8 PERJANJIAN KE ATAS YAHUDI, SISTEM AGAMA DAN AKHLAK & YAHUDI TETAP MELANGGARINYA.

Full video : https://youtu.be/d_b8BU6o58M?si=zQaYBanSCldC6DUZ

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam satu ayat sahaja iaitu ayat 83 bagi surah al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzuk yang pertama.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan tentang satu perjanjian yang telah di buat dengan ahli kitab bani Israil atau yahudi, iaitu tentang 8 perkara yang menjadi sistem agama dan akhlak masyarakat.
  3. Tetapi yahudi seperti biasa tetap melanggarinya, sistem yang indah yang sempurna yang Allah telah susun khas ditolak dengan perangai buruk mereka yang tidak habis-habis.
  4. Maka kita ini adalah satu kerugian besar bagi mereka yang ada Kitab tetapi langar & tidak ikut peraturan yang alh beri. Rugi besar peluang yang diberi tidak diambil, mereka tidak mendapat manfaat walaupun mereka ada kitab.
    أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 83- {DAN (INGATLAH WAHAI MUHAMMAD), KETIKA KAMI MENGIKAT PERJANJIAN SETIA DENGAN BANI ISRAIL (DENGAN BERFIRMAN): “JANGANLAH KAMU MENYEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA, DAN KAUM KERABAT, DAN ANAK-ANAK YATIM, SERTA ORANG-ORANG MISKIN; DAN KATAKANLAH KEPADA SESAMA MANUSIA PERKATAAN-PERKATAAN YANG BAIK; DAN DIRIKANLAH SEMBAHYANG SERTA BERILAH ZAKAT”. KEMUDIAN KAMU BERPALING MEMBELAKANGKAN (PERJANJIAN SETIA KAMU ITU) KECUALI SEBAHAGIAN KECIL DARI KAMU; DAN SEMEMANGNYA KAMU ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGHIRAUKAN PERJANJIAN SETIANYA.} (AL-BAQARAH 2:83)

A. Allah s.w.t mengingatkan Rasulullah s.a.w tentang perjanjian-Nya dengan bani Israil!

Allah mengingatkan puak yahudi bahawa Allah telah ikat mereka dengan lapan perjanjian dalam ayat ini!

1) Perjanjian pertama ialah: {Janganlah kamu menyembah melainkan Allah,}:

i- Ini adalah perjanjian tauhid- jangan sembah batu, kayu, dewa patung dan seumpamanya selain dari Allah s.w.t!

ini adalah supaya mereka beriktiqad dengan keimanan yang benar & tidak menyembah selain Allah s.w.t sebagai Tuhan!

ii- firman alh s.w.t:
{Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?} (Al-Anbiyaa’ 21:21)

iii- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.} (Al-Nahl 16:36)

Tugas rasul-rasul asas dakwahnya ada dua; iaitu menyeru untuk menyembah Allah
& menjauhi taghut!

iii- kata Ibnu Kathir rhm.: inilah hak yang paling tinggi & paling besar iaitu menyembah Allah & jauhkan diri dari syirik.

  1. Perjanjian kedua {dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,} iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

i- Ini adalah semua jenis ihsan atau kebaikan iaitu samada perbuatan atau perkataan!

Kedua-duanya kena ada- jangan buat & layan saja dengan perbuatan tetapi mulut celupar & kasar dengan ibu bapa!

ii- Kenapa ihsan dengan ibu bapa ini datang selepas hak menyembah Allah?
Ini kerana:
a- pertama hak kita dengan Allah sebagai Tuhan- kita wujud atas dunia kerana Allah s.w.t yang cipta kita.

b- kedua adalah hak dengan makhluk- iaitu hubungan sesama manusia, ibu bapa adalah insan yang paling istimewa dalam hidup manusia.
Kita wujud sebab perhubungan antara ibu bapa maka lahirlah kita!

iii- Firman Allah s.w.t:
i- {Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).} (Luqman 31:14)

ii- {Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).} (Al-Israa’ 17:23)

iii- Apakah ihsan kepada ibu bapa ini:
i- hubungan yang baik- taat, mendengar kata, percakapan yang baik, jangan kasar & tengking- menengking atau guna bahasa yang kasar.

