Sambungan Penjelasan Kisah Qarun Yang Sombong Dari Kitab “Ma’a Qasas As-Sabiqin Fil Quran” Dr. Solah Al-Khalidi. 💎

♥ Live Pagi Sabtu 11 Safar 1443H = 18/09/2021 Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani – Tafsir Surah Al-Qasas (18) Ayat [76-84]♥

Full video: https://fb.watch/84WX-sk23l/

🎀 Muqaddimah:

  1. Dalam siri ini kita akan mengkaji dan mendengar beberapa persoalan tentang kisah Qarun dalam al-Quran bermula dari ayat 76 sehingga 84 dalam surah al-Qasas ini.
  2. Ini berpandukan kitab Kitab “Ma’a Qasas As-Sabiqin Fil Quran” tulisan oleh Dr. Solah Al-Khalidi. مع قصص السابقين في القرآن
  3. Insya’ Allah kita akan baca dan catat beberapa point ringkas berdasarkan setiap ayatnya.

🌺*Ayat 76- {Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
(Al-Qasas 28:76)
Beberapa Fakta & Persoalan Tentang Qarun:

  1. Nama Qarun disebut 4 kali dalam al-Quran.
    i- Dua kali dalam surah al-Qasas iaitu dalam ayat 76- {Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa}.
    ii- ayat 79- {Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya.}
    Yang lainnya hanya disebut dhomir (kata ganti nama) sahaja.
    iii- Al-Ankabut:39 – ketika menyebut nama 3 taghut besar dalam dunia ini.
    iv- Ghafir: 23 – sekali ketika menyebut 3 nama taghut ini lagi.
  2. Sinopsis kisah Qarun:
    i- Dari kaum nabi Musa a.s iaitu seorang dari keturunan Bani Israil.
    ii- Nabi Musa a.s diutuskan kepada Qarun sebagaimana kepada Firaun dan Haman.
    iii- Allah s.w.t telah memberikan Qarun harta yang amat banyak, gedung-gedungnya yang dipenuhi emas-permata, harta-hartanya (peti besi) perlu dipikul oleh para lelaki yang gagah perkasa.
    iv. Qarun salah guna nikmat dan hartanya dengan melakukan kezaliman dan permusuhan di atas dunia, Menjadi sombong dan angkuh sehingga lupa asal-usulnya dan menzalimi kaumnya sendiri.
    v. ini menjadi fitnah ujian ke atas bani Israil, lalu terbahagi dua kerananya:
    a- Satu golongan yang beriman tidak goyah dengan kekayaan Qarun. Mereka sedar akan nikmat dunia yang sementara tidak kekal dan tidak akan dapat menyamai balasan pahala Allah s.w.t di akhirat kelak.
    b- Satu lagi terpedaya dengan kekayaan Qarun lalu hilang pertimbangan mengimpikan untuk menjadi sepertinya. Mereka menyangka kekayaan Qarun adalah kerana Allah redha kepadanya lalu mereka bercita-ciat untuk menjadi sepertinya yang mendapat kelebihan yang besar itu.
    vi. Qarun mabuk dengan kekayaan sehingga buta matanya dari kebenaran.
    Suatu hari Qarun keluar mempamerkan harta kemewahannya di jalanan seperti satu perarakan sehingga orang ramai bertambah kagum dan terpana dengannya golongan fakir pengkagum sehingga keluar dari mulut mereka: { “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”.} Ayat 76
    vii. Maka berlakulah sunnatullah atas dunia ini, Qarun ditenggelamkan di hadapan para pengkagumnya dan orang beriman. Yang beriman bertambah teguh keimananya.
    vii. golongan yang satu lagi baru sedar bahawa harta itu adalah sia-sia lalu berkata mujur kita tidak mendapat harta seperti Qarun lalu dibinasakan Allah kerana keangkuhannya. Mereka lalu berkata pula: {Kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). (Al-Qasas 28:82)

