GOLONGAN KAFIR MINTA SEGERAKAN AZAB, GALAKAN BERHIJRAH DARI NEGERI KUFUR & SETIAP ORANG AKAN MERASAI MATI.

Full video : https://youtu.be/WSXF16Nzppg

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t. berfirman menceritakan tentang kesombongan orang-orang musyrik yang minta disegerakan azab ke atas mereka.
  2. Kaum kafir musyrikin itu bukan hanya sekadar ingkar menolak dakwah Rasulullah S.A.W dan tidak beriman.
  3. Mereka juga dengan sombongnya mencabar dan meminta agar disegerakan azab ke atas mereka.
  4. Kaum muslimin yang ditindas juga digalakkan berhijrah dari negeri kufur yang sudah tidak ada harapan untuk menerima hidayah lagi.
  5. Ditegaskan juga bahawa setiap orang akan merasai mati di atas dunia ini.

AYAT 53- {DAN MEREKA MEMINTA KEPADAMU MENYEGERAKAN KEDATANGAN AZAB (YANG DIJANJIKAN); DAN KALAU TIDAKLAH KERANA ADANYA TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN, TENTULAH AZAB ITU AKAN DATANG MENIMPA MEREKA; DAN AZAB ITU TETAP AKAN DATANG MENIMPA MEREKA SECARA MENGEJUT, SEDANG MEREKA TIDAK MENYEDARINYA.} (AL-‘ANKABUUT 29:53)

  1. Kaum kafir musyrikin Quraisy itu bukan hanya sekadar ingkar menolak dakwah Rasulullah dan tidak beriman.
  2. Mereka juga dengan sombongnya mencabar dan meminta agar disegerakan azab yang dijanjikan ke atas mereka.
  3. Firman Allah s.w.t: {Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.} (Al-Anfaal 8:32)
    {Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): “Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”} (Yaa Siin 36:48)
  4. Allah s.w.t menjawabnya bahawa azab-Nya ada tempoh dan masa yang ditetapkan, bukan hanya sekadar ikut permintaan mereka. Jika tidak ada tempoh pastilah sudah lama mereka semua akan binasa disebabkan Allah s.w.t.
  5. Kata ulama’: Kaum kafir ini;
    i- minta itu hanya nak cabar saja, bukan mahu azab sebenar.
    ii- mereka menggunakan hujjah azab yang tertangguh itu sebagai satu pendustaan.
  6. Kata Imam Mawardi rhm.: mereka meminta azab itu kerana:
    i- menunjukkan kedegilan dan keras kepala mereka.
    ii- hanya untuk mencabar dan memerli Rasulullah s.a.w.
  7. Kenapa Allah s.w.t bagi tempoh untuk mereka?
    Kata ulama’:
    i- Untuk memberi peluang mudah-mudahan akan ada dari kalangan mereka yang akan beriman.
    Ini terbukti betapa ramai pemuka Quraisy yang telah Islam akhirnya.
    ii- ini rahmat Allah s.w.t ke atas umat Rasulullah sebagai satu Rahmatan lil-‘Alamin. Umat Rasulullah juga tidak akan dibinasakan dalam satu azab secara menyeluruh satu negeri atau kampung sebagaimana umat-umat terdahulu.
  8. Sedangkan jika Allah s.w.t kehendaki, azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, bila-bila masa sahaja sedang mereka tidak menyedarinya.
  9. Ayat ini memberi peringatan kepada kepada kita agar bersedia menghadapi kematian, segera membuat persiapan kerana ia akan datang bila-bila masa.
  10. Wabak covid sekarang ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa kematian itu begitu dekat dengan kita semua, tidak mengira usia dan kedudukan.

AYAT 54- {MEREKA MEMINTA KEPADAMU MENYEGERAKAN KEDATANGAN AZAB ITU, PADAHAL SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANNAM TETAP AKAN MELIPUTI ORANG-ORANG YANG KAFIR -} (AL-‘ANKABUUT 29:54)

  1. Mereka dengan jahil dan sombongnya meminta azab di atas dunia ini, sedangkan neraka Jahannam tetap akan menajdi tempat siksaan orang-orang yang kafir pada hari akhirat nanti.
  2. Yakni tiada siapa yang akan terlepas daripada azab Allah s.w.t kelak.

AYAT 55- {PADA HARI AZAB ITU MENYELUBUNGI MEREKA DARI SEBELAH ATAS MEREKA DAN DARI BAWAH KAKI MEREKA; DAN (MALAIKAT YANG MELAKUKANNYA) AKAN BERKATA KEPADA MEREKA: “RASALAH KAMU (BALASAN) APA YANG KAMU TELAH KERJAKAN”.} (AL-‘ANKABUUT 29:55)

  1. Azab Allah S.W.T itu menyeluruh dari dari segenap penjuru ia akan datang. Dari atas, dari bawah belakang depan.
  2. Doa Meminta Perlindungan dan Keselamatan:
    اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ
    “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).” [Diriwayatkan dari Abu Daud dan Ibnu Majah].
  3. Kemudian akan datang malaikat yang melakukan azab itu akan berkata kepada mereka: “Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan!”. Ini adalah penghinaan dan penderaan mental.

