SURAH AL-BAQARAH : AYAT 190-195

KAEDAH PEPERANGAN FI SABILILLAH, DI TANAH DAN BULAN HARAM & GALAKAN INFAQ UNTUK GERAKKAN JIHAD.

Full video : https://youtu.be/rzIcmAkY-Yo?si=ujziAlYkNz0yYsVU

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 190 sehingga ayat 195 bagi surah al-Baqarah.
    Surah yang kedua dalam juzuk yang kedua.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t ajar tentang kaedah peperangan fi sabilillah, apa yang dibenarkan & apa yang tidak dibenarkan.
  3. Kemudian Allah nyatakan tentang hukum peperangan yang berlaku di tanah Haram Makkah dan pada bulan haram.
  4. Kita juga lihat apakah makna fitnah yang dikatakan lebih berat daripada membunuh.

Terdapat salah faham tentang fitnah ini maka fitnah apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini.

  1. Di akhir ayat Allah galakan untuk berinfaq untuk gerakkan tabung jihad.
    Jika tidak macamana nak berjihad jika tabung kering.
  2. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat 189 sebelum ini membincangkan tentang ibadat haji. Sedangkan orang haji dalam ibadat, dalam ihram. Serta terdapat pantang larang ihramnya, tidak boleh bunuh haiwan, cabut pokok dan seumpamanya. Apatah lagi nak berperang membunuh manusia!

Bulan haji bermula dari 1 Syawwal, Zul-Qaedah & 10 awal Zul-Hijjah.

Adapun bulah haram ialah Zul-Qaedah, Zulhijjah, Muharram & Rajab.

ii- maka ayat ini datang memberi keizinan berperang melawan jika ada orang kafir serang dahulu.
Jangan serang dulu. tetapi jika orang kacau & serang, lawanlah tak kira dalam ihram ke, pada bulan haram atau di Tanah haram.
Islam tidak memperbodohkan umatnya, tetapi Islam memberi izzah; kekuatan & kemuliaan kepada umatnya.

Tetapi ingat ada syaratnya & SOP yang tertentu.

AYAT 190- {DAN PERANGILAH KERANA (MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN) AGAMA ALLAH AKAN ORANG-ORANG YANG MEMERANGI KAMU, DAN JANGANLAH KAMU MENCEROBOH (DENGAN MEMULAKAN PEPERANGAN); KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENCEROBOH.} (AL-BAQARAH 2:190)

  1. Ayat ini membawa Qawaid atau prinsip peperangan fi sabilillah.

Hukum asal peperangan ialah jika diserang terlebih dahulu & berniat semata-mata kerana Allah bukan dengan sebab lain!

  1. Syarat utama ialah jika diserang oleh orang kafir terlebih dahulu, Allah s.w.t memberi keizinan kepada orang Islam untuk berperang melawan orang kafir yang memerangi!
  2. Perang itu adalah ikhlas kerana mempertahankan agama Allah.
    Iaitu apabila diserang oleh kafir harbi yang mahu melawan Islam & orang muslimin.
  3. Tetapi jangan kamu menceroboh atau memulakan dulu peperangan itu.
    Allah juga ajar beberapa syarat & SOP peperangan.
  4. Antara syarat-syaratnya ialah:
    i- jangan bunuh wanita- kecuali yang masuk peperangan & bersenjata.
    ii- kanak-kanak;
    iii- orang tua yang sudah lemah;
    iv- orang lelaki yang memang tidak mahu melawan & berperang dengan kita, senjata pun tidak ada.

Mereka ini tidak boleh dibunuh tetapi boleh ditawan menjadi tawanan perang jika pihak mereka tidak mahu berdamai.
Inilah kesan buruk peperangan.

  1. Hadis- riwayat dari Buraidah bin Al-Husaib r.a: Apabila Rasulullah s.a.w mahu mengerahkan pasukan tentera keluar berjihad, Baginda memberikan taklimat & wasiat kepada para komandan pasukan dan sariyah-sariyah dengan sabdanya:

“Berperanglah di jalan Allah dengan nama Allah, perangilah orang yang kafir kepada Allah, berperanglah dan janganlah berbuat ghulul (melampau), jangan mengingkari janji, jangan mencincang mayat yang sudah mati dan jangan kamu bunuh anak kecil, apabila kamu bertemu dengan musuh beri tiga tawaran …” [HR Muslim].

