tidak menunggu melainkan (azab Allah) sebagaimana kejadian-kejadian yang berlaku kepada orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): \”Tunggulah, sesungguhnya aku juga bersama-sama kamu dari orang-orang yang menunggu\”.} (Yunus 10:102)
- Tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rahmatan lil-Alamin, Allah s.w.t tidak musnahkan mereka secara keseluruhan sebagaimana umat yang terdahulu yang dihancurkan keseluruhan satu kaum atau satu kampung/daerah lalu diganti oleh umat lain.
Contoh- pengikut Firaun, kaum Nuh, Lut a.s dan lain-lain. - Manakala hanya berapa orang saja Quraisy yang mati selepas mereka lawan Rasulullah s.a.w.
Yang paling ramai hanyalah mereka yang telah dibunuh dalam peperangan Badar seramai 70 orang, sedikit dalam Uhud & Ahzab dan yang lainnya juga sedikit-sedikit! - Inilah satu adat dan ketetapan yang Allah s.w.t (سُنَّتِ اللَّهِ) telah tetapkan! Kamu tidak sekali-kali akan menemui sebarang perubahan bagi ketentuan Allah.
Sunnah Allah tidak dapat diubah dan tidak dapat diganti, melainkan ia akan tetap berjalan seperti apa yang telah ditetapkan-Nya. Samada untuk mengelakkan azab atau lain-lain nasib yang telah ditetapkan Allah s.w.t. jika nak selamat kita ikutlah apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 42- {Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebebar-benar sumpahnya:}- ulama\’ kata ayat ini dan ayat-ayat yang lain menunjukkan bahawa kaum Arab Quraisy di Makkah sudah mendapat maklumat dan tahu tentang rasul-rasul dan umat terdahulu.
Bahkan ada di kalangan mereka yang mengikut agama ahli Kitab ini seperti Waraqah bin Naufal (sepupu UM Khadijah r.a) yang menjadi ahli Kitab Nasrani dan membenarkan wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. - Ayat 42- {Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebebar-benar sumpahnya:} – ayat ini mengajar untuk tidak melakukan nazar, tidak digalakkan bernazar kerana ia telah memaksa sesuatu yang tidak wajib ke atas dirinya!
Yang mungkin boleh membawa kepada masyaqqah apabila mereka tidak mampu dan susah untuk melaksanakannya! Adakalanya Allah s.w.t tidak taufiqkan kepada mereka untuk melaksanankan! Rasulullah telah memberitahu bahawa hanya nazar untuk melakukan ketaatan saja yang wajib ditunaikan! Jika yang maksiat wajib tidak buat!
Hadis Rasulullah s.a.w tentang nazar:
i- Rasulullah S.A.W:
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ
Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu.\” [HR al-Bukhari: (6696)]
ii- Nazar hanya kamu boleh makan harta orang bakhil saja!
Rasulullah s.a.w. bersabda:
\”Sesungguhnya bernazar itu tidak menolak (mengubah) sesuatu. Tetapi sebenarnya nazar itu mengeluarkan (mendapatkan kebajikan) daripada orang bakhil.\” [HR Bukhari & Muslim].
- Ayat 43- {sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.} – Allah s.w.t tegaskan dalam ayat ini perancangan jahat akan kembali kena kepada mereka yang merancangnya sendiri! Bukan hanya setakat kena, Allah kata AKAN kembali & kena tuannya sendiri (إِلَّا بِأَهْلِهِ). Begitulah ketetapan Allah s.w.t!
- Ayat 43- {sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.}- ayat ini isyarat bahawa perancangan itu ada dua; satu baik dan satu buruk (وَمَكْرَ السَّيِّئِ). Perancangan yang mereka nak buat ke atas Rasulullah s.a.w itu perancangan yang jahat; manakala perancangan Allah s.w.t untuk mengagalkan rancangan jahat mereka itu (وَمَكْر اللَّهِ) adalah perancangan yang baik!
- Ayat 43- {sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.}- sesiapa yang buat perancangan jahat, kejahatan itu akan naik atas kepalanya sendiri!
(من أراد السوء حاق به السوء).
Kata perumpamaan yang masyhur dalam mana-mana bahasapun: Sesiapa yang gali lubang untuk saudaranya, dia sendiri akan jatuh ke dalamnya akhirnya!
Tengoklah dalam mana-mana lapangan hidup kita hari ini!
Kata seorang ulama\’ Salaf Muhammad bin Ka\’ab rhm.; tiga perkara yang seseorang itu buat akan kembali kepada dirinya sendiri:
i- sesiapa yang buat pencangan jahat akan kembali kepada dirinya sendiri. Dalil ayat 43 ini.
ii- sesiapa yang buat jahat dan zalim ke atas orang akan kena kembali.
Firman Allah s.w.t: {Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri.} [Yunus: 23]
iii- Sesiapa yang khianat tipu dan batalkan perjanjiannya juga akan kembali kerugian ke atas dirinya sendiri!
Firman Allah s.w.t: {Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.} (Al-Fath 48:10)
- Ayat 43- {sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.}- timbul persoalan ada juga yang buat perancangan jahat tetapi berlaku sungguh?
Jawapannya:
i- kita fahami kontek ayat ini duduk di mana. Ayat ini menunjukkan perancangan jahat Quraisy untuk halau dan bunuh Rasulullah s.a.w. Semuanya tidak jadi bahkan Rasulullah s.a.w selamat berhijrah dan mereka yang terbunuh dalam peperangan Badar.
ii- hendaklah kita tengok pada akhirnya, natijah kesudahannya, bukan hanya pada awal atau pusingan pertama, banyak lagi pusingannya! Mungkin pada awalnya perancangan jahatnya menjadi dan kena, tetapi pada akhirnya akan terserlah juga kebenaran, kejahatannya akan terbongkar dan diketahui! Tunggulah, hanya cepat atau lambat sahaja!
- Ayat 43- {Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi \” Sunnatullah \” (undang-undang peraturan Allah),} – ayat ini menjadi dalil kepada hikmat Allah s.w.t, setiap perkara dan benda yang manusia buat itu akan dibalas/dibinasakan mengikut keadaan dan kejahatannya.
- Ayat 43- { Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi \” Sunnatullah \” (undang-undang peraturan Allah),}- ayat ini menolak kefahaman bahawa Allah s.w.t mencipta sesuatu hanya begitu sahaja. Bahkan Dia cipta satu ketetapan yang menunjukkan kebijaksanaan-Nya dan segalanya ada hikmah dan faedahnya.
- Ayat 43- { Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi \” Sunnatullah \” (undang-undang peraturan Allah),}- ayat ini juga menunjukkan kepada kesempurnaan kuasa Allah s.w.t- apabila Allah berkehendakkan sesuatu; tidak boleh ditukar, tidak boleh diubah lagi! Kun fa-yakun!
- Ayat 43- {tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu.}- ketetapan yang Allah s.w.t letakkan ke atas para penderhaka dulu dan penderhaka yang kemudian adalah sama. Punca derhaka dan binasa mereka adalah sama; keras kepala, sombong dan takabbur, tak dengar kata!
Yang penting kesimpulannya; perancangan jahat yang dibuat akan kena kepada tuannya sendiri. Begitulah pusingan hidup di atas dunia ini, seumpama roda; sekali di atas sekali di bawah! Buat jahat pasti akan kembali kepada kamu sendiri suatu hari nanti, begitu juga perbuatan baik!