Maklumat yang kami simpan
- Akaun ahli: nama, alamat e-mel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk cincang, tidak boleh dibaca oleh sesiapa termasuk admin).
- Log masuk dengan Google: jika anda memilihnya, kami hanya menerima nama, alamat e-mel, gambar profil dan nombor pengenalan akaun Google anda. Kami tidak menerima kata laluan Google anda dan tidak mengakses data Google yang lain.
- Aktiviti dalam akaun: nota dan artikel yang anda simpan, nota yang dibuka atau ditanda dibaca, catatan peribadi, siri yang diikuti serta tetapan saiz tulisan dan tema.
- Borang soalan: soalan, topik serta nama dan e-mel jika diisi. Alamat IP direkodkan untuk mengelak spam.
Bagaimana maklumat digunakan
- Untuk log masuk dan memaparkan simpanan, kemajuan bacaan dan catatan anda.
- Untuk menghantar e-mel yang berkaitan sahaja: pengesahan akaun, set semula kata laluan, makluman soalan anda telah dijawab dan ringkasan nota baharu bagi siri yang anda ikuti.
- Catatan peribadi hanya boleh dilihat oleh anda. Jawapan soalan yang disiarkan tidak memaparkan nama penanya.
Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Penggunaan maklumat daripada Google mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use.
Kuki dan storan pelayar
Laman ini menggunakan kuki sesi untuk log masuk dan keselamatan borang. Pilihan tema dan saiz tulisan disimpan dalam pelayar anda. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejak pihak ketiga.
Untuk mengetahui bilangan pelawat, laman ini merekod paparan halaman awam secara pihak pertama tanpa kuki: alamat halaman, laman perujuk, jenis peranti (telefon, tablet atau desktop) dan kod pelawat harian. Kod ini ialah cincangan sehala yang berubah setiap hari, jadi alamat IP tidak disimpan dan pelawat tidak boleh dijejak dari hari ke hari. Rekod ini disimpan selama 400 hari. Halaman akaun dan permintaan daripada aplikasi Perisai Muslim tidak direkod.
Video kuliah dimainkan daripada YouTube (mod privasi dipertingkat youtube-nocookie.com) hanya selepas anda menekan butang main.
Perisai Muslim (laman dan aplikasi telefon)
Bahagian Perisai Muslim dan aplikasi telefonnya (iOS dan Android) boleh digunakan sepenuhnya tanpa akaun. Tiada iklan, analitik pihak ketiga atau penjejak dalam aplikasi. Log masuk dengan akaun ahli laman ialah pilihan. Aplikasi diterbitkan oleh Yayasan Pondok Sungai Durian (201701036655 (1250826-U)); semua data aplikasi yang disebut di bawah dihantar ke pelayan laman ini kecuali permintaan waktu solat ke JAKIM. English version of this section.
Permintaan yang dibuat tanpa log masuk
Walaupun anda tidak log masuk, aplikasi menghubungi pelayan berikut. Setiap permintaan internet, seperti mana-mana laman web, mendedahkan alamat IP telefon anda kepada pelayan yang dihubungi.
- Kandungan doa dan zikir (
abuanasmadani.com/perisai-muslim/data.json): aplikasi menyemak versi baharu paling kerap setiap 3 jam supaya pembetulan teks sampai kepada anda. Kandungan disimpan dalam telefon supaya boleh dibaca tanpa internet. Tiada maklumat tentang anda dihantar. - Waktu solat: jika anda memilih zon waktu solat, aplikasi memuat turun takwim solat daripada e-solat.gov.my (JAKIM). Hanya kod zon (contohnya SGR01) dihantar; lokasi anda tidak dihantar. Permintaan ini tertakluk kepada dasar privasi laman tersebut.
- Semakan jam telefon (
abuanasmadani.com/perisai-muslim/api/masa): paling kerap setiap 6 jam (setiap minit semasa amaran jam tidak tepat), untuk memberi amaran jika jam telefon tidak tepat. Tiada maklumat tentang anda dihantar. - Jadual kuliah (
abuanasmadani.com/perisai-muslim/api/kuliah): jadual kuliah Dr. AAM dan video terkini dimuat turun apabila anda membuka halaman atau kad kuliah. Tiada maklumat tentang anda dihantar. - Statistik tanpa nama (hidup secara lalai; boleh dimatikan pada bila-bila masa dalam Tetapan aplikasi): sekali sehari, aplikasi menghantar ringkasan hari-hari sebelumnya, iaitu berapa kali aplikasi dibuka, bab yang dibuka dan ciri yang digunakan (contohnya tasbih atau mod zikir) beserta versi aplikasi dan jenis telefon (Android atau iOS). Ringkasan ini tidak mengandungi nama, pengenal peranti, lokasi atau kandungan kegemaran dan catatan anda. Alamat IP tidak disimpan bersama statistik. Statistik tidak dikaitkan dengan akaun anda walaupun anda log masuk dan disimpan selama 400 hari. Ia hanya digunakan untuk mengetahui bilangan pengguna dan bahagian yang paling bermanfaat supaya aplikasi dapat diperbaiki. Apabila suis ini dimatikan, aplikasi berhenti merekod dan menghantar statistik.