3- Kisah Israiliyyat tentang Qarun dan nabi Musa a.s banyak sekali.
Akan disebut beberapa kisah yang masyhur tentang Qarun sebagai peringatan untuk diketahui agar kita berhati-hati dan tahu bahawa ia bukan dari sumber yang sohih. Dalam al-Quran tidak disebutnya, serta dalam hadis juga tiada, setakat itu sahaja.
i- Dikatakan ia adalah sepupu Nabi Musa, seorang yang paling alim tentang kitab Taurat, paling lebih dari segi rupa paras dan perangainya di kalangan Bani Israil. Tetapi sayangnya dia berpaling tadah.
ii- tentang kunci gedungnya yang banyak sehingga terpaksa di bawa oleh 60 ekor keldai, dan saiz setiap satunya tidak lebih dari sebesar jari. Betapa banyak dan tak logiknya!
iii- Qarun mendahului kaumnya dalam beribadat, beribadat di atas puncak gunung selama 40 tahun. Sehinggalah iblis mengalahkannya dalam ibadat yang menyebabkan dia kagum dan ikut nasihat iblis. Akhirnya dia mula berpaling kepada dunia dan meninggalkan ibadat.
iv- Apabila harta Qarun mulai banyak, Allah s.w.t mewajibkan zakat ke atas kaum yang beriman. Nabi Musa a.s berjumpa dengannya dan meminta agar Qarun keluarkan zakat. Pada mulanya dia setuju tetapi selepas balik membuat kira-kira didapati betapa besarnya jumlah harta yang terpaksa dibayar, dia berasa sayang untuk mengeluarkan zakat hartanya. Dia berpakat dengan beberapa orang kepala Bani Islrail yang jahat juga untuk memfitnah nabi Musa a.s. Lalu mereka mengupah seorang pelacur untuk mengaku telah berzina dengan Musa a.s dan mengumumkannya di hadapan orang ramai ketika Musa a.s menyampaikan kuliahnya. Dengan izin Allah s.w.t perempuan itu merasa takut dan bertaubat lalu memberitahu rahsia bahawa Qarun yang mengupahnya untuk memfitnah Musa a.s.
Musa a.s lalu berdoa kepada Allah s.w.t agar membinasakannya lalu terbelahlah bumi dan mula menelan Qarun dan segala hartanya.
**Semua contoh inilah beberapa kisah Israiliyyat yang tidak sahih dan tiada dalilnya, maka tidak harus bagi sesiapa menceritakannya kecuali sebagai peringatan akannya dan memaklumkan bahawa ia adalah kisah riwayat Isriliyyat yang tidak diterima!

  1. Kenapa Allah s.w.t kumpulkan sekali 3 kepala taghut ini?
    i- Taghut, – Firaun watak penguasan yang zalim. Watak Haman – pegawai kerajaan yang menurut perintah. Qarun- seorang yang kaya, menjadi taghut kerana harta.
    ii- kufur – Sebabnya berbeza tetapi akibatnya sama iaitu membawa kepada kufur.
    iii- mendustakan nabi Musa a.s . – ketiga-tiganya mengatakan Musa a.s adalah seorang ahli sihir yang berbohong.
    ** Persoalan dimana, bila & kenapa? Semua ini tiada jawapannya kecuali melalui riwayat Israiliyyat. Ada kata di Tasik Fayyum, Mesrir, ada kata di lain, macam-macam pendapat. Yang jelas wallahu a’lam.
  2. Kunuz – persoalan dari mana datang perbendaharaan harta Qarun? Kunuz ini biasanya harta yang datang dengan mudah seperti harta karun yang dipanggil oleh orang kita- yang tercangkul dalam tanah. Allah memanggil harta Qarun ini kunuz kerana:
    i- dia mudah mendapatinya, tanpa usaha yang kuat dan penat lelah. Mereka orang biasa tetapi cepat jadi jutawan, keadaan ini berlaku sepanjang zaman watak Qarun ini.
    ii- kerana hartanya disimpan bertimbun-timbun. Dia mengumpulnya dan sangat menjaganya.
    iii- ada pendapat kata kerana dia tidak membayar zakat. Sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 34-35.

