SUASANA HARI KIAMAT, GOLONGAN TAK MAHU SUJUD & NABI TAK MINTA UPAH.

Full video : https://youtu.be/YDAOaNkGxxo

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang suasana hari kiamat yang amat dahsyat dan penuh huru-hara.
  2. Juga diceritakan tentang golongan yang tidak mahu sujud di atas dunia dulu, mereka tidak akan dapat sujud apabila diseru untuk sujud di akhirat kelak.
  3. Allah s.w.t juga menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak sekali-kali minta upah atas dakwahnya itu.
  4. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat sebelum ini Allah s.w.t nyatakan bahawa bagi orang yang bertaqwa syurga yang berkekalan nikmatnya.

ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan bilakah hari itu? Iaitu hari Kiamat yang penuh huru-hara, yang dahsyat.

AYAT 42- {(INGATKANLAH ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN) AKAN MASA DIDEDAHKAN KEDAHSYATAN HURU-HARA (HARI KIAMAT), DAN MEREKA DISERU SUPAYA SUJUD MAKA MEREKA TIDAK DAPAT MELAKUKANNYA, -} (AL-QALAM 68:42)

  1. Allah s.w.t mengingatkan orang tidak beriman akan hari Kiamat yang amat dahsyat dan huru-hara. Pada hari itu semua manusia diseru supaya bersujud kepada Allah sebagai satu ujian.
  2. Maka orang mukmin yang ikhlas kepada Allah s.w.t akan dapat sujud; tetapi orang kafir & orang yang sujud di dunia bukan kerana Allah, berpura atau kerana tidak ikhlas; apabila mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya.
    Ada ulama’ kata ini adalah golongan munafiq, ada juga yang kata golongan kafir yang cuba sujud apabila mereka sudah yakin dan percaya iaitu di akhirat.
  3. Tentang maksudnya { عَن سَاقٍۢ}- akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), ada dua pandangan dari ulama’ salaf:
    i- kata Hibrul Ummah Ibnu Abbas r.a maksudnya ialah: Hari huru-hara yang dahsyat iaitu hari Kiamat.

ii- riwayat dari Abu Said al-Khudri r.a dan lain-lain ulama’: ayat ini adalah ayat sifat iaitu apabila Allah s.w.t sebut { عَن سَاقٍۢ} maka adalah apa yang disebut Allah s.w.t, macamana ia wallahu a’lam. Kaedahnya ialah: Tiada yang sebanding dengan Allah sesuatu apapun,
{لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌۭ ۖ}.

  1. Sebagaimana hadis riwayat Abu Said al-Khudri r.a:
    Apabila Allah s.w.t dedahkan maka semua orang yang beriman akan sujud kepada Allah s.w.t tetapi orang yang sujud kerana riya’ dan (sum’ah) mencari glamour seperti orang munafiq cuba untuk sujud juga, tiba-tiba belakang mereka menjadi keras! [HR Bukhari & Muslim]
  2. Maka berhati-hatilah ikhlaskan niat kita, bukan untuk menunjuk atau mencari pujian orang. Jangan tunjukkan amal ibadat kita kepada orang atas apa niat, tak perlu share kepada manusia ketika kita sedang berhubung dengan Allah s.w.t!

AYAT 43- {SAMBIL PANDANGAN MEREKA TUNDUK MALU, SERTA MEREKA DILIPUTI KEHINAAN; DAN SESUNGGUHNYA MEREKA (DI DUNIA) DAHULU TELAHPUN DISERU SUPAYA SUJUD (TETAPI MEREKA ENGGAN) SEDANG MEREKA DALAM KEADAAN SIHAT.} (AL-QALAM 68:43)

  1. Mereka yang tidak dapat sujud ini akan tunduk malu penuh kehinaan.
  2. Ini kerana mereka semasa di dunia dulu telahpun diseru untuk sujud tetapi mereka enggan. Sedangkan mereka semua sihat wal-afiat dan tiada halangan untuk sujud atau solat!
  3. Semua akan menyesal samada:
    i- orang yang beriman tetapi malas untuk solat dengan sempurna atau tidak banyak. Tidak ambil peluang untuk beribadat.

ii- orang munafiq yang solat tidak ikhlas, kerana hanya mahu menunjuk.

iii- orang kafir yang memang kerana kekufuran mereka.
Tetapi itulah penyesalan yang tidak ada gunanya lagi serta penynesalan yang berbeza.