- Lapor kesilapan dan Cadangan & maklum balas: hanya jika anda menekan butang atau menghantar borang ini. Aplikasi menghantar mesej anda, jenis maklum balas (cadangan, masalah aplikasi, kandungan atau lain-lain), nombor bacaan (bagi laporan bacaan), versi aplikasi dan jenis telefon serta nama dan e-mel hanya jika anda mengisinya. Maklumat ini digunakan semata-mata untuk membetulkan kandungan, menambah baik aplikasi dan membalas anda. Alamat IP tidak disimpan. Setiap maklum balas daripada aplikasi membawa nombor tiket rawak yang dijana dalam telefon anda dan tidak dikaitkan dengan identiti anda. Jawapan kami disimpan bersama laporan; untuk menyemak jawapan, aplikasi menghantar nombor tiket sahaja. Laporan dipadam secara automatik 12 bulan selepas diterima.
- Audio bacaan (jika tersedia bagi sesuatu doa): fail audio dimainkan daripada
abuanasmadani.comhanya apabila anda menekan butang main. Tiada maklumat tentang anda dihantar. - Al-Quran dan tafsir: teks tafsir dan terjemahan ayat Dr. AAM dimuat daripada
abuanasmadani.com; terjemahan lain (contohnya Basmeih), data mushaf dan audio bacaan qari dimuat melalui pelayan laman ini daripada Quran Foundation (hanya nombor surah, muka surat, terjemahan atau qari yang dipilih dihantar). Fon mushaf dan fail audio qari dimuat terus daripada pelayan Quran Foundation, yang turut melihat alamat IP telefon anda. Tiada data peribadi dihantar. - Klip video kuliah: klip video pendek kuliah Dr. AAM dalam aplikasi dimuat terus daripada storan Cloudflare R2 (
perisaimuslim.nurhacy.com): gambar kecil klip dimuat apabila kad klip dipapar (halaman topik dan Klip hari ini di Utama; kedua-duanya boleh disembunyikan dalam Tetapan), manakala video dimuat hanya apabila anda memainkannya. Seperti mana-mana pelayan web, Cloudflare menerima alamat IP dan maklumat pelayar telefon anda untuk menghantar fail. Aplikasi tidak menghantar data peribadi atau rekod tontonan kepada kami.
Pihak ketiga dan pautan luar
- Halaman kuliah dalam aplikasi memaparkan gambar kecil video daripada YouTube dan Facebook. Gambar ini dimuat terus daripada pelayan mereka, jadi alamat IP telefon anda didedahkan kepada perkhidmatan tersebut (tertakluk kepada dasar privasi mereka). Video hanya dibuka di aplikasi atau pelayar YouTube/Facebook apabila anda menekannya.
- Jika anda log masuk dengan Google, gambar profil anda dimuat daripada pelayan Google untuk dipaparkan dalam aplikasi, yang turut mendedahkan alamat IP telefon anda kepada Google.
- Pautan luar hanya dibuka dalam pelayar atau aplikasi berkaitan apabila anda menekannya: video kuliah (YouTube atau Facebook), peta tempat kuliah (Google Maps, nama tempat dihantar sebagai carian), kedai buku Dar Taibah, laman Yayasan dan halaman aplikasi di Google Play. Selepas itu, dasar privasi pihak tersebut terpakai.
- Aplikasi dimuat turun melalui Google Play atau App Store, yang mengumpul data muat turun dan pemasangan menurut dasar privasi Google dan Apple masing-masing.
Log masuk pilihan dan rekod dalam akaun
- Log masuk: aplikasi menggunakan akaun ahli laman ini (e-mel dan kata laluan atau Google pada Android). Aplikasi menerima nama, alamat e-mel dan gambar profil anda untuk dipaparkan dalam aplikasi. Log masuk dilakukan di laman ini dan hanya selepas e-mel akaun disahkan; kata laluan anda tidak disimpan dalam aplikasi. Sesi log masuk aplikasi tamat sendiri jika tidak digunakan selama 180 hari dan dibatalkan pada semua telefon apabila kata laluan ditukar atau diset semula. Anda juga boleh menekan Log keluar semua telefon (aplikasi) di Akaun saya → Tetapan.
