SURAH TO-HA : AYAT 1-8

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, KHILAF ADAKAH \”TO-HA\’ NAMA NABI SAW? AL-QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN & NAMA ALLAH AL-HUSNA YANG INDAH.

Full video: https://youtu.be/B7iiZE6WGYY

MUQADDIMAH SURAH TOHA, سورة طه:
1. Alhamdulillah hari ini kita mulakan siri pertama dari Surah To Ha.
2. Ia surah ke 20 dalam tertib al-Quran, Juzuk yang ke 16, mengandungi 135 ayat.
3. Ijma’ ulama\’ mengatakan ia adalah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Ada juga yang menyatakan Makkiyyah kecuali dua ayat diturunkan di Madinah iaitu ayat 130 & 131. Ayatnya pendek-pendek dan mudah untuk dihafaz.
4. Dinamakan “Toha” kerana bersempena dengan dua huruf yang terdapat pada ayatnya yang pertama. Maksudnya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.
5. Dalil yang menunjukkan Namanya surah To ha: Hadis Ibnu Mas’ud tentang 5 surah yang terawal turun, yang awal dihafaz dan dibaca oleh para sahabat di Makkah.
i- Surah Isra’, ii- Al-Kahfi- iii- Surah Maryam. iv – Surah Toha & v- Surah al-Anbiya’.
6. Ia juga ada kaitan dengan kisah pengislaman Umar bin al-Khattab r.a.
7. Secara ringkasnya, pada suatu hari Umar r.a membawa pedang dan keluar dari rumahnya. Apabila ditanya katanya ingin mencari Muhammad (s.a.w). lalu orang ramai memberitahu kenapa nak cari Muhammad, sedangkan ipar dan adikmu sendiri sudah memeluk Islam. Maka dia pun terus menuju ke rumah adiknya. Ketika itu ada seorang sahabat bernama Khabbab bin al-Arut r.a sedangkan mengajar mereka membaca al-Quran dan ia adalah surah To Ha ini.
Umar kemudian diberitahu bahawa namanya telah disebut dalam doa Rasulullah agar Islam dikuatkan dengan keislaman salah seorang dari dua Umar iaitu samada Umar bin al-Khattab atau Umar bin Hisyam. Maka diharapkan dialah yg mendapat kemuliaan itu. Maka kisah seterusnya sebagaimana yang dimaklumkan, Umar al-Khattab menjadi salah seorang sahabat yg hebat dan mulia di sisi Nabi s.a.w.

INTISARI:
1. Surah ini menerangkan tugas Nabi Muhammad s.a.w hanyalah menyampaikan kepada umat manusia seluruhnya apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepadanya.
2. Juga bahawa al-Quran diturunkan untuk menberi khabar gembira, bahawa orang yang beriman dan soleh akan mendapat hidayah petunjuk, manakala tentang amaran azab untuk orang kafir dan musyrik yang ingkar.
3. Supaya Rasulullah tidak sedih dan berdukacita, memberi semangat untuk Rasulullah s.a.w supa meneruskan perjuangannya dengan tabah hati dengan menceritakan tentang perjuangan dakwah nabi Musa a.s yang mendapat tentangan hebat daripada Firaun dan kaumnya.
4. Dalam surah ini bermula dari ayat 9 sehingga ayat 98 adalah kisah terperinci tentang Nabi Musa a.s yang panjang. Ini kerana dalam surah Maryam sebelumnya hanya disebut secara ringkas nama Musa beserta beberapa orang nabi lain.
5. Dalam surah Maryam disebut nama Adam, tetapi dalam surah ini kisah pertentangan Adam dan Iblis dalam ayat 115-122.
6. Teguran dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w yang besunguh untuk menghafaz ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan kepadanya,supaya jangan terburu-buru, dengarlah bacaan Jibril terlebih dahulu, selepas itu barulah mebaca dan menghafaznya. Adab talaqi dgr dulu apa yang dibaca oleh mulut guru.
7. Juga nasihat kepada manusia umumnya supaya tidak bersikap terburu-buru lalu mudah terpedaya dengan godaan dunia dan mudah lupa perintah dan larangan Allah s.w.t. Sebagaimana kisah bapa manusia Adam a.s di dalam syurga dulu sehingga dikeluarkan ke atas dan ini akibat terpedaya dengan tipu-daya Iblis, iaitu lupa larangan Allah s.w.t.
8. Tentang kepentingan solat yang mesti dikerjakan seadengan tekun dan sabar, jangan sampai dilalaikan oleh kehidupan dunia. Kerana Allah jualah yang memberi rezeki, untuk
9. Dia akhiri dengan ayat untuk menjawab cabaran hujjah orang kafir yang menentangnya, supaya tunggu lihatlah di akhirat nanti, kelak mereka akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

