SURAH AN-NAMLI : AYAT 76-81

KELEBIHAN I’JAZ AL-QURAN, ISBAT KENABIAN NABI S.A.W & GOLONGAN BUTA DAN TULI HATINYA TIDAK MENERIMA.

Full video : https://youtu.be/R6A5EffMgDc

MUQADDIMAH :

  1. Ayat-ayat dalam siri ini akan mencertakan tentang I’jaz – kelebihan al-Quran yang mengandungi hikmah yang tidak dapat dicabar atau ditiru oleh mana-mana manusia di atas dunia ini, baik sasterawan ataupun bakar bahasa.
  2. Juga isbat (peneguhan) tentang kenabian Rasulullah s.a.w serta dakwahnya, ada yang menerima dan ada yang menolaknya. Yang buta mata-hatinya akan menolak dan al-Quran tidak memberi kesan kepadanya.
  3. Tujuan kita belajar al-Quran adalah untuk mencelikkakn hati kita untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t lalu melayakkan kita untuk menjadi hamba-Nya yang diredhai.
  4. Al-Quran itu mengandungi kisah yang dahulu, kisah sekarang dan kisah yang akan datang.

AYAT 76- {SESUNGGUHNYA AL-QURAN INI MENCERITAKAN KEPADA BANI LSRAIL (PERKARA YANG SEBENAR-BENARNYA) MENGENAI KEBANYAKAN (HAL-HAL AGAMA) YANG MEREKA BERSELISIHAN PADANYA. (AN-NAML 27:76)

  1. Allah s.w.t memuji Quran-Nya, {Sesungguhnya Al-Quran ini}, Quran yang kita baca ini yang Allah s.w.t turunkan kepada kita,
  2. Sebelum ini Allah s.w.t menceritakan tentang kejadian alam ini (pemulaan) dan bagaimana pengakhirannya nanti iaitu Hari Akhirat.
  3. Maka dalam dijelaskan pula tentang kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad dan tentang Al-Quran yang mulia sebagai mukjizat teragung kepada Rasulullah s.a.w sehingga ke akhir zaman ini, yang boleh kita baca dan kaji.
  4. Antara isi kandungannya yang menjadi mukjizat ini ialah menceritakan kisah (atau jawapan) yang benar tentang soal agama isu utamanya, dalam kitab Injil dan Taurat yang menjadi isu besar perselisihan Bani Israil.
  5. Antara yang mereka perselisihkan adalah tentang:
    i- Status Nabi Isa, Yahudi membuat cerita bohong terhadapnya, sedangkan kaum Nasrani pula melampau ada kata anak tuhan bahkan ada kata tuhan terus.
    ii- Status Uzair- ada kata anak tuhan juga.
    iii- kedudukan Syurga dan neraka.
  6. Kita tidak berselisih tentang hal tersebut kerana kita ada al-Quran yang menjadi petunjuk dan panduan. Al-Quran membawa berita yang hak lagi adil, bahawa Isa a.s. adalah seorang hamba Allah, yang dilantik sebagai salah seorang dari rasul dan nabi-Nya yang mulia.
  7. Allah s.w.t telah nyatakan dalam ayat sebelum ini bahawa Dia mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, tentang semua yang zahir dan batin.
  8. Dalil Allah s.w.t itu Pengasih dan sifat rahmat-Nya yang luas, orang kafir pun ada rezekinya atas dunia ini, bahkan ada yang begitu kaya dan mewah.

AYAT 77- {DAN SESUNGGUHNYA AL-QURAN ITU MENJADI HIDAYAH PETUNJUK DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN. (AN-NAML 27:77)

  1. Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk bagi orang yang beriman, maka sesiapa yang mahu selamat ikutlah al-Quran.
  2. Ia juga adalah rahmat bagi orang-orang yang beriman, di dunia dan akhirat.
  3. Manakala orang kafir akan dapat juga semua ini di atas dunia.

AYAT 78- {SESUNGGUHNYA TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD) AKAN MEMUTUSKAN DI ANTARA MEREKA DENGAN HUKUMNYA, DAN DIA LAH SAHAJA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA MENGETAHUI. (AN-NAML 27:78)

  1. Maka Allah s.w.t akan memutuskan di antara mereka yang berselisih dengan hukum-Nya yang maha adil dan tepat. Ulama’ kata ini adalah tentang perselisihan:
    i- antara orang kafir dan orang mukmin, pengakhiran mereka.
    ii- antara bani Israil itu tentang apa yang mereka perselisihkan.
    iii- antara sesama mukmin juga dalam apa yang mereka perselisihkan.
  2. Sabarlah jika kamu tidak dapat selesaikannya atas dunia ini, Allah s.w.t akan selesaikannya di akhirat kelak.
  3. Lalu Allah s.w.t sebutkan dua sifat-Nya; Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Inilah sifat yang amat perlu untuk seorang HAKIM – PENGUASA bagi mengeluarkan hukuman:-
    i- Maha Berkuasa barulah mampu mengambil tindakan. الْعَزِيزُ
    ii- Maha Mengetahui, barulah akan adil dalam hukuman-Nya. الْعَلِيمُ

AYAT 79- {OLEH ITU, BERSERAHLAH KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU BERADA DI ATAS KEBENARAN YANG JELAS NYATA.} (AN-NAML 27:79)

  1. Maka wahai Muhammad s.a.w berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata
  2. Pengiktirafan dari Allah s.w.t ke atas kebenaran Rasulullah s.a.w.
  3. Jika ada yang menentangmu jangan sedih jangan dukacita, mereka tidak akan memberi mudharat ke atasmu tanpa izin Allah s.w.t.
  4. Maka teruskan berdakwah dan menyampaikan kebenaran sehingga hilang jerebu syirik dan selaput khurafat seumpamanya.

