*Larangan Zina Dan Penyebabnya, Bunuh Orang Tanpa Hak, Makan Harta Anak Yatim & Arahan Sempurnakan Sukatan.*

Live Pagi Ahad 23 Rajab 1442H = 07/03/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Al-Isra’ (09) Ayat [32-35];
Full video:
https://fb.watch/44C7KvDpxK/

Muqaddimah:
Ayat-ayat pada hari ini adalah kesinambungan daripada kuliah yang telah lepas iaitu tentang asas atau usul iman.

Lima usul Iman yang telah dibincangkan:-
1. Perintah untuk mentauhidkn Allah s.w.t dan beribadat sepenuhnya kepada Allah tanpa selain-Nya.
2. Berbuat baik kepada dua ibu bapa.
3. Memberi hak dan berbuat ihsan kepada kaum kerabat, orang miskin dan musafir yang dalam kesempitan, terputus bekalan.
4. Jangan bersifat bakhil dan membazir.
5. Jangan membunuh anak kamu kerana takutkan kepapaan.

Kata ulama’ salaf;-
1. Walaupun kamu mengeluarkn hanya 1dirham (RM1) ke jalan maksiat, tetap dikira satu pembaziran dan merugikan pahala.
2. Tetapi jika sebesar gunung atau seluruh isi dunia pun jika diinfaq pada jalan kebajikan, tidak dikira membazir lansung, bahkan berganda keuntungannya.

Hak ibu bapa ada 5:-
1. Tidak berkata “ah, oh atau huh” kepada mereka.
2. Jangan menengking dengan kata-kata kasar.
3. Bercakap dengan hormat dan perkataan yang mulia.
4. Hormat dan tawaduk kepada mereka.
5. Sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka waktu hidup ataupun selepas mati.

Selepas ini Allah s.w.t memerintahkan dengan 5 perkara itu, diikuti lagi dengan perintah larangan terhadap perkara berikut:-
1. Zina dan segala perbuatan ke arahnya.
2. Membunuh tanpa hak Syariah.
3. Makan harta anak yatim tanpa hak.
4. Serta perintah untuk menunaikan perjanjian samada dengan Allah s.w.t atau sesama manusia.
5. Sempurnakan timbangan dan sukatan. Yakni jangan menipu dalam urusan jual-beli.
**Ini Adalah Beberapa Prinsip Masyarakat Islam.

*Ayat 32- {Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).}

(Al-Israa’ 17:32)
1. Larangan daripada menghampiri zina, Yakni hatta segala perkara yang boleh membawa kepada zina seperti pergaulan bebas, mendedahkan aurat, menjaga kehormatan,mendedahkan aurat dan seumpamanya, Islam melarangnnya. Ini untuk menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbuatan yang keji ini.

2. Zina termasuk dalam satu dosa yang mempunyai kategori khas iaitu al-Fahisyah- yang maksudnya- perbuatan yang keji. الفاحشة yang berkait dengan maruah dan keturunan seperti zina, liwat dan seumpamanya.
*Manakala maksiat dan lain-lain dosa termasuk dalam perbuatan dosa munkar.

3. Ayat 31 sebelum ini melarang bunuh anak, anak yang dibunuh biasanya anak luar nikah, hasil daripada perbuatan zina. Maka Allah s.w.t menyuruh orang mukmin menjauhi dari awal lagi.

4. Maka tugas pemerintah menyekat dan menghalang segala jalan dan lorong yang boleh menyampaikan kepada perbuatan keji ini.

5. Zina bukan hanya keji dia sendiri sahaja tetapi dia boleh membawa beberapa kerosakan:
i- Merosakkan nasab keturunan.
ii- Mengembangkan penyakit merbahaya seperti HIV, dan lain-lain.
iii- Menimbulkan pembunuhan dan pergaduhan dalam masyarakat.
iv- Mengundang hukuman hudud. Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh manusia, atau mangsa seperti suami yang dayus.
v- Bercampur gaul nasab keturunan Tak tahu siapa bapa sebenar, lebih lagi jika tiada yang mengaku anaknya, lalu bayi itu akan dibuang atau dibunuh.

* Boleh lihat KITAB KEINDAHAN ISLAM tentang hikmah haramnya dosa-dosa ini.

*Ayat 33- {Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).}

(Al-Israa’ 17:33)
1- Haram membunuh kecuali dengan alasan yang benar, yang ditetapkan oleh Syara’. Ini jelas dari hadis Nabi s.a.w:

Dari Ibnu Mas’ud r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahawa aku(Rasulullah s.a.w) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab: Muhson (orang yang telah pernah menikah) yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya (murtad). [HR Bukhari dan Muslim].

i-Membunuh orang dengan sengaja- Hukumnya adalah qisas iaitu balas balik secara bunuh juga.
Bunuh dengan tidak sengaja – bayar diyat pampasan,.
Bunuh tersalah- juga kena bayar diyat.
ii-Penzina yang pernah merasai perkahwinan, juga boleh dibunuh dengan hukum rejam. ii. Murtad, keluar daripada agama Islam.
**Tetapi kesemua hukuman ini adalah dalam bidang kuasa pemerintah, tidak boleh orang perseorangan atau keluarga mangsa mengambil tindakan sendiri.