MAQASID KANDUNGAN SURAH:
1. Allah s.w.t ceritakan penjagaan rapinya yang Allah anugerahkan kepada mereka yang menjalankan tugas-tugas dakwah dari kalangan rasul dan pengikut rasul-rasul.
2. Allah sebut tentang keagungan al-Quran dan bahawa ia adalah dari Allah s.w.t.
3. Cerita terperinci tentang nabi Musa dan Firaun, apa yang berlaku antara dia Firaun, apa yang berlaku kepada ahli sihir, apa yang berlaku kepada bani Israil apabila ditinggalkan oleh Nabi Musa a.s pergi bermunajat dan lain-lain.
4. Disebut balasan orang-orang yang ingkar al-Quran dan apa yang berlaku pada hari Kiamat.
5. Kedudukan al-Quran dan ia turun dengan bahasa Arab.
6. Kisah kejadian nabi Adam a.s
7. Allah s.w.t perintahkan kepada Nabi s.a.w beberapa perkara: sabar, banyakkan berzikir, jangan mengintai-intai keindahan dunia kelak akan terpedaya dengannya, juga dari sudut menjaga kepentingan solat.
8. Juga mengajar untuk mengelakkan sangkaan buruk dan provokasi yang dibuat oleh orang-orang kafir terhadap Islam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AYAT 01- {طه (1) {TAA\’ HAA.} (TAHA 20:1)
1. Surah ini dimulai dengan huruf yang terputus (al-Muqatta’ah), iaitu tulisan yang hurufnya bersambung tetapi dibaca satu persatu iaitu طه (To Ha )
2. Ini untuk menyatakan i’jaz (mukjizat) al-Quran yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana makhluk.
3. Ia juga mengambarkan bahawa kita sebagai manusia tidak dapat memahami dan tidak tahu apa-apa apa kecuali yang ingin diberitahu oleh Allah s.a.w dan Rasul-Nya s.a.w.
4. Maksudnya wallahu a’lam. ALLAH yang Maha Mengetahui
5. Khilaf ulama\’ tentang adakah Khilaf adakah To-ha nama Nabi SAW?
A- Pendapat pertama adalah nama Nabi Muhammad s.a.w .
i- Dalilnya kerana ayat yang selepas itu adalah merupakan khitab (percakapan) dengan nabi s.a.w.
ii- Berdasarkan sebuah hadis bahawa Abu Tufail berkata yang Rasulullah s.a.w beritahu Namanya di sisi Allah s.w.t ada 10. Tetapi dia hanya ingat dengan jelas 8 nama yang sahih seperti Ahmad, Abu al-Qaism dan lain-lain, manakala dua lagi dia lupa samada Yasin dan Toha. Para ulama\’ kata ia adalah tidak sahih kerana ada perawi yang lemah.
iii- Mereka juga mengatakan maksudnya Toha adalah wahai lelaki, yakni Rasulullah s.a.w.
B- Pendapat kedua bukan nama Rasulullah s.a.w.
i- Bahkan bagi mereka pendapat yang paling rajih ialah huruf hijaiyyah yang terputus (al-Muqatta’ah), iaitu tulisan yang hurufnya bersambung tetapi dibaca satu persatu iaitu طه (To Ha ) iaitu yang Allah s.w.t gunakan di permulaan beberapa surah.
ii- Berdasarkan ayat selepasnya dalam surah-surah lain yang guna huruf hijaiyyah begini juga, yang menunjukkan ia bukan nama Rasulullah s.a.w.
iii- Ia tidak mengandungi nama atau erti nama sedangkan semua Nabi s.a.w mempunyai huraian dan boleh ditafsirkan.
iv- Tidak ada riwayat yang khas dan hadis yang sahih yang menunjukkan kepada ia adalah nama Nabi s.a.w. Hadis yang digunakan tadi adalah dhaif.
v- Memang nama-nama Rasulullah s.a.w yang mulia banyak, kerana ia menunjukkan kemuliaan sesuatu itu seperti banyaknya nama Allah s.w.t, nama Makkah dan Madinah juga, tetapi biarlah ia sesuatu yang sahih.