AYAT 56- {WAHAI HAMBA-HAMBAKU YANG BERIMAN! SESUNGGUHNYA BUMIKU ADALAH LUAS (UNTUK KAMU BEBAS BERIBADAT); OLEH ITU, (DI MANA SAHAJA KAMU DAPAT BERBUAT DEMIKIAN) MAKA HENDAKLAH KAMU IKHLASKAN IBADAT KAMU KEPADAKU.} (AL-‘ANKABUUT 29:56)

  1. Dalam ayat lepas kita baca tentang keadaan orang kafir dan ahli Kitab. Ada yang keras kepala dan yang agak lembut. Allah s.w.t memberi amaran kepada mereka yang degil tidak mahu beriman sebagai ahli neraka. Mereka juga menekan dan menindas orang Islam yang beriman.
  2. Maka dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru kepada hamba-Nya yang lemah, yang berada di dalam negeri kafir yang menindas atau zalim, seperti negara komunis dan seumpamanya.
  3. Jika kamu tidak mampu untuk menjaga aqidah kamu dan beribadat di situ maka berhijrahlah, sesungguhnya bumi Allah s.w.t itu luas!
  4. Duduklah di mana-manapun, yang penting hendaklah ikhlaskan ibadat kepada Allah s.w.t sepenuhnya.

AYAT 57- {TIAP-TIAP DIRI (SUDAH TETAP) AKAN MERASAI MATI, KEMUDIAN KAMU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA KAMI (UNTUK MENERIMA BALASAN).} {كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ } [العنكبوت: 57] (AL-‘ANKABUUT 29:57)

  1. Selepas Allah s.w.t perintahkan umat Islam berhijrah dari negeri kafir yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran ke negeri yang bebas beribadat. Allah s.w.t juga tahu ianya amat berat dan susah bagi hati orang mukmin untuk melakukannya, untuk meninggalkan tanah air, rumah tangga dan kaum keluarga juga jika ada.
  2. Maka Allah s.w.t bagi peringatan dengan mengatakan jika kamu tidak berhijrah pun akan terpisah juga dengan segala itu dengan KEMATIAN yang pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.
  3. Maka sebaiknya lakukanlah ianya semasa kita masih hidup di atas dunia ini, kerana Allah s.w.t; agar semuanya menjadi milik kita di akhirat kelak.
  4. Kita semua juga akan dikembalikan kepada Allah s.w.t untuk dihisab akan segala perbuatan yang telah dilakukan!

AYAT 58- {DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN SERTA BERAMAL SOLEH, KAMI AKAN TEMPATKAN MEREKA DALAM MAHLIGAI-MAHLIGAI DI SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI, MEREKA KEKAL DI DALAMNYA. DEMIKIANLAH BALASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA BAGI ORANG-ORANG YANG BERAMAL SOLEH -} (AL-‘ANKABUUT 29:58)

  1. Maka untuk selamat Allah s.w.t tunjuk caranya iaitu hendaklah beriman serta beramal soleh.
  2. Allah s.w.t janjikan pahala yang besar disisinya bagi golongan ini- {Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya}.
  3. Hadis: Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni tingkat-tingkat syurga tertinggi itu dilihat oleh penghuni tingkat syurga di bawahnya bagaikan bintang-bintang yang bertebaran di ufuk langit.” Lalu Abu Said bertanya: “Adakah ia untuk para Nabi-nabi ke?” Jawab Rasulullah s.a.w; “Bahkan dan untuk orang yang beriman kepada Allah dan membenarkan dakwah para rasul.” (HR Bukhari & Muslim)
  • bahawa kenikmatan yang diperoleh setiap penghuni satu tingkat dengan tingkat syurga lain adalah berbeza dan tidak sama.
    Pada setiap tingkat syurga itu memiliki kenikmatan tertentu yang tidak terdapat pada tingkat di bawahnya mengikut perbezaan kesempurnaan ibadat masing-masing.
  1. Hadis ciri-ciri ahli syurga riwayat dari Abdullah bin Amru r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Dalam syurga itu ada bilik (yang begitu indah dan pelik) yang dari luar nampak di dalam, yang di dalam nampak yang di luar.” Lalu sahabat Abu Musa al-‘Asy’ari bertanya: Untuk siapakah ianya wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab: :”Ia adalah untuk orang yang:
    i- bercakap baik dan lembut (tidak kasar & bohong),
    ii- memberi makan kepada orang. Membuat jamuan.
    iii- orang yang bangun beribadat pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur.
    {HR Ahmad dan Hakim].
  2. Nasihat- jika bangun malam tak perlulah berjemaah ramai-ramai seperti google meet atau zoom, apa-apa group secara ramai-ramai on9 atau live.
  3. Kata Imam Syafei rhm. sesiapa yang nak cerahkan dadanya maka:
    i- tinggalkan perkatan yang sia-sia yang tiada kaitan dengannya.
    ii- tinggalakan dosa yang lepas dan maksiat yang akan datang.
    iii- hendaklah ada antara kita dan Allah RAHSIA yang tersembunyi. (ibadat) yang dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain.

