ALLAH BERSUMPAH DENGAN LANGIT DAN BUMI, AL-QURAN PEMISAH HAQ DARI BATIL & PERANCANGAN KAFIR GAGAL.

Full video : https://youtu.be/hYWDzizghaE?si=gszaNIbzUQo3Lito

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t bersumpah dengan langit dan bumi, untuk menyatakan kedudukan & fungsi al-Quran.
    Sebelum ini tentang di mana tempatnya.
  2. Antara fungsi utama Al-Quran adalah sebagai (فَصْلٌۭ) iaitu pemisah antara haq dari batil.
    Bukan hanya sebagai bacaan untuk dilagukan saja.
    Tetapi ia mempunyai peranan yang lebih besar!
  3. Allah nyatakan bahawa Allah batalkan perancangan jahat puak kafir lalu ia gagal.

Pastilah perancangan Allah itu akan mengatasi segala perancangan yang lain & kebenaran akan menang.

  1. Munasabah ayat:
    i- setelah Allah nyatakan kekuasaan & Qudrat-Nya menghidupkan semula manusia yang mati untuk kebangkitan & perhitungan.

Kemudian Allah nyatakan al-Quran itu benar & pemisah antara haq dan batil.

ii- maka Allah s.w.t mahu membatalkan tuduhan & cerita yang tidak benar, yang dibuat oleh puak kafir terhadap al-Quran.
Maka dalam ayat ini sekali Allah s.w.t bersumpah dengan langit & bumi bahawa fungsi al-Quran ialah memisahkan antara haq & batil!

AYAT 11- {DEMI LANGIT YANG BERULANG-ULANG MENCURAHKAN HUJAN,} (AT-TAARIQ 86:11)

  1. Allah s.w.t bersumpah demi langit yang mencurah hujannya, tidak pernah terhenti.
  2. Kata al-Mawardi maksudnya {ذَاتِ ٱلرَّجْعِ}
    ini ada 4 tafsiran:
    i- langit yang sentiasa mencurahkan hujan.

ii- langit yang ada awan.

iii- keadaan langit itu begitulah sekali cerah & sekali mendung.

iv- langit yang sentiasa ada bintang-bintang.

Kemudian al-Mawardi tambah lagi:
v- langit yang sentiasa ada malaikat yang naik ke langit untuk melaporkan amalan anak Adam.

Kata ulama’ kesemuanya boleh dicampur menjadi satu erti, iaitu ada awan, ada langit & hujan serta malaikat juga!

AYAT 12- {DAN BUMI YANG MEREKAH MENGELUARKAN TUMBUH-TUMBUHAN,} (AT-TAARIQ 86:12)

  1. Kemudian Allah s.w.t bersumpah dengan bumi yang terbelah lalu keluar tumbuhan.
  2. Beginilah uslub al-Quran selepas Allah s.w.t bawa dalil di atas (langit- العليى) di bawa pula dalil yang di bawah (bumi- السفلى) untuk menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t yang sempurna.
    Di atas ada kekuasaan Allah, di bawah pun ada.
  3. Kata al-Mawardi maksudnya {ذَاتِ ٱلصَّدْع} ini ada 4 tafsiran juga:
    i- bumi yang ada tumbuhan, terbelah untuk keluarkannya.

ii- bumi yang ada tali air- pecah dulu baru keluar air.

iii- yang ada jalan untuk orang lalu.

iv- bumi yang pecah kerana orang membajak tanah untuk bercucuk tanam.

Kemudian al-Mawardi tambah lagi:
v- bumi yang mengandungi mayat- lalu akan terbelah mengeluarkannya pada hari Kiamat.

  1. Kata ulama’ tafsir semua ini memberi isyarat bahawa bumi ini hidup, sama fungsinya dengan al-Quran yang akan menghidupkan kembali hati yang mati & kering apabila kita belajar & tadabbur al-Quran.
    Dengan al-Quran ia akan basah, lalu menumbuhkan keimanan yang kukuh dalam hati kita!

