Ukhuwwah merupakan asas perpaduan, perdamaian dan keharmonian, kerana itu Rasulullah SAW telah menjadikan “al-ikha’” persaudaraan antara Muhajirin – Ansar di Madinah sebagai agenda terawal. Kecelaruan yang terjadi dalam sesetengah masyarakat hari adalah disebabkan umat semakin jauh dari prinsip ini, bahkan dalam sebuah keluarga yang terhasil dari satu ibu bapa, adik beradik boleh bercakaran sesama sendiri. Firman Allah SWT:{ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ } “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” [Al-Hujurat: 10]. Kata Ulama’ : الأخوة معروفة التعريف، مهجورة التطبيق “Ukhuwwah, ertinya difahami, tetapi pelaksanaannya sudah hilang”. Untuk mendengar tajuk ini, Sila ke: MyMaktabaty atau: Al-Ahkam.net