Umat Islam 1 Malaysia terkejut membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

Keharaman judi sangat jelas dan dikira sebagai perkara yang telah diketahui umum “Ma’lum minaddin biddharurah”. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman telah membuat ulasan mengenai isu ini, sila ke; Laman Zaharuddin.net dan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin di Kolum Malaysiakini. Kebimbangan Umat Islam telah menjadi kenyataan, Allahulmusta’aan, walaupun mendapat bantahan dari berbagai pihak, lihat Berita Malaysiakini berikut. Semoga Allah selamatkan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dari bala dan azab.