AYAT 13- {SESUNGGUHNYA KETERANGAN AL-QURAN ADALAH KATA-KATA PEMUTUS (YANG SEBENAR),} (AT-TAARIQ 86:13)

  1. Iaitu al-Quran adalah pemisah yang memisahkan antara yang benar (haq) & yang salah (batil).
  2. Kata ulama’ juga: ia pemisah antara orang yang zalim & orang yang muttaqin.
    Semua benda jika kita nak periksa- baliklah kepada al-Quran baru kita akan ukur kebenarannya.

AYAT 14- {DAN BUKANLAH IA KATA-KATA YANG OLOK-OLOK.} (AT-TAARIQ 86:14)

  1. Kemudian Allah s.w.t menolak hujjah puak kafir yang mangatakan al-Quran ini adalah kata-kata yang olok-olok atau mengarut!
  2. Al-Quran itu satu kitab yang benar & adalah satu fakta serta berpaksi yang besar iaitu yang datang dari Allah s.w.t!
  3. Puak kafir buat tuduhan ini untuk mengelirukan orang ramai agar jangan percaya kepada dakwah Rasulullah s.a.w!

AYAT 15- {SESUNGGUHNYA MEREKA (YANG MENENTANGMU, WAHAI MUHAMMAD) BERMATI-MATI MENJALANKAN RANCANGAN JAHAT,} (AT-TAARIQ 86:15)

  1. Sesungguhnya puak kafir itu bersungguh-sungguh membuat perancangan & konspirasi jahat untuk menolak kebenaran Rasulullah s.a.w & Islam serta yang menyokong segala kebatilan!
  2. Begitulah sifat puak kafir sehingga ke hari ini, tidak berhenti untuk memburukkan Islam.

AYAT 16- {DAN AKU PULA TETAP BERTINDAK MEMBALAS RANCANGAN JAHAT (MEREKA, DAN MENGGAGALKANNYA).} (AT-TAARIQ 86:16)

  1. Jika mereka membuat perancangan ingatlah Allah s.w.t juga ada perancangan untuk membalas & mengagalkan perancangan mereka itu!
  2. Allah beri kepada mereka masa & tempoh atas dunia ini dengan perancangan jahat itu, sehinggalah tiba tempoh Allah memusnahkan mereka dalam kebatilan itu!
    Allah akan tetap memenangkan Islam & hamba-Nya yang beriman!
  3. Ini adalah rahmat Allah yang luas kepada:
    i- kepada orang kafir; mudah-mudahan mereka akan bertaubat & insaf pada suatu masa lalu beriman.

ii- untuk orang yang Islam di khianati itu Allah mahu memberi pahala yang banyak kepada mereka yang sabar & meneruskan perjuangan walaupun dihalang & disakiti.

Ulama’ tafsir kata tempoh antara doa nabi Musa a.s dengan kemusnahan Firaun adalah dalam masa 40 tahun!

  1. Yang penting kita kena buat kerja, dia merancang kita pun kena merancang dan berusaha untuk mempertahankan kebenaran dan mematahkan hujjah mereka yang jahat terhadap Islam itu!
  2. Firman Allah s.w.t:
    {(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.} (At-Tuur 52:42)

AYAT 17- {OLEH ITU JANGANLAH ENGKAU HENDAKKAN SEGERA KEBINASAAN ORANG-ORANG KAFIR ITU, BERILAH TEMPOH KEPADA MEREKA SEDIKIT MASA.} (AT-TAARIQ 86:17)

  1. Allah ajar kepada kita agar sabar, jangan gopoh inginkan kemusnahan & hukuman segera terhadap mereka puak kafir!
  2. Akan tiba waktunya masa kemusnahan yang Allah s.w.t telah janjikan ke atas mereka!
    Allah akan tunjuk akhir kesudahan mereka dengan kekuasaan-Nya.
  3. Lihat bagaimana para sahabat Rasulullah s.a.w di awal Islam telah dizalimi dengan kejam di Makkah seperti Bilal, keluarga Yasir dan lain-lain, mereka sabar lalu Allah s.w.t beri kepada mereka pahala yang besar.

