Kewajipan yang terabai
di saat kebahagiaan dua mempelai
Download pamplet dalam bentuk PDF di SINI
[Full Tazkirah Perkahwinan, Sila ke: http://vimeo.com/12542360 ]
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allahu Ta’ala, selawat dan salam ke atas junjungan kita, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Hari walimah (majlis kesyukuran dan meraikan pengantin) merupakan saat yang amat penting bagi seorang pengantin muslim. Hari ini menjadi saksi yang amat penting, kesyukuran dizahirkan dengan ikatan dua hati yang saling mencintai dan berkasih sayang, juga untuk mengumumkan perasmian ikatan dan penyatuan ini kepada orang ramai.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. telah bersabda kepada seorang sahabatnya:
Maksudnya: ((Adakanlah walimah (jamuan-kenduri), meskipun dengan seekor kambing))
Pelaksanaan walimah telah diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia menjadi syiar kebanggaan umatnya dan salah satu tanda kemuliaan dan keagungan agama Islam.
Namun tatkala kebahagian ini sedangkan diraikan dan disyukuri dengan meriahnya, majlis sebegini seringkali dicemari dengan perkara-perkara yang dibenci Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Maka kita perlu saling mempringati sesama manusia sebagaimana firman Allah ini:
Maksudnya: {Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lidah Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk perbuatan yang selalu mereka lakukan itu} [Al-Ma’idah : 78-79 ].
Di sini diingatkan beberapa ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang perlu dititik-beratkan dalam mengendalikan majlis perkahwinan
1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah I. Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Bukan urtk berbangga-bangga dan menunjukkan kemewahan dan kekayaan.
2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat. Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam)) [HR: Abu Daud].
3) Mengelak daripada melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasulullah). Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan.
4) Mengundang golongan yang kurang berada. Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah r telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi].
5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati. Sabda Rasulullah r: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].
Firman Allah subhaanahu wata’ala maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]
Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Quaran telah banyak menjelaskan hal ini.
6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat. Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat. Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya.
7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan. Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah r. Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Baginda r ketika itu. Firman Allah I : Maksudnya: { ….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17]
8) Mengelakkan perhiasan yang melampau. Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan muhramnya. Hal ini menggalakan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki.
Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki, memandang rendh dari satu pihak, keegoaan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-ni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tanga pada masa mendatang.
8) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka. Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’allah.
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam., alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. ini. Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:
(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ))
Maksudnya: ((Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan.)) [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy].
Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.:
(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))
Maksudnya: ((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]
Demikianlah risalah ini. Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah r. Bertepatan dengan hadis ini:
(( تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا؛ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ ))
Maksudnya: ((Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara; sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitabullah dan sunnahku)) [ Muwatta’ Malik ]
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Abu Anas Madani, Sg Durian. 30 Mei 2007.
http://abuanasmadani.com/?p=97
[Diringkas dari risalah: Kewajipan yg terabai disaat kebahagiaan dua mempelai. Terbitan: PPM Madinah 2006]
Petikan Doa Pengantin / Suami Isteri dari Kitab Perisai Muslim:
Perisai Muslim-Doa Kepada Pengantin.
Perisai Muslim-Doa Suami Ketika Mula Bertemu Isteri, Letakkan tangan di atas ubun-ubun (kepala) Isteri Kemudian baca Doa ini; Perisai Muslim-Doa Suami Isteri Ketika Hendak Bersetubuh;
Keterangan Kepada Bacaan ini sebagaimana hadis berikut;