AYAT 191- {DAN BUNUHLAH MEREKA (MUSUH YANG MEMERANGI KAMU) DI MANA SAHAJA KAMU DAPATI MEREKA, DAN USIRLAH MEREKA DARI TEMPAT YANG MEREKA TELAH MENGUSIR KAMU; DAN (INGATLAH BAHAWA ANGKARA) FITNAH ITU LEBIH BESAR BAHAYANYA DARIPADA PEMBUNUHAN DAN JANGANLAH KAMU MEMERANGI MEREKA DI SEKITAR MASJID AL-HARAM SEHINGGA MEREKA MEMERANGI KAMU DI SITU. OLEH ITU KALAU MEREKA MEMERANGI KAMU (DI SITU), MAKA BUNUHLAH MEREKA. DEMIKIANLAH BALASAN BAGI ORANG-ORANG YANG KAFIR.} (AL-BAQARAH 2:191)

  1. Allah perintahkan agar bunuh atau perangilah musuh yang memerangi kamu di mana saja kamu berada, tak kira walaupun kamu sedang berada di dalam Tanah Haram (luasnya 550km persegi).
  2. Ayat ini kelihatan ganas- tetapi hakikatnya bukan sewenang-wenang, tidak begitu kerana Allah hanya perintahkan untuk memerangi & membunuh musuh yang menyerang kamu dulu. Islam tidak akan membiarkan umatnya lemah & disakiti.
  3. Jika kamu jumpai mereka di mana saja; iaitu setelah mereka angkat senjata untuk memerangi kamu, halaulah mereka keluar, usir mereka keluar dari tempat di mana mereka telah cuba mengusur atau memerangi kamu. Jangan biarkan mereka lagi!
  4. Kemudian Allah nyatakan bahawa fitnah itu lebih berat daripada pembunuhan.

Selalu berlaku silap faham tentang makna fitnah ini.

Maksud fitnah dalam ayat ini adalah melakukan syirik kepada Allah s.w.t!
Syirik adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan!

  1. Yakni mereka itu syirik & kufur kepada Allah. Serta perbuatan jahat mereka menyekat orang Islam daripada beramal dengan Islam adalah lebih teruk daripada memerangi & membunuh mereka walaupun di Tanah Haram.
  2. Ini kerana yang telah dibunuh akan mati & putus nyawa mereka di atas dunia ini, atau jika atas dunia pergi ke penjara.

Tetapi orang yang terperangkap dengan syirik akan terus hidup dalam kesesatan dan pergi ke neraka!

Maka pastilah fitnah syirik ini lebih berat daripada pembunuhan orang kafir!

  1. Allah s.w.t juga beri keizinan kepada orang Islam, jika orang khianat & mulakan dulu peperangan boleh lawan balik walaupun di mana saja kita berada!

Di Tanah Haram Makkah atau Madinah, dalam ihram, di Arafah, di Masjidil-haram, di Masjid Nabi atau di mana saja; untuk mempertahankan agama & diri daripada orang kafir.

  1. Islam tidak tidak ajar kita mengalah tak kena tempat & Islam juga tak ajar kita mengganas tanpa sebab!
  2. Ayat ini memberi amaran kepada orang kafir jangan pandang lekeh, jangan pandang hina kepada orang Islam!
    Kita nak orang Islam kuat tidak mahu lemah! Kuat bukan nak menzalimi orang; tetapi kuat untuk mempertahankan agama!
  3. Beginilah ajaran Islam yang indah dan rahmat dalam setiap aspek & urusan kehidupan manusia.

AYAT 192- {KEMUDIAN JIKA MEREKA BERHENTI MEMERANGI KAMU (MAKA BERHENTILAH KAMU); KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.}

  1. Kemudian jika mereka telah menyerah atau mahu berdamai, yakni berhenti memerangi kamu; maka kamu pun kena berhenti juga daripada memerangi mereka!
  2. Tidak halal lagi bagi kamu untuk memerangi mereka apabila mereka telah angkat bendera putih mengaku mahu berhenti lawan atau berdamai!