Manakala puak kafir itu seperti Abu Jahal dan lain-lain dimusnahkan pertama kalinya hampir 10 tahun kemudian dalam peperangan Badar.

Dalam kitab Sirah kata hikmah Abu Lahab tidak mati di Badar, tetapi mati di Makkah supaya Quraisy Makkah dapat lihat mayatnya yang busuk sebagai bukti balasan orang yang menentnag Muhammad s.a.w!

  1. Ada orang yang diuji dengan:
    i- kekalahan lalu jatuh & hinalah dia.

ii- Tetapi ada juga orang yang diuji dengan kemenangan dan perancangannya berjaya.
Bila dia di atas, orang dapat lihat watak & sifat sebenarnya, yang boleh dinilai semula.

5. Cuma ingat jangan kita lalai & lagha dari mengingati Allah s.w.t SERTA jangan kita cuai berwaspada dengan perancangan jahat puak kafir untuk mengkhianti Islam serta buat kerja untuk melawan & membatalkannya!

Ia menjadi kewajipan kepada kita, kena tahu apa yang dibuat oleh orang kafir untuk kita menolak & melawan kejahatan mereka!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 11- {Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,}
    Ayat 12- {Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,}- Allah s.w.t bersumpah dengan dua benda besar ini – langit & bumi, langit turun hujan, bumi keluarkan tumbuhan,
    Ini adalah dalil isyarat kepada kekuasaan Allah s.w.t untuk menghidupkan manusia yang telah mati untuk kebangkitan semula!

Ini untuk menguatkan hujjah bahawa al-Quran itu benar, datang dari sisi Allahs.w.t, bukan rekaan Nabi Muhammad s.a.w!

Dalam ayat ini adalah kali kedua Allah s.w.t bersumpah dengan langit dalam surah ini:
i- sumpah pertama pada awal surah-
{ وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ}
ii- sumpah kedua di tengah surah
{ وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ}.
Kenapa Allah s.w.t bersumpah dengan langit dua kali dalam surah ini???


JAWAPAN :

Kata ulama’ tadabbur ini adalah kerana:
i- sumpah pertama dengan bintang yang menjadi lontaran syaitan yang mahu mencuri dengar rahsia di langit!
Tujuan Allah s.w.t jaga agar al-Quran itu dari syaitan agar terpelihara daripada segala penyelewengan, tambahan & dikurangi!

ii- sumpah kedua adalah isyarat kepada fungsi al-Quran; iaitu memisahkan yang haq & batil- menghidupkan hati yang sudah mati atau kering – sebagaimana langit menurunkan hujan tanpa henti lalu menghidupkan semula bumi yang mati kekeringan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan!

Yakni sumpah ini berkait dengan kebangkitan semula & fungsi al-Quran.

  1. Ayat 13- {Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),}- al-Quran sebagai pemisah antara haq & batil!

Iaitu Al-Quran ini memutuskan jalan-jalan atau perancangan orang yang cuba mengkhianati Islam.
Orang Islam kena sentiasa bersedia untuk berjihad melawan orang kafir pertamanya dengan al-Quran!
Iaitu guna hujjah untuk lawan hujjah juga!

Biasanya pihak penguasa mula-mula guna hujjah, bila kalah guna akta untuk menyekat!

Ia juga menjelaskan segala kekeliruan yang timbul dalam kepala orang kafir atau sebahagian anak orang Islam sendiri yang keraguan.

Boleh baca Kitab Keindahan Islam yang antara perbincangannya untuk mejawab sebahagian kekeliruan dalam masyarakat terhadap Syari’ah Islam:
https://dartaibah.com/?page_id=179…

Biar tahu jangan keliru!
Jika mereka keliru kita beri tahu & beri penjelasan.

