Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Soal Jawab

Hukum Meminta Sumbangan Dengan Paksaan

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 22 Oktober 2025 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Persoalan

“Ustaz, ada pihak yang suka minta sumbangan dengan cara mendesak. Asyik telefon, WhatsApp dan beri amaran kalau tak derma nanti rezeki sempit. Apa hukum cara begini? Saya jadi serba salah sebab rasa terpaksa.”

Meminta Sumbangan Secara Tekanan Adalah Dilarang

Dalam Islam, harta seseorang tidak boleh diambil melainkan dengan kerelaan hati.
Nabi ﷺ bersabda:

“Tidak halal harta seseorang Muslim kecuali dengan kerelaan (keredhaan) hatinya.”
(Riwayat Ahmad; sanadnya ada kelemahan, namun dinilai sahih dengan sokongan riwayat lain oleh al-Albani)

Maka, meminta sumbangan dengan paksaan, ugutan atau tekanan emosi adalah dilarang, kerana ia menafikan konsep “tīb nafs” iaitu hati yang tenang dan rela ketika memberi.

Contoh Bentuk Tekanan Yang Salah

  1. Mengambil nombor telefon penderma lalu menghubungi berulang kali: “Kami perlukan RM5,000 lagi, Puan jangan lepaskan peluang ini.”
  2. Mengugut dengan kata-kata tidak berasas seperti: “Kalau tak bagi derma, nanti rezeki awak disekat.”
    “Malaikat tak doakan kalau awak tolak derma.”

Cara begini bukan lagi dakwah atau seruan kebaikan, tetapi sudah menjurus kepada eksploitasi agama untuk memanipulasi perasaan.

Cara Betul Meminta Sumbangan

Islam menggalakkan sedekah dan infaq, namun caranya mestilah dengan hikmah dan beradab.

Pertama, maklumkan tujuan dengan jelas:

“Tuan-puan, kami sedang mengumpul dana untuk asrama pelajar, jumlah diperlukan RM2.5 juta.”

Kedua, gunakan bahasa lunak dan terbuka:

“Kami buka peluang kepada tuan-puan untuk menambah saham akhirat. Jika berhasrat untuk menyumbang, ini nombor akaunnya.”

Ketiga, tidak mendesak atau memaksa:

  • Orang yang ingin memberi — Alhamdulillah.
  • Orang yang belum mampu — doakan mereka, jangan dipaksa.

Dakwah bukan paksaan. Derma bukan ujian keimanan.

Panduan Untuk NGO & Pengurus Tabung Amal

  • Gunakan pendekatan profesional dan telus.
  • Bezakan antara akaun pembangunan, pendidikan dan kebajikan.
  • Elakkan nada “rayuan mendesak”. Sebaliknya gunakan bahasa “peluang beramal”.
  • Jangan jadikan kutipan derma seperti skim tekanan psikologi atau ugutan rezeki.

Kesimpulan

  • Hukum meminta sumbangan dengan paksaan atau tekanan adalah tidak dibenarkan.
  • Sumbangan hanya sah dan berpahala jika dibuat dengan rela hati.
  • Dakwah yang baik ialah membuka pintu peluang beramal, bukan menakut-nakutkan dengan rezeki sempit atau bala.

“Rezeki bukan datang kerana kita paksa orang menderma, tetapi kerana kita ikhlas dalam usaha.”

Rujukan

2 sumber
  1. Hadis 'Tidak halal harta seorang Muslim kecuali dengan kerelaan hatinya' — riwayat Ahmad (no. 20695) daripada bapa saudara Abu Hurrah ar-Raqasyi; dinilai sahih oleh asy-Syaukani (al-Fath ar-Rabbani); Ibn al-Mundhir (al-Awsat 12/325): thabit (ad-Durar as-Saniyyah).

    ad-Durar as-Saniyyah
  2. Al-Quran, Surah an-Nisa' (4): 29.

    Quran.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Soal Jawab Bolehkah Wanita Berdakwah Dengan Nasyid? 13 Apr 2026 Soal Jawab Apakah Hukum Dahulukan Qadha Atau Sunat & Isu Gabung Niat Puasa 6 Syawal? 30 Mac 2026 Soal Jawab Siapakah Maksud Orang Yang Muflis Di Akhirat? 25 Feb 2026 Soal Jawab Bolehkah Berdoa Dalam Bahasa Melayu Ketika Solat? 25 Feb 2026