- Rekod aplikasi dalam akaun: semasa log masuk, salinan rekod anda dalam aplikasi disimpan di pelayan laman ini dan dikaitkan dengan akaun anda, iaitu kegemaran, rekod wirid harian, Wirid saya, rekod dan pilihan amalan sunat (termasuk bilangan rakaat jika anda memilih untuk mencatatnya), hafalan, bintang kuiz, nota peribadi, zikir sendiri, kemajuan Program 30 hari, rekod Khatam Al-Quran (muka surat terakhir, bacaan harian, sasaran dan bilangan khatam), Peringatan saya (bab, jam dan hari bagi peringatan yang anda tetapkan sendiri), tarikh hari wirid ringkas, kedudukan bacaan dan penanda Al-Quran (nombor surah dan ayat, warna dan label penanda), kemajuan hafazan dan murajaah (julat muka surat yang dihafal, sasaran hafazan baharu, catatan dan penilaian harian), jumlah selawat dan istighfar harian (dicatat berasingan bagi setiap telefon dengan pengenal rawak yang hanya digunakan untuk mengelak kiraan berganda dan tidak dikaitkan dengan statistik), Tarikh saya (label serta tarikh hari lahir, ulang tahun atau tarikh lain yang anda masukkan) dan tetapan aplikasi (termasuk bahasa, mod malam, saiz tulisan, warna tema, permulaan minggu, paparan istiqamah, Mod mudah serta tetapan peringatan). Mod uzur dan zon waktu solat yang anda pilih tidak disimpan dalam akaun kecuali dalam bentuk tersulit jika anda menghidupkan Segerak data peribadi (di bawah). Ia digunakan semata-mata untuk memulihkan rekod tersebut pada telefon lain atau selepas aplikasi dipasang semula dan tidak dikongsi dengan sesiapa. Setiap salinan baharu menggantikan yang lama; salinan ini disimpan selagi akaun anda wujud dan dipadam bersama akaun. Mod uzur tidak pernah dikongsi dengan halaqah.
- Segerak data peribadi (pilihan, lalai tutup): dalam aplikasi telefon, anda boleh memilih untuk menyegerakkan data peribadi ke telefon lain anda melalui akaun, ikut kumpulan: Ruang peribadi (catatan haid dan nifas, mod uzur, baki ganti solat dan puasa, fidyah, zakat dan Muhasabah), Keluarga (nama panggilan dan hafalan anak dalam Bimbing Anak serta senarai Doakan mereka) dan Perjalanan & lokasi (zon waktu solat, zon rumah, rancangan musafir dan penerbangan, tetapan lokasi automatik dan laras waktu). Data ini disulitkan dalam telefon anda sebelum dihantar (AES-256-GCM, dengan kunci yang diterbitkan daripada frasa penyegerakan anda melalui PBKDF2). Frasa itu tidak pernah dihantar kepada kami. Pelayan hanya menyimpan teks sifir, kunci data yang dibalut (disulitkan) dengan frasa anda, garam dan parameter kunci, masa kemas kini dan saiznya; kami tidak boleh membaca atau memulihkan data ini. Jika frasa dilupakan, salinan di pelayan tidak boleh dipulihkan oleh sesiapa, termasuk kami; data dalam telefon anda tidak terjejas. Anda boleh menghentikannya pada bila-bila masa di Tetapan → Akaun → Segerak data peribadi, yang memadam salinan tersulit di pelayan (salinan backup pelayan yang mungkin masih mengandunginya, dalam bentuk tersulit yang sama, luput mengikut kitaran backup biasa). PIN Peribadi tidak pernah dihantar (setiap telefon ada PIN sendiri). Kewujudan, saiz dan masa kemas kini salinan tersulit ini kelihatan kepada pelayan.
- Tidak pernah dimuat naik ke pelayan kami dalam bentuk yang boleh dibaca (termasuk dalam akaun): senarai Doakan mereka (nama orang yang anda doakan), nama panggilan anak dan rekod hafalan mereka dalam Bimbing Anak serta Mod musafir (zon rumah dan perjalanan); semuanya kekal dalam telefon sahaja kecuali dalam bentuk tersulit jika anda memilih Segerak data peribadi. Lokasi GPS anda tidak pernah dihantar.
- Backup telefon anda sendiri: pada Android, backup telefon ke akaun Google anda (jika dihidupkan dalam tetapan telefon) boleh turut menyimpan rekod aplikasi dalam telefon, termasuk senarai di atas, supaya rekod itu dipulihkan apabila anda bertukar telefon. Backup itu diurus oleh Google di bawah akaun anda dan tidak boleh diakses oleh kami. Sesi log masuk aplikasi tidak ikut backup ini (ia disimpan dalam fail yang dikecualikan daripada backup Android dan iCloud); anda perlu log masuk semula pada telefon baharu.
