SURAH ALI-‘IMRAN : AYAT 42-44

KISAH SAYYIDAH MARYAM, WANITA PILIHAN ALLAH S.W.T & KELUARGANYA MENGUNDI BEREBUT NAK JAGANYA.

Full video: https://youtu.be/L93OB0aFZwg?si=qZ9VD4BVbF2TihXn

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 42 sehingga 44, surah Aali Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzuk yang ketiga.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t bawa kisah tentang Sayyidah Maryam, wanita pilihan Allah s.w.t, wanita yang terbaik pada zamannya. Disayangi semua serta mendapat rezeki secara direct dari Allah s.w.t!
  3. Kerana mukjizatnya Allah letakkan kasih sayang dalam hati orang terhadapnya sehingga keluarganya terpaksa mengundi untuk siapa nak jaga Maryam di Baitul Maqdis.
  4. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t sebut tentang kisah kelahiran Nabi Yahya daripada seorang bapa yang sudah tua & ibu yang mandul; ini adalah satu perkara yang luar kebiasaan, yang mencarik adab pada masanya.

ii- kemudian dalam ayat ini Allah s.w.t cerita pula tentang kelahiran nabi Isa yang tanpa seorang bapa. Ia lebih ajaib lagi daripada kisah Yahya.

  1. Kemudian disebut kemuliaan Sayyidah Maryam ibu kepada Nabi Isa a.s. Tujuan kisah ini untuk menolak dakwaan Kristian yang mendakwa Ketuhanan nabi Isa a.s. Orang yang cerdik & ada akal dia akan faham!.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 42- {DAN (INGATLAH WAHAI MUHAMMAD) KETIKA MALAIKAT BERKATA: “WAHAI MARYAM! SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMILIHMU, DAN MENSUCIKANMU, DAN TELAH MEMILIHMU (BEROLEH KEMULIAAN) MELEBIHI PEREMPUAN-PEREMPUAN SELURUH ALAM (YANG SEZAMAN DENGANMU).} (AALI IMRAN 3:42)

