SURAH GHAFIR : AYAT 4-6

\"\"

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KEJAYAAN PUAK KAFIR, UMAT NUH DAN LAINNYA DIBINASAKAN KERANA KUFUR & AZAB TELAH DITETAPKAN KE ATAS MEREKA.

Full video : https://youtu.be/K61uhhuWSa0

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini peringatan dari Allah s.w.t bahawa golongan yang suka membantah dan mengingkari ayat-ayat Allah ialah orang-orang kafir.
  2. Maka kita sebagai orang yang beriman jangan mudah terpedaya dengan kekayaan, kejayaan dan kesenangan mereka di atas dunia ini, kerana ia semua hanya sementara. Allah bagi sekejap kepada mereka kemudian mereka akan dibinasakan, dihukum dan diazab kerana kekufuran mereka itu di akhirat nanti. Syurga mereka hanyalah di atas dunia yang fana\’ sementara ini.
  3. Munasabah ayat: Allah s.w.t tegaskan bahawa al-Quran ini adalah Kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Dari Lauh Mahfuz ke langit dunia kemudian kepada Rasulullah s.a.w.
  4. Tujuan al-Quran diturunkan adalah supaya semua manusia ikut petunjuk, panduan dan hukuman yang ada di dalamnya. Inilah matlamat asal al-Quran diturunkan.
  5. Lalu manusia itu terbahagi kepada dua:
    i- golongan pertama yang memerima dan mengikut al-Quran, beramal dan ikut garis panduannya. Inilah golongan yang selamat dunia akhirat insya\’ Allah.

ii- golongan yang menentang dan melawan al-Quran. Menolak hujjahnya berdebat dengan otak dan nafsu mereka semata. Tanpa ilmu dan fakta.

  1. Maka dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan kepada kita tentang keadaan hal-ehwal golongan ini!

AYAT 4- {TIDAK ADA YANG MEMBANTAH MENGENAI AYAT-AYAT ALLAH MELAINKAN ORANG-ORANG YANG KAFIR. OLEH ITU JANGANLAH ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) DIPERDAYAKAN OLEH KEBEBASAN MEREKA BERGERAK DENGAN BERULANG ALIK DARI SEBUAH BANDAR KE BANDAR YANG LAIN.} (GHAAFIR 40:4)

  1. Iaitu tidak ada orang yang membantah, lawan, ingkar dan menolak ayat-ayat Allah s.w.t dengan kebatilan kecuali puak-puak kafir! Mereka tidak mahu orang lain juga menerimanya.
  2. Mereka mencerca, menghina dan tidak mengakuinya sebagai wahyu dari Allah s.w.t, menuduhnya sebagai syair, sihir, rekaan Muhammad s.a.w dan lain-lain. Tujuannya kerana mereka mahu menolak kebenaran dan memadamkan cahaya yang Allah s.w.t turunkan untuk hamba-hamba-Nya.
  3. Firman Allah s.w.t: {Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.} (Al-Kahfi 18:56)
  4. Maka kita jangan lagha dan lalai, jangan lena tidur, bila Allah sebut begini, ingatlah bahawa puak kafir ini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini, adanya kumpulan yang mahu memadamkan cahaya keimanan dan hidayah petunjuk yang Allah s.w.t turunkan kepada kita!
  5. Puak kafir pula buat strategi untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam, melaga-lagakannya. Mereka hanya duduk dan melihat kita memusnahkan sesama sendiri.
  6. Yang bahayanya lagi pelbagai caranya untuk merosakkan Islam dari dalam.
  7. Allah s.w.t juga mengingatkan kita agar jangan terpedaya melihat puak kafir yang bebas tanpa sekatan hukum Syara\’, maju dan berjaya, kaya ternama di atas dunia ini. Mereka tenang dan gembira sedangkan mereka kafir!
  8. Lalu jangan kita timbul sangkaan buruk bahawa mereka diredhai atau berada di atas kebenaran. Allah s.w.t beri kemewahan dan nikmat kesenangan dan teknologi kepada mereka sehingga akhirnya mereka akan dibinasakan. Wal \’iyazubillah.
  9. Realitinya hidup atas dunia ini, jika dibandingkan keadaan sebahagian umat Islam dan orang kafir nampak jauh perbezaan, mereka lebih jauh ke depan dari segi kehidupan materialnya.
  10. Tetapi disebalik tabirnya kita tidak tahu, mereka juga banyak kekurangan dan kepincangannya dari segi lain pula. Jangan lihat dengan kacamata zahir sahaja, maka kita jangan terpedaya dengan puak kafir dan barat!
  11. Firman Allah s.w.t juga: {Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
    (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.} (A-li\’Imraan 3: 196-197).
  12. Jangan terpedaya dari segi aqidah dan kemajuan gaya hidup mereka, tetapi tidak bererti kita tidak boleh guna kemajuan alat dan teknologi mereka. Ambil yang baik tetapi jangan salah guna untuk syirik kepada Allah s.w.t pula!

