Makalah ini asalnya ditulis oleh Dato’ Dr. Abu Anas Madani dalam bahasa Arab pada 13 Syaaban 1426H. Terjemahan bahasa Melayu dipaparkan sebagai teks utama, diikuti teks asal bahasa Arab.
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah; selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan sahabat Baginda serta sesiapa yang mengikut jalannya hingga hari Kiamat. Amma ba‘d: makalah ringkas ini menghimpunkan pendapat para ulama tentang hukum mencium tangan, diikuti hukum membongkok ketika bersalam, sebagai peringatan buat diri saya dan saudara-saudara saya. Saya memohon kepada Allah Ta‘ala agar ia memberi manfaat kepada saya dan saudara-saudara Muslimin.
Pertama: Hukum mencium
1. Takrif
At-taqbil (mencium) dari segi bahasa ialah kata terbitan daripada qabbala; kata namanya al-qublah iaitu kucupan, jamaknya al-qubal. Dikatakan qabbalaha taqbilan, iaitu dia mengucupnya. Adapun taqabbaltu al-‘amal min sahibihi bermaksud aku menerima tanggungan sesuatu kerja daripada pemiliknya melalui akad. [1]
2. Bahagian-bahagian ciuman
Sebahagian fuqaha menyebut bahawa ciuman itu ada lima jenis: ciuman kasih (mawaddah) kepada anak di pipi; ciuman rahmat kepada kedua ibu bapa di kepala; ciuman sayang (syafaqah) kepada saudara di dahi; ciuman syahwat kepada isteri atau hamba perempuan di mulut; dan ciuman penghormatan (tahiyyah) kepada orang-orang mukmin di tangan. Sebahagian mereka menambah ciuman keagamaan (diyanah) terhadap Hajar al-Aswad. [2]
Kata Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Ciuman (anak kepada) bapa itu ibadat, ciuman (bapa kepada) anak itu rahmat, ciuman kepada wanita (isteri) itu syahwat dan ciuman seorang lelaki kepada saudaranya itu agama.” [3]
Pendapat para fuqaha tentang ciuman berbilang-bilang dan pelbagai. Ada yang melihatnya dari sudut ciuman itu sendiri lalu membincangkannya secara umum. Ada yang melihatnya dari sudut lelaki kepada lelaki atau wanita kepada wanita, di mulut atau di kepala dan dahi. Ada pula yang membincangkannya dari sudut ciuman kepada kanak-kanak kerana kasih sayang dan belas atau ciuman dengan syahwat atau kepada amrad (remaja lelaki tanpa janggut) atau ciuman kepada isteri dan hamba milik dan seterusnya.
Mereka sepakat bahawa mencium wanita ajnabi (bukan mahram) adalah haram walaupun ketika meminang. Demikian juga mencium lelaki dengan syahwat, khususnya amrad. [4]
3. Pendapat ulama tentang hukum mencium tangan
Adapun mencium tangan, sebahagian ulama membezakan antara tangan orang alim, pemerintah, bapa, orang tua dan seumpamanya dengan tangan orang yang mempunyai dunia dan pangkat.
Berikut ringkasan pendapat fuqaha dalam setiap mazhab, kemudian diikuti kesimpulan, dalil dan natijahnya.
Mazhab Hanafi
Kata al-Mausili rahimahullah: “Makruh seorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau sesuatu daripadanya atau memeluknya. Tidak mengapa bersalam dan tidak mengapa mencium tangan orang alim dan pemerintah yang adil.” [5]
Kata pengarang ad-Durr al-Mukhtar: “(Tidak mengapa mencium tangan) lelaki (yang alim) dan yang warak dengan tujuan mengambil berkat. Pengarang (matan) menukilkan daripada al-Jami‘ bahawa tidak mengapa mencium tangan pemerintah yang beragama (pemerintah yang adil). Ada yang mengatakan ia sunnah. (Mencium kepalanya), iaitu kepala orang alim, (lebih baik) sebagaimana dalam al-Bazzaziyyah. (Tiada keringanan padanya), iaitu dalam mencium tangan, (bagi selain kedua-duanya), iaitu selain orang alim dan pemerintah yang adil; inilah pendapat yang dipilih (al-mukhtar).” [6]
Mazhab Maliki
Kata Ibn Juzai rahimahullah: “Makruh berpelukan dan mencium tangan ketika memberi salam, walaupun daripada seorang hamba (kepada tuannya); dan sepatutnya tuannya menegahnya daripada perbuatan itu, kecuali jika (hamba itu) bukan Muslim.” [7]
Kata an-Nafrawi rahimahullah: “Imam Malik memakruhkan mencium tangan hanyalah kerana ia boleh membawa kepada sifat sombong dan memandang besar diri sendiri dan kerana seorang Muslim itu saudara kepada Muslim yang lain; boleh jadi orang yang mencium lebih mulia di sisi Allah daripada pemilik tangan. Secara keseluruhan, tidak diingkari orang yang melakukannya terhadap orang yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan, kerana ia ada disebut dalam hadis-hadis tersebut dan kerana meninggalkannya terhadap orang yang layak boleh membawa kepada pemulauan dan permusuhan, sebagaimana yang diketahui pada zaman kita.” [8]
Mazhab Syafie
Kata al-Imam an-Nawawi rahimahullah: “Adapun mencium tangan, jika kerana kezuhudan pemilik tangan itu, kesolehannya, ilmunya, kemuliaannya, pemeliharaan dirinya dan seumpamanya daripada perkara-perkara agama, maka ia mustahab (disukai). Jika kerana dunianya, kekayaannya, kekuasaannya, kedudukannya dan seumpamanya, maka ia makruh dengan kemakruhan yang sangat. Al-Mutawalli berkata: Tidak harus dan zahir kata-katanya menunjukkan haram.” [9]
Mazhab Hanbali
Kata al-Buhuti rahimahullah: “Tidak mengapa mencium kepala dan tangan ahli ilmu, ahli agama dan seumpama mereka.” [10]
Kata Ibn Muflih rahimahullah: “Harus berpelukan dan mencium tangan serta kepala atas dasar agama, memuliakan dan menghormati, dengan syarat aman daripada syahwat. Zahirnya, ia tidak diharuskan kerana urusan dunia; ini dipilih oleh sebahagian ulama Syafie dan (hukum) makruh lebih utama. Demikian juga di sisi ulama Syafie (hukum) mencium kaki.
