Surah Asy-Syuara’ : Ayat 83-89

Doa Ikhlas Nabi Ibrahim A.S, 6 Permohonan Nabi Ibrahim & Kepentingan Memiliki Qalbun Salim.💎

♥ Live Pagi Ahad 29 Zulhijjah 1442H = 08/08/2021 Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani – Tafsir Surah Asy-Syu’ara’ (07) Ayat [83-89]♥

Full video: https://fb.watch/7eQQr06Y-9/

🎀 Muqaddimah:

  1. Dalam siri ini bermula dari ayat 83-89 adalah siri tentang doa-doa Nabi Ibrahim a.s.
  2. Ia berkait rapat dengan kisah dari ayat 69 sehingga 82 sebelum ini iaitu tentang dialog Ibrahim a.s dengan ayah dan kaumnya tentang sembahan mereka yang sesat.
  3. Kemudian Ibrahim isytiharkan bahawa semua berhala adalah musuhnya.
  4. Ibrahim a.s lalu perkenalkan 5 sifat Allah, Tuhan yang disembahnya kepada mereka untuk membuka minda mereka supaya mengenal dan menyintai Allah Tuhan yang sebenar.
  5. Kemudian datanglah doa Nabi Ibrahim ini, dia minta beberapa perkara, doa seorang yang sangat ikhlas dan tinggi pergantungannya kepada Allah s.w.t.
  6. Ini adalah antara doa-doa nabi Ibrahim a.s, dalam al-Quran terdapat banyak lagi doa-doanya dalam surah-surah lain.

🌺*Ayat 83- {“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;}
(Asy-Syu’araa’ 26:83) رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

  1. Ini adalah doa Nabi Ibrahim a.s yang pertama ialah meminta حُكْمًا iaitu ilmu pengetahuan yang diredhai serta taufiq untuk beramal dengannya, semoga termasuklah dalam golongan orang-orang yang soleh.
  2. Doa ini selepas dia berdakwah dan berdialog dengan kaumnya, lalu dia memuji Allah s.w.t.
  3. Kita kena belajar ilmu Fiqh ad-Doa:
    i- Baca Bismillah – puji Allah s.w.t.
    ii- Baca selawat ke atas Nabi s.a.w.
    iv- minta untuk diri kita dan kaum keluarga dan orang yang disayangi.
    v-permintaan untuk dunia dan akhirat.
  4. Kata ulama’ hukman (حُكْمًا) di sini bermaksud:
    i- Menjadi Nabi
    ii- Kefahaman untuk mengenal tuhan.
    iii- ilmu dan hikmat.
  5. Kemudian dia minta hubungkannya dengan orang-orang yang soleh iaitu:
    i- bersama para nabi-nabi dan rasul yang sebelum ini.
    ii- memberi darjat dan tempat yang tinggi. Dilantik menjadi nabi dan rasul juga.
    iii- menjadi imam yang diikuti selepas itu.
    iv- orang yang dipilih oleh Allah s.w.t selepas itu iaitu al-Khalil kepada Allah s.w.t.

🌺*Ayat 84- {“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;}
(Asy-Syu’araa’ 26:84) وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

  1. Kemudian nabi Ibrahim a.s meminta menjadi sebutan yang baik di kalangan orang yang datang selepasnya.
  2. Apakah maksudnya:
    i- menjadi sebutan dan pujian yang baik bagi orang ramai.
    ii- semua agama selepas itu mendakwa datang dari nabi Ibrahim.
  3. Allah s.w.t kabulkan doa ini, kerana setiap kali kita berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. nama nabi Ibrahim juga diturut disebut serta dibaca selawat dan salam ke atasnya juga, setiap hari di dalam solat, di atas minbar dan lain-lain.

🌺*Ayat 85- {“Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;}
(Asy-Syu’araa’ 26:85) وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

  1. Selepas nabi Ibrahim meminta doa permohonan tentang dunia, dimintanya pula kebaikan untuk akhirat pula. Inilah doa yang baik.
  2. Nabi Ibrahim a.s berdoa agar dia menjadi pewaris bagi Syurga Jannatun-Naiim. Iaitu menjadi ahli syurga di akhirat kelak.
  3. Kenapa dikata mempusakai/mewarisi syurga? Yakni untuk mendapat syurga dengan limpah kurnia Allah s.w.t. Ada juga ulama’ kata mewarisi dari orang yang tempatnya kosong kerana dia tidak lagi mendapat syurga, na’uzubillah.