  1. Ayat 15- {Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,} & Ayat 16- {Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).}- mereka buat perancangan & dalam masa yang sama Allah s.w.t juga buat perancangan-Nya.

Mereka membuat perancangan { إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ}- lafaz jama’ (plural)- iaitu semua puak kafir atas dunia ini buat perancangan untuk mengkhianati Islam!
Kafir dulu atau kafir sekarang, kafir hitam atau kafir putih!

Tetapi Allah s.w.t kata, hanya Dia seorang saja dengan perancangan-Nya { وَأَكِيدُ}- lafaz mufrad (singular), mampu mengagal & membatalkan hujjah mereka itu!

Perancangan Allah s.w.t sangat rapi & lengkap, Allah berkuasa untuk menolak sebarang hujjah, kospirasi, teori yang dibuat oleh puak kafir atas seluruh dunia ini untuk memburukkan Islam!

  1. Ayat 15- {Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,} &
    Ayat 16- {Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).}- orang kafir merancang, Allah s.w.t juga merancang!

Di sini ulama’ tafsir kata perancangan (كَيْدًۭا) itu terbahagi kepada dua:
i- ada yang baik & dipuji- apabila buat perancangan untuk kebaikan atau melawan kejahatan.
Semua perancangan baik untuk Islam dipuji & sepatutnya dibuat.

Firman Allah s.w.t:
{Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf.
{كَذَٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ}
Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,} (Yusuf 12:76)

Yakni Yusuf membuat perancangan itu agar adiknya ditahan dan tak boleh keluar dari Mesir- untuk duduk bersamanya & menunggu kedatangan ibu bapa mereka selepas itu.

ii- ada perancangan yang buruk & dikeji iaitu untuk mengkhianati Islam & menjahanamkan umat Islam.
Perancangan & konspirasi jahat musuh Islam pastilah sesuatu yang wajib dikeji & dilawan!

  1. Ayat 17- {Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.}- ayat ini amaran & peringatan untuk orang bukan Islam- jangan kamu gembira kamu panjang umur itu bukan Tuhan redha, tetapi Allah bagi masa agar lagi banyak dosa kamu!

Ada orang yang diberi kuasa & kedudukan oleh Allah untuk menampakkan kepincangan & kesombongannya, tembelang & perangainya yang sebenar untuk orang lihat.

Maka makin tinggi naik makin tinggi jatuhnya juga.

Kita jangan mudah terpedaya & terpengaruh rasa betul & benar jika ramainya pengikut & ada kedudukan, kerana takut itu adalah satu istidraj dari Allah, bukan kerana Allah redha!

Ayat ini juga peringatan kepada orang Islam agar jangan lagha & cuai- kamu panjang umur maka buatlah kebaikan & amal soleh
(Pada zaman Rasulullah s.a.w kafir Quraisy diberi tempoh)-

Ini kerana Allah s.w.t tahu akan ada di kalangan mereka yang mendustakan Rasulullah s.a.w & menghina Islam di Makkah akan ada mereka yang beriman kemudiannyna.

Kerana itu Allah kata jangan gopoh; berilah tempoh kepada orang kafir!

Contohnya: Abu Sufyan masuk Islam semasa Pembukaan Kota Makkah & Khalid al-Walid lebih dahulu iaitu selepas Perjanjian Hudaibiyah.

Maka Allah yang Maha Kaya & Rahmat kata kamu jangan gopoh, biarlah dia panjang umur mudah-mudahan dia kembali kepada Allah s.w.t, tinggalkan segala kejahatan & maksiat.

Kita doakan agar mereka diberi hidayah & petunjuk dari Allah!

Alhamdulillah tamatlah perbincangan kita dalam surah at-Toriq ini.

Semoga kita mendapat manfaat & kebaikan dari al-Quran.