Al-Marrudzi rahimahullah berkata: Aku bertanya Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad) tentang mencium tangan. Beliau menjawab: Jika atas dasar agama, tidak mengapa; Abu ‘Ubaidah pernah mencium tangan ‘Umar bin al-Khattab r.a. Jika atas dasar dunia, maka tidak, kecuali terhadap orang yang ditakuti pedang atau cemetinya.” [11]
4. Kesimpulan pendapat
Setelah dibentangkan pendapat para fuqaha di atas, kita dapati mereka sepakat mengharamkan mencium wanita ajnabi, demikian juga mencium lelaki atau amrad dengan syahwat atau mencium mahram dengan syahwat. Adapun mencium kanak-kanak atas dasar kasih sayang dan belas, hukumnya harus; begitu juga mencium wajah mayat orang soleh.
Mereka berselisih pendapat tentang mencium mulut, tangan atau wajah. Sebahagian mengatakan makruh dan sebahagian mengatakan harus. Sebahagian mengikat keharusan mencium tangan atau kepala dengan orang alim, orang tua, orang yang beragama dan zuhud dan tidak harus mencium tangan orang yang zalim.
5. Dalil-dalil
a. Pihak yang memakruhkan berdalilkan hadis Anas bin Malik r.a.:
Daripada Anas bin Malik r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah! Seorang daripada kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, adakah dia boleh membongkok kepadanya?” Baginda menjawab: “Tidak.” Dia bertanya: “Adakah dia boleh memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab: “Tidak.” Dia bertanya: “Adakah dia boleh memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawab: “Ya.” [12] Sisi pendalilan: hadis ini menunjukkan tidak harus berpelukan dan bercium.
Pendalilan ini dijawab: larangan dalam hadis ini dimaksudkan bagi ciuman yang membangkitkan syahwat.
b. Pihak yang mengharuskan mencium berdalilkan riwayat berikut: [13]
- Daripada ‘Aisyah r.a., katanya: “Zaid bin Harithah tiba di Madinah ketika Rasulullah SAW berada di rumahku. Dia datang mengetuk pintu, lalu Rasulullah SAW bangun menyambutnya tanpa berbaju sambil menarik kainnya. Demi Allah, aku tidak pernah melihat Baginda tanpa berbaju sebelum dan selepas itu. Lalu Baginda memeluk dan menciumnya.” [14]
- Daripada asy-Sya‘bi rahimahullah: “Bahawa Nabi SAW menyambut Ja‘far bin Abi Talib, lalu memeluknya dan mencium antara kedua-dua matanya.” [15]
- Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.a., bahawa beliau pernah menyertai salah satu pasukan perang Rasulullah SAW (lalu beliau menyebut kisahnya), katanya: “Lalu kami mendekati (Nabi SAW) dan mencium tangan Baginda.” [16]
- Daripada Ummu Aban binti al-Wazi‘ bin Zari‘, daripada datuknya Zari‘ yang termasuk dalam rombongan ‘Abd al-Qais, katanya: “Ketika kami tiba di Madinah, kami berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi SAW.” [17]
- Daripada Safwan bin ‘Assal, katanya: Seorang Yahudi berkata kepada sahabatnya: “Bawalah aku kepada nabi ini.” Sahabatnya berkata: “Jangan sebut ‘nabi’; jika dia mendengarmu, dia akan berasa sangat gembira (seolah-olah mempunyai empat mata).” Lalu kedua-duanya datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya tentang sembilan ayat yang jelas. Baginda bersabda kepada mereka: “Janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan hak, jangan membawa orang yang tidak bersalah kepada penguasa supaya dibunuhnya, jangan melakukan sihir, jangan makan riba, jangan menuduh wanita yang baik berzina dan jangan lari dari medan perang. Dan khusus bagi kamu orang Yahudi, janganlah kamu melanggar (larangan) hari Sabtu.” Lalu mereka mencium tangan dan kaki Baginda dan berkata: “Kami bersaksi bahawa engkau seorang nabi.” Baginda bertanya: “Apakah yang menghalang kamu daripada mengikutiku?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya Daud berdoa kepada Tuhannya agar sentiasa ada nabi daripada keturunannya dan kami takut jika kami mengikutimu, orang Yahudi akan membunuh kami.” [18]