  1. Allah nyatakan bahawa dia pilih Maryam untuk diberi rezeki seorang anak tanpa bapa serta Allah bersihkannya daripada tuduhan jahat orang ramai tentangnya.
    i- Allah sendiri yang memilih Maryam untuk diberi rezeki seorang anak tanpa bapa yang akan menjadi seorang nabi & rasul.
    ii- yakni Allah nyatakan bahawa Maryam seorang wanita yang suci, tidak terlibat dengan perkara yang keji & mungkar sebagaimana tuduhan jahat puak yahudi!
  2. Dalam kes Maryam ini, Allah hantar malaikat juga untuk membawa khabar itu kepada Maryam sebagaimana dalam kisah nabi Zakaria dalam ayat 39 sebelum ini! Malaikat juga dihantar untuk membawa khabar kepada Zakaria.
  3. Malaikat mana itu? Ada yang kata sekumpulan malaikat yang ramai; ada yang kata ia adalah malaikat Jibril yang tugasnya menyampaikan wahyu kepada para nabi. Yang penting Allah kata malaikat; bukan jin atau syaitan!
  4. Kemudian sekali lagi Allah ulang bahawa dia telah memilih Maryam dan memberinya kelebihan mengatasi wanita-wanita yang semasa dengannya!
  5. Kata ulama’ tentang wanita seluruh alam ini {عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلْعَـٰلَمِينَ} ada dua pandangan:
    i- samada khas untuk zamannya ketika itu, Maryam adalah yang terbaik!
    ii- samada bermaksud seluruh alam { ٱلْعَـٰلَمِينَ} secara umumnya sehingga ke hari Kiamat, dan boleh termasuk juga wanita lain bersamanya seperti UM Sayyidiah Khadijah, UM Aisyah, Fatimah binti Rasulullah, yang berdasarkan hadis-hadis sahih Nabi s.a.w yang menyebut tentangnya.
  6. Berdasarkan Tafsir surah al-Munir ada pandangan dari Syeikh Wahbah az-Zuhaili rhm:
    i- Maryam dipilih Allah kerana dibesarkan dalam mihrab di Baitul Maqdis oleh Nabi Zakaria, maka dia adalah seorang ahli ibadat yang zuhud, tidak pedulikan dunia bahkan dunia yang datang kepadanya. Seorang yang cantik, berilmu, serta Allah bersihkannya daripada segala perkara yang tidak baik! Serta tiada sifat kebiasaan wanita lain seperti haidh dan seumpamanya.
    Sama seperti kes Fatimah az-Zahra’ yang dikatakan tiada haidh & nifas.
    ii- Pandangan Ibnu Kathir rhm: Mengatakan bahawa tiada riwayat-riwayat yang sahih tentang dakwaan ini (tiada haidh & nifas), wallahu a’lam.
    Tidak perlu kita berbalah & pertikaikan kerana ini adalah isu teknikal.
    Juga agar kita tidak terpengaruh dengan kumpukan Syiah yang terlalu melampau dalam memuja dan memuliakan para sahabat tertentu seperti Sayyidah Fatimah binti Rasulullah & UM Khadijah binti Khuwailid r.a lebih daripada orang lain. Kita ahli Sunnah kita menyayangi para isteri & sahabat nabi s.a.w, setiap mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri tetapi bukan kepada amalan ritula atau hadis yang dibawa oleh Syiah!
  7. Rasulullah sebut dalam hadisnya yang sahih tentang beberapa orang wanita yang mendapat kelebihannya:
    i- tentang kelebihan 2 orang wanita pada zaman terdahulu kemudian UM Sayyidah Aisyah dari kalangan umatnya.
    عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَلَ مِنَ الرِّجَالِ كَثِيرٌ وَلَمْ يَكْمُلْ مِنْ النِّسَاءِ إِلَّا آسِيَةُ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ وَإِنَّ فَضْلَ عَائِشَةَ عَلَى النِّسَاءِ كَفَضْلِ الثَّرِيدِ عَلَى سَائِرِ الطَّعَامِ. (رواه البخاري ومسلم)
    Dari Abu Musa r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Ramai dari kaum lelaki yang sempurna, dan dari kaum perempuan tidak ada yang sempurna kecuali Asiyah isteri Fir’aun, Maryam binit Imran, dan sungguh keutamaan Aisyah atas kaum perempuan adalah seperti keutamaan bubur sarid atas semua makanan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