AYAT 59- { (IAITU) MEREKA YANG SABAR, DAN MEREKA PULA BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA TUHANNYA.} (AL-‘ANKABUUT 29:59)

  1. Allah s.w.t tunjukkan lagi cara untuk menjadi orang yang diredhai Allah dan mendapat balasan pahala syurga yang besar itu:
    i- sabar kepada Allah s.w.t atas segala ujian dan cabaran.
    ii- tawakkal kepada Allah s.w.t selepas segala usaha dilakukan.
  2. Sabar itu ada tiga peringkat:
    i- sabar melakukan ketaatan.
    ii- sabar meninggalkan kejahatan.
    iii- sabar menghadapi ujian dalam beragama atau fitnah dunia ini.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 53- {adanya tempoh yang telah ditetapkan.} – apabila kaum kafir itu cabar Rasulullah s.a.w., Allah s.w.t jawab dengan ayat ini. Ini kerana perbuatan Allah s.w.t ke atas hamba-Nya itu adalah sudah disusun dengan jadualnya yang khas, strategi dan perancangan tertentu.
  2. Ayat 53- { dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka;} – rahmat Allah s.w.t ke atas umat Rasulullah s.a.w ini, sabar dan diberi tempoh moga ada dari kalangan mereka yang beriman.
    Kata Ibn Asyur: “Allah s.w.t lewatkan azab kerana hikmah yang hanya Allah s.w.t ketahui. “Bagi tempoh untuk mereka beriman selepas diberi ancaman. Semasa Allah hantar malaikat untuk membinasakan penduduk Taif, Rasulullah s.a.w minta tempoh. Berapa ramai penduduk Makkah dan Taif yang beriman selepas Pembukaan Makkah adalah buktinya. Alhamdulillah.
  3. Ayat 55- {Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka;} – azab Allah s.w.t boleh saja datang dari segenap arah! Kita tidak akan dapat mengelak dan berlindung lagi! Azab datang dari atas dan bawah menunjukkan betapa berat dan dahsyatnya azab itu!
    [Baca doa / zikir pagi dan petang no 20 -edisi jawi YPSD atau no 14 edisi Telaga Biru]
  4. Ayat 55- { dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka: “Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan”.} – Allah s.w.t sifatkan azab ke atas orang kafir ini secara mental dan fizikal.
  5. Ayat 56- {Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat);} – Allah s.w.t perintahkan agar manusia yang tertindas dan tidak dapat bebas mengerjakan ibadat untuk berhijrah. Tiada alasan: (Kenapa tak solat? Kerana pemerintah tak bagi!).
  6. Ayat 57- {Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati} – maka lebih baik berpisah dan mati kerana Allah s.w.t daripada mati kerana kezaliman musuh ditempat yang zalim. Moga kita semua mati dalam husnul-khatimah.
  7. Ayat 59- { (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri }- ayat ini mengajar bahawa hidup kita tidak akan sunyi daripada kesusahan, dan apabila menghadapi kesusahan kita kena sabar kepada Allah untuk mengharapkan pahala dari-Nya.
  8. Ayat 58- {Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh) – untuk merealisasikan berterusannya ibadat kita. Sebagai motivasi kepada orang yang beriman agar terus beribadat kepada Allah s.w.t. dengan ikhlas sehingga ke mati.
  9. Ayat 56- {Oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.} – arahan hijrah itu semata-mata untuk beribadat kepada Allah.
  10. Ayat 57- {Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati.}{كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ – Untuk berpisah jasad dan roh adalah sesuatu yang sangat susah dan payah kerana ianya sudah sebati.
    Maka kerana itu Allah sebut dan guna perkaaan ini – merasai kesusahan mati – ذَائِقَةُ الْمَوْتِ. Bacaan kalimahnya pun berat.

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN KEMATIAN KAMI, SESUNGGUHNYA SAKARATUL-MAUT ITU BENAR DAN MATIKAN KAMI SEMUA SERTA IBU BAPA KAMI DENGAN HUSNUL-KHATIMAH.