- Dalil mencium kanak-kanak: banyak hadis, antaranya hadis Abu Hurairah r.a. dalam as-Sahihain, katanya: “Rasulullah SAW mencium al-Hasan bin ‘Ali, sedang di sisi Baginda duduk al-Aqra‘ bin Habis at-Tamimi. Al-Aqra‘ berkata: ‘Aku mempunyai sepuluh orang anak, tidak seorang pun daripada mereka pernah aku cium.’ Rasulullah SAW memandangnya lalu bersabda: ‘Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.’” [19]
Kata al-Imam an-Nawawi rahimahullah: “Adapun mencium pipi anaknya yang kecil, lelaki atau perempuan dan anggota-anggotanya yang lain atas dasar belas, kasihan, kelembutan dan kasih kepada kerabat, maka hukumnya sunnah dan hadis-hadis sahih tentangnya banyak dan masyhur. Begitu juga mencium anak kawannya dan kanak-kanak lain yang tidak menimbulkan syahwat atas dasar yang sama.” [20]
- Dalil mencium mayat: daripada ‘Aisyah r.a.: “Bahawa Nabi SAW mencium ‘Uthman bin Maz‘un ketika dia sudah meninggal dunia, sambil Baginda menangis,” atau katanya, “kedua-dua mata Baginda berlinangan air mata.” Kata at-Tirmizi: “Dalam bab ini ada riwayat daripada Ibn ‘Abbas, Jabir dan ‘Aisyah; mereka berkata bahawa Abu Bakar mencium Nabi SAW setelah Baginda wafat.” [21]
6. Natijah
Setelah disebutkan dalil-dalil ini, jelaslah daripadanya keharusan mencium secara umum. Namun dikecualikan daripadanya keadaan-keadaan yang diharamkan, seperti mencium wanita ajnabi, lelaki mencium mahramnya dengan syahwat, mencium lelaki dengan syahwat, mencium amrad dengan syahwat atau mencium tangan orang-orang zalim.
Ada pula keadaan-keadaan yang makruh, seperti mencium tangan orang yang berpangkat dan berharta kerana riyak dan mahu dikenali atau mencium tangan orang yang suka diperlakukan demikian.
Kata asy-Syeikh al-Albani rahimahullah:
“Adapun mencium tangan, dalam bab ini terdapat banyak hadis dan athar yang secara keseluruhannya menunjukkan sabitnya perbuatan itu daripada Rasulullah SAW dan para salaf. Maka kami berpendapat harus mencium tangan orang alim apabila dipenuhi syarat-syarat berikut:
- Ia tidak dijadikan kebiasaan sehingga orang alim itu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya dan murid-murid pula terbiasa mengambil berkat dengannya. Sesungguhnya Nabi SAW, walaupun tangan Baginda pernah dicium, ia berlaku jarang-jarang sahaja; dan sesuatu yang seperti itu tidak harus dijadikan sunnah yang berterusan, sebagaimana diketahui dalam kaedah-kaedah fiqh.
- Ia tidak menyebabkan orang alim itu bersikap sombong terhadap orang lain dan memandang besar dirinya, sebagaimana berlaku pada sebahagian syeikh hari ini.
- Ia tidak membawa kepada terabainya sunnah yang diketahui, seperti sunnah bersalam. Bersalam disyariatkan melalui perbuatan dan sabda Nabi SAW dan ia sebab syar‘i bagi gugurnya dosa-dosa dua orang yang bersalam, sebagaimana diriwayatkan dalam lebih daripada satu hadis. Maka tidak harus ia dibatalkan kerana perkara yang paling baik keadaannya hanyalah harus.” [22]
Fatwa asy-Syeikh Ibn ‘Uthaimin rahimahullah:
Beliau ditanya tentang hukum mencium tangan. Beliau menjawab: “Mencium tangan sebagai penghormatan kepada orang yang layak dihormati, seperti bapa, orang tua dan guru, tidak mengapa, kecuali jika dikhuatiri membawa mudarat, iaitu orang yang dicium tangannya menjadi kagum (dengan dirinya) dan merasakan dirinya berada di kedudukan yang tinggi; dalam keadaan ini kami melarangnya kerana sebab tersebut.” [23] Wallahu Ta‘ala a‘lam bis-sawab.