    ii- manakala hadis yang menyebut empat nama wanita- ulama’ hadis mengatakannya tidak sahih.
    iii- hadis yang sahih tentang Sayyidah Fatimah r.anha dari riwayat daripada Aisyah R.Anha, katanya:
    أَقْبَلَتْ فَاطِمَةُ تَمْشِي كَأَنَّ مِشْيَتَهَا مَشْيُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَرْحَبًا بِابْنَتِي» ثُمَّ أَجْلَسَهَا عَنْ يَمِينِهِ – أَوْ عَنْ شِمَالِهِ – ثُمَّ أَسَرَّ إِلَيْهَا حَدِيثًا فَبَكَتْ، فَقُلْتُ لَهَا: لِمَ تَبْكِينَ؟ ثُمَّ أَسَرَّ إِلَيْهَا حَدِيثًا فَضَحِكَتْ، فَقُلْتُ: مَا رَأَيْتُ كَاليَوْمِ فَرَحًا أَقْرَبَ مِنْ حُزْنٍ، فَسَأَلْتُهَا عَمَّا قَالَ: فَقَالَتْ: مَا كُنْتُ لِأُفْشِيَ سِرَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَتَّى قُبِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلْتُهَا. فَقَالَتْ: أَسَرَّ إِلَيَّ: إِنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي القُرْآنَ كُلَّ سَنَةٍ مَرَّةً، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي، وَإِنَّكِ أَوَّلُ أَهْلِ بَيْتِي لَحَاقًا بِي. فَبَكَيْتُ، فَقَالَ: أَمَا تَرْضَيْنَ أَنْ تَكُونِي سَيِّدَةَ نِسَاءِ أَهْلِ الجَنَّةِ، أَوْ نِسَاءِ المُؤْمِنِينَ فَضَحِكْتُ لِذَلِكَ.
    Maksudnya: “Fatimah datang berjalan kaki, dan cara berjalannya adalah seakan-akan cara berjalan Nabi S.A.W .
    Maka Nabi S.A.W bersabda: ‘Selamat datang wahai puteriku.’
    Kemudian Baginda mendudukkan Fatimah pada bahagian kanannya – atau kata perawi, sebelah kirinya – kemudian membisikkan sesuatu kepadanya, lalu Fatimah menangis.
    Setelah itu, aku bertanya kepadanya: ‘Apakah yang menyebabkan engkau menangis?’
    Kemudian Baginda membisikkan lagi sesuatu kepadanya, lalu Fatimah ketawa. Aku berkata: ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini, kegembiraan yang begitu hampir dengan kesedihan.’
    Aku pun bertanya kepadanya tentang apa yang dikatakan Nabi SAW, tetapi beliau berkata: ‘Aku tidak akan membocorkan rahsia Rasulullah SAW.’ Setelah Nabi S.A.W wafat, maka aku pun bertanya kepadanya.
    Fatimah menjawab: Baginda membisikkan kepadaku: ‘Sesungguhnya Jibril membentangkan bacaan al-Quran kepadaku sekali setiap tahun, tetapi tahun ini Jibril membentangkan kepadaku sebanyak dua kali, dan aku fikir ia tidak lain tidak bukan kerana ajalku hampir tiba, dan sesungguhnya engkau ialah ahli keluargaku yang pertama yang akan menyusuliku (yakni meninggal dunia selepasku).’ Aku pun menangis.
    Lalu Baginda bersabda lagi: ‘Tidakkah engkau redha untuk menjadi penghulu wanita-wanita penghuni syurga – atau (kata perawi) wanita-wanita yang beriman?’ Aku pun ketawa kerana hal itu.” [HR al-Bukhari (3623, 3624) dan Muslim (2450)].
    iv- tentang kelebihan Sayyidah Khadijah r.anha yang diberikan khabar gembira akan ganjaran syurga oleh Jibril A.S dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
    فَأَقْرِئْهَا مِنْ رَبِّهَا السَّلاَمَ وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ لاَ صَخَبَ فِيهِ وَلاَ نَصَبَ
    Maksudnya: Sampaikan salam daripada Tuhannya al-Salam, dan berikan kepada berita gembira akan sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada “qasab”, di mana tiada bunyi bising atau keletihan. [HR al-Bukhari (7497)].
  8. Maka kesimpulanya kata Imam Nawawi, Ibnu Kathir dan lain-lain ulama’ hadis rhm.:
    i- Sayyidah Asiah & Maryam adalah wanita mulia yang terpilih pada zaman mereka.
    ii- manakala UM Khadijah, UM Aisyah & Sayyidah Fatimah r.a pula adalah wanita mulia yang yang mempunyai kelebihan masing-masing pula pada zaman umat ini. Wallahu a’lam.