AYAT 5- {SEBELUM MEREKA, KAUM NABI NUH DAN PUAK-PUAK YANG BERGABUNG – SESUDAH KAUM NABI NUH ITU – TELAH MENDUSTAKAN (RASUL-RASULNYA), DAN TIAP-TIAP UMAT DI ANTARANYA TELAH MERANCANGKAN RANCANGAN JAHAT TERHADAP RASUL MEREKA UNTUK MENAWANNYA (DAN MEMBINASAKANNYA); DAN MEREKA PULA TELAH MEMBANTAH DENGAN PERKARA YANG SALAH UNTUK MENGHAPUSKAN KEBENARAN DENGAN PERKARA YANG SALAH ITU; SEBAB ITU AKU BINASAKAN MEREKA. MAKA (LIHATLAH) BAGAIMANA KESAN AZABKU! (GHAAFIR 40:5)

  1. Allah s.w.t mahu ceritakan bahawa puak kafir yang berbantah, berlawan dan berdebat ini bukan hanya kaum Quraisy dengan Rasulullah sahaja. Tetapi sudah ada puak kafir sebelum mereka dari umat yang terdahulu seperti kaum nabi Nuh, serta puak yang bergabung sesudah nabi Nuh.
  2. Allah sebut ini supaya puak kafir yang ada pada zaman Rasulullah itu agar beringat sedar dan insaf jangan buat begitu, begitu juga puak kafir zaman ini, jika lawan al-Quran kamu akan binasa, tidak sekarang selepas ini. Paling jauh boleh pergi sehingga mati.
  3. Mereka telah berkumpul dan bergabung untuk membatalkan kebenaran dan membela atas kebatilan, seperti kaum Ad. Thamud, Lut. Syuaib dan banyak lagi sehingga kepada Abu Jahal dan semua kafir pada zaman ini.
  4. Kata ulama\’ tafsir. ayat ini juga menunjukkan bahawa Nabi Nuh adalah rasul yang pertama selepas nabi Adam a.s. Jika ada yang kata nabi lain sebelum Nuh adalah tidak benar. Kumpulan (Ahzab) adalah hasil dari yang hidup dari bahtera nabi Nuh mereka membiak kemudian ada yang menjadi kafir semula.
  5. Semua nabi-nabi menghadapi cabaran yang besar. Rasulullah s.a.w berdakwah di Makkah selama 10 tahun kemudian apabila matinya Abu Talib yang membelanya dan wafatnya UM Khadijah r.anha yang banyak membantu dan berkorban untuk dakwah Baginda s.a.w. Lalu Allah membawanya Isra\’ dan Mikraj.
    Kemudian penentangan semakin kuat sehingga para musyrikin Quraisy bersidang di parlimen mereka, Darun-Nadwah untuk menangkap, memenjara atau membunuh Rasulullah s.a.w.
  6. Allah s.w.t gambarkan keadaan mereka itu di dalam firman ini:
    {Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.} (Al-Anfaal 8:30)
  7. Setelah peristiwa ini Allah mengizinkan Rasulullah s.a.w untuk keluar berhijrah meninggalkan bumi Makkah yang penduduknya tiada kebaikan lagi kerana mereka telah menolak ajaran Rasulullah s.a.w.
  8. Allah s.w.t ceritakan lagi bahawa tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya dan membinasakannya; dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Dia binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azab-Nya.
  9. Firman Allah s.w.t: {Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.} (Al-\’Ankabuut 29:40)
  10. Ada kaum yang mati dengan hujan batu, dengan suara tempikan, ada yang tenggelam dalam bumi, dalam air, terbalik bumi dan pelbagai lagi. Semua itu kerana kezaliman mereka sendiri, bukan kerana mereka dizalimi!