Kedua: Hukum membongkokkan belakang ketika bersalam
Al-inhina’ (membongkok) ialah melentur dan membengkok daripada keadaan lurus. Dikatakan kepada lelaki yang bongkok kerana tua: “Masa telah membongkokkannya,” maka dia mahniy dan mahnuw. Yang dimaksudkan di sini ialah membongkokkan belakang ketika bersalam hingga hampir menyerupai rukuk sebagai mengagungkan orang yang diberi salam. [24]
Hukum membongkok berbeza mengikut sebab yang mendorongnya:
- Ia mungkin harus, seperti membongkok yang dilakukan oleh seorang Muslim dalam kerja-kerja hariannya.
- Ia mungkin fardu dalam solat dan solat tidak sah tanpanya, seperti rukuk dalam solat bagi orang yang mampu.
- Ia mungkin haram, seperti membongkok untuk mengagungkan manusia, haiwan atau benda. Ini termasuk kesesatan dan kejahilan. [25]
Para fuqaha menegaskan bahawa membongkok ketika bertemu orang-orang besar, seperti pembesar kaum dan para sultan untuk mengagungkan mereka adalah haram dengan sepakat ulama, kerana membongkok tidak dilakukan kecuali kepada Allah Ta‘ala sebagai mengagungkan-Nya dan kerana sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki yang bertanya: “Wahai Rasulullah, seorang daripada kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, adakah dia boleh membongkok kepadanya?” Baginda menjawab: “Tidak.”
Adapun jika seseorang dipaksa membongkok kepada sultan dan selainnya, maka berlaku ke atasnya hukum-hukum paksaan dengan syarat-syaratnya, kerana pada perbuatan itu terdapat makna kekufuran. [26]
Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah: “Adapun meletakkan kepala (sujud) di hadapan pembesar dalam kalangan syeikh dan selain mereka atau mencium tanah dan seumpamanya, maka tidak ada pertikaian di kalangan para imam tentang larangannya. Bahkan semata-mata membongkokkan belakang kepada selain Allah ‘Azza wa Jalla juga dilarang.” [27]
Kata al-Imam an-Nawawi rahimahullah: “Makruh membongkokkan belakang dalam semua keadaan kepada sesiapa pun. Dalilnya hadis Anas bin Malik yang telah kami sebutkan, iaitu pertanyaan: ‘Adakah dia boleh membongkok kepadanya?’ Baginda SAW menjawab: ‘Tidak.’ Ia hadis hasan, sebagaimana telah kami sebutkan dan tiada riwayat yang bercanggah dengannya, maka tiada alasan untuk menyalahinya. Janganlah terpedaya dengan ramainya orang yang melakukannya daripada kalangan mereka yang dinisbahkan kepada ilmu, kesolehan atau sifat-sifat mulia yang lain, kerana ikutan itu hanyalah Rasulullah SAW. Allah Ta‘ala berfirman: ‘Apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu, maka terimalah ia; dan apa yang dilarangnya kamu melakukannya, maka tinggalkanlah’ [al-Hasyr: 7]. Dan firman-Nya: ‘Maka hendaklah mereka yang menyalahi perintahnya berasa takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih’ [an-Nur: 63].
Dan diriwayatkan daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah yang maksudnya: ‘Ikutilah jalan-jalan petunjuk, tidak memudaratkanmu sedikitnya orang yang melaluinya. Jauhilah jalan-jalan kesesatan dan janganlah terpedaya dengan ramainya orang yang binasa.’ Wa billahit-taufiq.” [28]
Semoga selawat Allah ke atas Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda, serta sesiapa yang mengikut jalannya, berpandu dengan petunjuknya dan mengikut sunnahnya hingga hari Kiamat.
Saudaramu: Abu Anas al-Madani, ‘Abdul Basit ‘Abdul Rahman Sulaiman, semoga Allah mengampuninya dan kedua ibu bapanya. 13 Syaaban 1426H.
Nota kaki
- Lihat: Ibn Manzhur, Lisan al-‘Arab, 11/547; al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 13/125.
- Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 13/129.
- Ibn Muflih, al-Adab asy-Syar‘iyyah, 2/248.
- Lihat: an-Nawawi, Raudhah ath-Thalibin, 10/236; al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah, 13/130; Dr. ‘Abdullah bin Muhammad ath-Thariqi, Tahiyyah as-Salam fi al-Islam, 2/862.
- Al-Ikhtiyar, 4/167. Lihat juga: al-Hidayah Syarh al-Bidayah, 4/90; Tabyin al-Haqa’iq, 6/25.
- Ad-Durr al-Mukhtar dan Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/701.
- Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, hlm. 330.
- Al-Fawakih ad-Dawani, 2/326.
- Raudhah ath-Thalibin, 10/236; lihat juga al-Adzkar, hlm. 234; Mughni al-Muhtaj, 4/216.
- Kasysyaf al-Qina‘, 2/156; lihat juga Mathalib Uli an-Nuha, 1/943.