Hendaklah tawadhuk dan bersopan di hadapan mereka.

iv- mejadi kewajipan anak-anak juga beristighfar memohon ampun kepada kedua ibu bapa samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Jika masih hidup agar sihat, rajin beribadat, taat kepada Allah, hidup bahagia dalam redha Allah.

Apabila dah mati doakan keampunan untuk mereka, selamat dari fitnah & azab kubur serta azab neraka.

v- Antara Birrul-walidaini juga apabila ibu bapa sudah tiada- kita hubungi sillaturrahim dan ukhuwwah dengan keluarga & sahabat yang mereka baik & ada hubungan dulu.
Ini termasuk buat baik kepada ibu bapa juga.

vi- Kata pujangga:
Buat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu semoga anak-anakmu juga akan berbuat baik kepadamu. ما يزال الرجل طفلا حتى ماتت أمه
Seorang lelaki itu akan dianggap kanak-kanak sehinggalah ibunya tiada.

Yakni seorang ibu itu akan anggap anaknya adalah anaknya walaupun sebesar mana pangkat & kedudukan seseorang anak itu!

3- Perjanjian ketiga: {dan kaum kerabat}-
i- kita diarahkan untuk berbaik kepada kaum keluarga (anak beranak) yang ada pertalian samada dari sebelah ayah atau sebelum ibu. Inilah hubungan silaturrahim- iaitu keluarga terdekat yang ada hubungan rahim dengan kita (صلة الرحم) atau (ذوي الأرحام).

ii- hari ini hubungan kekeluargaan ini begitu longgar, orang muda tak hormat orang tua, yang tua tak cakna akan yang muda.
Anak saudara tak kenal bapa saudara & seumpamanya.

iii- Cara nak kenal keluarga yang betul-betul cakna ialah ketika susah, uzur & lemah, sakit atau apa saja ujian- kita tengok siapa yang akan datang memberi bantuan kepada kita!

Waktu kaya & ada kedudukan semua orang datang & disayangi; tetapi ketika susah baru kita tau siapa yang jujur & ikhlas.

iv- Hubungan kekeluargaan ini satu tuntutan amat besar kerana itu ia datang selepas berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Hadis dari Abdullah bin Amr bin Al-As r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang menyambung silaturahmi bukanlah orang yang membalas jasa kebaikan, tetapi orang yang menyambung silaturahmi adalah orang yang kekerabatannya diputus, lalu ia menyambungnya.” [HR Bukhari].

Yakni menghubung silaturrahim ialah bukan membalas kunjungan yang telah dibuat oleh kaum keluarga, tetapi apabila mereka menjauhkan diri dari kita, boikot kita, memencilkan diri dari kita, mereka tidak ziarah kita; lalu orang putuskan kita sambung silaturrahim itu dengan menghubungi & ziarahi mereka.

Salah istilah; jika kawan nak datang ziarah kita kata nak hubung silaturrahim- itu ukhuwwah Islamiyah- silaturrahim hanya untuk orang yang ada hubungan keluarga.
Kecuali nak berbesan boleh juga sambung silaturrahim.

  1. Perjanjian keempat ialah {dan anak-anak yatim}: berbuat baik kepada anak-anak yatim.

i- siapakah anak yatim (ٱلْيَتَـٰمَىٰ) ini?
Anak kecil yang tidak ada bapa- bapanya sudah mati & dia belum baligh (cukup umur).
Jika mak mati tetapi ayah masih ada, tidak dipanggil yatim. Jika mati ayah tetapi sudah dewasa tidak lagi dikira anak yatim.

ii- anak yatim ini perlu penjagaan- bukan setakat makan minum sahaja tetapi diberi kasih sayang, pendidikan dan lain-lain keperluan yang sewajarnya.

Nafkah & penjagaan anak yatim ini jatuh di bawah tanggung-jawab datuk & bapa-bapa saudaranya jika ada.