- Tanya Dr. AAM: semasa log masuk, anda boleh menghantar soalan dari aplikasi (beserta nombor bacaan berkaitan jika anda memilihnya). Soalan dikaitkan dengan akaun anda (nama dan e-mel akaun) dan diurus sama seperti borang soalan laman: disemak oleh admin, dimaklumkan kepada pentadbir laman dan anda menerima e-mel apabila ia dijawab. 12 bulan selepas dihantar, soalan dinyahnamakan secara automatik: kaitan akaun, nama dan e-mel dibuang; hanya teks soalan disimpan. Jawapan terpilih disiarkan di laman tanpa nama penanya; soalan peribadi dijawab melalui e-mel dan tidak disiarkan. Alamat IP tidak disimpan bagi soalan dari aplikasi.
- Halaqah (pilihan): anda boleh mencipta atau menyertai halaqah, iaitu kumpulan kecil (contohnya keluarga atau surau) dengan kod jemputan. Ahli halaqah yang sama hanya dapat melihat nama paparan yang anda pilih untuk halaqah itu, wirid harian yang sudah anda tandakan hari ini, bilangan hari berturut-turut, tarikh terakhir anda aktif dan sama ada anda sudah membaca doa minggu ini yang ditetapkan oleh ketua halaqah. Mereka tidak melihat nama akaun, e-mel atau rekod lain anda. Selagi anda berada dalam sekurang-kurangnya satu halaqah, aplikasi menghantar status wirid harian anda (hari ini dan dua hari sebelumnya) ke pelayan laman ini; ia disimpan paling lama 400 hari dan dipadam terus apabila anda tidak lagi berada dalam mana-mana halaqah. Tanda doa minggu ini dipadam apabila anda keluar daripada halaqah itu. Jika ketua menghidupkan giliran tazkirah, ahli melihat nama paparan ahli yang bergilir membentang minggu ini dan minggu hadapan serta bab yang dibentangkan; giliran dikira daripada susunan ahli menyertai halaqah dan pelayan hanya menyimpan tetapan halaqah (giliran hidup atau tidak, minggu giliran bermula dan nombor bab pilihan ketua bagi minggu itu), bukan rekod peribadi baharu. Ketua halaqah boleh mengeluarkan ahli atau memadam halaqah. Nama halaqah dan nama paparan ditapis daripada kata kesat dan pautan.
- Lapor halaqah: ahli boleh melaporkan halaqah atau seorang ahlinya yang tidak sesuai dari aplikasi. Laporan (nama halaqah, nama paparan ahli yang dilaporkan, sebab dan akaun pelapor) dihantar kepada pentadbir laman, yang boleh memadam halaqah atau membuang ahli. Pihak yang dilaporkan tidak diberitahu siapa pelapornya. Laporan dipadam secara automatik 6 bulan selepas diterima.
- Log keluar dan padam akaun: anda boleh log keluar atau memadam akaun pada bila-bila masa terus dari aplikasi (Tetapan → akaun → Padam akaun) atau di laman. Memadam akaun memadam rekod aplikasi dalam akaun, sesi log masuk aplikasi, keahlian halaqah, status wirid dan tanda doa minggu ini serta akaun ahli anda (termasuk simpanan, kemajuan bacaan, catatan dan ikutan siri di laman). Halaqah yang anda ketuai diserahkan kepada ahli paling lama atau dipadam jika tiada ahli lain. Soalan yang pernah dihantar kekal tanpa pautan kepada akaun; nama dan e-mel pada soalan dari aplikasi turut dibuang. Butiran: cara memadam akaun dan data.
Yang kekal dalam telefon anda
- Kegemaran, kiraan zikir dan tasbih, rekod wirid harian, rekod amalan sunat, hafalan, nota peribadi, mod uzur, Program 30 hari, rekod Khatam Al-Quran, Peringatan saya, senarai Doakan mereka, Bimbing Anak, Mod musafir, zon waktu solat, bahasa, mod malam, saiz tulisan dan tetapan lain disimpan dalam telefon anda dan tidak dihantar kepada kami, kecuali rekod dalam akaun dan status halaqah yang dinyatakan di atas jika anda memilih untuk log masuk atau menyertai halaqah. Nama yang ditaip dalam Hadiahkan doa tidak disimpan. Rekod ini dibuang apabila anda memadam data aplikasi atau menyahpasangnya.
- Jika anda membenarkan lokasi (pilihan untuk arah kiblat dan mengesan zon waktu solat), kedudukan dikira dalam telefon sahaja dan disimpan dibundarkan (lebih kurang 100 meter) dalam telefon anda. Ia tidak dihantar kepada kami atau pihak lain. Ciri Masjid berhampiran mengira jarak dalam telefon menggunakan senarai masjid yang terbina dalam aplikasi; lokasi anda tidak dihantar. Butang Arah membuka aplikasi peta pilihan anda (Google Maps, Waze, Apple Maps) yang tertakluk kepada polisi privasi masing-masing. Mod musafir hanya menyemak zon semasa jika anda sudah membenarkan lokasi sebelum ini (aplikasi tidak meminta kebenaran lokasi secara automatik). Kebenaran lokasi boleh ditarik balik pada bila-bila masa dalam tetapan telefon.
