Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

دعاء الذهاب إلى المسجد

Doa pergi ke masjid

1 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 19

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا، وَفِي لِسَانِي نُوراً، وَفِيْ سَمْعِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا، وَمِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا، وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْراً، وَعَنْ شِمَالِيْ نُوْراً، وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا، وَمِنْ خَلْفِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ نَفْسِيْ نُوْراً، وَأَعْظِمْ لِيْ نُوْراً، وَعَظِّمْ لِيْ نُوْراً، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْراً، وَاجْعَلْنِيْ نُوْراً، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ عَصَبِيْ نُوْراً، وَفِيْ لَحْمِيْ نُوْراً، وَفِيْ دَمِيْ نُوْراً، وَفِيْ شَعْرِيْ نُوْراً، وَفِيْ بَشَرِيْ نُوْراً.

“Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, sinarkanlah cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku, cahaya dari hadapanku dan cahaya dari belakangku. Jadikanlah dalam diriku cahaya, luaskanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya”1.

[اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْراً فِيْ قَبْرِيْ.. وَنُوْراً فِيْ عِظَامِيْ]

“Ya Allah, jadikanlah bagiku cahaya dalam kuburku…dan cahaya pada tulang-temulangku”2.

[وَزِدْنِيْ نُوْراً، وَزِدْنِيْ نُوْراً، وَزِدْنِيْ نُوْراً]

“Tambahlah bagiku cahaya, tambahlah bagiku cahaya, tambahlah bagiku cahaya”3.

[وَهَبْ لِيْ نُوْراً عَلَى نُوْر ٍ].

“Berikanlah kurniakanlah kepadaku cahaya yang berganda”4.

Rujukan
  1. Semuanya tersebut dalam Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/116 No. 3616. Muslim 1/526, 529 dan 530 No. 763.
  2. At-Tirmizi No. 3419. 5/483.
  3. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad 258, No. 695. Lihat: Sahih Al-Adab al-Mufrad No. 536.
  4. Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutnya dalam Fathul Bari dan menyandarkannya kepada Ibni Abi ‘Asim dalam kitab ‘Al-Duaa’. Lihat Fathul Bari 11/118, katanya: ‘Terkumpul dari kesemua riwayat yang pelbagai sebanyak 25 perkara (yang diinginkan cahaya padany)’.