AYAT 44- {BIARKANLAH AKU SAHAJA (WAHAI MUHAMMAD) DENGAN ORANG YANG MENDUSTAKAN KETERANGAN AL-QURAN INI, KAMI AKAN MENARIK MEREKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT (KE JURANG KEBINASAAN), DARI ARAH YANG MEREKA TIDAK MENGETAHUINYA.} (AL-QALAM 68:44)

  1. Munasabah ayat:
    Allah telah takutkan orang kafir, munafiq dan mukmin yang malas bahawa di akhirat kelak Allah s.w.t akan dedahkan segala rahsia & mereka diseru untuk bersujud.
    Maka yang kafir & tidak ikhlas tidak akan dapat sujud.

ii- maka di isni Allah s.w.t peringatkan kepada Nabi s.a.w, biarkanlah orang kafir yang tidak dengar kata itu. Serahkan urusannya kepada Allah s.w.t!

  1. Yakni Allah s.w.t perintahkan kepada Rasulullah s.a.w supaya tidak usah lagi sibuk untuk fikirkan tentang mereka yang enggan ini lagi, serahkan urusan mereka kepada Allah s.w.t!
    Biarlah Allah yang membalas dan menghukum mereka!
  2. Allah s.w.t nyatakan bahawa:
    i- Dia akan tarik mereka ke jurang kebinasaan sedikit demi sedikit tanpa mereka menyedarinya!

ii- Mereka sangka mereka telah berjaya dan selamat tetapi azab datang dari arah yang mereka tidak sedar!

  1. Ia samada apabila mereka mati, mereka akan jumpalah apa yang mereka ingkar dan lawan sebelum ini! Barulah tahu dan menyesal yang tiada gunanya lagi!

AYAT 45- {DAN AKU AKAN MELANJUTKAN TEMPOH UNTUK MEREKA; SESUNGGUHNYA RANCANGAN SULITKU (TERHADAP GOLONGAN YANG KUFUR INGKAR ITU), AMATLAH KUAT KUKUH.} (AL-QALAM 68:45)

  1. Kebiasaannya orang kafir ini Allah s.w.t beri tempoh kepada mereka atas dunia ini. Panjang masa mereka hidup dan senang. Maka kamu jangan gopoh nak cepat untuk lihat kesannya.
  2. Ahli tafsir kata:
    i- antara tempoh doa Nabi Musa a.s agar Firaun binasa dengan tenggelamnya Firaun dalam laut Qalzum adalah 40 tahun lamanya!

ii- ini kerana Allah s.w.t mahu beri pahala kepada Nabi Musa dan kaum bani Israil yang beriman supaya mereka terus berjuang menentang kafir.

  1. Hadis- sabda Rasulullah s.a.w:
    “Sesungguhnya Allah beri tempoh kepada orang zalim supaya lagi sombong dan angkuh mereka. Apabila Allah s.w.t ambil tindakan ke atas mereka, tiada sesiapa yang boleh lepas (musnah mereka semuanya).
    Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat al-Quran ini:
    {Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.} (Hud 11:102).” [HR Bukhari & Muslim].

