DALIL PENCIPTAAN LANGIT TANPA TIANG, BUKIT DAN HAIWAN DI BUMI & MENCABAR PUAK KAFIR TUNJUK KUASA TUHAN MEREKA.
Full video : https://youtu.be/_Tg53l90bbg
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang lepas kita telah mendengar nasihat Luqman kepada anaknya agar bersyukur kepada Allah s.w.t atas segala nikmat-Nya.
- Syukur ada 3 peringkat:
i- mengucapkan dengan lidah, alhamdulillah.
ii- Iktiraf yakin dengan hati.
iii- Menzahirkannya dengan amala perbuatan oleh annggota. - Lawan syukur ialah kufur yakni ingkar kepada nikmat Allah s.w.t.
- Pada hari ini kita diajar untuk syukur kepada nikmat ibu bapa yang melahirkan kita di atas dunia ini, antara nikmat wujudnya kita di dunia ini jalannya adalah melalui ibu bapa dengan kuasa Allah s.w.t.
- Mereka yang membesarkan dan mendidik kita dari lahir sehingga kita dewasa kemudian dilepaskan untuk memilih sendiri corak hidup kita.
- Juga dibawa batasan sempadan SOP dalam mentaati ibu bapa yang telah banyak jasanya kepada kita ini agar tidak bercanggah dengan haq Allah s.w.t.
- Kita wajib mengikut jalan yang haq, yang telah diajar Syari\’ah, maka inilah jalan hidup yang selamat insya\’ Allah.
Ayat 14- {Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).} (Luqman 31:14)
- Allah gunakan dalam ayat ini perkatan kami wasiatkan, kami wajibkan وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ kepada manusia untuk berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Kena kasih, sayang, ihsan dan hormat kepada mereka.
- Firman Allah s.w.t: {Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa} [An-Nisa\’: 36].
- Kenapa Allah wajibkan, kenapa kita kena jaga dan hormat kepada dua ibu bapa, lebih-lebih lagi seorang ibu?
- Ini kerana Allah telah tentukan seorang ibu itu:
i- Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan derita, payah dan lemah yang bertambah-tambah.
ii- susah payah melahirkan pula dengan nyawa dihujung tanduk.
iii- berpantang dan nifas.
iv- menyusukan anak dalam tempoh masa dua tahun.
v- mendidik dan menjaga kebajikannya lagi sejak bayi kecil sehingga besar. Begitulah jerih payah ibu dan penderitaannya dalam mendidik dan mengasuh anaknya, yang kerananya dia selalu berjaga sepanjang siang dan malamnya. - Untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa jika tidak mampu hidup bersama mereka, berkhidmat dan membantu secara amali, hantarkan selalu doa dan istighfar untuk mereka jika masih hidup atau mati.
- Antaran doanya:
رَبَّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
Maksudnya: \”Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku - Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: \”Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.\” [Riwayat Muslim (1631)] - Maka dengan demikian bersyukurlah kepada Allah dan bersyukurlah kepada ibu bapamu, ingatlah akan kebaikan dan jasa mereka terhadap kamu. Yakni kita kena tunaikan hak Allah s.w.t dan hak kita terhadap kedua ibu bapa setakat yang mampu.
- Selagi masih ada ibu seorang itu akan menjadi anak atau kanak-kanak, bila tiada ibunya, maka hilanglah tempat bermanjanya.
- Manusia akan dikembalikan hanya kepada Allah, Dia akan membalasmu dengan pahala yang berlimpah jika kamu bersyukur.