Pahalanya amat besar kerana itu Rasulullah s.a.w amat menggalakkannya!

iii- Hadis; Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini di syurga, (Nabi S.A.W mengisyaratkan dengan dua jari baginda S.A.W)”. [HR Muslim, (2983)].

  1. Perjanjian kelima {serta orang-orang miskin;}: Berbuat baik ihsan kepada orang miskin.

Menghulurkan bantuan sedekah, kewangan dan apa saja yang dapat meringankan bebananan mereka.

i- orang misikin ini ialah orang yang tidak cukup nafkah atau belanja untuk keperluan diri & keluarganya.

Sama dengan faqir yang termasuk dalam kategori asnaf, tetapi faqir ini lebih rendah & sedikit pendapatannya daripada miskin.

ii- jadi kita kena ihsan kepada mereka, yang tak cukup belanja & tak cukup nafkah untuk keperluan hidup mereka.

Apatah lagi jika anak yatim yang miskin bertambah lagi keperluan untuk ihsan kepada mereka.

iii- hadis- Rasulullah s.a.w bersabda:

السَّاعِى عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ – وَأَحْسِبُهُ قَالَ ، يَشُكُّ الْقَعْنَبِىُّ –
كَالْقَائِمِ لاَ يَفْتُرُ ، وَكَالصَّائِمِ لاَ يُفْطِرُ

“Orang yang berusaha membantu para janda/ibu Tunggal, (armalah) dan orang-orang miskin laksana orang yang berjuang di jalan Allah.
Ada riwayat lain: Al-Qa’nabi-iaitu gurunya Imam Bukhari dan Muslim-berkata, aku sangka ianya seperti orang yang solat malam yang tidak pernah merasakan lelah, dan yang berpuasa yang tidak pernah berhenti berpuasa.” (HR. Bukhari, no. 5353 dan Muslim, no. 2982)

iv- seorang ulama’ salaf- Thowus rhm. berkata: Sesiapa yang ada adik perempuan (yang miskin & susah) jika dia pergi membantunya; ia adalah lebih daripada jihad fi sabilillah.

  1. Perjanjian keenam {dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;}: berkata atau bercakap baiklah kepada manusia.

i- yakni jika kita tak dapat menolongnya atau beri apa yang dia minta- jangan herdik atau bercakap kasar tetapi beritahulah dengan baik-baik!

Begitulah manusia jika dia setuju sehingga ke langit ketujuh dipujinya;
Apabila tak setuju dikejinya sehingga ke perut bumi ketujuh pula!

ii- hadis- Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Dari Abu Zar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan sekali-kali kamu menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa wajah yang ceria ketika bertemu dengan kawanmu.” [HR Muslim No 4760]

  1. Perjanjian ketujuh {dan dirikanlah sembahyang}: Dirikanlah solat! Satu ibadat yang ma’ruf sudah banyak kita bincangkan!
  2. Perjanjian kelapan {serta berilah zakat}: Tunaikan zakat.Zakat juga satu ibadat yang ma’ruf sudah banyak kita bincangkan!

ii- Ini menunjukkan bahawa dalam Syari’ah bani Israil dan orang terdahulu sudah ada kewajipan solat & zakat.
Tetapi tiada detail & maklumat lanjut tentangnya!
Bagaimana caranya wallahu a’lam.

  1. Pada akhir ayat Allahs.w.t berfirman: Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Yakni mereka yahudi orang yang keras kepala mereka tidak peduli tidak hirau kecuali sebahagian kecil dark seperti Abdullah bin Salam r.a yang ikhlas memeluk agama Islam.
Tetapi terlalu sedikit dari mereka!

  1. Walaupun dalam ayat ini tentang janji Allah dengan yahudi tetapi ia juga janji dengan kita umat Islam hari ini!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 83- {Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah,}-
    Allah guna perkataan { أَخَذْنَا}- untuk perbuatan; yakni ) kami ambil (tetapi dihujung ayat Allah sebut nama Allah (kecuali Allah) { إِلَّا ٱللَّهَ} bukan kata ganti nama kami- agar sama seperti kata fe’el (perbuatan)- { أَخَذْنَا} sepatutnya jadi { إِلَّا إيانا} kecuali Kami.

