Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

دعاء قنوت الوتر

Doa qunut solat witir

3 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 116

اَللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، [وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ]، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

“Ya Allah, berilah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pelihara. Dan berkatilah aku pada nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan dan selamatkanlah aku daripada sebarang kejahatan dan bahaya yang telah Engkau tetapkan. Maka, sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tiada yang menghukum ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah kasihi dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi”1.

Rujukan
  1. Riwayat Ashab As-Sunan yang 4, Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim, di antara dua kurungan riwayat Al-Baihaqi. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/144, Sahih Ibnu Majah 1/194, Irwa' al-Ghalil 2/172.
Bacaan 117

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفَسِكَ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku tidak mampu untuk memuji-Mu dengan pujian yang selayaknya sepertimana Engkau memuji diri-Mu sendiri”1.

Rujukan
  1. Ashab As-Sunan yang 4, Ahmad. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/180, Sahih Ibnu Majah 1/194, Irwa' al-Ghalil 2/175.
Bacaan 118

اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحَقٌ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفُرُكَ.

“Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada-Mu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmat-Mu dan kami gerun akan azab seksaan-Mu. Sesungguhnya azab seksaan -Mu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolongan-Mu, kami memohon keampunan-Mu dan kami memuji-Mu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepada-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami tunduk kepada-Mu dan kami berlepas diri daripada mereka yang kufur kepada-Mu”1.

Rujukan
  1. Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra dengan mentashihkan sanadnya 2/211, kata Al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil 2/170: Sanad ini sahih dan ianya dari kata-kata Umar رضي الله عنه.