Yakni kita beri mereka peluang untuk menikmati agama Islam & sama-sama masuk ke syurga Insya’ Allah!

  1. Hadis- riwayat dari Abu Musa al-Asy’ari r.a yang berkata:

قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ، وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ، مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ: «مَنْ قَاتَلَ، لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ العُلْيَا، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Seorang A’rabi (badwi) telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang orang yang berperang kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang, dan orang yang berperang kerana mahu namanya dikenang, dan orang yang berperang kerana ingin diangkat kedudukannya.
Siapakah antara mereka yang berperang pada jalan Allah?

Jawab Baginda s.a.w: Siapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimatullah (agama Allah), maka itulah fisabilillah.” (Sahih al-Bukhari, no. 3126)

  1. Kerana itu dalam apa saja gerak kerja & amal ibadat kita, wajib ikhlas kepada Allah s.w.t. Kita minta pertolongan Allah agar jauh dari sifat tidak ikhlas dan melakukan pekerjaan semata-mata kerana habuan dunia.
  2. Hadis- diriwayatkan daripada ‘Abdullah ibnu ‘Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ‎”Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa ‎ sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, ‎mereka mendirikan solat dan membayar zakat.

Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah dan harta mereka daripadaku melainkan dengan hak lslam, manakala perhitungan amal mereka pula terserah kepada Allah”. [HR al-Bukhari dan Muslim].

  1. jika dia tidak ikhlas, jika dia hanya munafiq hanya Allah saja yang tahu- soal hati & dalaman kita serahkan saja kepada Allah s.w.t urusan dan hukumannya.

AYAT 193- {DAN PERANGILAH MEREKA SEHINGGA TIDAK ADA LAGI FITNAH, DAN (SEHINGGA) MENJADILAH AGAMA ITU SEMATA-MATA KERANA ALLAH. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERHENTI MAKA TIDAKLAH ADA PERMUSUHAN LAGI MELAINKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG ZALIM.} (AL-BAQARAH 2:193)

  1. Jika mereka telah menyerah diri, mengaku mahu berdamai
    mereka telah keluar dari kezaliman syirik; maka berhentilah perang & tidak halal lagi bagi kita untuk memerangi mereka!
  2. Kisah dari sebuah hadis diriwayatkan bahawa:

Ketika dalam satu serangan Usamah mengejar seorang lelaki & mengangkat pedangnya untuk membunuh, lalu lelaki itu mengucapkan, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” tetapi Usamah tetap memukulnya hingga membunuhnya. Selanjutnya hal itu diceritakan kepada Rasulullah S.a.w, maka Rasulullah S.a.w bersabda kepada Usamah;
أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟
“Apakah engkau membunuhnya sesudah dia mengucapkan, “Tidak ada Tuhan selain Allah?”

وَكَيْفَ تَصْنَعُ بِلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟

Lalu bagaimanakah yang akan kamu lakukan terhadap kalimah “Tidak ada Tuhan selain Allah” kelak di hari Kiamat?”

Usamah berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia mengucapkannya hanya semata-mata untuk melindungi dirinya.”

Rasulullah S.a.w bersabda;
هَلاَّ شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ
“Apakah engkau belah dadanya untuk mengetahui isi hatinya?”

Rasulullah S.a.w mengulang-ulang sabdanya itu kepada Usamah seraya bersabda:
“Siapakah yang akan membelamu terhadap kalimah ‘Tidak ada Tuhan selain Allah’ kelak di hari kiamat?”

Usamah mengatakan bahawa mendengar jawapan itu Usamah berharap seandainya saja dia baru masuk Islam pada hari itu (yakni kerana merasa berdosa besar). [HR Muslim & Bukhari].

  1. Kita beri peluang kepada mereka untuk menerima Islam dan tidak ada permusuhan lagi kecuali orang yang masih zalim, khianati perdamaian dan melakukan serangan terlebih dahulu.

