
Allah s.w.t puji nabi Ibrahim A.S dengan 9 sifat &
Arahan agar ikut ajaran nabi Ibrahim.
Live Pagi Khamis 13 Rajab 1442H = 25/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (22) Ayat [120-123];
Video penuh:
https://fb.watch/3SEjU2-7nx/
Muqaddimah:
Dalam siri yang lepas Allah s.w.t menyebut tentang peihal musyrikin quraisy:
1. Mereka menetapkan syirik dan sekutu bagi Allah s.w.t.
2. Mereka mendustai, meragui dan mencela kenabian Rasulullah s.a.w dan para rasul a.s sedangkan mereka mengaku pula sebagai pengikut nabi Ibrahim a.s.
3. Allah s.w.t membatalkan segala tuduhan mereka itu dengan hujjah yang mantap.
4. Ayat-ayat seterusnya tentang keistimewaan dan kelebhian Nabi Ibrahim a.s, Khalilullah.
*Ayat 120- {Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri); ia takut bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.}
(Al-Nahl 16:120)
Dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan dan memuji kelebihan nabi Ibrahim a.s.
1. Dia dianggap sebagai satu ummah walaupun hanya seorang.
Ini kerana terkumpul padanya segala kebaikan yang terkumpul ke atas satu ummah, terkumpul ke atasnya ciri-ciri kehebatan yang perlu diikuti.
2. Tugasnya menyeru dan berdakwah kepada agama yang suci.
3. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut 4 keistimewaan Nabi Ibrahim a.s.
4. Dalam ayat-ayat lain ada lagi sehingga berjumlah 9 pujian.
5. Nabi Ibrahim a.s telah melepasi segala ujian yang dikenakan oleh Allah s.w.t ke atasnya.
6. Dia juga digelar oleh Allah sebagai kekasih-Nya, Khalilullah, yang lebih tinggi daripada habibullah.
*Ayat 121- {Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.}
(Al-Nahl 16:121)
Sifat2 Nabi Ibrahim a.s lagi:
7. Seorang yang amat bersyukur di atas nikmat2 Allah kepadanya, samada nikmat yg kecil atau besar.
8. Dia adalah manusia pilihan Allah, yang dipilih dan disucikan untuk menjadi nabi dan ditunjukkan jalan yang lurus..
9. Allah telah memberinya petunjuk hidayah kepada jalan yang lurus. Iaitu dalam berdakwah kepada Allah dan mendorong kepada agama yang benar.
*Ayat 122- {Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.}
(Al-Nahl 16:122)
Allah s.w.t juga Allah mengurniakannya kebaikan di dunia. Ulama’ mengatakannya antara kebaikan dunia yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s:
1. Dikurniakan ketenangan hidup dan anak-cucu yang soleh, terpilih juga sebagai para nabi dan rasul.
2. Seluruh umat Islam berselawat kepadanya di dalam solat bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Berapa kali sehari diulang, masya Allah sepanjang zaman.
3. Allah s.w.t juga menjadikan semua makhluk menghormatinya, semua agama merujuk kepadanya, samada Islam, yahudi dan nasrani, semuanya mengakui akan kenabiannya.
*Ayat 123- {Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.}
(Al-Nahl 16:123)
1. Lalu Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk menurut agama nabi Ibrahim a.s iaitu dalam bab Tauhid kepada Allah s.w.t.
2. Tetapi berbeza dari segi hukum-hukum Syariah, kerana Syariat Rasulullah s.a.w adalah bersifat global, untuk seluruh umat manusia dan jin, berterusan sehingga ke hari Kiamat. Sedangkan Syariat Nabi Ibrahim hanyalah khas untuk kaumnya dan bersifat setempat.
3. Allah s.w.t membersihkannya, menafikan bahawa nabi Ibrahim bukan dari kalangan musyrikin bahkan seorang muslim yang mentauhidkan Allah.
KESIMPULAN DAN PENGAJARAN AYAT:
*Allah swt memuji Nabi Ibrahim a.s dlm al-Quran dengan 9 sifat yang mulia ini:-
1. Dia sendiri dikira sebagai satu ummah walaupun dia seorang. Kerana kesempurnaan sifat2 baiknya. Maknanya: Dia sebagai imam yang mnjadi contoh dan ikutan semua.
2. Dia seorang yang patuh, khusyuk dan sentiasa taat kepada perintah Allah swt.
3. Dia seorang yang suci dan tulus, jauh dan tidak cenderung kepada syirik dan kebatilan walaupun sedikit. Sentiasa atas tauhid walaupun ketika masih kecil.
4. Allah s.w.t bersihkannya, menafikan bahawa Ibrahim bukan dari kalangan musyrikin bahkan muslim yg mentauhidkan Allah.
5. Seorang yang amat bersyukur di atas nikmat2 Allah kepadanya, samada nikmat yang kecil atau besar.
Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:
يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.” [Riwayat al-Bukhari (4837).]
6. Dia adalah manusia pilihan Allah, yang dipilih dan disucikan untuk menjadi nabi dan rasul, ditunjukkan jalan yang lurus. Serta menjadi kekasihnya, serta adalah seorang nabi dan rasul yang terpilih.
7. Allah telah mmberinya petunjuk hidaya kepada jalan yang lurus. Iaitu dibimbing dalam berdakwah kpd Allah dan mendorong kpd agama yg benar.
8. Allah mengurniakannya kebaikan di dunia, menjadikan semua makhluk menghormatinya, semua agama merujuk kpdanya, samada Islam, yahudi dan nasrani, semuanya mengakui akan kenabiannya. (nota an-Nahli; ayat 122)
9. Dan akhirnya dia di akhirat termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh, dlm keredhaan Allah swt, sebagaimana doanya- surah Asy-Syuara’ ayat 83:
{“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.}
*Syukur itu terbina atas 3 dasar ini:
1. Mengakui nikmat Allah s.w.t dan Dia adalah Pemberi rezeki.
2. Digunakan atas jln yang Allah redhai.
3. Bersyukur atas segala nikmat itu dengan melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
*Mengapa Nabi kita disuruh ikut Nabi Ibrahim a,s, sedangkan Rasulullah s.a.w lebih afdhal?:
1. Dalil ke atas orang kemudian boleh ikut orang yang terdahulu, juga dalil orang yang lebih afdhal boleh ikut yang kurang sedikit. Contoh seorang alim mengikut seorang imam dalam solat, sedangkan mungkin imam itu kurang ilmu daripadanya.
2. Ada juga yang mengtakan ayat ini menjadi dalil untuk berkhitan. Ini kerana Nabi Ibrahim seorang yang berkhitan, maka umat kita disuruh ikut perbuatan ini.
*Kenapa selalu di ulang ayat: {..dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.}
1. Menafikan perbuatan syirik Nabi Ibrahim sepanjang zaman.
2. Memperbaharui penafian itu setiap hari, setiap pagi dan petang.
3. Pembebasan yang jitu bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah syirik.
Wallahu a’lam.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Khamis, 25 Feb 2021.