KIAMAT PASTI AKAN TERJADI, SUASANA HURU-RARA & 3 KATEGORI MANUSIA.

Full video : https://youtu.be/fAC7BTvzxSU

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan kepada kita bahawa hari Kiamat itu pasti akan terjadi.
  2. Kemudian Allah ceritakan gambaran suasana huru-hara pada hari Kiamat itu.
  3. Kemudian menyatakan bahawa manusia ini terbahagi kepada TIGA kategori di Akhirat kelak.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ


AYAT 1- {APABILA BERLAKU HARI KIAMAT ITU,} (AL-WAAQI’AH 56:1)

  1. Hari Kiamat adalah hari yang pasti akan berlaku {الواقعة}, iaitu hari tanpa tarikh, harinya sudah tahu iaitu pada hari Jumaat ia akan berlaku.
  2. Cuma tarikhnya; yang tahu bilakah akan berlaku hanya Allah Azza wa Jalla yang mengetahuinya.
  3. Kiamat kita ada dua iaitu:
    i- Kiamat kecil atau peribadi iaitu kematian ke atas setiap individu.
    ii- Kiamat Besar- hari dimusnahkan alam dunia ini untuk diganti dengan alam Akhirat.
  4. Kata Ibnu Kathir rhm.: Al-Waqi’ah adalah salah satu daripada nama untuk hari Kiamat. Di namakan {الواقعة} kerana ia adalah satu hari yang pasti akan berlaku. Manusia percaya atau tidak- pasti akan terjadi!
  5. Allah s.w.t juga sebut perkataan {الواقعة} ini dalam firman Allah s.w.t:
    {Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, –
    Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,} (Al-Haaqqah 69: 13-15)

AYAT 2- {TIADA SESIAPAPUN YANG DAPAT MENDUSTAKAN KEJADIANNYA.} (AL-WAAQI’AH 56:2)

  1. Ia adalah sesuatu yang pasti, yang benar dan sangat yakin, tiada siapa yang dapat mendustakannya.
  2. Kata Ibnu Juzai perkataan; {كَاذِبَةٌ – mendustakan kejadiannya- } mengandungi 3 wajah:
    i- ia adalah masdar (kata terbitan) iaitu tidak ada benda yang bohong atau ditolak- ia pasti terjadi.

ii- sifat iaitu keadaannya yang pasti- bukan sesuatu yang bohong, ia adalah sesuatu yang pasti berlaku!

iii- ia adalah taqdir- tiada orang yang mengingkarinya, orang mukmin memang yakin, orang kafir pun akan yakin setelah melihatnya sendiri!

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?} (An-Nisaa’ 4:87)

AYAT 3- {KEJADIAN HARI KIAMAT ITU MERENDAHKAN (GOLONGAN YANG INGKAR), DAN MENINGGIKAN (GOLONGAN YANG TAAT).} (AL-WAAQI’AH 56:3)

  1. Pada hari Kiamat itu merendahkan golongan ingkar & meninggikan orang yang taat.
  2. Iaitu maksudnya:
    i- orang yang ingkar akan jatuh darjatnya ke bawah. Iaitu manusia yang derhaka akan jatuh ke dalam neraka. Walaupun dia di atas dunia dulu dia masyhur & megah, hebat & mulia. Tetapi hina di Akhirat esok kerana tidak beriman kepada Allah!

ii- manakala golongan yang taat Allah s.w.t akan angkat darjat mereka dengan dimasukkan ke dalam syurga dan mendapat nikmat yang besar! Walaupun mungkin semasa di dunia dulu- dia adalah orang yang rendah martabatnya dan tidak dikenali orang, dipandang rendah dan hina.

Seperti kata orang; orang yang tidak dikenali di dunia tetapi dikenali di langit! Tetapi kita mahu kedua-duanyalah, dikenali di langit & di bumi.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang diangkat darjatnya!

AYAT 4- {(IA BERLAKU) SEMASA BUMI BERGONCANG DENGAN SEBEBAR-BENAR GONCANGAN.} (AL-WAAQI’AH 56:4)

  1. Bumi yang besar dan berat ini akan digoncang sesungguhnya kemudian bergerak dengan gerkan begitu kuat.

2.Kita boleh bayangkan, gempa bumi yang besar sekarang pun dahsyatnya! Habis bangunan runtuh dan manusia bergelimpangan!

AYAT 5- {DAN GUNUNG-GANANG DIHANCUR LEBURKAN DENGAN SELEBUR-LEBURNYA,} (AL-WAAQI’AH 56:5)

  1. Gunung-ganang yang menjadi pasak bumi selama ini hancur lebur menjadi seperti debu tiada kesan.
  2. Al-Wahidi kata makna (وَبُسَّتِ) dihancur-leburkan itu:
    i- bumi & gunung hancur menjadi seperti debu gandum.
    ii- ada kata pecah-pecah,
    iii- pecah berterbangan seperti debu.