- Peringatan ialah notifikasi tempatan yang dijadualkan dalam telefon anda: zikir pagi dan petang, zikir selepas solat, sebelum tidur, Jumaat, jaga istiqamah, surah Al-Kahfi, kalendar Hijri (contohnya puasa sunat), doa hari ini, kuliah Dr. AAM dan ringkasan mingguan. Tiada notifikasi dihantar dari pelayan kami. Setiap jenis boleh dimatikan dalam aplikasi atau tetapan telefon.
- Widget skrin utama (Android) dijana dalam telefon daripada rekod tempatan anda.
- Ruang peribadi (Kalkulator uzur, Ganti solat & puasa, fidyah, Zakat dan Muhasabah): catatan haid dan nifas, status mod uzur, baki solat dan puasa yang perlu diganti, rekod fidyah dan zakat yang ditanda dibayar, baki simpanan, emas, pendapatan dan jejak haul yang anda masukkan untuk kiraan zakat, label dan semakan harian Muhasabah serta PIN Peribadi disimpan dalam fail khas dalam telefon anda sahaja. Fail ini dikecualikan daripada sandaran Google dan iCloud dan tidak disimpan dalam akaun atau dihantar kepada kami kecuali dalam bentuk tersulit (yang tidak boleh kami baca) jika anda menghidupkan Segerak data peribadi. Statistik tanpa nama hanya mencatat bahawa ciri Zakat dibuka, tanpa sebarang amaun; Kalkulator uzur, Ganti solat dan Muhasabah tidak dicatat langsung. Kadar zakat dan fidyah negeri dimuat turun daripada laman ini tanpa menghantar data anda. Jika telefon ditukar atau hilang, atau aplikasi dinyahpasang, data ini turut hilang kecuali anda menghidupkan Segerak data peribadi.
- Widget & Apple Watch: widget skrin utama (Android & iPhone) dan aplikasi Apple Watch dijana daripada rekod dalam telefon anda. Jika anda memasang aplikasi jam, iPhone menyalin terus ke jam anda (melalui sambungan Apple, bukan melalui pelayan kami) waktu solat beberapa hari, nama kawasan zon waktu solat semasa (termasuk kawasan atau bandar semasa bermusafir atau di luar Malaysia; tiada koordinat — nama ini juga dipapar pada muka jam), rekod wirid semalam dan hari ini, set tasbih semasa (termasuk zikir sendiri jika dipilih) dan — semasa mod uzur — senarai bacaan yang perlu disorok (widget dan Apple Watch hanya menerima senarai bacaan yang disorok, bukan catatan atau tarikh). Tanda wirid dan kiraan tasbih di jam kekal dalam jam atau dihantar kembali ke iPhone anda sahaja.
- Gambar kongsi doa dijana dalam telefon dan hanya dihantar ke aplikasi yang anda pilih sendiri.
- Sokong Yayasan: pautan sumbangan membuka laman yayasanpsd.com (Yayasan Pondok Sungai Durian) dalam pelayar. Tiada pembayaran dibuat atau direkod dalam aplikasi.
- Seperti mana-mana laman web, pelayan merekod alamat IP dan masa permintaan secara automatik untuk keselamatan dan had penggunaan; rekod ini tidak dikaitkan dengan identiti anda.
Perisai Muslim app (English)
The Perisai Muslim section of this website and its phone app (iOS and Android) can be used fully without an account. The app contains no advertising, third-party analytics or trackers. Signing in with a member account of this website is optional. The app is published by Yayasan Pondok Sungai Durian (201701036655 (1250826-U)); all app data described below is sent to this website’s server, except prayer-time requests to JAKIM. If this English text and the Malay text above differ, the Malay text prevails.
Requests made without signing in
Even when you are not signed in, the app contacts the servers below. As with any website, every internet request reveals your phone’s IP address to the server it contacts.
- Supplication and remembrance content (
abuanasmadani.com/perisai-muslim/data.json): the app checks for a new version at most every 3 hours so that text corrections reach you. The content is stored on your phone so it can be read offline. No information about you is sent. - Prayer times: if you choose a prayer-time zone, the app downloads the prayer timetable from e-solat.gov.my (JAKIM). Only the zone code (for example SGR01) is sent; your location is not. These requests are subject to that website’s privacy policy.