AYAT 46- {PERNAHKAH ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) MEMINTA SEBARANG BAYARAN KEPADA MEREKA (MENGENAI AJARAN ISLAM YANG ENGKAU SAMPAIKAN), LALU MEREKA MERASA BERAT MENANGGUNG BAYARAN ITU (SEHINGGA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA MENYAHUT SERUANMU)?} (AL-QALAM 68:46)

  1. Setelah Rasulullah s.a.w kemukakan hujjah & dakwahnya kepada puak kafir dan mereka tetap menolaknya; lau Allah s.w.t bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w apakah Baginda pernah meminta bayaran daripada mereka untuk dakwahnya itu???
  2. Adakah Rasulullah s.a.w meminta upah dan yuran sehingga orang yang mahu belajar dan mendengarnya berasa berat & terbeban?
  3. Jawapanya tentulah tidak sekali-kali. Rasulullah s.a.w dan rasul-rasul yang sebelumnya tidak pernah meminta upah atau bayaran dari umat mereka.
  4. Firman Allah s.w.t juga:
    {Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada.”} (Saad 38:86)
  5. Begitulah manusia ini yang percuma ini tidak dihargai, tetapi apabila dibuat majlis yang meminta bayaran mahal-mahal; mendapat sambutan pula!
    Kuliah-kuliah percuma di masjid setiap malam pula kurang mendapat sambutan!

PENDAPAT AAM :

Budaya menolak tabung bergerak lalu di depan Jemaah ini eloklah dihentikan, memadai tabung masjid yang sudah ada, kita tidak mahu menyusah atau memalukan orang.

  1. Bagi situasi hari ini bukan tidak ada bayaran terus bagi penceramah tetapi kena bertoleransi dan jangan sampai melebihi yang sepatutnyna sebagaimana ajaran Islam:
    i- penceramah atau pendakwah jangan meletakkan bayaran tetap atau khas, ikut jam ikut kilo, demand yang tinggi dan yang mahal; yang boleh menjadi fitnah umpatan orang. Ambillah sekadar keperluan yang logik dan mencukupi.

ii- masjid atau penganjur pula jangan terlalu berkira dan kupit, jangan sampai menganiayai penceramah yang datang dari jauh, kena kira masa dan jarak perjalanannya.
Sama-samalah kita muhasabah.

AYAT 47- {ATAU ADAKAH DI SISI MEREKA (LAUH MAHFUZ YANG MENGANDUNGI) PERKARA-PERKARA YANG GHAIB LALU MEREKA MENYALIN (DARIPADANYA UNTUK MENENTANG AJARAN DAN PERINGATANMU)?} (AL-QALAM 68: 47)

  1. Allah s.w.t tanya lagi, apakah mereka ada ilmu ghaib, telah baca sendiri di Lauh Mahfuz bahawa ajaran Rasulullah s.a.w tidak betul.
  2. Ini semua kerana Allah s.w.t mahu menegakkan hujjah ke atas puak kafir, ketuk kepala mereka supaya mereka berfikir, insaf & kembali ke pangkal jalan beriman kepada Allah & Rasul-Nya!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 42- {(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -}- ayat ini sebagaimana dalam tafsir di atas ia boleh ditafsirakn kepada dua keadaan samada terjemahan Ibnu Abbas r.a atau yang Abu Said r.a.

Kata ulama’ tadabbur, ayat ini menunjukkan bahawa balasan ini adalah balasan yang mengikut amalan: (الجزاء من جنس العمل)

i- Orang yang sujud kepada Allah s.w.t semasa atas dunia dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t, maka mereka diberi peluang untuk sujud di hadapan Allah s.w.t pada hari Kiamat yang begitu dahsyat huru-haranya!
Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan mereka ini!

ii- bagi orang kafir yang tidak pernah sujud kepada Allah semasa di atas dunia pastilah pada hari Kiamat itu mereka tidak akan dapat sujud!

iii- begitu juga orang yang sujud di atas dunia tetapi bukan ikhlas kerana Allah, hanya kerana manusia & pujian, maka mereka tidak dapat sujud juga!

  1. Ayat 42- {(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud..}- Apabila Allah s.w.t menyeru hamba-Nya supaya bersujud maka orang mukmin yang ikhlas semuanya bersujud manakala si kafir & munafiq tidak mampu lagi untuk bersujud!