AYAT 194- {(MENCABULI) BULAN YANG DIHORMATI ITU IALAH DENGAN (SEBAB MEMBALAS PENCABULAN DALAM) BULAN YANG DIHORMATI; DAN TIAP-TIAP PERKARA YANG DIHORMATI ITU (JIKA DICABULI), ADA BALASANNYA YANG SEIMBANG. OLEH ITU SESIAPA YANG MELAKUKAN PENCEROBOHAN TERHADAP KAMU MAKA BALASLAH PENCEROBOHANNYA ITU SEIMBANG DENGAN PENCEROBOHAN YANG DILAKUKANNYA KEPADA KAMU; DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SERTA KETAHUILAH: SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.} (AL-BAQARAH 2:194)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t beritahu jika mereka orang kafir memerangi walaupun dalam bulan haram, orang Islam boleh membalas baliknya dengan adil & seimbang.
    Demi untuk mempertahankan diri & agama Islam.
  2. Bulan-bulan haram itu ialah:
    i- Zul-Qaedah, Zul-Hijjah, Muharram dan Rajab.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah S.W.T menciptakan langit dan bumi.
Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul-Qaedah, Zul-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rajab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [HR al-Bukhari, no. Hadith 4054]

ii- ada kisah Rasulullah s.a.w pergi menunaikan umrah pada bulan Zul-Qaedah iaitu bulan haji. Sebab & hikmahnya untuk membatalkan adat & fahaman jahiliyah yang dibuat oleh musyrikin Quraisy sebelum ini.

Rasulullah s.a.w melakukan 3 kali umrah sebelum pergi haji dari Madinah.

iii- ini kerana kafir Quraisy tidak benarkan orang ramai buat umrah dalam bulan haji.
Bagi mereka ini adalah satu perbuatan buruk- ini adalah sebab ada kepentingan ekonomi. Mereka takut bila dah buat umrah pada musim orang tidak akan datang lagi umrah selepas pada musim haji; maka merosotlah perdagangan mereka.

3. Jika mereka mencabul kehormatan Tanah Haram Makkah dengan menyerang maka lawanlah hatta dalam masjid pun!

Tetapi kaedahnya jangan lebih-lebih- serangan balas hanya setakat serangan yang mereka buat.
Inilah kaedah dalam Islam – adil & sama (العدل والمساواة) – jangan melampaui dan lebih-lebih!

4. Pada akhir ayat Allah pesan agar bertaqwa kepada Allah dan ingatlah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang bertaqwa.

5. Munasabah ayat:
i- ini kerana nafsu itu biasanya suka melepaskan perasaannya sehingga puas hati.

Jika balas dendam habis-habisan atau jika lawan lawan habis-habisan.

seperti hukum Qisas dalam Islam- adil & sama.

ii- maka kita sebagai orang beriman kena dengar kata Tuhan, bukan seperti orang lain yang keras kepala, tak dengar kata & ikut perasaan.

6. Inilah kaedah peperangan, kaedah pertahanan diri dalam Islam, jangan melampau, zalim dan ada syaratnya yang tertentu.

AYAT 195- {DAN BELANJAKANLAH (APA YANG ADA PADA KAMU) KERANA (MENEGAKKAN) AGAMA ALLAH, DAN JANGANLAH KAMU SENGAJA MENCAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM BAHAYA KEBINASAAN (DENGAN BERSIKAP BAKHIL); DAN BAIKILAH (DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEGALA USAHA DAN) PERBUATAN KAMU; KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANNYA.} (AL-BAQARAH 2:195)

  1. Allah juga memberi amaran agar jangan mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); maksudnya:

i- Allah beri galakan untuk berbelanja pada agama Allah & jalan ketaatan.
Infaq yang paling besar ialah untuk memperjuangkan & mengembangkan agama Islam iaitu jihad dengan dakwah & hujjah.

ii- Juga jika ada peluang maka berperanglah, keluar untuk berjihad pada jalan Allah.
Ini adalah jihad khas dan yang paling besar!

  1. Yakni ia juga teguran Allah kepada umat Islam yang tidak ikut berjihad perang.

Melalui ayat ini Allah menegur sebahagian umat Islam yang tidak ikut berjihad dan mulai kelihatan berat berinfak untuk membiayai jihad. Mereka merasa Islam sudah cukup kuat dan banyak pengikutnya.