- Phone clock check (
abuanasmadani.com/perisai-muslim/api/masa): at most every 6 hours (every minute while a clock warning is shown), to warn you if your phone clock is wrong. No information about you is sent. - Lecture schedule (
abuanasmadani.com/perisai-muslim/api/kuliah): Dr. AAM’s lecture schedule and latest videos are downloaded when you open the lecture page or card. No information about you is sent. - Anonymous statistics (on by default; can be switched off at any time in the app’s Settings): once a day, the app sends a summary of previous days, namely how many times the app was opened, which chapters were opened and which features were used (for example the tasbih or zikir mode), together with the app version and phone type (Android or iOS). The summary contains no name, device identifier, location, favourites or notes. IP addresses are not stored with the statistics. Statistics are not linked to your account even when you are signed in and are kept for 400 days. They are used only to count users and learn which parts are most useful so the app can be improved. When this switch is off, the app stops recording and sending statistics.
- Report a mistake and Suggestions & feedback: only when you press this button or send this form. The app sends your message, the feedback type (suggestion, app problem, content or other), the reading number (for reading reports), app version and phone type, plus your name and e-mail only if you fill them in. This is used solely to correct the content, improve the app and reply to you. IP addresses are not stored. Each feedback message sent from the app carries a random ticket number generated on your phone, which is not linked to your identity. Our reply is stored with the report; to check for a reply, the app sends the ticket number only. Reports are deleted automatically 12 months after they are received.
- Recitation audio (where available for a supplication): the audio file is played from
abuanasmadani.comonly when you press play. No information about you is sent. - Quran and tafsir: Dr. AAM’s tafsir notes and verse translations are loaded from
abuanasmadani.com; other translations (for example Basmeih), Mushaf data and reciters’ audio are loaded through this website’s server from Quran Foundation (only the chosen surah, page, translation or reciter number is sent). Mushaf fonts and reciters’ audio files are loaded directly from Quran Foundation’s servers, which also see your phone’s IP address. No personal data is sent. - Lecture video clips: short clips of Dr. AAM’s lectures in the app are loaded directly from Cloudflare R2 storage (
perisaimuslim.nurhacy.com): clip thumbnails load when a clip card is shown (topic pages and Clip of the day on Home; both can be hidden in Settings), while the video itself loads only when you play it. Like any web server, Cloudflare receives your phone’s IP address and browser information to deliver the file. The app does not send personal data or viewing records to us.
Third parties and external links
- The lecture page in the app shows video thumbnails from YouTube and Facebook. These images are loaded directly from their servers, so your phone’s IP address is revealed to those services (subject to their privacy policies). Videos open in the YouTube/Facebook app or browser only when you tap them.
- If you sign in with Google, your profile photo is loaded from Google’s servers to be shown in the app, which also reveals your phone’s IP address to Google.
- External links open in the relevant browser or app only when you tap them: lecture videos (YouTube or Facebook), lecture venue maps (Google Maps, with the venue name sent as a search), the Dar Taibah bookshop, the Foundation’s website and the app’s page on Google Play. From then on, that party’s privacy policy applies.
- The app is downloaded through Google Play or the App Store, which collect download and installation data under Google’s and Apple’s own privacy policies.
Optional sign-in and backup
- Sign-in: the app uses your member account on this website (e-mail and password, or Google on Android). The app receives your name, e-mail address and profile photo to show them in the app. Sign-in happens on this website and only after your e-mail address is verified; your password is never stored in the app. App sessions expire after 180 days of inactivity and are revoked on all phones when your password is changed or reset. You can also press Log keluar semua telefon (aplikasi) (sign out of all phones) under Akaun saya → Tetapan.
- App backup: while signed in, a backup of your records in the app is stored on this website’s server and linked to your account: favourites, daily wird records, Wirid saya (My wird), Sunnah practice records and choices (including rak‘ah counts if you choose to record them), memorisation progress, quiz stars, personal notes, your own remembrances, 30-day programme progress, Quran completion records (last page, daily reading, target and number of completions), Peringatan saya (My reminders: the chapter, time and days of reminders you set yourself), the dates of short dhikr (Wirid ringkas) days, your Quran reading position and bookmarks (surah and verse numbers, bookmark colours and labels), memorisation and revision (murajaah) progress (the page ranges you have memorised, new memorisation targets, daily records and ratings), daily salawat and istighfar totals (recorded separately for each phone with a random identifier used only to avoid double counting and never linked to statistics), Tarikh saya (My dates: the labels and dates of birthdays, anniversaries or other dates you enter) and app settings (including language, night mode, text size, colour theme, start of week, consistency display, Simple mode and reminder settings). Uzur mode and the prayer-time zone you chose are not backed up, except in encrypted form if you turn on Sync private data (below). It is used solely to restore those records on another phone or after reinstalling the app and is not shared with anyone. Each new backup replaces the previous one; the backup is kept as long as your account exists and is deleted with it. Uzur mode is never shared with a halaqah.