Ini adalah sujud kemuliaan dan sujud ujian; bukan sujud taklif!
Kerana di Akhirat tiada lagi taklif (kewajipan) tetapi akhirat adalah negeri balasan (دار الجزاء).

Inilah sujud ujian; Allah s.w.t mahu tengok siapa yang sujud kepada Dia semasa di dunia dulu maka sujudlah pula sekarang!
Maka orang mukmin dapat bersujud manakala si kafir dan munafiq keras terlentang.
Allah mahu memisahkan orang yang ikhlas dan tidak, yang mukmin dan kafir!

Maka selagi kita ada peluang untuk bersujud marilah kita perbanyakkan sujud!
Cubalah usaha supaya dahi kita dapat sujud di lantai selagi kita mampu, bagi yang solat sambil duduk atau atas kerusi itu, cubalah usaha dan tanya diri anda sendiri setakat manakah sebenarnya keuzuran & kemampuan anda!?

Jangan sampai kita menyesal di Akhirat kelak kerana sedikitnya sujud kita di atas dunia ini semasa kita mampu melakukannya!

  1. Ayat 43- {Dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.}- ketika mereka diseru untuk bersujud semasa di dunia dulu mereka tidak menyahut seruan itu, sombong tidak mahu pergi kerana sibuk atau malas. Apatah lagi jika kerana kufur tidak percaya!

Sebahagian ulama’ mengatakan ayat ini menjadi dalil bahawa solat Jemaah itu wajib bukan lagi sunat!

Kata Ka’ab bin al-Ahbar rhm.: Ayat ini tidak turun kecuali Allah s.w.t mahu tegur orang-orang yang tidak pergi solat Jemaah. [Tafsir Imam al-Baghawi].

Maka walaupun mazhab kita tidak menghukumnya sebagai wajib, janganlah sampai kita malu & hina di hadapan Allah s.w.t pada hari Kiamat nanti!
Perbanyakkanlah amal ibadat selama kita sihat wal-afiat ini, kita yang mendengar azan, seruan untuk menunaikan solat Jemaah tetapi tidak menyahutnya tanpa sebab, maka kita dalam bahaya yang besar!

Ya Allah jadikan telinga kita ini telinga yang mendengar, hati yang menerima dan kaki yang melangkah menyahut seruan azan!

  1. Ayat 42- {(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -}- dari ayat ini ulama’ mengatakan bahawa dalam ibadat solat; sujud adalah ibadat yang paling afdhal.

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ»

Tempat paling hampir seorang hamba dengan Allah s.w.t ialah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkan doa (di dalamnya). [HR Muslim].

Maka jika kita nak dekat dengan Allah sujudlah! Selagi boleh perbanyakkanlah solat & sujud!

Allah mahu menegakkan hujjah bahawa semasa diseru untuk sujud di dunia dulu sedang kamu sihat dan tiada halangan untuk melakukannya TETAPI kamu tidak melakukannya!

Maka sesiapa yang masih mampu sujud cubalah sedaya upaya, jangan hanya kerana sedikit keuzuran, solat penuh di atas kerusi atau sambil duduk. Meninggalkan banyak rukun solat terutamanya sujud, sedangkan kamu mampu untuk melakukannya!

  1. Ayat 46- {Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan)}- Allah s.w.t tanya kepada Rasulullah s.a.w bukan kerana tidak tahu tetapi untuk kita supaya tahu bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meminta upah, tidak pernah meletakkan harga dalam dakwahnya!

Maka kita para pendakwah beringatlah, bertawadhuklah jangan letak harga & tetapkan bayaran yang melampaui, cukuplah sekadar keperluan yang logik.
Kita bukan nak mencari kekayaan melalui dakwah ini tetapi untuk menunaikan tanggung-jawab.

Bukan tidak boleh ambil bayaran lansung, pihak penganjur pun pandailah-pandailah menilai masa ustaz, jarak dan kos perjalanannya. Wallahu a’lam.