Pengenalan

Prof. Dr. Abdul Fattah Haron bin Ibrahim ialah bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama lebih 40 tahun.
Beliau dilahirkan pada tahun 1930 di Kampung Gertak Lembu, Salor, Pasir Mas, Kelantan. Beliau seorang penuntut ilmu yang tidak mengenal perit dan putus asa sehingga mencapai kedudukannya hari ini.
Sewaktu belajar di Universiti al-Azhar, beliau menerima pingat dan sijil cemerlang pelajar terbaik seluruh fakulti al-Azhar, “Ja'izah al-Imtiyaz li Awa'il al-Kulliyyat”, daripada Presiden Jamal Abdul Nasir pada 14 Disember 1964.
Beliau seorang tokoh yang banyak jasanya dalam membongkar, membanteras, menentang dan membendung ajaran sesat di Malaysia melalui penulisannya dan sebagai penasihat Panel Kajian Akidah JAKIM. Beliau tidak jemu-jemu menangani isu ini sehingga kini. Ketika catatan ini ditulis (Ogos 2013), beliau sedang uzur dan penglihatannya kabur kerana mengidap penyakit kencing manis. Sebelum Ramadan lalu, beliau menjalani pembedahan mata dengan harapan matanya pulih kembali supaya dapat menyambung kerja-kerja penyelidikan akidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua.
Kisah awal hidupnya begitu unik dan menyayat hati, satu perjuangan kental yang boleh memberi inspirasi. Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, sila baca catatan yang ditulisnya sendiri, hafizahullah:
Biografi Prof. Dr. Abdul Fattah Haron (PDF)
Perkongsian
Ceramah Prof. Dr. Abdul Fattah di Seminar Berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah
April 2011, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Tajuk: Peranan al-Quran dan Sunnah Membersihkan Hati daripada Ajaran Sesat (video YouTube).
Petikan gambar di seminar



Antara buku karangan Prof. Dr. Abdul Fattah


Beberapa pandangan Prof. Dr. Abdul Fattah
- Buku: Wahdat al-Wujud dan Penyerapannya dengan Cara Batiniyah.
- Artikel: ESQ Menyeleweng.
Akhukum,
Abu Anas Madani,
6 Syawal 1434H / 13 Ogos 2013M
Rujukan
2 sumber-
Abdulfatah Haron Ibrahim, Wahdat al-Wujud dan Penyerapannya dengan Cara Batiniyah (rekod repositori UKM).
ptsldigital.ukm.my -
Video YouTube: Peranan al-Quran dan Sunnah Membersihkan Hati daripada Ajaran Sesat (Seminar Berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah, April 2011).
youtu.be
