Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Tazkirah

Lima Dosa Yang Mengundang Lima Bencana

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 3 September 2013 · 3 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Di penghujung usia dunia ini, pada akhir zaman, perkara mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda hampirnya kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.

Ibnu ‘Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari), kemudian Baginda bersabda:

“Wahai kaum Muhajirin, lima perkara yang jika kamu diuji dengannya – dan aku berlindung dengan Allah semoga kamu tidak mendapati zaman itu:

Lima Dosa Yang Mengundang Bencana

  1. Tidak muncul perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun dan penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu sebelum mereka.
  2. Tidak mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, melainkan mereka akan ditimpa kemarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah ke atas mereka.
  3. Tidak mereka menahan zakat harta mereka, melainkan akan ditahan hujan dari langit untuk mereka. Sekiranya bukan kerana binatang ternakan, nescaya mereka tidak akan diberi hujan.
  4. Tidak mereka mencabuli janji Allah dan janji Rasul-Nya, melainkan Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh daripada kalangan selain mereka, lalu musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
  5. Dan selagi pemimpin-pemimpin mereka tidak berhukum dengan Kitab Allah dan memilih-milih (sebahagian sahaja) daripada apa yang Allah turunkan, melainkan Allah akan menjadikan permusuhan sesama mereka.”

(Riwayat Ibn Majah, no. 4019; dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘ as-Saghir, no. 7978.)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ: لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ، وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا، وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ» (سنن ابن ماجه)

Penerangan

Hadis di atas menerangkan bahawa:

  1. Wabak taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang banyak merebak sekarang seperti HIV/AIDS adalah antara akibat banyaknya perzinaan.
  2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pemimpin berpunca daripada perbuatan mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu berlakulah inflasi, kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, pendapatan yang tidak mencukupi, pengangguran dan pelbagai kemerosotan ekonomi yang lain.
  3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Di sesetengah tempat, walaupun hujan turun dengan banyak, air tidak mencukupi untuk kegunaan; hujan tidak lagi membawa berkat, bahkan membawa bala bencana pula!
  4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah SWT dan tidak mentaati perintah-Nya. Bagi negara Islam yang lain, mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!
  5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak menjadikan al-Quran sebagai undang-undang dalam kehidupan. Akan berleluasa perpecahan, perbalahan, peperangan dan pembunuhan sesama sendiri.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua daripada bala dan kemurkaan-Nya.

Abu Anas Madani, 3 September 2013 – 27 Syawal 1434H.

Bacaan berkaitan

Rujukan

1 sumber
  1. Sunan Ibn Majah, no. 4019 ('Abdullah bin 'Umar r.a.); juga al-Hakim dan at-Tabarani. Al-Albani: sahih (Sahih al-Jami' no. 7978; Silsilah as-Sahihah no. 106; sahih li ghairih dalam Sahih at-Targhib).

    Sunnah.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Tazkirah Tawaduk Sesama Mukmin, Tegas Mempertahankan Islam & Melayani Semua Dengan Baik 8 Jun 2026 Tazkirah Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya: Hormati Hak Pemandu Lain 29 Mac 2026 Tazkirah Muhasabah KPI Amalan Akhir Ramadhan: Ceria Dengan Ibadat @ Terabai? 9 Mac 2026 Tazkirah BAZAR Ramadhan Atau BAZIR Ramadhan? 26 Feb 2026