🌺*Ayat 86- {“Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;}
(Asy-Syu’araa’ 26:86) وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ

  1. Nabi Ibrahim kemudian mendoakan untuk bapanya yang masih hidup ketika itu. Agar bapanya mendapat hidayah Islam kerana dia masih lagi dalam keadaan syirik dan sesat.
  2. Doa ini sesuai bagi mereka yang ibu bapanya masih belum mendapat hidayat Islam.
  3. Bagi yang bapanya sudah Islam jangan baca penuh doa ini, cukup setakat: وَاغْفِرْ لِأَبِي
  4. Kenapa Ibrahim mendoakan ayahnya begini? Ulama’ kata kerana untuk menunaikan janjinya kepada ayahnya selepas mereka berdebat. Ayat-ayat al-Quran lain tentang kisah ini, Firman Allah s.w.t:
    {Nabi Ibrahim berkata: ” Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.{ (Maryam 19:47)
  5. Maka doa ini ketika ayahnya masih hidup- ampunkanlah maksudnya untuk diberi hidayah, tetapi selepas dia tahu ayahnya memang mati dalam keadaan tidak beriman, maka dia berlepas dirilah.
    Firman Allah s.w.t: {Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.} (At-Taubah 9:114)

🌺*Ayat 87- {“Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula}
(Asy-Syu’araa’ 26:87) وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

  1. Kemudian nabi Ibrahim a.s berdoa pula agar Allah s.w.t jangan hinakan dia pada hari Akhirat nanti, iaitu apabila makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Tutupkan keaiban di akhirat, jangan malukan di hadapan semua orang nanti.
  2. Kita boleh juga berdoa dengan ini, yakni berdoa agar Allah s.w.t jangan dedahkan dan rahsiakan kejahatan dan dosa kita semasa di atas dunia ini kerana kita sudah insaf dan bertaubat darinya, maka jangan malukan kita di akhirat nanti. Sebagaimana Allah s.w.t sembunyikan dosa kita di atas dunia ini maka sembunyikanlah ia di Akhirat nanti juga.
  3. Hadis tentang kisah Nabi Ibrahim berjumpa bapanya di Akhirat kelak:
    Nabi s.a.w bersabda, “Pada hari Kiamat kelak, Nabi Ibrahim a.s bertemu dengan ayahnya, Azar, sementara wajah Azar hitam kelam dan berdebu. Lantas Nabi Ibrahim a.s berkata kepadanya, ‘Bukankah saya pernah melarangmu agar tidak derhaka kepadaku?’ Ayahnya menjawab, ‘Hari ini aku tidak akan derhaka kepadamu.’
    Lalu Nabi Ibrahim a.s berkata, ‘Ya Rabbi! Sungguh, Engkau telah berjanji kepadaku agar Engkau tidak menghinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. Lalu kehinaan apalagi yang lebih hina daripada keadaan ayahku yang dijauhkan dari rahmat-Mu?’ Lantas Allah s.w.t berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengharamkan syurga bagi orang-orang kafir.’ Selanjutnya ditanyakan kepada kepada Nabi Ibrahim a.s, ‘Wahai Ibrahim! Apa yang ada di bawah kedua kakimu?’ Beliau pun melihat di bawahnya, ternyata di situ terdapat sesosok anjing hutan (dubuk – hyena) yang berlumur kotoran terlihat sedang tertunduk, lalu kaki-kakinya diikat dan dilemparkan ke dalam neraka.” (HR. Al-Bukhari)
    *Kata para ulama’ Allah s.w.t tukar rupa bapanya kepada seekor haiwan supaya orang tidak kenal lagi yang dicampak ke dalam neraka itu adalah bapa Nabi Ibrahim a.s.
  4. Maka jika kita sayangkan ibu bapa kata, di mana saja kita berada, pada setiap hari sentiasalah doakan keampunan kepada mereka.

🌺*Ayat 88- {“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,}
(Asy-Syu’araa’ 26:88) يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَن

  1. Nabi Ibrahim berdoa lagi agar dia selamat pada hari Kiamat iaitu hari yang tiada guna lagi harta benda dan anak-pinak.
  2. Pada hari itu masing-masing sibuk untuk menyelamatkan diri sendiri. Tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun kepada satu sama lain, pada hari ini perbicaraan itu.

🌺*Ayat 89- {“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);}
(Asy-Syu’araa’ 26:89) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

  1. Kecuali orang yang datang mengadap Allah s.w.t dengan hati yang selamat sejahtera. Maksudnya hati yang suci dari syirik, sifat ragu munafik, pegangan akidah yang batil dan penyakit hati seperti hasad, dendam, riya’, takabbur dan semua perbuatan yang jahat. Mereka yang hati bersih ini akan selamat.
  2. Kata ulama’ Ibnu Rajab rhm. maksudnya بِقَلْبٍ سَلِيمٍ hati yang selamat/bersih:
    i- tiada dalam hatinya mencintai sesuatu yang dibenci oleh Allah s.w.t. yakni segala bentuk maksiat dan keingkaran.
    ii- selamat hatinya dari syirik yang jelas (kafir tulin) dan yang tersembunyi seperti riyak.
  3. Qalbun Salin- Hati suci yang selamat dan sejahtera, bersih daripada fahaman syirik dan kufur, maksiat dan benda-benda jahat, benci kepada orang yang baik, menipu, hasad dan lain-lain.,
  4. Mujahid dan Al-Hasan serta lain-lainnya mengatakan, ‘hati yang bersih’ maksudnya bersih dari kemusyrikan, dari mengikut hawa nafsu yang lagha dan perkara bidaah.
  5. Boleh rujuk kitab Penawar Bagi Hati, karangan Syeik Abdul Qadir al-Mandili yang disusun sedikit oleh Abu Anas Madani.
  6. Antara isi kandungannya:
    i- 7 anggota zahir yang menjadi punca kerosakan hati,
    ii- 10 sifat mazmumah yang wajib kita jauhi dan kosongkan hati darinya.
    iii- 10 sifat mahmudah yang wajib kita beramal dengannya.
  7. Semoga dapat merawat hati kita, yang boleh menjadikan kita bertemu dengan Allah s.w.t dengan qalbun salim, insya’ Allah.