AYAT 43- {“WAHAI MARYAM! TAATLAH KEPADA TUHANMU, DAN SUJUDLAH SERTA RUKUKLAH (MENGERJAKAN SEMBAHYANG) BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG RUKUK”.} (AALI IMRAN 3:43)

  1. Malaikat datang berkata lagi kepada Maryam untuk ikhlaskan ketaatannya kepada Allah & sentiasalah berterusan melakukan ibadat seperti rukuk & sujud dalam solat dalam keadaan khusyuk.
  2. Oleh kerana Maryam adalah manusia pilihan, maka sebagai manusia terpilih pastilah:
    i- pertama sekali kena ikhlaskan niat & tauhid kepada Allah.

ii- serta perbanyakkan ibadat & zikir kepada Allah dengan bersujud & rukuk, yakni solat.

AYAT 44- {PERISTIWA YANG DEMIKIAN IALAH SEBAHAGIAN DARI BERITA-BERITA GHAIB YANG KAMI WAHYUKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), SEDANG ENGKAU TIDAK ADA BERSAMA-SAMA MEREKA KETIKA MEREKA MENCAMPAKKAN QALAM MASING-MASING (UNTUK MENGUNDI) SIAPAKAH DI ANTARA MEREKA YANG AKAN MEMELIHARA MARYAM. DAN ENGKAU JUGA (WAHAI MUHAMMAD) TIDAK ADA BERSAMA-SAMA MEREKA KETIKA MEREKA BERKELAHI (TENTANG PERKARA MENJAGA DAN MEMELIHARA MARYAM).} (AALI IMRAN 3:44)

  1. Semua kisah ini, iaitu cerita tentang Zakaria & anaknya Yahya, tentang Maryam & anaknya Isa, keluarganya Imraan- semuanya adalah berita ghaib yang Allah wahyukan kepada Rasulullah s.a.w!
    Bukan cerita yang berlaku pada zaman Baginda & kaum Quraisy di Makkah pada masa itu!
  2. Allah sendiri yang ceritakan; maka tak perlulah kamu mengorek, menggali, mencari & membawa cerita tambahan selain daripada apa yang telah Allah bawakan dalam al-Quran ini!
    Kita yakin & percaya dengan iman yang mantap.
  3. Allah nyatakan lagi bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada pun pada waktu mereka mengundi siapakah yang layak untuk memelihara Maryam di Baitul Maqdis.

Yakni ketika mereka berkelahi berebut untuk menjaga Maryam sehingga terpaksa dilakukan undian.

  1. Di mana akhirnya Nabi Zakaria yang berhak menjaga Marayam.

Pastilah dia sebagai seorang nabi amat layak kerana untuk memberi didikan yang baik, seorang pendidik & murabbi yang baik diperlukan!

Nak suruh anak atau murid jadi baik & soleh pastilah kita kena jadi baik & soleh juga!