AYAT 02- {KAMI TIDAK MENURUNKAN AL-QURAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) SUPAYA ENGKAU MENANGGUNG KESUSAHAN. (TAHA 20:2)
1. Allah s.w.t menasihati Rasulullah agar jangan berdukacita dan runsing kepada keadaan kaum kafir Quraisy yang ingkar tidak mahu menerima dakwah dan menentangnya.
2. Al-Quran yang diturunkan, tugas Baginda s.a.w hanya menyampaikan dakwah. Sesiapa yang ikut akan selamat, sesiapa yang menolaknya akan celaka.

AYAT 03- {HANYA UNTUK MENJADI PERINGATAN BAGI ORANG-ORANG YANG TAKUT MELANGGAR PERINTAH. ALLAH (TAHA 20:3)
1. Hanya orang yang takut melanggar perintah Allah s.w.t sahaja akan mendapat faedah daripada al-Quran ini manakala yang sebaliknya tidak akan mendapat apa-apa manfaat.

AYAT 04- { (AL-QURAN) DITURUNKAN DARI (TUHAN) YANG MENCIPTAKAN BUMI DAN LANGIT YANG TINGGI. (TAHA 20:4)
1. Al-Quran bukan rekaan Nabi s.a.w, ia adalah wahyu yang turun dari Allah s.w.t, Pencipta langit dan bumi.

AYAT 05- {IAITU (ALLAH) AR-RAHMAN, YANG BERSEMAYAM DI ATAS ARASY. (TAHA 20:5)
1. Iaitu Allah s.w.t yang bersemayam اسْتَوَى di atas Arasy.
2. Bagaimana caranya istiwa’ ini, tidak perlu difikirkan kerana ia adalah sebagaimana yang layak untuk-Nya. Kita beriman dengan apa yang Allah s.w.t firmankan dengan jelas sini.
3. Begitu juga segala sifat-Nya yang lain, yang telah jelas Allah s.w.t sebut sendiri seperti berkata-kata, mendengar, melihat dan lain-lain, tidak perlu kita pusing-pusing beri penjelasan makna lain, semuanya sebagaimana yang layak bagi-Nya, bagaimana tidak perlu kita fikir dan tafsirkan ikut akal kita.

AYAT 06- {DIA LAH JUA YANG MEMILIKI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN YANG ADA DI BUMI SERTA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA DAN JUGA YANG ADA DI BAWAH TANAH BASAH DI PERUT BUMI. (TAHA 20:6)
1. Milik dan kuasa Allah itu sangat luas dan meliputi segalanya.
2. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi, semuanya milik Allah s.w.t.

AYAT 07- {DAN JIKA ENGKAU MENYARINGKAN SUARA DENGAN DOA PERMOHONANMU, (MAKA YANG DEMIKIAN TIDAKLAH PERLU), KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI SEGALA RAHSIA DAN SEGALA YANG TERSEMBUNYI. (TAHA 20:7)
1. Ilmu dan kuasa Allah itu juga sangat luas dan meliputi segalanya.
2. Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
3. Maka jika hendak berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t tidak perlu bertempik atau mengeraskan suara.

AYAT 08- {ALLAH! TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN DIA, BAGI-NYALAH SEGALA NAMA YANG BAIK. (TAHA 20:8)
1. Hanya Allah s.w.t Tuhan yang layak disembah.
2. Allah s.w.t memiliki nama-nama yang indah. الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى
3. Kenapa dikatakan indah:
i- Kerana semua nama-Nya merupakan pujian yang indah..
ii- Bukan semata-mata nama, tetapi nama dan sifat.
iii- Semunya menunjukkan sifat-Nya yang sempurna.
iv- Allah perintahkan kita untuk berdoa dengannya. Sebagai satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sebagaimana kisah sahabat yang suka baca surah al-Ikhlas.

BEEBRAPA FAEDAH RINGKAS :
1. Al-Quran diturunkan bukan untuk menyusahkan Rasulullah s.a.w, tetapi untuk menghidupkan hati-hati yang telah mati.
2. Ini kerana Rasulullah s.a.w apabila turun al-Quran, Baginda solat sehingga bengkak kakinya. Juga kerana amat dukacita memikirkan umatnya yang kufur.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs