Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Tazkirah

Jangan Dipandang Air Mata yang Mengalir

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 1 Januari 2009 · 3 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Tulisan: Dr. ‘Umar Sulaiman al-Asyqar. Disunting dan diulas oleh Dato’ Dr. Abu Anas Madani. Sumber asal: buku Mawaqif Dhat ‘Ibar (Peristiwa-Peristiwa yang Mengandungi Iktibar).

Kata-kata nasihat

Jangan dipandang air mata yang mengalir, tetapi pandanglah tangan yang melakukan.

Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat pelaksanaan Islam dalam segenap aspek kehidupan dan cuba memburukkannya dengan pelbagai cara. Tetapi yang ajaibnya, ada dalam kalangan orang Muslim yang mempercayai dakwaan mereka, kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah. Wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipu daya yang mereka lalui. Ramai pemimpin umat Islam berucap tentang kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam dan mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam; tetapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga ada yang berucap: “Telah muncul dalam kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.”

Nabi Ya‘qub a.s. tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka tentang kehilangan Yusuf a.s., ketika mereka datang pada waktu malam sambil menangis dan berkata Yusuf telah dimakan serigala. Bahkan baginda juga tidak menerima darah pada baju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti (Surah Yusuf: 16–18).

Berapa ramai pula yang menangis menuntut bela atas kematian Saidina ‘Uthman yang dibunuh, tetapi sebahagian daripada merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah ar-Rasyid itu.

Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah berasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis, lalu dia memberitahu hakim bahawa dia berpendapat si pengadu telah dizalimi. Hakim yang bijak itu menjawab: “Saudara-saudara Yusuf juga datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.”

Oleh itu, sebelum kita memberi kepercayaan kepada seseorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan Islam, sebelum kita meletakkannya di tempat pejuang atau mujahid Islam. Pernah dahulu orang memberi gelaran Khalid kepada Ataturk: “Wahai Khalid Turki, perbaharuilah perjuangan Khalid Arab.” Mereka menyamakannya dengan Khalid (bin al-Walid) kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagungan dan ketinggian Islam. Tetapi tidak lama kemudian pecahlah tembelangnya: beliau seorang taghut yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Pada awal perlantikannya, kayu sugi tidak lekang dari mulutnya dan bekas wuduk sentiasa ada di tangannya.

Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.

Kita telah membaca cerita seorang pemburu yang menangkap burung pada musim sejuk. Seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya, kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang dibawanya, sedang air matanya mengalir kerana kesejukan ditiup angin. Seekor burung yang sedang sakit berkata kepada kawannya: “Lihatlah lelaki ini, seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihankan kita.” Jawab kawannya: “Jangan kau lihat air matanya, tetapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya.” Wallahu a‘lam.

Rujukan

2 sumber
  1. Al-Quran, Surah Yusuf (12): 16–18.

    Quran.com
  2. 'Umar Sulaiman al-Asyqar, Mawaqif Dhat 'Ibar.

    midad.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Tazkirah Tawaduk Sesama Mukmin, Tegas Mempertahankan Islam & Melayani Semua Dengan Baik 8 Jun 2026 Tazkirah Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya: Hormati Hak Pemandu Lain 29 Mac 2026 Tazkirah Muhasabah KPI Amalan Akhir Ramadhan: Ceria Dengan Ibadat @ Terabai? 9 Mac 2026 Tazkirah BAZAR Ramadhan Atau BAZIR Ramadhan? 26 Feb 2026