AYAT 6- {LALU MENJADILAH IA DEBU YANG BERTEBARAN,} (AL-WAAQI’AH 56:6)

  1. Hancur terus, tiada kesan, menjadi debu berterbangan di udara begitu saja!
  2. Ya Allah amat menakutkan dan menggerunkan sekali hari Kiamat itu- semoga memberi kesan kepada hati kita apabila mendengarnya!

AYAT 7- {DAN KAMU PULA MENJADI TIGA PUAK (YANG BERLAINAN KEADAANNYA);} (AL-WAAQI’AH 56:7)

  1. Manusia pada hari Kiamat itu akan terbahagi kepada tiga, iaitu menggikut amalan masing-masing di atas dunia dulu!
  2. Ulama’ kata jelas sebagaimana yang Allah sebut ini manusia terbahagi hanya kepada tiga kumpulan.

AYAT 8- {IAITU PUAK PIHAK KANAN; ALANGKAH BAHAGIANYA KEADAAN PUAK PIHAK KANAN ITU?} (AL-WAAQI’AH 56:8)

  1. Ini adalah golongan pertama iaitu (أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ) puak kanan. Apakah maksudnya?
  2. Kata sebahagian ulama’, dinamakan (أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ) puak kanan itu kerana:
    i- mereka menerima suratan amalan dengan tangan kanan. Yakni baik suratannya.

ii- kerana malaikat kumpul mereka dan akan di bawa ke sebelah kanan iaitu syurga.

iii- mereka akan duduk di sebelah kanan datuk mereka dahulu iaitu Nabi Aadam a.s.

iv- ada yang kata kerana mereka diberkati pada diri mereka kerana mereka taat kepada Allah s.w.t. Makna kanan (اليمين) mendapat keberkatan, lalu mereka dimasukkan ke dalam syurga!

AYAT 9- {DAN PUAK PIHAK KIRI; – ALANGKAH SEKSANYA KEADAAN PUAK PIHAK KIRI ITU?} (AL-WAAQI’AH 56:9)

  1. Ini pula adalah puak kedua (na’uzubillah)- iaitu puak kiri {أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ }.
  2. Mereka ini adalah kumpulan yang akan dibawa ke neraka- betapa dahsyatnya keadaan & siksaan ke atas mereka!
    Ya Allah selamat & jauhkan kami dari menjadi golongan ini!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Apabila berlaku hari kiamat itu,} – kata para ulama’ tafsir dan ulama’ tadabbur; dengan surah ini- andaikata Allah s.w.t tidak menurunkan surah lain selain daripada ia; cukuplah dengan surah ini saja untuk menakutkan kita tentang hari Kiamat, untuk menguatkan semangat kita melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan!

Cukuplah, kerana Allah diawal surah Allah sudah ceritakan apabila terjadi hari Kiamat kemudian Allah bahagikan manusia kepada 3 kategori. Apa lagi kita mahu??? Dalam golongan manakah kita pilih?

Allah sebut juga dalam surah ini keadaan manusia ketika nak mati. Iaitu sebelum sampai kepada hari Kiamat kita kena mati dulu.
Kemudian Allah s.w.t sebut pula tentang pembahagian kumpulan manusia di akhir surah nanti secara agak terperinci juga,
Allah s.w.t sebut juga tentang awal kejadian manusia dalam ayat-58-59.
Kemudian tentang rezeki makan minum manusia dan lain-lain.
Ia adalah sebuah surah yang sempurna, terdapat padanya perbincangan yang lengkap dalam beberapa sudut kehidupan manusia, bab ketuhan juga ada!

Maka apabila membaca surah ini, sepatutnya setiap manusia kena tadabbur dan perhatikan ayat-ayatnya. Ini kerana ia mengandungi beberapa sudut perbincangan yang boleh mengguatkan kita untuk beribadat.

  1. Ayat 2- {Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.}- isyarat kepada bahawa Kiamat itu akan terjadi sekali & sekaligus sahaja. Apabila berlaku hari Kiamat { إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ}- berlakulah!

Tentang 10 perkara yang Rasulullah s.a.w sebut dalam dalam hadisnya adalah tanda-tanda besar akan berlakunnya Kiamat, untuk persediaan bahawa Kiamat itu sudah dekat.

Tadabburlah surah ini dengan mendalam, jangan hanya membacanya kerana tidak mahu papa kedana atau mahu kaya!
Biarlah mendapat pengajaran dan ingatan sebenar yang Allah s.w.t mahu sampaikan kepada kita. Jika tidak kita akan kerugian yang besar.

  1. Ayat 3- {Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).} – ayat ini untuk memberi (ترغيب وترهيب) galakan & menakutkan.