6- Isu anak kunci gedung Qarun yang disebut dalam al-Quran sebagai مَفَاتِحَهُ
Kata ulama’ seperti Ibnu Abbas r.a dan Al-Hasan Al-Basri, ini bukan dengan makna anak kunci tetapi maksudnya tempat simpanan barang.
Jika kunci مفتاح- jamaknya (plural) adalah مَفَاتِيح bukan مَفَاتِحَ tanpa huruf ya.
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menunjukkan perkataan مَفَاتِحَ ini untuk menunjukkan kepada makna gedung bukan anak kunci. Al-An’am: 59, Luqman: 34 dan an-Nur: 61.

  1. Beberapa orang lelaki yang kuat, lemah tidak larat untuk mengangkat gedung barang simpanan Qarun, maka jelas bukan kunci. Ulama’ kata bukan sekadar untuk mengangkat tetapi maksudnya untuk menjaga dan mengawal harta-harta itu.
    ‘Usbah ini sekumpulan lelaki yang lebih daripada 10 orang.
  2. Pandangan Bani Israil terhadap Qarun terbahagi kepada dua:
    i- yang berilmu dan beriman tetap teguh tidak terpedaya, bahkan menasihati Qarun.
    ii- golongan mata duitan yang terliur dan mengidamkan harta dunia seperti Qarun itu.
  • Kata Syeikh Solah watak dalam al-Quran ini tidak mati setakat itu sahaja, ia akan berulang terjadi dan muncul sehingga ke akhir zaman. Watak seperti Qarun ini wujud sehingga ke hari Kiamat, jutawan instant yang lupa daratan, sombong membangga diri dengan mempamerkan kekayaannya. Begitu juga golongan yang cintakan dunia dan golongan yang berilmu.
  1. Orang soleh di kalangan bani Israil menasihati Qarun: agar jangan sombong dan megah kerana Allah s.w.t tidak suka orang yang sombong. Adakah larangan ini untuk semua jenis kegembiraan: Perbincangan ulama’: Kegembiraan yang dilarang itu ialah yang melampau sehingga lupa kepada Allah s.w.t, seolah duniaku milikku. Jika bergembira dengan bersyukur atas nikmat Allah s.w.t serta tidak lupa diri, ingatkan akhirat, maka tidak mengapa. Jika semata-mata gembira dan bermegah dengan dunia itu tercela.
  2. Kaedah al-Quran untuk orang-orang yang mempunyai harta dalam menguruskan nikmat Allah s.w.t ini:
    i- kita jadikan harta dunia ini sebagai jalan untuk ke akhirat.
    ii- jangan lupa bahagian di akhirat.
    iii- buat baik dengan orang melalui harta itu sebagaimana Allah buat baik dengan beri nikmat ini.
    iv- jangan sombong dan salah guna harta itu dengan buat keburukan atas muka bumi ini.
    v- Allah s.w.t tidak suka orang yang fasiq.
  3. Qarun tidak mendengar nasihat menjawab dengan mengatakan bahawa Allah s.w.t beri harta kepadanya kerana:
    i- dengan kebijakan ilmunya,
    ii- kerana Allah s.w.t sayang dan redha kepadanya.
    ii- dia ada ilmu Ismullah al-A’zam untuk tarik harta.
  4. Ayat 79- Qarun keluar menayang dan mempamerkan hartanya. Dalam al-Quran Allah s.w.t tidak sebut secara detail apa yang ditayangnya itu, hanya harta dan kemewahannya.
  5. Berkata orang yang mengagumi harta Qarun: { Ayat 82- {Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”}
    *Inilah watak orang yang mudah cair dan tergoda dengan harta kekayaan. Kita kena sabar jangan mudah terpedaya.
  6. Mereka pengkagum ini juga berkata Qarun seorang yang bernasib baik. Kita jangan cepat menghukum, cepat kagum dan puja, itu semua adalah ujian dari Allah, kita tidak tahu apa nasib kesudahannya nanti.