AYAT 6- {DAN DEMIKIANLAH JUGA TETAPNYA HUKUMAN TUHANMU TERHADAP ORANG-ORANG YANG KAFIR, KERANA SESUNGGUHNYA MEREKA IALAH AHLI NERAKA.} (GHAAFIR 40:6)

  1. Orang kafir ini adalah penghuni neraka yang tetap hukumannya ke atas mereka, yang tidak akan keluar-keluar lagi, kekal di dalamnya.
  2. Allah nyatakan sebagaimana azab itu tetap dikenakan ke atas umat yang terdahulu, demikianlah juga azab itu akan ditimpakan ke atas semua para kafir yang lain di atas dunia ini, dan di Akhirat kelak mereka akan menjadi penghuni neraka yang kekal di dalamnya. Wal\’iyazu billah.
  3. Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman: Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.} (Yunus 10: 96-97)

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 4- {Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir.}- kata ulama\’ tadabbur ayat ini mengajar kepada kita bahawa orang yang berbantah dalam kebatilan itu adalah satu perbuatan yang dicela (مزموم) oleh Allah s.w.t.

Maka sesiapa yang membantah dan menolak hujjah al-Quran dengan akal dan pandangannya semata, mereka ini juga termasuk dalam golongan yang berhujjah dengan kebatilan untuk menolak al-Quran. Yang dicela oleh Syara\’ kerana mendahului akal daripada naqli (firman Allah).

  1. Ayat 4- {Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.}- kita sebagai orang mukmin jangan terpedaya dan terkesan dengan kemajuan teknologi dan harta kekayaan orang kafir. Negara mereka maju aman hebat tetapi mereka tiada nilai kemanusian apatah lagi keagamaan kerana tidak kembali kepada didikan wahyu Allah s.w.t.

Semua itu bukan tanda Allah sayang kepada mereka atau mereka di atas kebenaran! Kebenaran itu hendaklah diukur dengan nilai kacamata Syara\’. Bukanlah ramai kumpulan dan berjaya itu tanda benar dan diredhai Allah. Kita boleh guna teknologi mereka tetapi jangan terpedaya dan terpengaruh dengannya sehingga menggadai agama kita. Jika nak ikut yang ramai nescaya gembala kambing kena ikut kumpulan kambingnya yang ramai!

  1. Ayat 5- {Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung – sesudah kaum Nabi Nuh itu – telah mendustakan (Rasul-rasulnya),}- ayat ini menunjukkan bahawa kumpulan kafir itu datang selepas Nabi Nuh a.s.. Yakni Nabi Nuh a,s datang selepas Nabi Adam a.s, dia adalah rasul dan nabi yang pertama.

Kerana itu dalam hadis Syafaat yang panjang, Nabi Adam suruh manusia yang minta syafaat pergi kepada Nuh. Yakni Nuh awal rasul datang selepasnya.

  1. Ayat 5- {dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya)- setiap umat yang menentang rasulnya, bercita-cita, berangan besar untuk membinasakan nabi-nabinya. Ada yang nak tangkap, bunuh, halau dan seumpamanya! Senjata orang jahat ialah lidah mereka yang jahat!
    Pendakwah tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk mengata dan memaki orang lain walaupun tidak sehaluan.
    Orang yang mantap akan berhujjah dengan kebenaran, yang tidak ada fakta akan menggunakan senjata lisan yang buruk dan kata-kata amaran yang jahat.
  2. Ayat 6- {Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang kafir,}- menetapkan taqdir Allah s.w.t menentukan setiap perkara.
    Jika begitu kenapa perlu diutus lagi para nabi dan rasul kepada manusia?
    Jawapan: Oleh kerana Allah s.w.t telah beri akal fikiran bagi setiap manusia untuk memikirkan apakah yang dibawa oleh para rasul itu kebenaran atau kebatilan. Jika kamu lawan juga maknanya
    Ayat ini juga menyatakan bahawa Allah s.w.t menjaga para rasul-Nya dengan (حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ).

Allah s.w.t juga berfirman bahawa: {kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka.} (أَصْحَابُ النَّارِ)- yakni orang kafir adalah tuan/penghuni neraka yang akan kekal di dalamnya, tidak akan keluar-keluar lagi! Wal\’iyazu billah.

Powered by BetterDocs