  1. Sebab nuzul ayat ini:
    i- Huzaifah r.a kata ayat ini turun sebagai galakan untuk orang beri nafkah fi-sabilillah & amaran untuk orang yang berat untuk keluar berjihad.

ii- kisah riwayat dari Abu Ayub al-Ansari r.a ketika mereka di Konstantinopel:

Apabila berperang terdapat beberapa tentera Islam yang sanggup menggadai nyawa mereka dengan menyelinap masuk ke dalam kubu Rom yang teguh.

Apabila orang ramai melihatnya mereka melarang sambil membaca ayat ini iaitu jangan membinasakan diri kamu.

Lalu Abu Ayub bangun memberi penjelasan bahawa bukan begitu maksud ayat.

Tetapi ia diturunkan kepada kami golongan Ansar yang mulai rasa lemah untuk berperang & infaq fi sabilillah.

Ketika Islam telah berjaya dan berlimpah pengikutnya, kaum Ansar berbisik kepada sesama mereka: “Harta kita telah habis, dan Allah telah menjayakan Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki ekonomi kembali?”

Maka turunlah ayat ini. Maka kebinasaan adalah menjaga dan merawat harta dengan meninggalkan perang. [HR Abu Daud & at-Tirmizi].

Abu Ayub akhirnya syahid dalam peperangan itu dan jenazahnya dibawa masuk dan kebumikan dengan tempat paling hampir dengan Kota Konstantinopel.

  1. Yakni makna kebinasaan adalah menjaga dan menyayangi harta dengan tidak memberi infaq & tidak pergi, meninggalkan perang, musuh-musuh kamu biarkan.

Jangan salah faham tentang jihad- jika tak mahu mati bagaimana nak berjihad!

  1. Jika tiada jihad & undang-undang Syari’ah tidak dilaksanakan sepenuhnya, selagi itulah Islam tidak akan naik & mulia, umatnya akan terus hina & lemah.
  2. Kemudian Allah s.w.t perintahkan hamba-Nya untuk buat baik dalam semua keadaan dan muamalat.

i- muamalah dengan Allah baik- buat segala yang diperintahkan.

ii- dengan sesama Islam.

iii- dengan makhluk lain & alam juga kena baik- jangan bunuh atau zalimi binatang, jangan tebang pokok gondolkan bukit tanpa keperluan!

7. Seperti hadis Nabi s.a.w iaitu:

عن أبي يعلى شداد بن أوس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ان الله كتب الاحسان على كل شيء فاذا قتلتم فأحسنو القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته (رواه مسلم)

Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara.
Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih.
Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan”.
[HR Muslim].

8. Maka bahayanya sifat bakhil samada dalam harta benda, ilmu pengetahuan & daya usaha.

Jika tiada usaha jihad untuk mempertahan negara & agama dari musuh, ia dianggap sengaja membiarkan diri jatuh ke dalam kebinasaan kerana sikap itu akan membiarkan kelemahan pertahanan negara & bangsa lalu memberi peluang kepada pihak musuh menyerang!

9. Begitu juga dalam bab lain, agama kita sentiasa menyuruh kita berikhtiar sedaya upaya untuk mejauhkan diri daripada segala yang merosakkan dan membawa kebinasaan.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 190- {Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.}- ulama’ kata ayat peperangan ini Allah memberi keizinan untuk berperang dengan beberapa hikmah dan syarat.

Antara nya ialah:
i- Untuk menyekat musuh yang memusuhi kita & memberi kebebasan kepada umat Islam untuk beragama & mendirikan Syari’ah Allah s.w.t.

ii- Allah juga mengajar kepada kita agar bersikap adil, telus, jangan melampaui & menceroboh, ini kerana Islam adalah datang untuk membawa kepada rahmat bukan kebinasaan.

iii- dalam peperangan kita juga tidak ada paksaan- bukan kata letak mata pedang lalu paksa mereka mengucap syahadah mengaku Islam.

Kita pancung orang yang lawan kita- paksa orang terima Islam dengan pedang tidak.

iv- Peperangan dalam Islam telah disaksikan oleh dunia betapa rahmatnya tentera Islam kepada orang-orang yang lemah.