- Sync private data (optional, off by default): in the phone app you can choose to sync private data to your other phones through your account, by group: Private space (period and postnatal bleeding records, uzur mode, make-up prayer and fast balances, fidyah, zakat and Self-reflection), Family (children’s nicknames and memorisation in Bimbing Anak and the Doakan mereka list) and Travel & location (prayer-time zone, home zone, travel and flight plans, automatic location setting and time adjustment). This data is encrypted on your phone before it is sent (AES-256-GCM, with a key derived from your sync passphrase using PBKDF2). The passphrase is never sent to us. The server only stores the ciphertext, the data key wrapped (encrypted) with your passphrase, the salt and key parameters, the time it was updated and its size; we cannot read or recover this data. If the passphrase is forgotten, the copy on the server cannot be recovered by anyone, including us; the data on your phone is not affected. You can stop at any time in Tetapan → Akaun → Segerak data peribadi (Settings → Account → Sync private data), which deletes the encrypted copy from the server (server backups that may still contain it, in the same encrypted form, expire on the normal backup cycle). Your Private PIN is never sent (each phone has its own PIN). The existence, size and update time of this encrypted copy are visible to the server.
- Never uploaded to our server in readable form (including in the backup): the Doakan mereka list (the names of people you pray for), your children’s nicknames and their memorisation records in Bimbing Anak (Guide your children) and Travel mode (home zone and journeys); all of these stay on your phone only, except in encrypted form if you choose Sync private data. Your GPS location is never sent.
- Your own device backup: on Android, the phone backup to your Google account (if enabled in your phone settings) can include the app records stored on your phone, including those listed above, so that they are restored when you change phones. That backup is managed by Google under your account and we cannot access it. Your app sign-in session is not included in this backup (it is kept in a file excluded from Android and iCloud backup); you need to sign in again on a new phone.
- Ask Dr. AAM: while signed in, you can send a question from the app (with a related reading number if you choose). The question is linked to your account (account name and e-mail) and handled like the website’s question form: reviewed by an admin, notified to the site administrator and you receive an e-mail when it is answered. 12 months after it is sent, the question is anonymised automatically: the account link, name and e-mail are removed and only the question text is kept. Selected answers are published on the website without the asker’s name; personal questions are answered by e-mail and not published. IP addresses are not stored for questions sent from the app.
- Halaqah (optional): you can create or join a halaqah, a small group (for example a family or surau) joined with an invitation code. Members of the same halaqah can only see the display name you choose for that halaqah, the daily wirds you have marked today, your streak, the date you were last active and whether you have read the supplication of the week set by the halaqah leader. They cannot see your account name, e-mail or other records. While you are in at least one halaqah, the app sends your daily wird status (today and the two previous days) to this website’s server; it is kept for at most 400 days and deleted immediately once you are no longer in any halaqah. Your supplication-of-the-week marks are deleted when you leave that halaqah. If the leader turns on the tazkirah rota, members see the display names of the members presenting this week and next week and the chapter to be presented; the rota is worked out from the order in which members joined and the server only stores halaqah settings (whether the rota is on, the week it started and the chapter number the leader chose for that week), not any new personal record. The leader can remove members or delete the halaqah. Halaqah names and display names are filtered for profanity and links.
- Report a halaqah: members can report an unsuitable halaqah or member from the app. The report (halaqah name, the reported member’s display name, the reason and the reporting account) is sent to the site administrator, who can delete the halaqah or remove the member. The reported party is not told who reported them. Reports are deleted automatically 6 months after they are received.
- Sign out and delete your account: you can sign out or delete your account at any time directly in the app (Tetapan → akaun → Padam akaun, i.e. Settings → account → Delete account) or on the website. Deleting your account deletes your app backup, app sessions, halaqah memberships, wird status and supplication-of-the-week marks, as well as your member account (including saved items, reading progress, notes and series follows on the website). Halaqahs you lead are handed to the longest-standing member or deleted if no other member remains. Questions you have sent are kept without any link to your account; the name and e-mail on questions sent from the app are also removed. Details: how to delete your account and data.
What stays on your phone
- Favourites, zikir and tasbih counts, daily wird records, Sunnah practice records, memorisation progress, personal notes, uzur mode, the 30-day programme, Quran completion records, My reminders, the Doakan mereka list, Bimbing Anak, Travel mode, prayer-time zone, language, night mode, text size and other settings are stored on your phone and are not sent to us, except for the backup and halaqah status described above if you choose to sign in or join a halaqah. Names typed in Hadiahkan doa (Gift a supplication) are not stored. These records are removed when you clear the app’s data or uninstall it.
- If you allow location (optional, for the qibla direction and detecting your prayer-time zone), your position is calculated on the phone only and stored rounded (about 100 metres) on your phone. It is not sent to us or anyone else. Travel mode only checks your current zone if you have already allowed location before (the app never asks for location permission automatically). Location permission can be withdrawn at any time in your phone settings.