AYAT 15- {DAN JIKA MEREKA BERDUA MENDESAKMU SUPAYA ENGKAU MEMPERSEKUTUKAN DENGANKU SESUATU YANG ENGKAU – DENGAN FIKIRAN SIHATMU – TIDAK MENGETAHUI SUNGGUH ADANYA MAKA JANGANLAH ENGKAU TAAT KEPADA MEREKA; DAN BERGAULAH DENGAN MEREKA DI DUNIA DENGAN CARA YANG BAIK. DAN TURUTLAH JALAN ORANG-ORANG YANG RUJUK KEMBALI KEPADAKU (DENGAN TAUHID DAN AMAL-AMAL YANG SOLEH). KEMUDIAN KEPADA AKULAH TEMPAT KEMBALI KAMU SEMUANYA, MAKA AKU AKAN MENERANGKAN KEPADA KAMU SEGALA YANG KAMU TELAH KERJAKAN.} (LUQMAN 31:15)
- Tetapi taatkan ibu bapa ini ada batasan dan hadnya. Pertamanya jika kedua ibu bapam memaksam untuk mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentangnya, iaitu jika mereka menyuruh kamu kufur dan maksiat, seperti berbuat syirik atau mengikuti agama mereka (selain Islam), maka janganlah kamu mengikuti atau menerima ajakan mereka.
- Hadis- Dari Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
\”Tidak ada ketaatan di dalam maksiat, taat itu hanya dalam perkara yang ma\’ruf\” (HR Bukhari, no. 7257; Muslim, no. 1840). - Ingatlah- mentaati ibu bapa yang menyuruh berbuat syirik adalah tidak termasuk berbuat ihsan kepada ibu bapa, kerana hak Allah harus didahulukan atas hak semua makhluk lain.
- Tetapi Allah s.w.t. tidak memerintahkan kamu menderhakai ibu bapamu bahkan Allah s.w.t memerintahkan untuk: {dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik} – yakni dalam urusan dunia yang tidak berkait dengan akidah teruskanlah berbuat baik dan berkhidmat kepada mereka.
- Hadis tentang ibu Asma\’ bin Abu Bakar r.a. yang masih belum memeluk agama Islam tetapi sering mengunjunginya dan memberikan hadiah. Asma\’ merasa tidak senang lalu bertanya kepada Rasulullah Saw. \”Wahai Rasulullah saw. ibuku mengunjungiku, apakah aku boleh menyambung silaturrahim dengannya?\”, Nabi s.a.w menjawab: \”Iya sambunglah hubungan keluarga dengan ibumu\”. [HR Bukhari]. Yakni Rasulullah s.a.w menyuruh Asma\’ tetap berhubung dan menyantuni ibunya yang belum Islam ketika itu.
- Kisah sahabat Sa\’ad bin Abi Waqas r.a. Memeluk Islam pada usia 17 tahun, Sa\’ad termasuk golongan orang yang pertama masuk Islam (Assabiqun al-Awwalun). Datuk sebelah ayahnya adalah bapa saudara kepada ibu Nabi s.a.w, Siti Aminah binti Wahab. Ibu Sa\’ad pula bernama Hamnah binti Sufyan bin Abu Umayyah adalah seorang wanita hartawan keturunan bangsawan Quraisy.
Hadis kisahnya: Apabila diketahui oleh ibunya beliau memeluk agama Islam, ibunya telah berusaha sedaya upaya mengajak anaknya meninggalkan Islam. Menemui kegagalan usahanya, beliau telah melakukan mogok lapar. Mogok itu membawa kepada ibunya hampir mati. Mendengar berita itu, Sa\’ad telah berjumpa ibunya dan berkata :
\”Ketahuilah ibuku, demi Allah, jika kamu mempunyai 100 nyawa sekalipun, satu demi satu nyawa pergi, aku tidak akan meninggalkan Agama ini untuk sesuatu. Maka makanlah jika kamu mahu, atau tidak makan.\”
Mendengar akan pendirian anaknya yang kental, ibunya telah makan dan minum kembali. [HR Muslim]. - Dengan ini nyatalah dalam Islam hubungan akidah lebih utama daripada hubungan darah-daging!
- Kemudian Allah s.w.t memerintahkan supaya ikutilah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Nya iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dengan tauhid dan amal-amal yang soleh.