Iaitu:
i- menakutkan manusia di dunia supaya berjaga-jaga, berhati-hati, kawal diri dan nafsu daripada sebab-sebab yang boleh menjatuhkan martabatnya di Akhirat kelak!

ii- dalam masa yang sama kita taat kepada Allah, berusaha untuk melakukan amal ibadat & mencari sebab-sebab yang boleh menaikan darjatnya di akhirat kelak!

Kata Zaid bin Aslam rhm.; Dari firman Allah ini maksudnya:
Siapa yang jatuh pada hari itu tidak akan diangkat lagi; manakala siapa yang diangkat darjatnya dia tidak akan jatuh lagi!

Yakni siapa masuk syurga dia tidak akan keluar lagi begitu juga orang kafir yang masuk neraka tidak akan keluar lagi juga.

  1. Ayat 7- {Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);}- daripada ayat ini sehingga kepada ayat 48 nanti Allah s.w.t ceritakan tentang pembahagian yang detail.

i- ayat ini adalah satu khabar gembira yang amat besar bagi orang mukmin, dan sekaligus menolak pandangan muktazilah yang mengatakan pelaku dosa besar kekal dalam neraka atau ada manusia yang berada antara dua puak (seolah atas pagar) berada di celah antara syurga & neraka.
Kita kata tiada, kerana Allah Allah sebut hany ada tiga kumpulan saja dalam ayat ini.

ii- Allah sebut setiap kumpulan dan setiap balasan itu adalah mengikut apa amalan yang dibuat. Balasannnya akan menarik tuannya mengikut kategori amalannya.

iii- Allah s.w.t sebut tentang orang yang rapat dengan Allah (المقربون) & yang bersungguh dalam ibadat (السابقون). Maka kita tahulah bahawa orang mukmin juga terbahagi kepada dua. Yakni apa yang membezakan sesama mukmin adalah ibadat & tahap ketaatan mereka kepada Allah s.w.t.

v- ada yang kata golongan itu adalah para rasul, nabi-nabi, syuhada’ dan mereka yang dekat dengan Allah.

vi- kemudian Allah sebut golongan kanan iaitu mereka yang rendah sikit darjatnya.
Maka ini ada kesinambungan dengan ayat dalam surah ar-Rahman sebelum ini; iaitu cerita tentang dua tahap syurga, satu yang amat tinggi satu rendah sikit tahapnya.
Maka berdasarkan ayat ini tahulah kita kepada siapakah dua syurga itu disediakan, pembahagian syurga di sana, di sini pula pembahagian ahli syurga yang layak untuknya.

vi- kemudian Allah s.w.t ceritakan tentang kumpulan yang ketiga, iaitu mereka yang akan menyesal. Kumpulan yang lawan Rasulullah s.a.w tentang Kebangkitan semula dan lain-lain. Mereka semuanya adalah orang kafir, musyrikin penyembah berhala, munafik dan ahli kitab yang tidak beriman dengan Allah & Rasul-Nya.

vii- manakala (أصحاب الأعرف) sebagaimana dalam surah al-A’raf adalah bukan kumpulan yang lain kerana mereka akhirnya akan masuk ke dalam syurga juga. Mereka ini kumpulan yang sama berat/banyak amalan baik & jahatnya.

Ini menolak pandangan muktazilah tadi juga. Mereka juga berkata orang yang berdosa besar kekal dalam neraka juga. Kita ahli Sunnah kata tidak.

  1. Ayat 8- {Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?} Ayat 9- {Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?} kemudian Allah sebut pula dalam Ayat 10- {Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia),- maka sebutan ini seolah tidak tersusun iaitu Allah sebut:
    i- golongan yang baik (مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ).
    ii- golongan tidak baik (أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ).
    iii- golongan yang terbaik iaitu (وَٱلسَّـٰبِقُونَ).

Tidak tersusun dari segi martabat, patut Allah sebut yang ketiga; iaitu yang terbaik itu dulu, baru yang pertama & yang kedua.

JAWAPAN :
i- Ia ada hikmatnya, kerana Allah s.w.t tidak mahu ia berulang banyak kali. Dia mulakan dengan golongan baik & tidak baik, yang ketiga barulah golongan terbaik kerana selepas ayat 10 itu dibawa sifat-sifat tentang golongan terbaik (ٱلسَّـٰبِقُونَ) ini sehingga ayat ke 26 dengan terperinci. Kemudian selepas itu adalah ayat tentang sifat-sifat golongan yang lain pula.

ii- Tertib sebutan yang pertama adalah untuk sebut bilangan martabat sahaja, Allah nak sebut jenis tiga bilangan ini.

iii- Kemudian selepas itu apabila mahu didetailkan tentang sifat mereka barulah Allah sebut dengan tertib martabat dan darjat yang tersusun, dimulakan dengan yang terbaik (وَٱلسَّـٰبِقُونَ) dahulu.

Kata ulama’ tadabbur; Cara sebutan & susunan ini adalah salah satu uslub gaya bahasa yang sangat indah yang terdapat dalam al-Quranul Karim!