🎀 Penutup/Beberapa Faedah Ringkas:

  1. Adab berdoa: Puji Allah s.w.t, selawat ke atas Nabi s.a.w kemudian barulah minta hajat kita. Antara ciri-ciri mustajab doa, insya’ Allah.
  2. Doa nabi Ibrahim dalam Ayat 84 supaya menjadi sebutan yang baik di sisi manusia. Ini menjadi dalil untuk kita kena buat amalan yang soleh dan kerja yang baik yang boleh menjadi ingatan dan sebutan baik di sisi manusia. bukan niat nak suruh puji semata.
  3. Doa Nabi Ibrahim agar jangan dihinakan pada hari Kiamat Ayat 87 menunjukkan bahawa kita semua insan sangat berhajat kepada doa-doa sebegini. Ibrahim a.s sedangkan seorang nabi berdoa yang menyentuh perasaan begini apatah lagi kita manusia biasa yang begitu banyak silap dan dosanya.
  4. Huraian Imam Malik rhm tentang doa untuk menjadi sebutan yang baik; Tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu suka jika orang menyebut kebaikannya. Dengan syarat kita buat ikhlas kerana Allah s.w.t bukan semata untuk dapat pujian, juga kita kena dapat kawal hati kita daripada riyak dan lain-lain penyakit hati.
  5. Allah s.w.t sandarkan kepada kalimah benar, ayat 84 ( صِدْقٍ ) 5 kali dalam dalam al-Quran iaitu: Firman Allah s.w.t:
    i- Asy-Syu’araa’ ayat 84: { وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ}
    {Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;} [Asy-Syu’araa’ 26:84].
    ii- Yunus ayat 2: { وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ }

iii & iv – Al-Isra’ 80 {وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا}

v- Al-Qamar ayat 55: { فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ }

  1. Apakah hakikat BENAR dalam ayat ini? iaitu kebenaran yang mantap yang menyampaikan kita kepada Allah s.w.t. samada pebuatan, percakapan dan amalan kita semuanya benar.
  2. Sebutan yang baik selepas kita mati seolah-olah tuannya masih hidup. Bahkan ia lebih baik daripada semasa tuannya masih hidup. Kerana belum tentu masa kita hidup orang puji. Seperti keadaan ulama’-ulama’ kita hari ini yang sentiasa disebut dan didoakan kebaikan nya oleh para muridnya sepanjang zaman kerana amalan dan peninggalan ilmu baik mereka.
  3. Kata ulama’: Orang yang bahagia itu ialah manusia yang bahagia dia mati pahalanya tidak mati, manakala manusia yang celaka dia mati tapi kejahatannya tidak mati.
  4. Antara nikmat besar yang Allah s.w.t anugerahkan kepada hamba-Nya ialah sebutan baik oleh manusia lain semasa atas dunia ini lagi.
  5. Kenapa nabi Ibrahim a.s minta ampun khas untuk bapanya? Ini kerana untuk menutup rasa kecewanya, dia telah berjanji dengan bapanya untuk mendoakannya, selepas mereka berdebat. Tentang ibunya pula ada yang kata telah beriman, wallahu a’lam.
  6. Allah s.w.t menyatakan bahawa orang yang datang dengan qalbun-salim akan selamat di akhirat kelak.Menunjukkan betapa besarnya peranan hati yang sejahtera, yang bebas dan selamat dari syirik, nifaq serta segala penyakit hati, itulah manusia yang bahagia.
  7. Antara doa Nabi Ibrahim a.s di dalam al-Quran:
    i- Al-Baqarah: 126 { رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِر}
    {Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”.}
    ii- Ibrahim: 35 { وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ }
    {Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.}
    iii- Ibrahim: 37 {رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ }
    {“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.}
    iv- Ibrahim: 38 { رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ }
    {“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!}
    v- Ibrahim: 40 { رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ }
    {“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.}
    vi- Ibrahim: 41 { رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ }
    {“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”}
    vii- Syu’ara’: 83 { رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ}
    {{“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;}
    viii- Al-Mumtahanah: 4 {رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِير }
    { “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!}
    ix- AL-Mumtahanah: 5 {رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ }
    {“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.}
    x- As- Sofaat: 100 { رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ}
    {Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!}

Wallahu a’lam.