- Kemudian kepada Allah jualah tempat kembali kita semuanya, maka akan dibentangkan segala apa yang telah kita telah kerjakan atas dunia ini, akan dihitung dan dihisab lalu diberi pembalasan.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 14- {Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;} – ulama\’ mengatakan ayat ini menunjukkan betapa besarnya perintah untuk berbuat baik kepada dua ibu bapa sehingga Allah s.w.t berwasiat dan berpesan khas kepada kita!
- Ayat 14- {Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),} – harus dan sepatutnya menyebut sebab kenapa sesuatu itu diperintahkan. Allah bawa sebab atau alasan kenapa taat kepada ibu bapa diwajibkan, Allah sebut jasa dan pengorbanan seorang ibu. Kata hikmah- seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum mampu jaga seorang ibu.
- Ayat 14- {ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;} – kenapa disebut kesusahan ibu lebih terperinci? Kerana yang lemah itulah yang kita beri perhatian dan diutamakan. Tetapi jika ayah yang sakit atau lemah, pastilah kita kena jaga dan utamakan dia dahulu juga. Cuma disebut di sini kesusahan ibu yang lebih banyak.
- Ayat 15- {Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka;} – apa yang terlibat dalam haq agama dan aqidah, kita jangan berkompromi, jangan derhaka kepada Allah untuk taat dalam hal maksiat, sebagaimana pesanan Rasulullah s.a.w tadi. Jika bertembung antara haq Allah dan haq ibu bapa, kita kena imbangkan supaya tidak derhaka kepada Allah tidak derhaka juga kepada ibu! Inilah ibarat menarik rambut dalam tepung, jangan langar haq Allah, dan dalam masa yang sama kena pandai ambil hati ibu bapa jangan sampai mereka terasa hati dan marah.
- Ayat 15- dalam ayat ini Allah s.w.t mulakan dengan haq ibu bapa yakni jika mereka bukan Islam, kena berinteraksi dengan mereka secara baik. Sebagaimana hadis kisah Asma\’ bt Abu Bakar tadi, berbuat baik kepada mereka tetapi jangan taat dan ikut dalam masalah akidah.
- Ayat 14- juga menunjukkan hak ibu itu lebih besar daripada hak bapa. Hadis Rasulullah s.a.w: Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w, \”Wahai Rasulullah, kepada siapakah seharusnya aku harus berbakti pertama kali?\”. Nabi memberikan jawaban dengan ucapan \”Ibumu\” sampai diulangi tiga kali, baru kemudian yang keempat Nabi mengatakan \”Ayahmu\”. (HR. Bukhari Muslim).
- Ayat 14- {dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;} – yakni dari ayat ini diambil hukum tempoh penuh menyusu seorang anak itu ialah selama dua tahun. Firman Allah s.w.t lagi: {Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.} [Al-Baqarah: 233]. Ini ialah tempoh yang paling sempurna untuk kebaikan ibu dan anak jika mampu.
- Ayat 15- {dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.} – kena muamalah dan bergaul serta khidmat kepada mereka dengan baik walaupun mereka bukan Islam. Jangan putuskan hubungan atau membenci mereka.
- Ayat 15- {kamu tidak mengetahui sungguh adanya – مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ – } -tidak mungkin mengatakan syirik itu salah satu cabang ilmu, tidak sama sekali, bahkan syirik itu adalah satu kesesatan yang nyata.
- Ayat 15- {Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh).} – ayat ini memberi galakan kepada kita untuk menurut jalan yang benar berdasarkan al-Quran dan hadis, bukan ikut orang! Mana-mana amalan yang bertepatan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w kita kena ikut, dan jika bercanggah dan berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w, kita jangan dan tidak boleh ikut walau siapa sekalipun dia yang membawanya!
Peringatan mesra: Ingat Jumaat ingat Selawat kepada Rasulullah s.a.w dan jangan lupa baca surah al-Kahfi, insya\’ Allah.
Wallahu a\’alam.