- Al-Adab asy-Syar‘iyyah, 2/247; Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyyah, 1/564.
- Riwayat at-Tirmizi, Kitab al-Isti’dzan, Bab ma ja’a fi al-musafahah, 5/70, no. 2728. [Hasan]
- Lihat kitab ar-Rukhsah fi Taqbil al-Yad oleh Muhammad bin Ibrahim Ibn al-Muqri’ (285–381H) yang menghimpunkan 30 athar tentang mencium tangan; Fath al-Bari, 11/57; Tuhfah al-Ahwazi, 7/437.
- Riwayat at-Tirmizi, Kitab al-Isti’dzan, Bab ma ja’a fi al-mu‘anaqah wa al-qublah, 5/72, no. 2732. Kata Abu ‘Isa (at-Tirmizi): “Hadis ini hasan gharib, kami tidak mengetahuinya daripada hadis az-Zuhri kecuali melalui jalan ini.” [Dhaif]
- Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, Bab fi qublah ma baina al-‘ainain, 5/392, no. 5220. [Dhaif]
- Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, Bab fi qublah al-yad, 5/393, no. 5223. [Dhaif]
- Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, Bab fi qublah ar-rijl, 5/395, no. 5225. [Dhaif dengan lafaz ini; hasan tanpa sebutan kaki]
- Riwayat at-Tirmizi, Kitab al-Isti’dzan, Bab ma ja’a fi qublah al-yad wa ar-rijl, 5/72, no. 2733. Kata Abu ‘Isa: “Hadis ini hasan sahih.” [Dhaif]
- Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab rahmah al-walad wa taqbilihi wa mu‘anaqatihi, no. 5997.
- Raudhah ath-Thalibin, 10/236.
- Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Jana’iz, Bab ma ja’a fi taqbil al-mayyit, 3/314, no. 989. [Sahih]
- Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 1/302.
- Liqa’ al-Bab al-Maftuh, 2/177.
- Lihat: Lisan al-‘Arab, 14/202; al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah, 6/322.
- Lihat: Majmu‘ Fatawa Ibn Taimiyyah, 27/92.
- Lihat: al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah, 6/323; Tahiyyah as-Salam fi al-Islam, 2/847.
- Majmu‘ Fatawa Ibn Taimiyyah, 27/60.
- Al-Adzkar, hlm. 238–239. Lihat juga al-Majmu‘, 4/516; Raudhah ath-Thalibin, 7/28.
Teks asal (bahasa Arab)
بسم الله الرحمن الرحيم
حكم تقبيل اليد والانحناء عند المصافحة
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن سار على نهجه إلى يوم الدين. أما بعد، ففي هذه المقالة المختصرة ذكر أقوال العلماء في حكم تقبيل اليد، ويتلوه حكم الانحناء عند المصافحة، تذكيراً لنفسي ولإخواني. أسأل الله تعالى أن ينفعني وإخواني المسلمين بها.
أولاً: حكم التقبيل.
1- التّعريف:
التّقبيل في اللّغة: مصدر قبَّل، والاسم منه القُبْلَة وهي اللّثمة، والجمع القُبَلُ. يقال قبّلها تقبيلاً أي لثمها. وتقبّلت العمل من صاحبه إذا التزمته بعقد([1]).
2- أقسام التّقبيل:
ذكر بعض الفقهاء أنّ التّقبيل على خمسة أوجه: قبلة المودّة للولد على الخدّ، وقبلة الرّحمة لوالديه على الرّأس، وقبلة الشّفقة لأخيه على الجبهة، وقبلة الشّهوة لامرأته أو أمته على الفم، وقبلة التّحيّة للمؤمنين على اليد. وزاد بعضهم قبلة الدّيانة للحجر الأسود([2]).
قال الخليفة علي بن أبي طالب رضي الله عنه: "قبلة الوالد عبادة، وقبلة الولد رحمة، وقبلة المرأة شهوة، وقبلة الرجل أخاه دين"([3]).
هذا وقد تعددت أقوال الفقهاء، وتنوعت في كلامهم على التقبيل، فمنهم من نظر إليه من حيث هو تقبيل، فتكلم عنه جملة. ومنهم من نظر إليه من كونه من رجل لرجل، أو من امرأة لامرأة، في الفم، أو في الرأس والجبهة. ومنهم من تكلم عنه من حيث كونه لصغير من باب الشفقة والرحمة، أو من حيث أنه بشهوة أو لأمرد، أو من حيث أنه لزوجة وملك اليمين...الخ.
وقد اتفقوا على أن التقبيل للمرأة الأجنبية محرّم ولو لخطبة. وكذلك التقبيل للرجل مع الشهوة، وخاصة الأمرد([4]).
3- أقوال العلماء في حكم تقبيل اليد.
أما تقبيل اليد، فبعضهم يفصل بين يد العالم، أو السلطان، أو الوالد، أو كبير السن، ونحوهم، وبين يد صاحب الدنيا والجاه.