Jawapan: Kata ulama’:
Allah s.w.t sebut nama khas-Nya secara zahir (Kecuali Allah) tidak guna dhomir (kata ganti nama) kerana:
i- untuk menunjukkan kebesaran-Nya, keagungan, kesempurnaan & kemuliaan Allah s.w.t!

ii- supaya orang yang dalam hatinya ada iman; akan tunduk, akur, gerun & gementar apabila mendengar nama Allah.

  1. Arahan Allah s.w.t kepada bani Israil dalam {Ayat 83} ini ada 8 perkara.
    Tetapi ingat ia bukan hanya untuk bani Israil tetapi arahan untuk semua makhluk hamba-Nya!

Ini adalah satu sistem yang merangkumi perjalanan agama, akhlak & kemasyarakatan.

Semua manusia perlu kepada agama & sistem perhubungan sesama makhluk!

Ia termasuk dalam menjaga keperluan yang lima (الضروريات الخمس).

Dalam ayat ini Allah s.w.t ajar kepada kita semua perkara yang kita kena ingat mesti jaga dan dokongnya iaitu sistem agama & sistem masyarakat!

Kerana itu Allah bawanya secara tertib iaitu bermula dengan hubungan dengan Allah iaitu sembah Allah yang agung, kemudian kedua ibu bapa yang paling agung dalam hidup kita, kaum kerabat, anak yatim & orang miskin. Ini sistem masyarakat!

  1. Ayat 83- {dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat;}- ini menunjukkan kepada hak kaum kerabat untuk silaturrahim ini adalah bermula dari hak kedua ibu bapa dulu.
    Tanpa mereka berdua kita tidak akan ada hubungan ini.
    Melalui keduanya adalah lorong kekeluargaan dari dua belah pihak.

Allah susun sebaiknya pertama diletakkan ibu bapa kemudian baru datang silaturrahim.

  1. Ayat 83- {dan berbuat baiklah kepada … dan anak-anak yatim;}-

kemudian datang pula anak yatim, kenapa dia disebut juga?

Maka Allah sebut ada dalam golongan kaum kerabat kamu itu anak-anak yatim yang lemah & tidak berdaya maka berbuat baiklah kepada mereka!
Kamu tidak mendapat manfaat dari mereka, kerana mereka masih kecil, maka jika berbuat kepada mereka amat besar kebaikannya!

Allah perluaskan lagi skopnya; samada anak yatim dari kalangan keluarga kamu sendiri atau bukan- siapa yang berbuat baik dengan menjaganya, Rasulullah s.a.w akan berada dekat dengannya di dalam syurga kelak, Insya’ Allah!

  1. Ayat 83- {dan berbuat baiklah ….serta orang-orang miskin;}-
    Allah suruh juga berbuat kepada orang miskin- kenapa miskin datang selepas anak yatim?

Ini kerana orang miskin adalah orang yang sudah dewasa & cukup umur, adakalanya kita boleh guna dia untuk minta bantuan yakni untuk bekerja & diberi upah.

Dia sendiri pun ada kemampuan untuk buat kerja & boleh cari rezeki, cuma pendapatan mereka tidak mencukupi untuk keperluan hidup mereka!

Bukan seperti anak yatim yang masih kecil & kehilangan ayah, belum mampu berdikari atau diambil manfaat darinya!

Begitulah dalam ayat ini Allah susun sistem kemasyarakatan dalam Islam yang cukup mantap, kita sudah tidak perlu kepada sistem lain lagi.
Tetapi apa boleh buat, manusia ini tak nampak Islam, masih nampak sistem lain lebih baik. Sedangkan khairat yang Allah buka pintu ini sudah amat luas!

Semoga Allah s.w.t bimbing & pandu kita untuk sentiasa berada di bawah peraturan Allah, sentiasa mengisi masa dengan perkara yang diredhai Allah s.w.t!