Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

دعاء من خاف ظلم السلطان

Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah

2 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 129

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، كُنْ لِي جَاراً مِنْ فُلاَنِ بنِ فُلاَنٍ، وَأَحْزَابِهِ مِنْ خَلاَئِقِكَ، أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَطْغَى، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada

(sebutkan nama orang yang ingin dihindari kezalimannya) dan kuncu-kuncunya daripada makhluk-Mu yang mahu bertindak jahat dan ganas ke atasku. Sangat ampuh perlindungan-Mu dan sangat tinggi pujian-Mu, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 707, Lihat: Sahih Al-Adab al-Mufrad No. 545.
Bacaan 130

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعاً، اللهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ، أَعُوذُ بِاللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاّ هُوَ، الْمُمْسِكِ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلاَنٍ، وَجُنُودِهِ وَأَتْباَعِهِ وَأَشْياَعِهِ، مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ. اللهُمَّ كُنْ لِي جاَراً مِنْ شَرِّهِمْ، جَلَّ ثَناَؤُكَ وَعَزَّ جاَرُكَ، وَتَباَرَكَ اسْمُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Perkasa daripada semua makhluknya. Allah Maha Perkasa daripada semua yang aku takuti dan berhati-hati terhadapnya, aku berlindung dengan Allah Yang tiada tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang memegang tujuh lapis langit daripada terjatuh menimpa bumi kecuali dengan izin-Nya, daripada kejahatan … (sebutkan nama orang yang ingin dihindari kezalimannya) dan pengikut serta kuncu-kuncunya daripada kalangan jin dan manusia. Ya Allah, peliharalah aku daripada kejahatan mereka. Sangat tinggi pujian-Mu dan Sangat ampuh perlindungan-Mu, Maha Berkat nama-Mu, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”.

(dibaca tiga kali)1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 708. Lihat: Sahih Al-Adab al-Mufrad No. 546.