Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, klik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Skrol ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Klik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

أذكار الآذان

Bacaan ketika dan selepas Azan

5 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan
Bacaan 22

Hayya 'alash-shalaah dan hayya 'alal-falaah Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Sesiapa yang mendengar laungan azan hendaklah dia mengulangi kalimah yang diucapkan oleh muazzin, kecuali ketika laungan:

حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ dan حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ

selepas muazzin melaungkan dua ini, bacalah:

لاَ حَوْلَ ولاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Al-Bukhari 1/152, Muslim 1/288.
Bacaan 23

Wa ana asyhadu an laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariika lahuu wa anna Muhammadan 'abduhuu wa rasuuluhuu, radhiitu billaahi rabban, wa bi Muhammadin rasuulan, wa bil-islaami diinaa.

Selepas muazzin melaungkan lafaz Shahadah, bacalah:

وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبّاً، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلاً، وَبِالإسْلامِ دِيناً.

“Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Aku redha Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Muslim 1/290, Ibnu Khuzaimah 1/220.
Bacaan 24

Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ selepas selesai menjawab lafaz azan muazzin.1

Rujukan
  1. Muslim 1/288.
Bacaan 25

Allaahumma rabba haadzihid-da'watit-taammati, wash-shalaatil-qaa'imati, aati Muhammadanil-wasiilata wal-fadhiilata, wab'ats-hu maqaaman mahmuudanil-ladzii wa'adtahuu, (innaka laa tukhliful-mii'aad).

Kemudian membaca:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلاةِ القَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّداً الوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَحْمُوْداً الَّذِي وَعَدْتَهُ، [إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ].

“Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan Solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Al-Wasilah dan kelebihan, serta kurniakanlah kepadanya maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Al-Bukhari 1/152. Lafaz ( إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ) adalah tambahan daripada riwayat Al-Baihaqi 1/410. Kata Ibnu Baz: Sanadnya Hasan. Lihat: Tuhfah al-Akhyar 38.
Bacaan 26

Berdoalah untuk diri sendiri di antara azan dan iqamat kerana doa pada waktu itu tidak ditolak (akan diperkenankan).1

Rujukan
  1. At-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad. Lihat: Irwa' al-Ghalil 1/262.