  1. Maka pilih & carilah tempat dan guru yang layak & baik untuk nak hantar anak-anak kita belajar menuntul ilmu!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 42- {Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).}- dalam ayat ini Allah ulang dua kali bahawa Dia telah memilih Maryam!
    Kata ulama’ diulang dua kali kerana berbeza maknanya:
    i- pertama Allah pilih Maryam & bersihkannya daripada kotoran Syirik & akhlak yang buruk- yakni kesucian aqidah & rohani. Yakni pilihan pertama dari segi kelebihan Maryam itu sendiri..
    Adapun tentang suci dari haidh & seumpamanya dalam perkara sampingan dan fizikal.
    ii- manakala Allah ulang kali kedua untuk menyatakan tepilihnya Maryam & kelebihannya ke atas semua wanita yang lain. Ini untuk menyatakan kedudukannya yang terpilih!
  2. Ayat 42- {“Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu}- isyarat kepada pembersihan khas kepada Maryam.
    Ia juga memberi makna yang mendalam kerana apabila lahirnya Isa & Maryam bawa balik anaknya Isa, satu kampung gempar & terkejut! Mereka menyangka dia telah berbuat satu perkara keji & mungkar! Lalu Maryam menyerahkan kepada Allah untuk membersihakan nama & maruahnya!
    Maka Allah bersihkan Maryam daripada tuduhan-tuduhan jahat:
    i- yahudi yang mengatakan Marayam buat perkara keji (zina).
    ii- membersihkan Maryam daripada dakwan nasrani yang mengatakan Isa anak Tuhan & Maryam adalah isteri Tuhan- na’uzu billlah!
    Manakala pembersihan fizikal (tiada haidh) adalah satu isu yang tidak perlu kita pertikai kerana tidak ada faedah & kesannya.
  3. Ayat 43- {“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.}- Maryam diperintahkan untuk perbanyakkan ibadat & ketaatan kepada Allah s.w.t!
    Kata ulama’: Setiap orang yang dapat nikmat & anugerah yang banyak dari Allah s.w.t maka dia kena perbanyakkan ibadat & zikirnya, banyak melakukan ketaatan sebagai tanda syukur kepada Allah!
    Lagi banyak harta makin banyak kita infaq, makin tinggi pangkat makin banyak kebaikan yang kita buat dan seumpamanya.
  4. Ayat 43- {“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.}- dalam ayat ini Allah perintahkan kepada Maryam untuk sujud kemudian rukuk.
    a- Kenapa dalam ayat ini disebut sujud dulu daripada rukuk? Sedangkan dalam solat kita rukuk dulu baru sujud!
    Allah sebut keduanya untuk menunjukkan kelebihan sujud & rukuk. Tetapi Allah sebut sujud dulu kerana:
    i- orang yang sujud lebih tinggi darjat & lebih dekat dengan Allah s.w.t. Kelebihan sujud yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
    ii- Maryam ini seorang yang ikhlas dalam ibadatnya, maka sujud adalah satu ibadat yang menunjukkan keikhlasan. Ikhlas itu adalah roh ibadat- maka sujud adalah cara paling tinggi untuk mengagungkan Allah s.w.t!
    iii- perbincangan ini adalah tentang cara untuk bersyukur, maka sujudlah cara yang paling jelas untuk menunjukkan kesyukuran. Bahkan ada satu ibadat yang dinamakan sujud syukur iaitu apabila kita menerima berita gembira atau kejayaan, terus sujud menunjukkan kesyukuran kita.
    Jangan pula menjadi sombong & takabbur dengan bermegah-megah kepada orang pula, cukuplah dengan sebut alhamdulillah!
    b- Kenapa dalam ayat ini Allah suruh Maryam rukuk bersama orang yang rukuk (مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ) dengan sighah lelaki (muzakkar) bukan rukuk bersama wanita {مَعَ ٱلرَّٰكِعِات}?
    Jawapan:
    Ini kerana sebagaimana dalam hadis yang Rasulullah s.a.w sebut tadi- dari kalangan lelaki yang baik & terpilih itu ramai manakala wanita tak ramai.
    Maka kamu masuklah ke dalam kafilah (kumpulan) mereka yang terpilih tadi, rukuk & sujud bersama mereka sebagai manusia yang terpilih & mempunyai kemulian di sisi Allah s.w.t dengan sentiasa melakuakn ibadat & ketaatan!
  5. Ayat 44- {Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam.}- Allah nyatakan bahawa kisah-kisah yang diberitahu kepada Rasulullah s.a.w ini adalah berita-berita ghaib.
    Sedangkan Baginda s.a.w tidak ada pada waktu kejadian itu berlaku! Baginda mengetahuinya kerana Allah yang beritahu.
    Ini kerana al-Quran adalah Kitab hidayah, kitab pedoman yang memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t, kitab sejarah yang tulen! Dalam al-Quran ada kisah yang telah lepas, yang sedang berlaku & yang akan datang juga! Kamu nak tahu tentang semua itu maka bacalah al-Quran!
    Allah juga nyatakan dalam ayat ini bahawa mereka mengundi untuk memilih siapa yang menjaga Maryam. Dalam kes ini nabi Zakaria yang terpilih.
    Kata ulama’ ini juga menunjukkan bahawa konsep mengundi dalam masalah kehidupan yang sukar untuk diputuskan boleh dilakukan!
    Imam-imam yang empat telah menggunakan hujjah ini bahawa Syari’at perundangan orang yang terdahulu daripada kita boleh digunakan sekiranya tidak bercanggah dengan Syari’ah kita sekarang ini!

Alhamdulillah kita berhenti setakat ini dulu untuk siri hari ini, semoga mendapat faedah & manfaatnya.