وإليك خلاصة لأقوال الفقهاء في كل مذهب على حدة، ثم يتبع ذلك بالخلاصة والأدلة والنتيجة.
الحنفية:
قال الموصلي رحمه الله: "ويكره أن يقبِّل الرجلُ فمَ الرجلِ، أو شيئا منه، أو يعانقه. ولا بأس بالمصافحة، ولا بأس بتقبيل يد العالم والسلطان العادل"([5]).
قال صاحب الدر المختار: "(ولا بأس بتقبيل يد) الرجل (العالم) والمتورع على سبيل التبرك. ونقل المصنف عن الجامع أنه لا بأس بتقبيل يد الحاكم المتدين (السلطان العادل). وقيل: سنة. (وتقبيل رأسه) أي العالم (أجود) كما في البزازية (ولا رخصة فيه) أي في تقبيل اليد (لغيرهما) أي لغير عالم وعادل هو المختار"([6]).
المالكية:
قال ابن جزي رحمه الله: "وتكره المعانقة وتقبيل اليد في السلام ولو من العبد، وينبغي لسيده أن يزجره عن ذلك، إلا أن يكون غير مسلم"([7]).
وقال النفراوي رحمه الله: "وإنما كره مالك تقبيل اليد لما يترتب عليه من الكبر، ورؤية النفس عظيمة، ولأن المسلم أخو المسلم، ولعل المقبِّل -بالكسر- أفضل من ذي اليد عند الله. وبالجملة لا ينكر على من فعلها مع ذوي الشرف والفضل؛ لورودها في تلك الأحاديث، ولما يترتب على تركها مع من يستحقها من المقاطعة والشحناء، كما هو معروف في زماننا"([8]).
الشافعية:
قال الإمام النووي رحمه الله: "وأما تقبيل اليد فإن كان لزهد صاحب اليد وصلاحه أو علمه أو شرفه وصيانته ونحوه من الأمور الدينية، فمستحب. وإن كان لدنياه وثروته وشوكته ووجاهته ونحو ذلك، فمكروه شديد الكراهة. وقال المتولي: لا يجوز، وظاهره التحريم"([9]).
الحنابلة:
قال البهوتي رحمه الله: "ولا بأس بتقبيل الرأس واليد لأهل العلم والدين ونحوهم"([10]).
وقال ابن مفلح رحمه الله: "وتباح المعانقة، وتقبيل اليد والرأس تديناً وإكراماً واحتراماً مع أمن الشهوة. وظاهر هذا عدم إباحته لأمر الدنيا، واختاره بعض الشافعية. والكراهة أولى. وكذا عند الشافعية تقبيل رجله.
وقال المروزي رحمه الله: سألت أبا عبد الله عن قبلة اليد، فقال: إن كان على طريق التدين فلا بأس؛ فقد قبَّل أبو عبيدة يدَ عمر بن الخطاب رضي الله عنه. وإن كان على طريق الدنيا فلا، إلا رجلاً يخاف سيفه أو سوطه"([11]).
4- الخلاصة:
بعد عرض أقوال الفقهاء السابقة، نلحظ أنهم اتفقوا على تحريم تقبيل المرأة الأجنبية، وكذلك تقبيل الرجل أو الأمرد بشهوة، أو تقبيل ذات محرمه بشهوة. أما تقبيل الصغير على وجه الشفقة والرحمة فجائز، وكذا وجه الميت الصالح.
واختلفوا في تقبيل الفم، أو اليد، أو الوجه. فقال بعضهم بكراهته. وقال بعضهم بجوازه. وبعضهم قيَّد جواز تقبيل اليد أو الرأس بالعالم وكبير السن، وصاحب الدين والزهد، ولا يجوز تقبيل يد الظالم.
5- الأدلة:
أ- وقد استدل من قال بالكراهة بحديث أنس بن مالك رضي الله عنه:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: (قال رجل: يا رسول الله! الرجل منا يلقى أخاه أو صديقه أينحني له؟ قال: ((لا)) قال: أفيلتزمه ويقبِّله؟ قال: ((لا)). قال: أفيأخذ بيده ويصافحه؟ قال: ((نعم))([12]). وجه الدلالة: فيه دليل على عدم جواز المعانقة والتقبيل.
وقد نوقش: بأن المراد بالنهي هنا هو ما كان عن طريق إثارة الشهوة.
ب- وقد استدل من أجاز التقبيل بما يأتي([13]):
حديث أبي هريرة رضي الله عنه في الصحيحين قال: (قبَّل رسول الله صلى الله عليه وسلم الحسن بن علي، وعنده الأقرع بن حابس التميمي جالسا، فقال الأقرع: إن لي عشرة من الولد ما قبلت منهم أحدا. فنظر إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال: ((من لا يرحم لا يرحم))([19]).