- Reminders are local notifications scheduled on your phone: morning and evening remembrance, remembrance after prayers, before sleep, Friday, keep-your-streak, Surah Al-Kahf, Hijri calendar (for example Sunnah fasts), supplication of the day, Dr. AAM’s lectures and the weekly summary. No notifications are sent from our server. Each type can be switched off in the app or in your phone settings.
- Home-screen widgets (Android) are generated on the phone from your local records.
- Private space (period calculator, make-up prayers & fasts, fidyah, zakat and Self-reflection): period and postnatal bleeding records, uzur mode status, the balance of prayers and fasts to make up, fidyah and zakat marked as paid, the savings, gold, income and haul records you enter for zakat calculations, Self-reflection labels and daily check-ins and your Private PIN are kept in a special file on your phone only. This file is excluded from Google and iCloud backups and is not stored in your account or sent to us, except in encrypted form (which we cannot read) if you turn on Sync private data. Anonymous statistics only record that the Zakat feature was opened, never any amounts; the period calculator, make-up prayers and Self-reflection are not recorded at all. State zakat and fidyah rates are downloaded from this site without sending any of your data. If you change or lose your phone, or uninstall the app, this data is lost too unless you turn on Sync private data.
- Widgets & Apple Watch: home-screen widgets (Android & iPhone) and the Apple Watch app are generated from the records on your phone. If you install the watch app, your iPhone copies directly to your watch (over Apple’s connection, not through our server) prayer times for a few days, the name of the current prayer-time zone area (including the area or city while travelling or outside Malaysia; no coordinates — this name is also shown on the watch face), yesterday’s and today’s wird records, the current tasbih set (including your own dhikr if selected) and — during uzur mode — the list of readings to hide (widgets and Apple Watch receive only the list of hidden readings, not records or dates). Wird ticks and tasbih counts on the watch stay on the watch or are sent back to your iPhone only.
- Shareable supplication images are generated on the phone and only sent to the app you choose.
- Support the Foundation: the donation link opens yayasanpsd.com (Yayasan Pondok Sungai Durian) in your browser. No payment is made or recorded in the app.
- As with any website, our server automatically logs IP addresses and request times for security and rate limiting; these logs are not linked to your identity.
Penyimpanan dan keselamatan
Data disimpan di pelayan laman ini dan salinan backup dibuat secara berkala. Sambungan ke laman dan aplikasi menggunakan HTTPS. Kata laluan e-mel keluar dan kunci sambungan luar disimpan tersulit.
Makluman segera kepada pentadbir laman (soalan baharu, pendaftaran ahli baharu, laporan kesilapan dan laporan halaqah aplikasi) dihantar melalui bot Telegram peribadi. Makluman ini mengandungi petikan mesej berkenaan serta nama pengirim jika ada (laporan halaqah tidak menyebut pelapor) dan tertakluk kepada dasar privasi Telegram.
Kanak-kanak
Laman dan aplikasi Perisai Muslim tidak meminta umur dan boleh digunakan tanpa memberikan sebarang maklumat peribadi. Akaun ahli serta ciri yang memerlukan log masuk (rekod dalam akaun, Tanya Dr. AAM dan Halaqah) tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 13 tahun. Bahagian Doa harian anak-anak dalam aplikasi ialah bahan untuk ibu bapa mengajar anak. Jika anda ibu bapa dan mendapati anak anda telah memberikan maklumat peribadi kepada kami, hubungi kami untuk memadamnya.
Children (English): the website and the Perisai Muslim app do not ask for age and can be used without providing any personal information. Member accounts and features that require signing in (backup, Ask Dr. AAM and Halaqah) are not directed at children under 13. The app’s Doa harian anak-anak (children’s daily supplications) section is material for parents to teach their children. If you are a parent and find that your child has given us personal information, contact us to have it deleted.
Hak anda
- Mengemas kini nama dan e-mel melalui Akaun saya → Tetapan.
- Memadam akaun pada bila-bila masa melalui halaman yang sama atau dari aplikasi Perisai Muslim. Simpanan, kemajuan bacaan, catatan, ikutan siri, rekod aplikasi dalam akaun, keahlian halaqah dan status wirid dipadam terus. Soalan yang pernah dihantar kekal tanpa pautan kepada akaun (soalan dari aplikasi tanpa nama dan e-mel).
- Log keluar semua telefon daripada aplikasi Perisai Muslim melalui Akaun saya → Tetapan.
- Berhenti menerima makluman siri dengan menekan Berhenti ikut pada halaman Kemajuan bacaan.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan tentang privasi (termasuk aplikasi Perisai Muslim terbitan Yayasan Pondok Sungai Durian) boleh dihantar ke apps@yayasanpsd.com, atau melalui borang soalan.
Privacy enquiries (including the Perisai Muslim app published by Yayasan Pondok Sungai Durian) may be sent to apps@yayasanpsd.com.