  7. Ayat 80 – Watak orang-orang soleh yang berilmu, tidak tergoda dengan harta kekayaan Qarun. Watak ini juga alhamdulillah ada sepanjang zaman. Siapa mereka kita tidak tahu, kerana itu kata ulama’: Kita tengok kepada perbuatan seseorang itu bukan kepada percakapannya sahaja.
  8. Berkata orang soleh mengingatkan kaumnya {weil- ingatlah, jangan demikian} begitulah tugas kita apabila tengok orang mula terpedaya dengan dunia, terus bagi nasihat, motivasi, saling mengingati dan menegur satu sama lain.
  9. Ayat 80- tidak akan menerima pahala kecuali orang yang sabar. Jadi Allah tekankan bahawa orang yang dapa menghadapi dan mengharung segala ujian ini hanyalah orang sabar. Sabar ada 3 peringkat:
    i- sabar melakukan ketaatan.
    ii- sabar meninggalkan maksiat.
    iii- sabar menghadapi ujian dari Allah Azza wa Jalla.
  10. Ayat 79 & 81 – keduanya dimulakan dengan huruf FA-maka, menunjukakn kejadian peristiwa yang tersusun dan tidak jauh jarak waktunya. Ayat 79- Qarun keluar dengan megah – فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ . Ayat 81- balasannya ditenggelamkan dalam bumi.فَخَسَفْنَا بِهِ
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Ketika seorang laki-laki sedang bergaya dengan kesombongan berjalan dengan mengenakan dua lapis pakaian (jenis pakaian yang agak mahal), dia mengagumi dirinya, lalu Allah membenamkannya di dalam bumi, maka dia selalu terbenam ke bawah di dalam bumi sampai hari kiamat.” [HR Bukhari].
    Ramai ulama’ kata hadis ini dimaksudkan kepada Qarun. Kata ulama’ lelaki yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah Qarun. Tetapi Rasulullah tidak sebutpun namanya siapa. Apa yang penting maksudnya peringatn untuk semua manusia agar jangan sombong dan angkuh atas muka bumi ini.
  11. Apabila Qarun tenggelam mati di hadapan kedua-dua golongan yang insaf dan yang kagum:
    i- yang kagum tadi insaf dan berkata: ayat 82. {Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata…}
    Ini menunjukkan mereka asalnya adalah orang yang baik-baik, kerana itu mereka mudah sedar dan insaf.
  12. Kisah dalam al-Quran itu tidak akan berakhir begitu sahaja, ia pasti aka nada pengajaran dan hikmahnya. Ini terbukti dengan ayat penutup kisah Qarun ini:
    {Ayat 83- {Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.} Allah memuji mereka ini, orang yang tak pernah terlintas untuk membuat kerosakan di atas muka bumi ini, walaupun mereka berkuasa dan mampu untuk memnggunakan kuasa dan hartanya itu. Inilah mereka yang benar-benar bertaqwa.
  13. Dalam ayat terakhir Allah s.w.t sebut: {Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.} (Al-Qasas 28:84)}
    ini menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah s.w.t dan betapa kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya sehingga peringkat menjanjikan balasan sebegini.

🎀 Penutup/Beberapa Faedah Ringkas:

  1. Cukuplah tiqa watak taghut ini menjadi pengajaran kepada kita. Rosaknya manusia ini kerana 3 sebab:
    i- sebab kuasa- Firaun.
    ii- sebab ikut arahan- Haman.
    iii- sebab harta – Qarun.
  2. Jadi kita simpulkan Qarun adalah wataknya yang tersendiri dengan espisodnya sendiri, dia bukan menteri kewangan Firaun dan terlibat dengannya.

Semoga Allah selamatkan kita dari sifat sombong, takabbur dan cinta dunia yang membinasakan ini.