قال الإمام النووي رحمه الله: "وأما تقبيله خد ولده الصغير، وبنته الصغيرة، وسائر أطرافه على وجه الشفقة والرحمة واللطف ومحبة القرابة فسنة، والأحاديث الصحيحة فيه كثيرة مشهورة. وكذا قبلة ولد صديقه وغيره من الأطفال الذين لا يشتهون على هذا الوجه"([20]).
7) دليل تقبيل الميت.
عن عائشة رضي الله عنها: (أن النبي صلى الله عليه وسلم قبَّل عثمان بن مظعون وهو ميت، وهو يبكي، أو قال: عيناه تذرفان). قال الترمذي: "وفي الباب عن ابن عباس وجابر وعائشة قالوا: إن أبا بكر قبَّل النبي صلى الله عليه وسلم وهو ميت"([21]).
6- النتيجة:
بعد ذكر هذه الأدلة، يظهر منها جواز التقبيل في الجملة، ولكن قد يخص من ذلك حالات يحرم فيها، كتقبيل الأجنبية، أو تقبيل الرجل ذات محرمه بشهوة، أو تقبيل الرجل بشهوة، أو تقبيل الأمرد بشهوة، أو تقبيل يد الظلمة.
وحالات يكره فيها، كتقبيل يد صاحب الجاه والثروة، رياء وسمعة، أو يد من يرغب ذلك.
قال الشيخ الألباني رحمه الله:
"وأما تقبيل اليد؛ ففي الباب أحاديث وآثار كثيرة، يدل مجموعها على ثبوت ذلك عن رسول الله صلى الله عليه وسلم والسلف، فنرى جواز تقبيل يد العالم إذا توفرت الشروط الآتية:
فتوى الشيخ ابن عثيمين رحمه الله:
سئل عن حكم تقبيل اليد؟
فأجاب: تقبيل اليد احتراما لمن هو أهل للاحترام كالأب والشيخ الكبير والمعلم لا بأس به إلا إذا خيف منه الضرر، وهو أن يعجب الذي قبلت يده ويرى أنه في مقام عالي فهنا نمنعها لأجل هذه المسألة([23]). والله تعالى أعلم بالصواب.
ثانياً: حكم حني الظهر عند المصافحة.
الانحناء: الانعطاف والاعوجاج عن وجه الاستقامة. يقال للرجل إذا انحنى من الكِبَر: حناه الدهر، فهو محني ومحنو. والمراد به هنا، انحناء الظهر عند المصافحة على ما يقرب من الركوع تعظيماً للمسلَّم عليه([24]).
يختلف حكم الانحناء باختلاف السّبب الباعث عليه:
فقد يكون الانحناء مباحاً، كالانحناء الّذي يقوم به المسلم في أعماله اليوميّة.
وقد يكون فرضاً في الصّلاة لا تصحّ إلاّ به، كما هو في الرّكوع في الصّلاة للقادر عليه.
وقد يكون محرّماً، كالانحناء تعظيماً لإنسانٍ أو حيوانٍ أو جمادٍ. وهذا من الضّلالات والجهالات([25]).
وقد نصّ الفقهاء على أنّ الانحناء عند الالتقاء بالعظماء ككبار القوم والسّلاطين تعظيماً لهم حرام باتّفاق العلماء؛ لأنّ الانحناء لا يكون إلاّ لله تعالى تعظيماً له، ولقوله صلى الله عليه وسلم لرجلٍ قال له: يا رسول الله، الرّجل منّا يلقى أخاه أو صديقه أينحني له؟ قال صلى الله عليه وسلم: ((لا)).
أمّا لو أكره على الانحناء للسّلطان وغيره فتجري عليه أحكام الإكراه بشروطه، لما فيه من معنى الكفر([26]).
قال شيخ الإسلام ابن تيميّة رحمه الله: "وأما وضع الرأس عند الكبراء من الشيوخ وغيرهم، أو تقبيل الأرض ونحو ذلك فإنه مما لا نزاع فيه بين الأئمة في النهي عنه، بل مجرد الانحناء بالظهر لغير الله عز وجل منهي عنه"([27]).
وقال الإمام النووي رحمه الله: "ويكره حني الظهر في كل حال لكل أحد، ويدل عليه ما قدمناه في حديث أنس بن مالك. وقوله: (أينحني له؟ قال صلى الله عليه وسلم: ((لا)). وهو حديث حسن -كما ذكرناه- ولم يأت له معارض، فلا مصير إلى مخالفته، ولا يغتر بكثرة من فعله ممن ينسب إلى علم أو صلاح وغيرهما من خصال الفضل؛ فإن الاقتداء إنما يكون برسول الله صلى الله عليه وسلم. قال الله تعالى: ﴿وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا﴾ [سورة الحشر: 7]. وقال تعالى: ﴿فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾ [سورة النور: 63].
وعن الفضيل بن عياض رحمه الله ما معناه: "اتبع طرق الهدى، ولا يضرك قلة السالكين، وإياك وطرق الضلالة، ولا تغتر بكثرة الهالكين. وبالله التوفيق"([28]).