AYAT 80- {SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK DAPAT MENJADIKAN ORANG-ORANG YANG MATI (HATINYA) ITU MENERIMA AJARANMU, DAN TIDAK DAPAT MENJADIKAN ORANG-ORANG YANG PEKAK ITU MENDENGAR SERUANMU, APABILA MEREKA BERUNDUR KE BELAKANG (DISEBABKAN KEINGKARANNYA). (AN-NAML 27:80)

  1. Dalam ayat ini dan berikutnya Allah s.w.t menerangkan bahawa orang yang kafir dan mereka yang degil dalam kekufuran itu seolah orang yang telah mati hatinya, buta matanya dan tuli telinganya.
  2. Maka kamu tidak akan dapat menjadikan mereka memahami, mendengar dan melihat apa yang kamu bawa itu apatah lagi untuk menerimanya,

AYAT 81- {DAN ENGKAU TIDAK AKAN DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG BUTA SUPAYA MENJAUHI KESESATAN MEREKA; ENGKAU TIDAK DAPAT MEMPERDENGARKAN (SERUANMU ITU) MELAINKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SANGGUP BERIMAN AKAN AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI, KERANA MEREKA ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI DENGAN IKHLAS. (AN-NAML 27:81)

  1. Sekali lagi Allah s.w.t ulang, bahawa manusia (Rasulullah dan para pendakwah lain juga) tidak akan dapat menunjuk jalan atau memberi petunjuk kepada orang yang buta (mata hatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka.
  2. Seruan itu tidak akan didengar oleh mereka, kecuali oleh orang-orang yang celik hati, mata dan telinganya, lalu sanggup beriman dengan ayat-ayat keterangan Allah s.w.t.
  3. Ini kerana mereka adalah orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.
  4. Inilah faedah dan manfaat untuk kita tadabbur al-Quran dengan guru-guru yang dipercayai dan ada sedikit ilmu, untuk meningkatkan kefahaman kita dan menaikkan taraf keimanan insya’ Allah.
  5. Untuk mengenal Allah s.w.t dan memahami hukum-hakam-Nya kita kena belajar dan faham al-Quran serta melalui penjelasan Rasulullah s.a.w melalui hadis-hadisnya. Belajar tafsir dengan apa yang ditafsirkan oleh para ulama’ yang muktabar bukan menafsirkannya sendiri dengan otak dan pemahaman kita, barulah kita akan terasa al-Quran itu diturunkan kepada kita!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 71 – { kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan padanya.} Allah s.w.t ceritakan kepada kita tentang keadaan puak bani Israil ini. Maka kita orang mukmin jangan jadi begini, jangan banyak berselisih. Al-Quran adalah Kitab Hidayah yang memberi pertunjuk dalam semua aspek kehidupan, bukan sekadar kitab perubatan atau hukum tertentu sahaja.
  2. Ayat 79 { sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata
    إِنَّكَ عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ.} Dalam ayat Allah s.w.t iktiraf Rasulullah s.a.w berada di atas jalan yang benar, maka kita untuk berada di atas kebenaran juga kena ikut Rasulullah s.a.w dan ajarannnya.
  3. Ayat 79 {Oleh itu, berserahlah kepada Allah}- Untuk menegakkan jalan kebenaran kita perlu satu asas yang kuat maka kita tawakkallah kepada Allah s.w.t.
  4. Ayat 79 ini juga dalil bahawa kita kena ambil dua-dua itu, cari kebenaran dulu pastika ia betul dan sahih, wajib perbetulkan dulu kemudian bertawakkallah kepada Allah.
  5. ِAyat 79 ini juga anugerah Allah s.w.t ke atas Nabi s.a.w, kita untuk dapatkan anugerah ini juga maka ikutlah jalan Nabi s.a.w.
  6. Ayat – menunjukkan al-Quran itu adalah Kalamullah. Iaitu Kalamullah yang dapat didengari oleh Malaikat dan para nabi seperti Nabi Musa dan Rasulullah s.a.w.
  7. Ayat 76 – tentang Bani Israil yang banyak berselisih tentang agama- ayat ini menunjukkan cara fokus tentang sesuatu isu, ini tentang kaum Bani Israil yang banyak berselisih, supaya boleh dibuat sebagai pengajaran dan tadabbur.
  8. Dalam banyak kumpulan yang terpesong dan sesat itu ada satu golongan yang selamat iaitu yang beriman.
  9. Ayat77- {Al-Quran itu adalah petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman}, iaitu petunjuk bagi hati yang beriman kepadanya agar tidak tersesat. Ia juga menjadi rahmat kepada yang mengamalkannya dalam hidup mereka.
  10. Ayat 79 {Sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata}- akuan dan pengiktirafan akan kebenaran Rasulullah s.a.w maka sesiapa yang lari daripada landasan ini maka ia akan binasa serta sesat.
    Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku telah tinggalkan untuk kamu petunjuk yang terang, malamnya seperti siang. Tidak ada yang berpaling darinya setelahku melainkan ia akan binasa. Barangsiapa di antara kamu hidup, maka ia akan melihat banyaknya perselisihan. Maka kamu wajib berpegang teguh dengan apa yang kamu ketahui dari sunnahku, dan sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin yang mendapat petunjukk, gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. [HR Ibnu Majah & Ahmad].
    **Islam itu jelas dan terang, ia mula berjerebu apabila masuk ajaran-ajaran pelik yang bercampur dengan kepercayaan dan adat kebudayaan dari luar.
    Semoga Allah selamatkan kita semua dari jalan yang tidak baik.

Wallahu a’lam.