2. Allah s.w.t juga menyatakan bahawa kuasa memaafkan itu ditangan keluarga mangsa yang dibunuh, mengikut garis panduan Syariah. Yakni para waris mangsa memaafkannya maka tidak perlu bunuh balas. Mereka boleh menuntut diyat (blood money).
Semua ini juga melalui pemerintah bukan suka2 atau pandai2 sendiri. Pemerintah atau mahkamah akan memutuskannya.
3. Jangan melampau dalam menuntut hukum balas qisas atau tuntuntan harta diyat. Berpada dengan apa yang telah digariskan oleh al-Quran, ini kerana mereka telah mendapat hak yang sepenuhnya dari al-Quran untuk bunuh balas atu tuntut diyat.
4. Tetapi jika keluarga/wali yang berhak memaafkannya terus boleh juga, dan ini adalah satu perbuatan yg mulia dan sangat terpuji.

*Ayat 34- {Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.}

(Al-Israa’ 17:34) Pesanan Dalam Bab Harta.
1. Perintah seterusnya agar jangan makan atau salah guna harta anak yatim bagi yang berkuasa ke atasnya.
2. Ini termasuk dalam menjaga harta dalam Islam.
3. Disebut anak yatim kerana mereka golongan yang lemah, masih kecil dan tiada pembela. Lalu Allah s.w.t ingatkan kepada para wali yang menjaga atau pengurus harta mereka sehinggalah mereka baligh dan layak mengurusnya sendiri.

**Untuk menjaga harta anak yatim mesti seorang yang kuat, sebagaimana hadis nasihat Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya Abu Zar r.a ini:
Dari Abu Zar dia berkata, saya berkata, “Wahai Rasulullah, tidakkah anda ingin melantikku?” Abu Zar berkata, “Kemudian Baginda menepuk bahuku dengan tangannya seraya bersabda: “Wahai Abu Zar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) dan jawatan itu merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.” [HR Muslim].

4. Seterusnya Allah perintahkan pula untuk sempurnakan perjanjian dengan Allah s.w.t. kerana itu disebut semuanya akan ditanya di akhirat kelak.

5. Atau apa saja perjanjian sesama manusia, kerana perbuatan mencabul perjanjian bukanlah sifat orang mukmin.

*Ayat 35- {Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).}

(Al-Israa’ 17:35)
1. Arahan agar sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil.
2. Kerana ia adalah perkara baik dalam urusan dunia, muamalah sesama manusia, dan akan mendapat pahala di akhirat kelak.

PENUTUP:
Ad-Daruriyyat al-Khams – Kepentingan yang asasi ini ada lima iaitu:
1-Memelihara Agama,
2- Memelihara Nyawa,
3- Memelihara Akal,
4- Memelihara Keturunan Dan
5- Memelihara Harta Benda.
Setiap urusan agama Islam dibina atas kewajipan menjaga lima perkara ini.

**Tadabbur 1:
1. Jika arahan ke atas setiap orang buat, yakni arahan kerja individu peribadi, al-Quran guna lafaz sighah mufrad (single) anta/engkau- seperti arahan berbuat kepada ibu bapa, berbuat baik kepada kaum kerabat, orang miskin dan musafir kesusahan, larangan jangan membazir dan terlalu kikir. Contoh ayat:

{فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا } [الإسراء: 23] {Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka.}

2. Tetapi jika arahan secara umum kepada semua masyarakat, global, maka Allah akan guna lafaz sighah jamak (plural) antum/kamu ramai- seperti sempurnakan sukatan dan timbangan, jangan dekati zina, jangan membunuh, tunaikan janji dan jangan makan harta anak yatim dan lain-lain, semua percakapan ini dengan lafaz jamak yakni perintah untuk semua orang. Contoh ayat:
{ وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا} [الإسراء: 32] {Dan janganlah kamu menghampiri zina}

**Tadabbur 2:
1. Apabila Allah sebut agar jaga perjanjian dengan orang lain, Allah s.w.t sebut dengan ب)- dengan) بالعهد iaitu bagi perjanjian yang tidak nampak, bukan fizikal. Contoh:

{وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ} [الإسراء: 34]{Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia)}.

2. Tetapi jika perjanjian yang secara fizikal, yang nampak terus seperti sempurnakan timbangan tanpa huruf ba yang bermaksud “dengan”. Contoh:
{وَأَوْفُوا الْكَيْلَ} [الإسراء: 35{Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat,}

Wallahu A’lam.