وصلى الله على نبينا محمد، وعلى آله وصحبه ومن سار على نهجه واهتدى بهديه واستن بسنته إلى يوم الدين.
أخوكم: أبو أنس المدني، عبد الباسط عبد الرحمن سليمان. عفا الله عنه وعن والديه. في: 13 شعبان 1426هـ.
الحواشي: (1) انظر: ابن منظور، لسان العرب 11/547، الموسوعة الفقهية الكويتية 13/125. (2) الموسوعة الفقهية الكويتية 13/129. (3) ابن مفلح، الآداب الشرعية 2/248. (4) انظر: النووي، روضة الطالبين 10/236، الموسوعة الفقهية 13/130، الدكتور عبد الله بن محمد الطريقي، تحية السلام في الإسلام 2/862. (5) الاختيار 4/167. وانظر: الهداية شرح البداية 4/90، تبيين الحقائق 6/25. (6) الدر المختار وحاشية ابن عابدين 6/701. (7) قوانين الأحكام الفقهية ص330. (8) الفواكه الدواني 2/326. (9) روضة الطالبين 10/236، وانظر: الأذكار ص234، مغني المحتاج 4/216. (10) كشاف القناع 2/156، وانظر: مطالب أولي النهى 1/943. (11) الآداب الشرعية 2/247، مختصر الفتاوى المصرية 1/564. (12) رواه الترمذي، كتاب الاستئذان، باب ما جاء في المصافحة 5/70 رقم (2728). [حسن]. (13) انظر: كتاب "الرخصة في تقبيل اليد" لمحمد بن إبراهيم بن المقرئ (285-381هـ)، وقد أورد المؤلف 30 أثراً في تقبيل اليد. فتح الباري 11/57، تحفة الأحوذي 7/437. (14) رواه الترمذي، كتاب الاستئذان، باب ما جاء في المعانقة والقبلة 5/72 رقم (2732). قال أبو عيسى: "هذا حديث حسن غريب لا نعرفه من حديث الزهري إلا من هذا الوجه". [ضعيف]. (15) رواه أبو داود، كتاب الأدب، باب في قبلة ما بين العينين 5/392 رقم (5220). [ضعيف]. (16) رواه أبو داود، كتاب الأدب، باب في قبلة اليد 5/393 رقم (5223). [ضعيف]. (17) رواه أبو داود، كتاب الأدب، باب في قبلة الرجل 5/395 رقم (5225). [ضعيف بهذا اللفظ، وحسن دون ذكر الرجل]. (18) رواه الترمذي، كتاب الاستئذان، باب ما جاء في قبلة اليد والرجل 5/72 رقم (2733). قال أبو عيسى: "هذا حديث حسن صحيح". [ضعيف]. (19) صحيح البخاري، كتاب الأدب، باب رحمة الولد وتقبيله ومعانقته رقم (5997). (20) روضة الطالبين 10/236. (21) سنن الترمذي، كتاب الجنائز، باب ما جاء في تقبيل الميت 3/314 رقم (989). [صحيح]. (22) سلسلة الأحاديث الصحيحة 1/302. (23) لقاء الباب المفتوح 2/177. (24) انظر: لسان العرب 14/202، الموسوعة الفقهية 6/322. (25) انظر: مجموع فتاوى ابن تيمية 27/92. (26) انظر: الموسوعة الفقهية 6/323، تحية السلام في الإسلام 2/847. (27) مجموع فتاوى ابن تيمية 27/60. (28) الأذكار ص238-239، وانظر: المجموع 4/516، روضة الطالبين 7/28.
Rujukan
13 sumber-
Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Isti'dzan, no. 2728 (riwayat Anas r.a.); hasan.
Sunnah.com -
Sunan at-Tirmizi, no. 2732 (riwayat 'Aisyah r.a.); dhaif menurut al-Albani.
Sunnah.com -
Sunan Abu Daud, Kitab al-Adab, no. 5220 (mursal asy-Sya'bi); dhaif.
Sunnah.com -
Sunan Abu Daud, no. 5223 (riwayat Ibn 'Umar r.a.); dhaif.
Sunnah.com -
Sunan Abu Daud, no. 5225 (riwayat Zari' r.a.); hasan tanpa sebutan kaki.
Sunnah.com -
Sunan at-Tirmizi, no. 2733 (riwayat Safwan bin 'Assal r.a.); dhaif menurut al-Albani.
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, no. 5997 (riwayat Abu Hurairah r.a.).
Sunnah.com -
Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Jana'iz, no. 989 (riwayat 'Aisyah r.a.); sahih.
Sunnah.com -
An-Nawawi, Raudhah ath-Thalibin, 10/236; al-Adzkar, hlm. 234 dan 238–239.
-
Al-Albani, Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 1/302.
-
Ibn Taimiyyah, Majmu' al-Fatawa, 27/60 dan 27/92.
-
Al-Quran, Surah al-Hasyr (59): 7.
Quran.com -
Al-Quran, Surah an-Nur (24): 63.
Quran.com
