Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Al-Quran

Berilah Masa Untuk Al-Quran, Jangan Tunggu Ada Masa

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 13 Ogos 2025 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Pendahuluan

Ada satu pesanan yang sangat penting daripada para motivator Islam:

“Jangan tunggu bila ada masa untuk baca Al-Quran. Berilah masa untuk Al-Quran.”

Kedengarannya hampir sama, tetapi hakikatnya jauh berbeza.

  • “Tunggu ada masa” – biasanya tidak akan berlaku. Sibuk dengan urusan dunia, akhirnya Al-Quran tersisih.
  • “Berilah masa” – bermakna kita memperuntukkan waktu khusus untuk Al-Quran, sama seperti kita menjadualkan kerja atau perjumpaan penting.

Tetapkan Jadual Al-Quran Harian

Bagaimana caranya?

  • Pagi – baca beberapa muka surat sebelum memulakan kerja.
  • Tengah hari – selitkan 1–2 muka surat ketika rehat.
  • Petang – tambah lagi sedikit bacaan.
  • Malam sebelum tidur – ambil masa lebih panjang untuk tadabbur dan ulang hafalan.

Kenapa Bacaan Malam Lebih Istimewa?

Membaca Al-Quran pada waktu malam lebih tenang. Tiada gangguan urusan dunia, tiada hiruk-pikuk. Inilah waktu hati mudah khusyuk, fikiran lebih fokus dan bacaan terasa meresap ke dalam jiwa.

Manfaat “Management Ibadah”

Peruntukkan masa untuk Al-Quran adalah sebahagian daripada pengurusan ibadah. Sama seperti kita mengurus kerja atau kewangan, ibadah juga memerlukan perancangan.

Jika kita tidak tetapkan masa:

  • Kita akan sentiasa rasa sibuk.
  • Al-Quran akan tertinggal dalam senarai harian.
  • Hati semakin jauh dari cahaya petunjuk.

Doa Penutup

Ya Allah, jadikanlah kami, keluarga kami dan orang-orang yang kami sayangi termasuk dalam golongan ahli Al-Quran, mereka yang Engkau angkat sebagai keluarga-Mu dan golongan istimewa-Mu.

Mudah-mudahan kita menjadi orang yang:

  • Cinta kepada Al-Quran.
  • Mengaji dan mengamalkan Al-Quran.
  • Layak mendapat syafaat Al-Quran di akhirat.
  • Ditemani Al-Quran di alam kubur.
  • Dipandu oleh Al-Quran menuju syurga Allah.

Rujukan

3 sumber
  1. Sunan Ibn Majah, al-Muqaddimah, no. 215 (riwayat Anas bin Malik r.a.) — dinilai hasan (Darussalam).

    Sunnah.com
  2. Sahih Muslim, Kitab Salat al-Musafirin, no. 804 (riwayat Abu Umamah r.a.).

    Sunnah.com
  3. Al-Quran, Surah al-Muzzammil (73): 6.

    Quran.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Al-Quran Mukjizat Al-Quran – Prof Gary Miller & Fakta 6236 Ayat 1 Ogs 2025 Khutbah Khutbah: Pengajaran Daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah ﷺ 23 Jun 2026 Akhlak & Adab Definisi Jiran Tetangga & Kewajipan Berjiran Dalam Islam 21 Jun 2026 Akhlak & Adab Kenali Tufaili “Lalat Hijau” Yang Datang Ke Kenduri Tanpa Jemputan 10 Jun 2026