Ahli falsafah Peranchis (***) berkata:
“Tidak pernah direkod oleh mana-mana sejarah; tentera yang menyerang masuk dalam mana-mana negara lebih baik, lebih adil & lebih telus daripada tentera Arab iaitu Islam.”
Dia telah memberi kredit akan keadilan Islam.

Adapun tuduhan jahat yang mengatakan Islam ini tersebar dengan pedang semata-mata adalah satu tuduhan jahat yang tidak perlu dilayan!

Jika layan jug amaka itu adalah orang tidak betul juga!

  1. Ayat 191- {dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan}- fitnah di sini ialah fitnah dalam agama iaitu syirik yang lebih buruk daripada fitnah pembunuhan!

Fitnah pembunuhan dia akan mati kehilangan nyawa tetapi fitnah dalam agama akan ke neraka & kehilangan syurga yang dijanjikan oleh Allah s.w.t yang begitu besar nikmatnya!

Dan dia akan berada dalam kerugian selama-lamanya!

Fitnah ini samada pembunuhan, atau amaran atau sebarang bentuk khianat & syirik adalah yang paling besar!

Tidak dinafikan fitnah tuduhan jahat juga satu kejahatan yang besar!

Sebagaimana dikatakan orang yang buat bid’ah lebih dahsyat daripada orang yang buat dosa besar. Ini kerana:

i- orang yang buat dosa dia tahu dia berdosa dan salah.

ii- tetapi orang yang buat bid’ah yang reka-reka ibadat & pemikiran dalam islam sebaliknya, dia tidak tahu dia salah bahkan rasa dia benar & baik!

Ayat ini menyatakan bahawa Allah s.w.t itu Maha Adil- Dia akan beri balasan yang sepatutnya kepada orang yang sepatutnya dibalas.

  1. Ayat 192- {Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}- jika mereka menyerah & mahu berdamai jangan lagi berperang dengan mereka.

Ayat ini menunjukkan didikan Allah & didikan Islam bahawa kita berperang kerana untuk menegakkan agama Allah!

Bukan untuk balas dendam & memuaskan nafsu geram dan marah- seperti merosakkan mayat musuh atau membunuh semua ahli keluarganya yang lain!

Kerana itu dalam menjatuhkan hukuman hudud & Qisas wajib melalui Kerajaan atau pemerintah & dihadiri oleh polis dan sultan agar tidak melampaui dan jadi tempat balas dendam!

  1. Ayat 194- {(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang.}- bulan haram & Tanah Haram itu mempunyai kehormatan & kemuliannya yang tersendiri dan kita hormatinya.

Jangan zalimi diri kamu dengan buat dosa & maksiat di Tanah Haram & di bulan haram kerana dosanya jug akan berganda!

Boleh baca dalam buku Makkah ini tentang hukum-hakan di Tanah Haram:
https://dartaibah.com/?page_id=179…

  1. Ayat 195- {Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah,}- Allah ajar kepada kita untuk berjihad & memberi nafkah pada jalan Allah.

i- Nafkah yang terbaik harta kita gunakan ialah sedekah pada jalan Allah; samada untuk menegakkan Islam ATAU untuk menyekat menghalang musuh yang mahu memerangi & menghapuskan Islam.

ii- Jalan jihad yang kita buat sekarang ini adalah samada jihad dalam bidang pendidikan atau jihad dalam berdakwah.

Hari ini banyak NGO-NGO yang menjalankan usaha dakwah ini maka kita ucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Untuk infaq di mana saja pastikan yang kita yakin & dipercayai jangan sampai sedekah kita jatuh ke tempat atau tangan yang tidak sepatutnya.

Serta jangan serahkan anak-anak kita di tempat yang berisiko pengajian dan amalannya!

Kemudian Allah akhiri ayat dengan menyeru kepada ihsan iaitu orang yang baik dalam semua keadaan.

Ya Allah jadikan kami orang yang suka infaq pada jalan Allah, berjuang pada jalan Allah & ihsan dalam semua muamalat!

Tafsir Surah Al-Fatihah & Al-Baqarah (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.